Pemindahan kepala manusia tidak mustahil

sally

freshman
Joined
Aug 26, 2009
Messages
2,772
Points
36
Rome: Cara pembedahan pemindahan kepala Frankestein mungkin menjadi realiti selepas seorang saintis berkata, pembedahan pemindahan kepala manusia sepenuhnya kini boleh dilakukan.

Dalam dokumen yang diterbitkan baru-baru ini, Dr Sergio Canavero dari Turin Advanced Neuromodulation Group di Itali berkata, kemajuan dalam kejuruteraan sel membolehkan pakar bedah secara teori mencantumkan saraf tunjang.


Ini bermakna terdapat kemungkinan pembedahan pemindahan kepala penuh boleh dilakukan.

Cubaan seumpama itu pernah dilakukan pada 1970, menyaksikan kepala seekor monyet dipindahkan ke seekor monyet lain di makmal di Ohio, Amerika Syarikat. Walaupun monyet itu hidup selama lapan hari, ia tidak boleh menggerakkan leher kerana ‘akson’ dalam saraf tunjangnya tidak boleh dibaiki.


Canavero berkata, dia kini boleh melakukannya dengan menggunakan bahan kimia yang diberi nama ‘fusogen membran’ atau pelekat.


Sebahagian fusogen itu sudah biasa digunakan untuk membuat ubat atau digunakan dalam bidang industri pembuatan.

Bagaimanapun, menurut Canavero, masalah teknikal paling besar ialah untuk menyambung saraf tunjang penderma dengan penerima. - Agensi
 

namingwho

Senior
Joined
Oct 14, 2012
Messages
680
Points
18
errrr, mne stu penerima mne stu penderma? yg bg kepala ker yg bg badan?
 

farhan5309

freshman
Joined
Nov 6, 2009
Messages
158
Points
16
saya tak percaya akan berjaya ................masalah saraf tunjang susah nak settle dan masalah fungsi otak. hidup tapi otak mati buat apa ?

Paklong ni bekas student Medic ker?
 

mamatpenang

Senior
Joined
May 11, 2008
Messages
2,551
Points
38
merapu gila ka apa tunjuk link video dia buat...kalau tipu kita potong kapla dia suruh dia buat kat kapla dia
 

zikri

freshman
Joined
Nov 17, 2013
Messages
54
Points
0
biar die buat dulu, tgk jadi ke tak.....
 
Joined
Oct 8, 2013
Messages
55
Points
0
Top