Pelaburan Unit Amanah, pulangan 12% setahun

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Ekonomi capai 5.6 peratus
Oleh Shahrizan Salian

2011/10/21
Eksport komoditi, perkilangan sokong pertumbuhan separuh kedua

KERAJAAN yakin ekonomi Malaysia mampu berkembang sekitar 5.6 peratus dalam separuh kedua ini, sekali gus membolehkan negara mencapai sasaran pertumbuhan lima peratus untuk seluruh 2011.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata ia akan didorong perbelanjaan dan pelaburan swasta yang masih kukuh serta pelaksanaan lebih cepat projek awam.
“Eksport kukuh komoditi dan barangan perkilangan berasaskan sumber juga akan menjadi penyokong kepada pertumbuhan dalam separuh kedua ini,” katanya dalam ucaptama pada Perbincangan Sukuan Panel Ekonomi anjuran Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah-Malaysia (EUMCCI) di Kuala Lumpur, semalam.
Bank Negara Malaysia dijangka mengumumkan prestasi ekonomi negara bagi tempoh suku suku ketiga pada 16 November ini.

Ekonomi negara berkembang 4.4 peratus pada separuh pertama tahun ini, di tengah-tengah faktor persekitaran luar yang lemah.

Bagi mencapai sasaran pertumbuhan tahun ini, kerajaan memberi tumpuan kepada usaha merangsang permintaan domestik bagi melindungi ekonomi daripada terlalu bergantung kepada eksport, termasuk beberapa inisiatif yang digariskan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ahmad Husni menegaskan, Malaysia secara umumnya mencatatkan pemulihan baik daripada krisis kewangan global antara 2008 hingga 2009 yang mana momentum pertumbuhan ekonomi negara sejak tempoh krisis itu adalah mapan.
Beliau berkata, dalam tempoh lima hingga 10 tahun lalu, kerajaan secara aktif meningkatkan usaha untuk mempelbagaikan corak perdagangan negara.

“Langkah itu berkesan mengimbangi penurunan jualan barangan negara di peringkat antarabangsa. Contohnya, sejak pengenalan perjanjian Kawasan Dagangan Bebas ASEAN (AFTA), jumlah dagangan Malaysia dengan rantau ASEAN meningkat ketara,” katanya.

Bagi tempoh 2005 hingga 2010, katanya, purata dagangan Malaysia dengan negara ASEAN bernilai AS$82 bilion (RM246 bilion), namun ia meningkat kepada AS$100 bilion (RM305 bilion) dalam tahun pertama AFTA berkuat kuasa.

Malaysia juga, katanya turut mempunyai perjanjian dagangan dua hala dengan India, China dan beberapa negara membangun lain di seluruh dunia yang menyediakan sokongan teguh ke atas pertumbuhan ekonomi negara.

“Pasaran baru berkenaan menyediakan daya tahan kepada sektor eksport negara. Pada masa sama, kerajaan akan terus menyediakan ekosistem kepada sektor swasta untuk menjadi tunjang utama ekonomi negara,” katanya.
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Public Mutual umumkan dividen..;)

Public Mutual To Pay Out RM232 Million In Dividends For 8 Funds

KUALA LUMPUR, Oct 31 (Bernama) -- Public Bank Bhd's unit, Public Mutual, has declared a total income distribution of RM232 million for eight of its funds for the year ended Oct 31, 2011.

The distributable income for its Public Industry Fund was 5.00 sen per unit, while for Public Equity Fund it was 3.00 sen, Public Sector Select Fund 2.00 sen, Public South-East Asia Select Fund 2.50 sen, Public Asia Ittikal Fund 1.25 sen, PB Australia Dynamic Balanced Fund 3.00 sen, PB Asia Real Estate Income Fund 2.00 sen and Public Islamic Bond Fund 5.00 sen.

In a statement here today, Public Mutual said the distribution for all the funds would be made by Public Mutual unit trust consultants, except for PB Australia Dynamic Balanced Fund and PB Asia Real Estate Income Fund for which the dividends would be made through Public Bank branches nationwide.

Public Mutual is Malaysia's largest private unit trust company with 89 funds under its management.

It has over 2.5 million account holders and as at Sept 30, 2011, the total net asset value of the funds managed by the company amounted to RM41.3 billion.

