Dalam Negara Pelakon wanita sanggup tipu umur, takut status janda terbongkar

Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,265
Likes
15
Points
38
Offline
#1


KUALA LUMPUR 27 April - Seorang pelakon wanita yang memulakan karier seni sejak bangku sekolah didapati menipu umurnya kerana tidak mahu statusnya sebagai ibu tunggal terbongkar sekali gus menjejaskan peluangnya untuk terus aktif dalam bidang lakonan.

Pernah mengacarakan sebuah program realiti ketika umurnya masih belasan tahun, pelakon yang sedang meningkat naik menerusi sebuah telenovela itu memberitahu kepada umum bahawa umurnya kini adalah 28 tahun.

Bagaimanapun menurut sumber yang diperoleh Utusan Online, umur sebenar wanita tersebut adalah 35 tahun dan mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Dikenali pada era 1990-an ketika membintangi sebuah iklan komersil milik syarikat telekomunikasi terkemuka, dia yang kini banyak memegang watak antagonis bagaimanapun menepis dakwaan tersebut walaupun beberapa keping foto perkahwinannya tersebar di Internet.

“Itu bukan saya. Mereka boleh mengata apa sahaja tentang saya tetapi itu tidak bermaksud mereka kenal saya,” katanya. - Utusan
 
Top