Pelan Perniagaan 2010

abanglong

Newbie
Joined
Oct 9, 2008
Messages
252
Points
16
Salam semua. Apa khabar? Dah agak lama sya tak menulis di WC ni. Belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Jika ada perkataan dan tutur kata yang menyakitkan hati anda, saya pohon kemaafan anda.

Esok kita akan masuk suku keempat 2009. Bagaimana dengan azam dan matlamat anda tuk tahun 2009. Dah tercapai kesemuanya? Dah tercapai 50%? Kalau masih belum dicapai, usaha dengan lebih kuat lagi.

Dalam thread ini, saya akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam membina pelan perancangan 2010. Elok kalau kita mula buat perancangan sekarang. Macam syarikat-syarikat yang sudah memulakan perancangan mereka.

Yang baik, jadikan panduan. Sama-samalah kita berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

Jumpa lagi.
 

engshahrul

Senior
Joined
Dec 6, 2008
Messages
2,482
Points
38

Duit Internet !

freshman
Joined
Sep 3, 2009
Messages
854
Points
0
wah ade pelan
menarik nie
 

rendezvously

Senior
Joined
Oct 27, 2008
Messages
528
Points
18
InsyaAllah..Pelan untuk 2010 saya nak serve more people melalui kelebihan yang saya ada.

Sy kalau boleh, nak seboleh yang mungkin elakkan menetapkan
matlamat untuk mengejar wang dan sales semata-mata.
 

mijie

Senior
Joined
Jun 26, 2007
Messages
2,155
Points
38
Age
39
InsyaAllah..Pelan untuk 2010 saya nak serve more people melalui kelebihan yang saya ada.

Sy kalau boleh, nak seboleh yang mungkin elakkan menetapkan
matlamat untuk mengejar wang dan sales semata-mata.

inilah yg kami semua sebagai newbie cari, seorang yang boleh membantu sesama IM

beri khidmat dan insyaAllah hasil dan ganjarannya akan seiring datang
 

abanglong

Newbie
Joined
Oct 9, 2008
Messages
252
Points
16
Dalam melaksanakan sesuatu perkara, kita kena ada matlamat/sasaran yang ingin kita capai. Jadi, segala perancangan dan strategi dibuat untuk mencapai matlamat tersebut.

Jadi, perkara pertama dalam Pelan Perancangan 2010 adalah Tetapkan Matlamat.

Tuliskan matlamat anda. Kena spesifik butirannya.
Kalau nak dapatkan rumah, tulis apa bentuk rumahnya, warna dan lokasinya.
Kalau nak dapatkan kereta, tulis jenis, model dan warna.
Kalau nak wang ringgit, tulis berapa yang kita nak.
Kalau nak kongsi ilmu, nyatakan ilmunya
Kalau nak tolong orang, nyatakan jenis pertolongannya,
dll

Matlamat ini mestilah apa yang kita rasa MAMPU untuk dicapai.
Jangan tulis apa yang "IMPOSSIBLE".
Tetapkan matlamat yang "POSSIBLE"

Jadi, tuliskan matlamat 2010 sekarang juga.

Jumpa lagi.
 

Master-G

freshman
Joined
Sep 28, 2009
Messages
35
Points
0
Walaupun nampak simple tapi penting. Hidup ini mesti ada target tapi "realistik".

Ia mesti ditulis dan dicatat supaya kita :nampak" dan tersasar jauh dari "landasan" sebenar.

Dan apabila tercapai targetnya, keyakinan dan sema...ngat untuk membuat lebih baik
daripaad sebelum akan datang dengan sendirinya. :)
 

abanglong

Newbie
Joined
Oct 9, 2008
Messages
252
Points
16
Rasanya semua dah ada matlamat masing-masing. Kebiasaannya saya buat Pelan Perancangan (business plan) ni berdasarkan konsep 5 P (product, pricing, place, promotion, people). Ada yang guna konsep 4 P. Selepas konsep 5 P, ada action plan dan bajet.

Action plan adalah aktiviti-aktiviti yang kita ambil untuk mencapai matlamat. Se 'details' yang boleh.

Bajet pula adalah modal yang perlu ada tuk sesuatu perniagaan. Kalau modal ZERO, hasilnya pun ZERO.

So, sekarang kita mulakan dengan product (produk), samada fizikal, digital atau servis. Bagaimana nak pilih? Secara asasnya, kena tahu perniagaan yang sesuai dengan tarikh lahir u. Dari situ kita dapat tahu kod asas.

Kalau kod asas adalah 5. Antara perniagaan yang paling sesuai adalah perniagaan Internet, samada produk sendiri jual di Internet, affiliate, ebay, etc.

Nak tahu lebih lanjut, boleh dapatkan ebuku Rahsia Tarikh Lahir yg sy tulis.

Jumpa lagi.
 

smartusaha

Active
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,875
Points
48
InsyaAllah..Pelan untuk 2010 saya nak serve more people melalui kelebihan yang saya ada.

Sy kalau boleh, nak seboleh yang mungkin elakkan menetapkan
matlamat untuk mengejar wang dan sales semata-mata.
Bagus. Saya sokong!

Serve VS Sell

Bak kata John Reese kalau tak silap saya, siapa hanya menumpu menjual sahaja, memang tak akan bertahan lama. Kalau nak survive dalam bisnes, kita kena serve customers. Sebab itulah tujuan utama mereka membeli daripada kita.

Kita senang, pelanggan pun senang. Inilah akar umbi bisnes yang sebenar.