-- BERNAMA
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Update terkini, keuntungan fund2 public mutual sepanjang bulan oktober (dari tarikh 26/9/2011 hingga 31/10/2011)

Public Islamic Select Treasures Fund (PISTF) = +14.43%
Public Islamic Optimal Growth Fund (PIOGF) = +14.21%
Public Islamic Opportunities Fund (PIOF) = +13.59%
Public Islamic Select Sector Fund (PISSF) = +12.93%
Public Islamic Alpha40 Growth Fund (PIA40GF) = +11.52%
Public Ittikal (PITTIKAL) = +10.47%
Public Islamic Sector Select Fund (PISEF) = +10.19%
Public Islamic Equity Fund (PIEF) = +9.98%
Public Islamic Dividend Fund (PIDF) = +9.39%

p/s Pada yang ingin melabur (epf atau cash) dalam fund2 diatas bole hubungi saya 012 6720978..:):D
 

onemalaysiafx

freshman
Joined
Nov 8, 2011
Messages
0
Points
0
menarik jugak tu...sekadar berkongsi alternatif lain...cuba layari 1malaysiafx, 5% PERMONTH TO 60% PERYEAR PROFIT! + EXTRA INCOME, maklumat lanjut dan untuk lihat live performance klik nik onemalaysiafx
 
Last edited:

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Public Mutual declares distributions for 8 funds

Public Bank’s wholly-owned subsidiary, Public Mutual, declares distributions totaling more than RM98 million for eight of its funds. The total gross distributions declared for the financial year ended 30 November 2011 are as follows:

Fund
Gross Distribution / Unit
Public Select Alpha-30 Fund
2.50 sen per unit
Public Far-East Alpha-30 Fund
0.25 sen per unit
Public Far-East Dividend Fund
0.50 sen per unit
Public Islamic Sector Select Fund
2.00 sen per unit
Public Islamic Alpha-40 Growth Fund
0.75 sen per unit
Public Islamic Asia Leaders Equity Fund
0.75 sen per unit
Public Islamic Balanced Fund
1.00 sen per unit
Public Islamic Infrastructure Bond Fund
2.50 sen per unit

Public Mutual’s Chief Executive Officer Ms. Yeoh Kim Hong said that the Company is pleased to be able to declare distributions despite the current challenging market conditions. Public Select Alpha-30 Fund is an equity fund that aims to achieve capital growth over the medium- to long-term period by investing in up to a maximum of 30 stocks primarily listed on Bursa Securities. Public Far-East Alpha-30 Fund is an equity fund that seeks to achieve capital appreciation over the medium-to long-term period by investing in up to a maximum of 30 stocks in the domestic and regional markets whereas, Public Far-East Dividend Fund is an equity fund that provides income by investing in a portfolio of stocks in domestic and regional markets which offer or have the potential to offer attractive dividend yields. Public Islamic Sector Select Fund, Public Islamic Alpha-40 Growth Fund and Public Islamic Asia Leaders Equity Fund are Shariah-based equity funds. Public Islamic Sector Select Fund seeks to achieve long-term capital appreciation by investing in a portfolio of securities, mainly equities, that complies with Shariah requirements from market sectors in the domestic market. Public Islamic Alpha-40 Growth Fund aims to achieve capital growth by investing in up to a maximum of 40 stocks which comply with Shariah requirements.

Public Islamic Asia Leaders Equity Fund aims to achieve capital growth over the medium- to long-term period by investing mainly in stocks of companies with market capitalisation of US$1 billion and above in domestic and regional markets that comply with Shariah requirements. Meanwhile, Public Islamic Balanced Fund aims to provide steady income and capital growth over the medium- to long-term period by investing in a portfolio of Shariah-compliant investments, while Public Islamic Infrastructure Bond Fund is to provide annual income to investors through investments in sukuk of companies in the infrastructure sector.

All of the above funds are distributed by Public Mutual unit trust consultants. Public Mutual is Malaysia’s largest private unit trust company with 90 funds under management. It has 2.6 million accountholders and as at 31 October 2011, the total net asset value of the funds managed by the company was RM43.7 billion.

sumber : http://www.publicmutual.com.my/LinkClick.aspx?fileticket=lS17n0nUcJY%3d&tabid=87
 

ijampm

freshman
Joined
Dec 6, 2011
Messages
14
Points
0
salam shafiq,invest di unit trust PM pun selamat.jika pelabur benar2 faham konsep pelaburan unit trust..matlamat pelaburan mesti untuk jangka sederhana ke jangka panjang...tapi sekiranya baru melabur setahun atau 2 thn dan dah ada profit .pelabur bole mengeluarkan pelaburan mereka..x perlu nk tunggu sampai 3thn klu target dah dpt...3thn tu adalah masa terbaik ataupun tempoh yg biasa berlaku utk mendaptkan pulangan yg memuaskan....
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
PUBLIC MUTUAL LANCAR DANA BARU ISLAMIK...:)

