Pelajar saya ingin bunuh diri, tolong saya

dawinz

freshman
Joined
May 24, 2013
Messages
44
Points
6
PELAJAR SAYA INGIN MEMBUNUH DIRI. APA YANG PATUT SAYA LAKUKAN?

Seorang pelajar saya menyatakan hasrat untuk membunuh diri kerana tidak sanggup lagi menerima tekanan dan masalah keluarga yang keterlaluan. Respons, pertama saya. TIDAK! Namun saya merasakan keperitan hidup yang dia lalui. Apa hendak saya lakukan?

Namun sebelum itu, saya akan ceritakan kepada anda pengalaman sama yang pernah saya lalui.

Kira-kira 10 tahun yang lalu, ketika saya berumur 27 tahun, abang dan ayah saya telah mengambil keputusan untuk mengambil nyawanya sendiri, pendek kata telah membunuh diri. Keduanya mengalami tekanan yang amat berat. Keduanya menyerah kalah dalam kehidupan.

Kini, salah seorang daripada mereka telah meninggalkan kami, manakala seorang lagi masih hidup. Abang saya masih hidup. Baca seterusnya untuk mengetahui mengapa abang saya masih hidup.

Pada tahun 2004, abang saya, pada ketika itu berumur 28 tahun telah pergi ke satu lokasi terpencil di Iceland. Tekanan dan kekecewaan dalam kehidupan, malah kecewa kepada Tuhan telah mengarahkan minda separa sedarnya untuk membunuh diri. Dia membeli hos dan menyambungkan hos tersebut ke dalam ekjos paip dan hujungnya dimasukkan ke dalam tingkap kereta. Dia mengunci kereta dan menghidupkan enjin sambil menunggu dirinya mati dan akhirnya tidak sedarkan diri.

Nasip baik menyebelahinya dan Tuhan masih sayangkan dia. Mungkin belum takdirnya untuk pergi buat selamanya. Dia tersedar setelah semalaman dalam kereta dan mendapati dirinya masih dalam kereta buruk. Dia melihat sekeliling dan menyedari dirinya tidak berada di syurga.

Kehabisan gas pada tangki kereta menyelamatkan nyawa abang saya. Namun dia merasa trauma. Dalam masa yang sama menyedari diberi peluang hidup yang baru.

Dengan satu semangat yang baru, dia memaksa diri untuk berjalan beberapa batu untuk mencari hospital dan mendapat rawatan termasuklah rawatan psikiatri. Rawatan yang diterima telah membantu sedikit sebanyak, namun, dia masih menanggung tekanan akibat hutang dan berat badan yang berlebihan. Dia masih merasakan bahawa hidupnya kosong dan gagal. Tidak lama kemudian satu lagi perkara besar berlaku!

Tapi sebelum itu, saya akan ceritakan apa yang berlaku kepada ayah saya.

Ayah saya merupakan seorang nelayan di Iceland selama lebih 18 tahun. Dia seorang yang suka bekerja keras, penyayang dan mengambil berat terhadap keluarganya. Dia juga seorang suami yang bertanggungjawap. Lawak dan telatahnya nya akan mengakibatkan kami ketawa terbahak-bahak . Semua orang suka kepadanya.

Saya dan abang saya sangat merinduinya. Kata-kata semangat yang diberikan masih terngiang-ngiang di telinga. Ayah sering memberitahu yang dia sangat berbangga dengan kami. Pujian ayah adalah hadiah terbaik dalam hidup kami.

Ketika usianya mencecah 50 tahun, masalah mula melanda. Masalah besar keluarga, kewangan dan yang paling teruk keretakan dalam hubungan suami isteri. Ditambah dengan bebanan hutang abang saya, ayah tidak dapat tidur untuk memikirkannya.

Tetapi yang lebih menyakitinya ialah adik perempuan kami. Dia terpengaruh dengan rakan-rakan yang teruk. Adik perempuan kami telah merosakkan nilai-nilai kekeluargaan yang dipelihara sekian lama. Dia semakin liar dan rosak gara-gara penggunaan dadah!! Ianya telah merobek sama sekali hati seorang ayah. Ayah kami.

Seperti yang anda bayangkan, bebanan ayah semakin besar. Dia tidak lagi berupaya untuk menyerap tekanan. Dia tidak bekerja. Dia tidak dapat memberikan makan minum kepada keluarga. Ibu dan ayah saya tidak lagi sehaluan. Malah ibu saya telah hilang rasa hormat kepada ayah , tidak lagi seperti dulu. Malah ibu saya langsung tidak memberitahu ayah saya apa-apa keputusan dan tindakan yang diambil. Kami hilang nakhoda dalam keluarga.

Ibu dan anak perempuan tidak menghormati ayah . Abang ? entah dimana, begitu juga dengan adik lelaki saya yang beumur 17 tahun. Dia juga sudah jarang berada di rumah. Ayah saya meletakkan semua masalah ini dibahunya. Dia sering berkata bahawa semua masalah ini berpunca darinya.

“ Saya gagal, saya gagal!!