Pegangan saya adalah, semakin ramai yang berjaya dibantu, insyaAllah kejayaan pasti akan mudah dicapai walaupun take time. Kita berniaga bukan untuk setahun dua, tapi sampai mati.

Mentor saya ada kata, kalau kita nak jadi kaya, kita kena tolong orang jadi kaya dulu. Hehe..
 

smartusaha

Active
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,875
Points
48
Rasanya semua dah ada matlamat masing-masing. Kebiasaannya saya buat Pelan Perancangan (business plan) ni berdasarkan konsep 5 P (product, pricing, place, promotion, people). Ada yang guna konsep 4 P. Selepas konsep 5 P, ada action plan dan bajet.

Action plan adalah aktiviti-aktiviti yang kita ambil untuk mencapai matlamat. Se 'details' yang boleh.

Bajet pula adalah modal yang perlu ada tuk sesuatu perniagaan. Kalau modal ZERO, hasilnya pun ZERO.

So, sekarang kita mulakan dengan product (produk), samada fizikal, digital atau servis. Bagaimana nak pilih? Secara asasnya, kena tahu perniagaan yang sesuai dengan tarikh lahir u. Dari situ kita dapat tahu kod asas.

Kalau kod asas adalah 5. Antara perniagaan yang paling sesuai adalah perniagaan Internet, samada produk sendiri jual di Internet, affiliate, ebay, etc.

Nak tahu lebih lanjut, boleh dapatkan ebuku Rahsia Tarikh Lahir yg sy tulis.

Jumpa lagi.
Bagus thread ni abanglong. Tak nak buat mini workshop ke abanglong pasal benda ni? Walaupun ia benda simple, tapi boleh bagi impak yang besar.

Setahu saya, ramai yang expert bab-bab marketing, tapi mereka gagal capai impian. Salah satu sebab saya rasa mereka gagal menguasai benda asas ni.

ps. Saya juga No. 5 kalau ikut ilmu kajian tarikh lahir tu. Hehe..
 

abanglong

Newbie
Joined
Oct 9, 2008
Messages
252
Points
16
Bagus thread ni abanglong. Tak nak buat mini workshop ke abanglong pasal benda ni? Walaupun ia benda simple, tapi boleh bagi impak yang besar.

Setahu saya, ramai yang expert bab-bab marketing, tapi mereka gagal capai impian. Salah satu sebab saya rasa mereka gagal menguasai benda asas ni.

ps. Saya juga No. 5 kalau ikut ilmu kajian tarikh lahir tu. Hehe..

Terimakasih, Zul. Terbongkar juga akhirnya. Rupa-rupanya kod asas 5. Hari tu tak sempat tanya.

Good suggestion. Insyaallah, kalau ada sesiapa yang nak attend workshop Pelan Perniagaan ni, boleh sya jalankan. Kos minima je. Tuk sewa tempat dan makan minum.

Lagipun tahun 2010 mempunyai potensi masalah kewangan. Ini mengikut kajian ahli-ahli sains metafizik. Elok kalau kita mulakan perancangan dari sekarang.

Sesiapa yang berminat sila PM sya atau tulis je nama anda kat thread ini
 
Last edited:

abanglong

Newbie
Joined
Oct 9, 2008
Messages
252
Points
16
Kita sambung lagi.

Untuk produk, kita kena fikirkan apa yang orang nak beli. Bukan, apa yang kita rasa orang nak beli. Fikirkan sesuatu yang out-of-box. Fikirkan diri anda sebagai pembeli. Tanya kawan-kawan. Tanya orang yang tak dikenali. Mintak opinion mereka-mereka yang ada di blog anda.

Contohnya, tahun 2010 memiliki potensi kelemahan kewangan. Mungkin anda boleh jual ebuku atau produk-produk macam mana nak survive krisis kewangan 2010. Mungkin juga motivasi kewangan.

Lihat betapa lakunya ebuku yang dijual oleh Razif dan Jamal. Itu contoh produk yang orang nak beli.

Masih belum terlambat lagi. Saya masih ingat lagi pesanan dari seorang Datuk Seri, "Failing to Plan is Planning to Fail". Ini pesanan 12 tahun lepas sewaktu kami sama-sama di Celcom. Setiap bulan Oktober je, sya mula buat pelan perancangan tahun berikutnya.

Kalau anda tak reti nak tulis ebook, Shuth ada buat workshop tentang ini.

Kalau anda tak reti nak buat blog, ramai kat sini boleh membantu; atau tanya je SmartZul, atau Catzer.

Jangan bertangguh lagi. Mulakan hari ini
 

abanglong

Newbie
Joined
Oct 9, 2008
Messages
252
Points
16
Sudah pilih produk/perniagaan kan?

Sekarang, kita beralih pula ke Pricing atau harga.

Berapa harga jualan ?
Berapa kos pembuatan ?
Berapa kos promosi ?
Berapa kos website & hosting ?
Berapa kos salesletter ?
Berapa kos seminar yang anda sertai tentang produk anda ?
Berapa kos belian buku atau ebuku ?
Berapa komisyen ejen-ejen anda ?
Dan pelbagai kos-kos yang lain.

Selepas tu, buat kiraan untuk mendapatkan keuntungan bersih, iaitu keuntungan kasar tolak jumlah kos.
Lepas tu kira pula peratusan keuntungan bersih.
Jika dapat antara 20% ke 40%, itu sudah memadai.

Jumpa lagi
 
Top