KEMBANGKAN WANG SIMPANAN ANDA DENGAN PUBLIC DANA ISLAMIC SAVINGS YANG BARU

KUALA LUMPUR, 14 Dis ( Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual akan melancarkan sebuah dana Islam baru, Public Dana Islamic Savings (PISVF) pada 15 Disember 2011. PISVF ialah sebuah dana ekuiti pendapatan Islam yang bermatlamat untuk menyediakan pendapatan dalam jangka masa sederhana hingga panjang dengan melabur dalam sebuah portfolio pelbagai pelaburan terutamanya saham-saham Malaysia patuh Syariah yang menawarkan atau mempunyai potensi untuk menawarkan kadar hasil dividen yang menarik. Dana ini memfokus kepada pelaburan dalam syarikat-syarikat yang telah menunjukkan konsistensi dalam memberi ganjaran kepada pemegang-pemegang saham mereka melalui pembayaran dividen. PISVF juga melabur dalam saham-saham bertumbuh atau pemulihan yang patuh Syariah serta mempunyai potensi untuk menerima pakai dasar pembayaran dividen.

Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong berkata, “PISVF memfokuskan pelaburannya terutama dalam pasaran domestik, dana ini menawarkan pelabur-pelabur peluang untuk mengambil kesempatan daripada prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berdaya tahan dalam jangka masa sederhana hingga panjang. Prestasi sektor-sektor patuh Syariah terpilih dalam ekonomi Malaysia dijangka terus disokong oleh perbelanjaan pengguna dan pelaburan yang bertahan bagi jangka masa lebih panjang.”

PISVF memberi peluang kepada pelabur untuk mengambil bahagian dalam sebuah portfolio pelbagai saham mewah, saham bertumbuh dan saham terkurang nilai patuh Syariah yang mengagihkan atau mempunyai potensi untuk mengagihkan dividen yang menarik. Selepas pasaran ekuiti jatuh mendadak pada penghujung suku ketiga tahun 2011 disebabkan oleh kerisauan pada pergerakan pertumbuhan ekonomi global yang perlahan dan krisis hutang berdaulat di Eropah, saham-saham tersenarai di pasaran ekuiti domestik diniagakan di bawah aliran penilaian dan menawarkan peluang pelaburan yang menarik bagi pelabur jangka sederhana hingga panjang.

Bagi mempelbagaikan pelaburan, dana ini boleh melabur sehingga 30% daripada nilai aset bersihnya (NAB) dalam pasaran-pasaran luar negara terpilih termasuk Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Hong Kong, Negara Thai, Indonesia, Filipina, Luxembourg dan pasaran-pasaran lain yang diluluskan.

Pendedahan ekuiti PISVF adalah di antara 75% hingga 98% daripada NAB dana. PISVF adalah sesuai bagi pelabur-pelabur yang bersifat sederhana dalam menerima risiko dan ganjaran serta memberi keutamaan untuk menerima pendapatan sementara pertumbuhan modal adalah sekunder

Harga terbitan permulaan PISVF ialah sebanyak RM0.2500 seunit di sepanjang tempoh tawaran permulaan selama 16 hari dari 15 hingga 30 Disember 2011. Pelaburan permulaan minimum bagi dana ini ialah RM1,000 dan pelaburan tambahan minimum ialah RM100. Di sepanjang tempoh tawaran tersebut, bayaran perkhidmatan promosi istimewa serendah 5% daripada harga terbitan permulaan seunit ditawarkan ke atas pembelian unit PISVF oleh para pelabur. Para pelabur yang memilih untuk melabur dalam PISVF dengan menggunakan Arahan Debit Terus semasa tempoh tawaran juga akan menikmati bayaran perkhidmatan promosi sebanyak 5.25% NAB seunit selagi Debit Terus itu masih aktif. Tertakluk kepada syarat dan peraturan.

PISVF diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual. Pelabur-pelabur yang berminat boleh menghubungi mana-mana perunding unit amanah Public Mutual atau dail Talian Perkhidmatan Pelanggan 03-6207 5000 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dana tersebut.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan sebanyak 91 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai 2.6 juta pemegang akaun dan pada 31 Oktober 2011, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM43.7 bilion.

INFO LANJUT : http://www.publicmutual.com.my/LinkClick.aspx?fileticket=sVzO1ToH5sI%3d&tabid=87
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Public Tactical Allocation Fund, Public Islamic Asia Tactical Allocation Fund and Public Islamic Mixed Asset Fund

We wish to inform that the 1st Supplemental Prospectus of Public Tactical Allocation Fund (formerly known as Public Global Balanced Fund) and 1st Supplemental Prospectus of Public Islamic Mixed Asset Fund (formerly known as Public Islamic Balanced Fund) and Public Islamic Asia Tactical Allocation Fund (formerly known as Public Islamic Asia Balanced Fund) dated 12 December 2011 have been duly registered with the Securities Commission. These supplemental prospectuses have incorporated changes pertaining to the Funds’ name, investment objective, policy and strategy as approved by unitholders during the respective unitholders’ meeting on 24 August 2011. These 3 funds are open for sale on 16 January 2012. Public Tactical Allocation Fund comes with FREE Insurance coverage, whereas Public Islamic Mixed Asset Fund and Public Islamic Asia Tactical Allocation Fund come with FREE Takaful coverage. There will be a special promotion for Public Tactical Allocation Fund and Public Islamic Asia Tactical Allocation Fund from 16 January to 15 February 2012. Investors who invest into these 2 funds during the promotional period can enjoy special service charges as low as 5.00% of the net asset value per unit. Terms and conditions apply. Please note that these 2 funds will be closed for sale once they reach a certain fund size.

