Dalam Negara Pemandu cemas penumpang tiba-tiba meninggal dalam bas

Offline
#1

Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh

KUANTAN 12 Jan. - Pemandu sebuah bas ekspres dari Terengganu ke Melaka cemas apabila salah seorang penumpangnya meninggal dunia ketika kenderaan berkenaan berhenti di Sungai Ular, Cherating di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, pemandu berkenaan cuba mengejutkan mangsa namun lelaki berusia 42 tahun tersebut tidak bergerak atau menunjukkan sebarang reaksi.


“Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah namun mangsa yang berasal dari Kemaman, Terengganu itu mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan dadah.


“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - Utusan