Pelaburan Unit Amanah, pulangan 12% setahun

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
12% setahun tidak mustahil utk dpt dlm unit trust.track record 3 tahun lepas, mmg bole dpt lebih dr 12% setahun.fund PISEF contohnya pd thn 2010 untung sebanyak 18% setahun..>:D<
 
Last edited:

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Public Mutual lancar dua dana Islam

KUALA LUMPUR 18 Julai - Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd. (Public Bank), Public Mutual Bhd. (Public Mutual) melancarkan dua dana Islam baru, Public Dana Islamic Treasures Growth (PITGF) dan Public Dana Sukuk (PSKF) pada hari ini.

PITGF merupakan sebuah dana ekuiti Islam yang bermatlamat mencapai pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang dengan melabur dalam syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana yang mematuhi Syariah.

PSKF pula merupakan sebuah dana bon Islam yang menyediakan pendapatan tahunan melalui pelaburan dalam sukuk dan instrumen pasaran kewangan Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual, Yeoh Kim Hong berkata, PITGF menawarkan pelabur peluang untuk melabur dalam syarikat-syarikat yang berpotensi untuk tumbuh dengan memfokuskan pelaburannya dalam saham bermodal kecil hingga sederhana yang mematuhi Syariah.

Jelasnya, saham-saham bermodal kecil hingga sederhana secara umumnya menawarkan peluang pertumbuhan yang lebih tinggi berbanding dengan saham-saham bersaiz lebih besar kerana asas perolehan mereka lebih kecil.

Beliau menambah, potensi pertumbuhan adalah cerah bagi saham-saham yang mematuhi Syariah kerana terdapat lebih kurang 796[1] saham bermodal kecil dan sederhana patuh Syariah yang kini tersenarai di Bursa Malaysia.

''PITFG memfokuskan pelaburan terutamanya dalam pasaran domestik, memanfaatkan peluang yang ada daripada prospek pertumbuhan ekonomi berdaya tahan Malaysia dalam jangka masa sederhana hingga yang panjang.

''Bagi mempelbagaikan pelaburan, dana ini boleh melabur sehingga 30 peratus daripada nilai aset bersih (NAB) dalam pasaran-pasaran luar negara terpilih.

''Pasaran-pasaran terpilih yang dimaksudkan seperti Korea Selatan, China, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Filipina, Thai, Indonesia, Australia, Luxembourg dan pasaran-pasaran lain yang diluluskan,'' katanya.

Pendedahan ekuiti PITGF adalah di antara 75 peratus hingga 98 peratus daripada NAB dana.

Tambah kenyataan Public Mutual, PITGF adalah sesuai bagi pelabur-pelabur agresif yang ingin mengambil bahagian dalam potensi pertumbuhan jangka panjang syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana yang patuh Syariah.

Sementara itu, jelas kenyataan itu, PSKF adalah pelaburan dalam sebuah portfolio pelbagai sukuk yang terdiri daripada sukuk korporat bagi menghasilkan pulangan yang secara amnya lebih baik daripada deposit pasaran wang Islam.

PSKF akan melabur sekurang-kurangnya 75 peratus daripada NAB dalam portfolio sukuk seperti sukuk berdaulat dan sukuk korporat (tersenarai dan tidak tersenarai) yang mempunyai pelbagai tempoh matang dengan bakinya dilaburkan dalam instrumen pasaran wang Islam.

''Untuk mencapai kepelbagaian pelaburan, dana ini boleh melabur sehingga 30 peratus daripada NABnya dalam sukuk luar negara.

''Pasaran-pasaran luar negara yang boleh dilabur oleh dana tersebut termasuk Singapura, Jepun, Hong Kong, Australia, United Kingdom dan pasaran-pasaran lain yang diluluskan,'' ujar kenyataan Public Mutual.

Harga terbitan permulaan PITGF dan PSKF ialah sebanyak RM0.2500 seunit dan RM1.00 seunit masing- masing di sepanjang tempoh tawaran permulaan selama 21 hari dari 19 Julai hingga 8 Ogos 2011.

Pelaburan permulaan minimum bagi kedua-dua dana ialah RM1,000 dan pelaburan tambahan minimum ialah RM100.