For more information about the funds, please obtain a copy of the supplemental prospectuses from your nearest Public Mutual branch or visit www.publicmutual.com.my.
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Funds not open for investment

Public Islamic Bond Fund
Public Bond Fund
Public Ittikal Fund *
Public Select Bond Fund *
PB Growth Fund *
PB Islamic Bond Fund
PB Fixed Income Fund

* Open for EPF investment
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Bisnes Dunia: Saham Asia mampu meningkat semula


2012/02/15
Data tinjauan menunjukkan kitaran perdagangan dunia kini alami pusingan lebih baik

JIKA ramalan Bank Dunia tepat, 2012 akan menjadi tahun kedua ekonomi global mengalami pertumbuhan paling perlahan dalam dekad ini, iaitu pada tahap sama ketika kemelesetan ekonomi dunia seperti krisis kewangan 2008/2009, sekali gus rantau Asia tidak terkecuali menerima kesannya.
Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) pula memberi amaran pertumbuhan ekonomi China dijangka bertumbuh pada kadar yang amat perlahan pada separuh kedua tahun ini jika masalah kewangan di Eropah menjadi lebih teruk.
Sejarah menunjukkan campuran pertumbuhan ekonomi yang semakin baik dan inflasi sentiasa berkait rapat dengan menghasilkan peningkatan prestasi dalam pasaran saham. Inilah (keadaan semasa) yang berlaku sekarang. - Robert Prior-Wandesforde, Pengarah Ekonomi Asia (tidak termasuk Jepun) Credit Suisse di Singapura
Ia secara tidak langsung memberikan berita suram memandangkan peranan China sebagai negara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi global berbanding mana-mana ekonomi lain.

Kira-kira 600 ahli ekonomi terbaik sektor swasta dunia yang ditemubual berkata, momentum pertumbuhan global kini makin pudar, bersama-sama unjuran pertumbuhan kukuh yang disasarkan bagi rantau Asia.

Jadi, mengapa pelabur begitu tertarik sangat membeli ekuiti di ekonomi baru muncul di Asia (pasaran saham selain Jepun) yang mengalami pertumbuhan kukuh pada bulan lalu sejak 2001. Adakah ia untuk menikmati satu daripada 10 pulangan bulanan paling menguntungkan dalam tempoh satu dekad?

“Secara ringkasnya, kebanyakan ekonomi Asia disifatkan sebagai destinasi pelaburan paling menarik kini,” jelas Pengarah Ekonomi Asia (tidak termasuk Jepun) Credit Suisse di Singapura, Robert Prior-Wandesforde.
“Data tinjauan jelas menunjukkan kitaran perdagangan dunia kini mengalami pusingan yang lebih baik, hasil perangkaan eksport dan data industri di Asia yang makin meningkat tidak lama lagi,” katanya.

“Sejarah menunjukkan campuran pertumbuhan ekonomi yang semakin baik dan inflasi sentiasa berkait rapat dengan menghasilkan peningkatan prestasi dalam pasaran saham.

“Inilah (keadaan semasa) yang berlaku sekarang,” kata Prior-Wandesforde.
Destinasi pelaburan yang baik atau tidak, faktor negatif luaran berpunca daripada permintaan yang semakin kurang susulan masalah hutang Kesatuan Eropah (EU).

Selain daripada penurunan kadar perbelanjaan pengguna di Amerika Syarikat (AS), pelabur dilihat tetap percaya dengan pertumbuhan ekonomi di Asia.

Bahan asas, tenaga dan perindustrian adalah antara sektor ekonomi utama yang mencatatkan prestasi memberangsangkan pada Januari lalu – semuanya meraih peningkatan hampir 15 peratus, demikian menurut perangkaan indeks sektor Thomson Reuters bagi Asia Pasifik (kecuali Jepun), dan sektor berkenaan terus menjadi taruhan terbaik pada bulan Februari.

Sektor utama itu juga turut disertai beberapa sektor lain seperti teknologi, iaitu salah satu sektor kitaran paling sensitif di Asia.

Sektor bukan kitaran yang berbentuk bertahan dan utiliti, adalah dua sektor ekonomi yang mencatatkan prestasi buruk antara 10 sektor utama di bawah indeks berkenaan.

