Peluang Pelaburan di Public Mutual

Joined
Jun 27, 2007
Messages
718
Likes
0
Points
16
Offline
Sy dh invest hampir setahun lalu. secara cash dan EPF.
Bg kwn2 yg cukup syaratnya, jgn biarkan duit EPF tu terperap mcm tu aje. cuba invest kt mana2 saham amanah. Bagi dia bekerja lebih sikit... hehe
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
198
Likes
0
Points
16
Offline
Berminat juga untuk membuat pelaburan dalam Public Mutual ni, tapi nak baca sikit2 dulu...
Dah yakin dengan pelan2 yang ada dan cara melabur..baru rasa selamat nak melabur. :)
Apapun, terima kasih kepada thread starter cycberzul dan juga saudara frannez yang banyak
memberi info kat sini. :)
Welkam bluedianthus...mmg byk info ada dalam thread ni, kene rajin selak jer.. Sebarang persoalan bole tanya kata sini, sy dan utc lain akan cuba jwb...dan kalo rasa2 da ready utk melabur bole je contact sy di no di bawah....:)
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
198
Likes
0
Points
16
Offline
Sy dh invest hampir setahun lalu. secara cash dan EPF.
Bg kwn2 yg cukup syaratnya, jgn biarkan duit EPF tu terperap mcm tu aje. cuba invest kt mana2 saham amanah. Bagi dia bekerja lebih sikit... hehe
Tahniah abgsabah kerana telah melabur dlm public mutual...unit trust adalah salah satu cara utk kita membesarkan simpanan EPF..dgn strategi pelaburan yg betul, insyallah keuntungan yg anda bakal dapat berlipat kali ganda berbanding dividen EPF...;)
 
Joined
Dec 15, 2011
Messages
57
Likes
0
Points
0
Offline
Ader orang penah offer dulu untuk public mutual, tapi sy kurang info.. kene fikirkan dulu... hehehe
 
Joined
Dec 25, 2007
Messages
198
Likes
0
Points
16
Offline
PUBLIC MUTUAL LANCAR DANA BARU ISLAMIK...:)

KEMBANGKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN PUBLIC DANA ISLAMIC SAVINGS YANG BARU

KUALA LUMPUR, 14 Dis ( Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual akan melancarkan sebuah dana Islam baru, Public Dana Islamic Savings (PISVF) pada 15 Disember 2011. PISVF ialah sebuah dana ekuiti pendapatan Islam yang bermatlamat untuk menyediakan pendapatan dalam jangka masa sederhana hingga panjang dengan melabur dalam sebuah portfolio pelbagai pelaburan terutamanya saham-saham Malaysia patuh Syariah yang menawarkan atau mempunyai potensi untuk menawarkan kadar hasil dividen yang menarik. Dana ini memfokus kepada pelaburan dalam syarikat-syarikat yang telah menunjukkan konsistensi dalam memberi ganjaran kepada pemegang-pemegang saham mereka melalui pembayaran dividen. PISVF juga melabur dalam saham-saham bertumbuh atau pemulihan yang patuh Syariah serta mempunyai potensi untuk menerima pakai dasar pembayaran dividen.

Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong berkata, “PISVF memfokuskan pelaburannya terutama dalam pasaran domestik, dana ini menawarkan pelabur-pelabur peluang untuk mengambil kesempatan daripada prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berdaya tahan dalam jangka masa sederhana hingga panjang. Prestasi sektor-sektor patuh Syariah terpilih dalam ekonomi Malaysia dijangka terus disokong oleh perbelanjaan pengguna dan pelaburan yang bertahan bagi jangka masa lebih panjang.”

PISVF memberi peluang kepada pelabur untuk mengambil bahagian dalam sebuah portfolio pelbagai saham mewah, saham bertumbuh dan saham terkurang nilai patuh Syariah yang mengagihkan atau mempunyai potensi untuk mengagihkan dividen yang menarik. Selepas pasaran ekuiti jatuh mendadak pada penghujung suku ketiga tahun 2011 disebabkan oleh kerisauan pada pergerakan pertumbuhan ekonomi global yang perlahan dan krisis hutang berdaulat di Eropah, saham-saham tersenarai di pasaran ekuiti domestik diniagakan di bawah aliran penilaian dan menawarkan peluang pelaburan yang menarik bagi pelabur jangka sederhana hingga panjang.

Bagi mempelbagaikan pelaburan, dana ini boleh melabur sehingga 30% daripada nilai aset bersihnya (NAB) dalam pasaran-pasaran luar negara terpilih termasuk Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Hong Kong, Negara Thai, Indonesia, Filipina, Luxembourg dan pasaran-pasaran lain yang diluluskan.

Pendedahan ekuiti PISVF adalah di antara 75% hingga 98% daripada NAB dana. PISVF adalah sesuai bagi pelabur-pelabur yang bersifat sederhana dalam menerima risiko dan ganjaran serta memberi keutamaan untuk menerima pendapatan sementara pertumbuhan modal adalah sekunder

Harga terbitan permulaan PISVF ialah sebanyak RM0.2500 seunit di sepanjang tempoh tawaran permulaan selama 16 hari dari 15 hingga 30 Disember 2011. Pelaburan permulaan minimum bagi dana ini ialah RM1,000 dan pelaburan tambahan minimum ialah RM100. Di sepanjang tempoh tawaran tersebut, bayaran perkhidmatan promosi istimewa serendah 5% daripada harga terbitan permulaan seunit ditawarkan ke atas pembelian unit PISVF oleh para pelabur. Para pelabur yang memilih untuk melabur dalam PISVF dengan menggunakan Arahan Debit Terus semasa tempoh tawaran juga akan menikmati bayaran perkhidmatan promosi sebanyak 5.25% NAB seunit selagi Debit Terus itu masih aktif. Tertakluk kepada syarat dan peraturan.

PISVF diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual. Pelabur-pelabur yang berminat boleh menghubungi mana-mana perunding unit amanah Public Mutual atau dail Talian Perkhidmatan Pelanggan 03-6207 5000 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dana tersebut.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan sebanyak 91 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai 2.6 juta pemegang akaun dan pada 31 Oktober 2011, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM43.7 bilion.

INFO LANJUT :http://www.publicmutual.com.my/LinkClick.aspx?fileticket=sVzO1ToH5sI%3d&tabid=87
 
Top