Kata-kata ini entah beratus kali saya dengar dilafazkannya. Dia menangis, ibu saya tidak pernah memberikan pujukan dan kata-kata semangat kepada ayah . Dia membiarkan sahaja.

Saya merasakan bahawa satu-satu anak yang cuba memberikan ketenangan kepadanya ialah anak lelakinya yang keempat. Saya. Saya mempunyai keluarga, saya ada sedikit bisnes, saya memiliki rumah dan kenderaan sendiri. Saya juga mempunyai keluarga dan seorang anak, cucu ayah saya yang sangat disayanginya. Yang membuatkan dia sekali sekala merasa dihargai.


Selepas ayah berumur 55 tahun, dia memberitahu kami bahawa dia tidak sanggup lagi untuk hidup. Dia menyatakan hasratnya untuk membunuh diri dengan alasan dia menyusahkan semua orang dan untuk faedah kami, lebih baik dia mati sahaja. Itu alasan ayah saya. Kami? Walaupun pelbagai masalah yang dihadapi, jauh disudut hati untuk membiarkan ayah kami untuk pergi dengan cara demikian. Sebenarnya kami mahu dia hidup gembira. Namun, kami juga sakit melihat keadaan ayah kami.

Pada satu hari kami terasa kebingungan sebab buat pertama kalinya dalam masa lima tahun, ayah kelihatan begitu gembira. Ya, gembira oleh kerana sudah menjumpai satu ‘JALAN PENYELESAIAN “ untuk setiap masalah dalam kehidupannya. Maka, ayah telah menjemput kami untuk makan malam di sebuah restoran kegemarannya, termasuk ibu , isteri serta anak-anak saya sendiri. Ayah kelihatan sangat gembira, berjenaka seperti 10 tahun yang lalu. Iya, dia sangat gembira dan kamipun semua merasa gembira. Begitulah ayah yang kami semua mahukan.

Rupanya, itulah cara dia mengucapkan selamat tinggal kepada kami. Dengan linangan airmata, ayah melafazkan hasrat untuk mengakhiri hidupnya. Kami jadi keliru dan bingung.

Malam berikutnya, dia melakukan percubaan untuk membunuh diri, tetapi gagal. Dia dapat diselamatkan. Dia telah dihantar ke hospital untuk rawatan. Hospital memberikan ubat serta rawatan psikologi. Buat pertama kali,dia bangun tanpa alkohol kerana berada di atas katil hospital. Tidak seperti hari-hari biasa dimana alkohol dijadikannya ubat untuk menghilangkan tekanan yang dialaminya. Untuk masa ini, rawatan ini dilihat berkesan.
Malangnya selepas keluar dari hospital, masalah kembali berulang. Dia kembali kepada cara hidupnya. Dia kembali meminum alkohol dan menjalani kehidupan pada perspektif negatif.

Akhirnya, melalui satu kertas yang ditulis dengan tangan, ayah menulis

saya harus pergi “.


Bersama tulisan itu ialah wasiat pembahagian wang insuran nyawa yang akan dibahagikan kepada kami 4 adik beradik. Dalam surat tersebut dia meminta abang saya menggunakan wang tersebut untuk membayar hutangnya. Dia juga meminta abang saya untuk mempersatukan semula keluarga kami.

KESIMPULAN.

Adakah cara membunuh diri ini berjaya menyatukan keluarga kami semula? Ternyata ia hanya ilusi. Abang saya ditimpa penyakit gastrik dan menggunakan wang tersebut untuk pembedahan.

Satu-satunya hasil yang baik, penyakit gastriknya menyebabkan dia hilang berat sebanyak 70 paun. Kini abang saya mempunyai keyakinana diri untuk mendekati wanita sebagai teman hidupnya.

Ya, dia mendapat seorang kekasih melalui perkenalan online. Isterinya seorang warga Filipina, dan kini dia bersama keluarga di Filipina. Kami sering bersembang melalui aplikasi online. Ya, abang saya telah menemui hidup barunya, mempunyai isteri dan anak-anak. Mereka juga mempunyai bisnes yang semakin berkembang di Filipina. Pasangan hidup yang setia, anak dan bisnes telah mengisi hidupnya. Hidupnya kini hampir lengkap. Kami masih saling memberi, malah kewangan jika perlu.


Adakah kisah ini mempunyai persamaan dengan pengalaman yang anda lalui?

Bagaimana anda mengatasi atau memberi nasihat kepada mereka yang putus asa dalam kehidupan dan cuba untuk membunuh diri? Kadangkala, amat payah untuk memahami, apa alasan seseorang untuk membunuh diri.


Adakah rawatan di hospital ini berkesan? Rawatan profesional mungkin serba sedikit boleh membantu.

Satu-satunya cadangan yang mungkin boleh dilakukan ialah kesedaran untuk mengelakkan perkara ini berlaku. Bagaimana? Dorongan setiap ahli keluarga, kasih sayang dan rasa hormat kepada nilai kekeluargaan yang tinggi. Setiap detik kita akan melalui tekanan, ambil masa untuk memberi masa anda kepada anak-anak, isteri, suami, adik, kakak.