Rali ekuiti di Asia dilihat wajar berlaku, khususnya bersandarkan faktor kejatuhan sebanyak 18 peratus yang dialami pasaran di rantau ini tahun lalu.

Dua pertiga daripada kejatuhannya itu sudah pun pulih hanya dalam tempoh tujuh minggu, manakala aktiviti belian dikalangan pelabur asing di saham Asia, khususnya dalam enam pasaran utama di rantau ini, yang dipantau firma penyelidikan Nomura, mencatatkan sejumlah AS$15.4 bilion bagi tempoh awal tahun hingga kini, iaitu lebih daripada jumlah AS$14.1 bilion nilai saham yang dijual mereka tahun lalu.

Penganalisis UBS berkata, sejak akhir tahun lalu, pelabur dilihat mengendahkan risiko pelaburan walaupun penilaian ke atas saham pasaran global ekonomi baru muncul dinilaikan rendah tujuh peratus, kali pertama sejak 20 tahun lalu.

Ketua Strategi Ekuiti Global Firma Pembrokeran yang berpangkalan di Hong Kong, Jefferies, menyatakan sikap hati-hatinya terhadap kitaran lantunan semula yang berlaku berdasarkan kepada skala menghindar risiko.

“Kini, kedudukan pasaran di Asia dan pasaran baru muncul amat lemah. Lantunan semula yang berlaku itu adalah sebahagian besarnya berpunca daripada kemasukan dana bagi menyokong semula paras kedudukan pasaran kembali ke tahap neutral sebaik mungkin,” kata Darby. – REUTERS
 

ssegar

freshman
Joined
Jan 18, 2012
Messages
11
Points
1
Saya lihat dalam thread ini kerap kali syarikat unit amanah yang sama sahaja yang kerap melakukan pemasaran. Ini tidak bermaksud syarikat unit amanah yang lain tidak memberikan pulangan kompetitif. Malah kalau mampu melabur sendiri kita boleh kurangkan entry cost dan kos-kos tersembunyi yang lain contohnya membeli unit amanah di fundsupermartdotcom. Jadi soalan yang patut di tanya bukannya pulangan tetapi strategi pelabauran ketika zaman merudum, kos tersembunyi dan aspek-aspek lain. Buku saya Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah sebagai contoh mengandungi bab berkaitan enam dongengan unit amanah yang tidak disedari dan beberapa strategi pelaburan selain DCA. Boleh google Books tajuknya dan lihat senarai kandungan.
========
ssegar
Penulis Buku PTS :
1) Kerjaya Perancangan Kewangan Peribadi
2) Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah
3) Rahsia Mengurus Insurans Hayat
4) Buat Duit Sebagai Agen Insuran Takaful
5) Buat Duit Sebagai Agen Unit Amanah
6) Pemasaran gerila penulis (terjemahan)
7) Urus Wang Masa Gawat (terbit Feb 2012)
 
Last edited:

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
KWSP umum dividen 6 peratus

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam mengumumkan kadar dividen 6 peratus untuk pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, iaitu meningkat berbanding 5.8 peratus pada 2010.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman (gambar) berkata, kadar dividen itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan bayaran sebanyak RM24.47 bilion akan diagihkan kepada pencarumnya berbanding RM21.61 bilion untuk tahun kewangan 2010.

Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus, dibayar kepada pencarum pada tahun 1983 sehingga 1987.

Samsudin berkata, tahun 2011 menandakan satu lagi pencapaian baik KWSP walaupun menghadapi persekitaran pelaburan yang mencabar dengan memperoleh pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion iaitu meningkat 13.18 peratus daripada 2010.

"Ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP serta usaha berterusan pasukan pelaburannya," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

p/s kepada yang ingin melabur simpanan kwsp mereka dalam unit trust public mutual bole hubungi saya 012 6720978..;)
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Pelaburan langsung asing cecah RM32.9 bilion

MALAYSIA menarik pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM32.9 bilion sepanjang tahun lalu, iaitu yang tertinggi pernah dicatatkan setakat ini.
Ia adalah peningkatan sebanyak 12.3 peratus berbanding RM29.3 bilion yang diterima pada 2010.
Perkilangan muncul sebagai sektor sasaran utama FDI itu, merangkumi 50.1 peratus daripada jumlah yang diterima, diikuti perkhidmatan (27.3 peratus), perlombongan dan kuari (22.2 peratus) serta pertanian, perhutanan dan perikanan (0.4 peratus).

Prestasi itu adalah sejajar dengan hasil kaji selidik Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), Malaysia yang meletakkan Malaysia sebagai antara negara penerima FDI tertinggi bagi tempoh 2011 hingga 2013.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata jumlah pelaburan keseluruhan yang diluluskan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan sektor utama sepanjang tahun lalu turut menyaksikan peningkatan kukuh, iaitu 40.7 peratus kepada RM148.6 bilion membabitkan 4,964 projek, dengan jangkaan menyediakan peluang pekerjaan baru sebanyak 149,496.

“Ini adalah bukti keyakinan pelabur terhadap persekitaran perniagaan di Malaysia. Pencapaian ketara itu juga menunjukkan Malaysia berada pada landasan untuk mencapai sasaran pelaburan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP),” katanya pada sidang media mengumumkan Prestasi Pelaburan Malaysia 2011 di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama, Timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.

Mustapa berkata, sejajar dengan strategi kerajaan, pelaburan domestik terus mengatasi FDI dengan menguasai 55.4 peratus atau RM82.3 bilion daripada jumlah pelaburan diluluskan, manakala pelaburan asing sebanyak 44.6 peratus atau RM66.3 bilion.

Bagi sektor perkilangan katanya, ia terus menunjukkan aliran pemulihan dengan menyaksikan 846 projek bernilai RM56.1 bilion diluluskan tahun lalu, iaitu peningkatan 18.8 peratus daripada RM47.2 bilion pada 2010.

Beliau berkata, jumlah itu turut melepasi RM28.6 bilion atau 104 peratus daripada sasaran purata pelaburan tahunan sebanyak RM27.5 bilion yang ditetapkan dalam Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) bagi tempoh 2006 hingga 2020.

“Projek yang membabitkan pelaburan asing berjumlah RM34.2 bilion atau 61 peratus, manakala pelaburan domestik berjumlah RM21.9 bilion mencakupi 39 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan tahun lalu,” katanya.

Industri elektrik dan elektronik terus mendominasi aliran kemasukan pelaburan, diikuti produk logam, peralatan pengangkutan, produk kimia, dan perkilangan makanan.

Subsektor itu merangkumi RM44.7 bilion atau 79.7 peratus daripada jumlah projek yang diluluskan.

Mustapa berkata, Jepun, Korea, Amerika Syarikat, Singapura dan Arab Saudi adalah sumber tertinggi bagi FDI dalam projek sektor perkilangan yang diluluskan, iaitu berjumlah RM22.5 bilion, atau mewakili 65.8 peratus.

Mengenai prospek kemasukan FDI bagi 2012 ini, beliau menegaskan, ia diunjurkan seiring dengan arah aliran global yang dijangkakan meningkat kepada AS$1.7 trilion.

“Malaysia dijangka mampu mengekalkan kemasukan FDI seperti dicatatkan pada 2011, walaupun dalam keadaan ekonomi global masih tidak menentu kerana 72 peratus daripada FDI yang diterima adalah dari negara Asia,” katanya.

Beliau berkata, pelaburan swasta juga dijangka meningkat kepada RM110 bilion tahun ini daripada RM94 bilion tahun lalu, didorong pelaburan domestik yang kukuh khususnya dalam sektor minyak dan gas.
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16

Analisis Saham: Pengambilan untung pengaruhi bursa


Oleh Kaladher Govindan
[email protected]
2012/02/27
Pakej penyelamatan Greece, data ekonomi China dorong turun naik pasaran tempatan

SAHAM di Bursa Malaysia tersekat dalam aktiviti pengambilan untung untuk minggu kedua minggu lalu, apabila saham mewah bergerak antara untung dan rugi.
Ia didorong pengumuman Greece yang memperoleh pakej penyelamat keduanya, diikuti data ekonomi China yang tidak menggalakkan serta data pekerjaan dan perumahan yang kukuh di sebalik kelembapan ekonomi global.
Pasaran tempatan meneruskan pembetulan pengambilan untung pada hari berikutnya, seiring kelemahan serantau selain kebimbangan terhadap China yang akan merendahkan sasaran pertumbuhan ekonominya tahun ini.
Bagaimanapun, saham murah dan bermodal kecil terus mengalami tekanan pengambilan untung.

Pada asas mingguan, penanda aras saham mewah Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 1.62 mata, atau 0.1 peratus kepada to 1,558.77 mata, diterajui keuntungan oleh Maybank (+21sen), Axiata (+14sen) dan TM (+22sen) yang mengimbangi kejatuhan saham CIMB (-22sen), KLK (-RM1.40) dan Genting Bhd (-18sen).

Jumlah purata dagangan harian dan nilai susut kepada 1.93 bilion saham bernilai RM1.87 bilion berbanding 2.39 bilion saham bernilai purata RM2.09 bilion pada minggu sebelumnya, susulan peserta pasaran berada di luar pasaran di tengah-tengah pengurangan belian pusingan.

Sekatan mengejutkan oleh menteri kewangan zon euro terhadap pakej menyelamat berjumlah 130 bilion euro untuk Greece minggu lalu tidak berjaya membangkitkan pasaran tempatan kerana tekanan pengambilan untung terus mengukuh.
Malah, perbendaharaan AS turut menterbalikkan pembetulan penurunannya dengan beranggapan langkah berkenaan akan sedikit sebanyak menyelesaikan persengketaan antara negara sekitar Greece dan rantau Eropah.