Oh, ada pembaca yang terbaca artikel ini dan bertanya, apa yang telah terjadi kepada ibu saya dan kenapa diatidak memujuk suaminya. Saya tidak menyalahkan ibu saya dan dia seorang ibu yang penyayang. Namun, untuk kebaikan anda saya terpaksa memberitahu walaupun ia ternyata sesuatu yang amat perit.

Selepas tiga bulan kematian ayah saya, ibu kami memperkenalkan kekasih barunya. Kami merasa kecewa kerana dia tidak sabar untuk mengambil masa yang lebih lama mencari teman hidupnya. Saya juga menjumpai kertas yang telah dicetak disebuah apartment kosong miliknya. Ianya dari seorang kenalan lelaki yang dikenalinya dalam laman dating online. Mungkin dari lelaki yang baru diperkenalkannya kepada kami.

Kemudian saya melihat tarikh surat tersebut . Saya terdiam, sakit hati dan merasa kecewa . Tarikh surat itu beberapa bulan sebelum ayah saya membunuh diri. Amat malang kerana ayah saya sudah diperlakukan seperti orang yang sudah mati walaupun masih hidup.


Seperti yang saya sebutkan tadi, kematian ayah saya tidak menyelesaikan sebarang masalah. Kepercayaan ayah bahawa kematiannya akan menyelesaikan masalah ternyata karut. Kehidupan kami tidak berubah, hubungan dengan ibu juga semakin renggang. Adik saya masih berada dalam dunianya sendiri. Hidup dalam dunia liar dan dadah. Satu-satunya ahli keluarga yang berjaya menemui sinar hidup baru ialah abang saya.


Persoalannya,

Mengapa ayah saya tidak dapat diselamatkan

Kami gagal memberikan pujukan dan kata-kata semangat kepadanya
Kami gagal memberikan alasan kukuh untuk dia meneruskan hidup
Kami gagal menunjukkan kepadanya bahawa dia sangat penting
Dia diberikan alasan untuk mati oleh isterinya.


Apa yang sangat dia perlukan ialah

Merasakan bahawa dirinya sangat diperlukan
Merasakan bahawa dia masih dihargai
Merasakan dirinya dihormati
Merasakan kasih sayang dan komitmen pasangannya
Merasakan seluruh anggota keluarganya tidak akan putus asa untuk menyelamatkannya.


Perubahan pada abang saya mula ketara apabila akhirnya dia menemui wanita untuk melengkapkan hidupnya. Dia kini semakin banyak mendekatkan diri kepada Tuhan dan selalu berdoa. Dia telah mula membina kekuatan dalaman melalui kehidupan rohani yang mementingkan kasih sayang. Isterinya seorang yang percaya kepada Tuhan.

Bagaimana dengan anda?


Nota: Artikel ini diilhamkan hasil tulisan seorang pembaca tidak bernama dalam forum quora.com. Saya cuba sampaikan semula kepada anda dengan sebaik mungkin dengan harapan ianya sedikit sebanyak memupuk semula nilai-nilai dalam kekeluargaan.

Sayangilah ibu bapa anda selagi mereka masih ada.




P/s. Oh ya, saya mengambil masa hampir 2 malam menyiapkan artikel ini. Hmm, kasihan anak-anak saya tak kena layan masa tu.

Adakah anda menyayangi keluarga anda? Kongsikanlah artikel ini jika anda rasa ia bermanfaat.

Sumber: TIPS BISNES ONLINE, BERITA SEMASA DAN ARTIKEL TERKINI, lynk.my
 
Last edited by a moderator:

HafizM

Senior
Joined
Jun 25, 2015
Messages
311
Points
28
Age
45
Satu saja penyelesaian....Islam.....segala do's & don't telah digariskan......lengkap dgn cabang munakahat, muamalat, jenayat, dan sebagainya untuk menjalani kehidupan sempurna di muka bumi.
 

HafizM

Senior
Joined
Jun 25, 2015
Messages
311
Points
28
Age
45
dia solat lima waktu ker....tanya dia...kalo dah cukup nak g bunuh diri...g lah...tapi jika belum suruh dia cukupkan dulu....
Kalau mereka Muslim dan mengerjakan solat solat 5 waktu....dah tentu tiada isu bunuh diri sbb umat Islam dilarang sama sekali membunuh diri......berniat utk membunuh diri pun dah berdosa.
 

Naz Akhtar

Super Senior
Joined
Jun 21, 2014
Messages
533
Points
43
baru2 ada masuk group....

tertengok lak pic pasangan vunuh dri kat beluakr.cinta terhalang katanya.
kalau prob cm ni dah x kira Muslim ke idak...kalau emosi terbawa2 cm ni la jadinya.

sedih kan +Kecewa+
 

Tokey

Staff member
administrative
Joined
Jun 5, 2015
Messages
524
Points
28
Banyak lagi benda menarik kat dunia nie..+Melibas+
 
Top