Walaupun Greece sudah bersetuju untuk memenuhi segala keperluan untuk mendapat dana penyelamat kedua, kebimbangan terus kekal mengenai tindakan pemotongan sebanyak 53.3 peratus secara sukarela oleh pemegang bon akan mencetuskan kegagalan membayar hutang.

Masih belum dapat dilihat sama ada tahap komitmen Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) yang akan mengadakan pertemuan pada 13 Mac ini, bagi membincangkan sumbangannya kepada dana penyelamat kedua itu akan mewujudkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak.

Kebimbangan mengenai komitmen Greece terhadap langkah penjimatan yang dijanjikannya, dan proses pelaksanaannya dijangka akan mewujudkan kebimbangan pelabur sepanjang tahun ini.

Sebarang kegagalan memenuhi syarat perjanjian akan menjejaskan Greece untuk mendapat pakej penyelamat seterusnya, yang agak sukar ditolak selepas berbelanja besar bagi dana sebelum ini.

Bagaimana, satu kelegaan kepada pasaran untuk melihat sekurang-kurangnya ekonomi AS bergerak kepada landasan yang betul menerusi perangkaan ekonomi yang mampu mengukuhkan pemulihannya, di sebalik ekonomi perlahan China kesan daripada mengawal perdagangan luarnya dengan kesatuan Eropah dan juga ******** bagi memulihkan semula pasaran hartanahnya.

Ketegangan semakin meningkat terhadap Iran dijangka mendorong kepada tekanan harga komoditi yang lebih tinggi.

Disebabkan itu, EU merancang untuk mengharamkan import minyaknya dari Iran bermula Julai ini, yang dijangka meningkatkan lagi ketidaktentuan pasaran apabila sekatan AS terhadap institusi kewangan yang berurusan dengan Iran turut berkuat kuasa akhir Jun ini.

Walaupun penanda aras indeks komposit dijangka berada dalam persekitaran mengambil untung minggu ini dengan sedikit penurunan, pelabur juga perlu melihat secara menyeluruh termasuk kelemahan saham syarikat berkaitan minyak dan gas serta perladangan.

Kaitan yang kuat antara harga kedua-dua harga komoditi itu sebelum ini dijangka berterusan di tengah-tengah dinamik permintaan dan bekalan yang ketat.

Di samping itu, penilaian lebih kukuh saham syarikat perladangan akan memberikan kesan positif kepada penyenaraian Felda Global Ventures tidak lama lagi.

Walaupun bukan peserta perladangan utama, Boustead Holdings wajar menjadi antara tumpuan berikutan perjanjian pertukaran tanah yang sudah lama tertangguh dengan kerajaan membabitkan sebidang tanah di Jalan Cochrane dan Jalan Ipoh, Kuala Lumpur yang dijangka diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Dari segi teknikal, kontrak niaga hadapan KLCI Februari yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives Bhd menambah dua mata kepada atau 0.1 peratus berasaskan minggu ke minggu kepada 1,562.5 mata, peningkatan kecil kepada mata premium 3.73 mata kepada indeks tunai, berbanding mata premium 3.35 mata minggu sebelumnya.

Pasaran saham tempatan melanjutkan aktiviti pengambilan untungnya pada Isnin, tetapi minat belian yang lewat mendorong kepada penurunan saham dengan harapan China membuat keputusan untuk mengurangkan keperluan rizab banknya yang akan menyaksikan pertumbuhan ******** dan mengurangkan kelembapan ekonomi di rantau ini.

KLCI naik 3.42 mata untuk ditutup pada 1,560.57 mata, dengan kaunter rugi mengatasi untung 469 kepada 349 menerusi urus niaga lebih rendah, iaitu 1.86 bilion saham bernilai RM1.61 bilion.

Saham mewah bergerak antara untung dan rugi sebelum ditutup pada petunjuk positif keesokan harinya, sejajar dengan kebanyakan pasaran saham Asia selepas Greece memperoleh pelan penyelamat kedua.

KLCI naik 3.21 mata kepada 1,563.78 mata, dengan saham untung mengatasi saham rugi 442 kepada 372 dengan sejumlah 1.89 bilion saham bernilai RM1.74 bilion diurusniagakan.

Saham jatuh kepada pengambilan untung pada Rabu, susulan kebimbangan yang meningkat terhadap harga minyak mentah ke paras tertinggi dalam tempoh sembilan bulan yang akan memberi kesan buruk kepada pertumbuhan ekonomi global.

KLCI berkurangan 3.26 mata kepada 1,560.52 mata, daripada paras 1,565.25 mata, dengan saham rugi mendahului saham untung 541 kepada 302 dengan sejumlah 2.23 bilion saham bernilai RM1.94 bilion diurusniagakan.

Pasaran tempatan meneruskan pembetulan pengambilan untungnya pada hari berikutnya, seiring kelemahan serantau kerana jualan rumah yang lemah di AS dan kebimbangan terhadap China yang akan merendahkan sasaran pertumbuhan ekonominya tahun ini.

KLCI ditutup 3.86 mata lebih rendah untuk menutup paras terendahnya hari itu iaitu pada 1,556.66 mata, dengan saham rugi mengatasi saham untung 689 berbanding 217 pada dagangan sederhana yang berjumlah 1.95 bilion saham bernilai RM2.11 bilion.

Bagaimanapun, pasaran kembali pulih menjelang hujung minggu susulan peningkatan saham serantau selepas jangkaan lebih baik data perumahan dan pekerjaan di AS yang memberi keyakinan kepada pemulihan ekonomi global.

KLCI naik 2.11 mata pada Jumaat untuk ditutup menghampiri paras tertingginya 1,558.77 mata, dan paras terendah 1,553.62 mata, dengan saham untung mengatasi rugi 425 berbanding 373 menerusi dagangan yang lebih perlahan berjumlah 1.69 bilion saham bernilai RM1.94 bilion.

Julat dagangan minggu lalu menyusut kepada 11.63 mata berbanding 17.32 mata minggu sebelumnya.

Bagi minggu baru berakhir, indeks FBM-EMAS susut 33.76 mata atau 0.3 peratus untuk ditutup pada 10,793.1, manakala Indeks FBM-Small Cap turun 402.16 mata atau 3.06 peratus kepada 12,758.43, kerana saham bermodal kecil terus menyusut daripada pembetulan pengambilan untung.

Kesimpulannya, kelemahan momentum teknikal menunjukkan pasaran tempatan perlu meneruskan pengukuhannya dengan sedikit penurunan pada Februari yang akan berakhir minggu ini, dengan persekitaran pasaran yang negatif minggu lalu membuktikan wujudnya aktiviti pengambilan untung dan jualan saham yang menyusutkan harga dalam tempoh terdekat.

Kekurangan pemangkin pasaran yang positif, serta pengumuman keputusan kewangan korporat bagi suku keempat tahun lalu dijangka melemahkan penyertaan pasaran minggu ini.

Saham mewah, AirAsia dan CIMB mungkin kembali mengukuh minggu ini, tetapi saham TM lebih kukuh menerusi pencapaian tertingginya baru-baru ini.

Saham lain, Supermax dan MRCB dijangka susut kepada tahap sokongan terendahnya, manakala DRB-Hicom perlu mula untuk membina semula sokongan pada tahap semasanya.

Saham syarikat berkaitan minyak dan gas, Dialog Group dan Perisai Petroleum dijangka menyaksikan pemulihan minat belian susulan daripada momentum teknikal yang semakin pulih.
 

kkppejlaejlaale

freshman
Joined
Feb 27, 2012
Messages
14
Points
0
tapi penting skali, unit amanah ni kena jangka panjang baru dapat untung. klu masuk setahun dah nak kuar duit mungkin rugi sebab x sempat cover admin charge yang bank kenakan.


 
Last edited:

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
tapi penting skali, unit amanah ni kena jangka panjang baru dapat untung. klu masuk setahun dah nak kuar duit mungkin rugi sebab x sempat cover admin charge yang bank kenakan.


Yup..dalam prospektus terang2 nyatakan pelaburan unit trust adalah untuk jangka masa pjg..cadangan pelaburan minima 3 tahun keatas...
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Update keuntungan terkini (dari tarikh 3/1/2012 hingga 9/3/2012):

Public Islamic Opportunities Fund (PIOF) = +9.30%
Public Islamic Alpha40 Growth Fund (PIA40GF) = +6.32%
Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) = +5.81%
Public Islamic Optimal Growth Fund (PIOGF) = +4.82%
Public Islamic Equty Fund (PIEF) = +4.62
Public Islamic Select Enterprises Fund (PISEF) = +4.59%
Public Islamic Asia Leaders Equity Fund (PIALEF) = +4.48%
Public Islamic Dividend Fund (PIDF) = +4.45%
Public Islamic Select Treasures Fund (PISTF) = +4.35%
Public Ittikal (PITTIKAL) = +4.24%
Public Ittikal Sequel (PITSEQ) = +3.46%
Public Islamic Sector Select Fund (PISSF) = +2.12%

Sila hubungi saya untuk melabur dalam public mutual melalui skim EPF atau tunai...

Kepada yang ingin menjadi consultant Public Mutual pun bole hubungi saya untuk info lanjut..
 
Top