Sepanjang tempoh tawaran tersebut, bayaran perkhidmatan promosi istimewa serendah 5 peratus daripada harga terbitan permulaan seunit ditawarkan ke atas pembelian unit PITGF oleh para pelabur.

Para pelabur yang memilih untuk melabur dalam PITGF dengan menggunakan Arahan Debit Terus semasa tempoh tawaran juga akan menikmati bayaran perkhidmatan promosi sebanyak 5.25% NAB seunit selagi Debit Terus itu masih aktif. Tertakluk kepada syarat dan peraturan.
 

mfm84

freshman
Joined
Aug 29, 2009
Messages
521
Points
16
berminat dengan unit trust ni

apa kriteria yg perlu saya ade ye

bole pm saya?

terima kasih
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
mfm84..check pm..,
 

karimah

freshman
Joined
Dec 21, 2010
Messages
22
Points
0
ok,saya sokong setiap pelaburan ada risikonya tapi utk mana2 unit trust akan nampak untung utk jangka masa panjang..saya juga masuk public coz memang memenuhi syarat syariah dan keuntungannya adalah lebih tinggi dari ASB dan unit amanah saham lain,anatara dana yang ada dlm public adalah dana islamik ittikal,pief,dan byk lg..yg dua tu yg saya masuk le..tapi apa yg saya nk tekankan kt sini,carilah ejen yg kita percaya coz diorang yg diamanahkan utk jaga duit kita ketika ekonomi naik dan turun coz ada kes yg customer rugi teruk coz ejen x pandai control bond utk ditukar sewaktu ekonomi [email protected] ok..harap memberi sedikit manfaat kepada yang bertanya..
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Berita baik utk semua pelabur dan bakal pelabur

4 dana Public Mutual iaitu PSMALLCAP, PIOF, PISSF dan PISTF telah pun dibuka semula untuk pelaburan mulai 10 Ogos 2011.

PSMALLCAP adalah dana konvensional (non syariah)
PIOF, PISSF dan PISTF adalah dana islamik (syariah)

Rebut peluang sekarang untuk melabur dengan harga dana yang tengah murah..pelaburan bole dibuat secara tunai atau skim akaun 1 KWSP..:)
 
Last edited:

kparam77

freshman
Joined
Aug 9, 2011
Messages
58
Points
6
itu kalau kita tengok dari perubahan harga...mcmana pulak dengan dividen tahunan?

u kena faham capital grow vs dividedn.

kalau the return is 12%, tak semestinya dividedns 12%, munkgin kurang daripada itu.
sila ke blog saya di signature APA ITU UNIT TRSUT dan terus ke bagaimana cara untuk kira..........
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Bursa Malaysia dijangka terus meningkat

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Bursa Malaysia dijangka meneruskan kenaikan harga pada minggu depan berikutan aktiviti mencari saham murah di kalangan saham berwajaran tinggi, termasuklah kaunter perbankan dan perladangan.

Ketua Penyelidikan Jupiter Securities, Pong Teng Siew berkata, pembelian di kalangan saham berwajaran tinggi boleh melonjakkan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kepada 1,490 mata.

"Indeks utama itu boleh mencecah semula paras 1,500 mata berikutan aktiviti mencari saham murah yang berlanjutan dan melalui lebih banyak pengumuman yang mempunyai kaitan Program Transformasi Ekonomi yang akan dibuat pada September," katanya di sini.

Teng Siew berkata, sentimen pasaran tempatan boleh terus positif sejajar dengan bursa serantau yang lain apabila para pelabur berharap pengumuman pengenalan langkah rangsangan yang baharu dari Amerika Syarikat (AS) pada Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan pada 20 September depan.

Tambahan pula katanya, minat terhadap kaunter berkaitan perladangan dan pembinaan akan meningkatkan lagi sentimen pasaran.

"Saham perladangan dijangka mencatatkan prestasi yang baik apabila hasil minyak sawit meningkat dan juga dalam pembinaan apabila projek MY Rapid Transit dilaksanakan," katanya.

Sementara itu Ketua Penyelidikan OSK Research, Chris Eng berkata, tinjauan ekonomi global dan krisis hutang kedaulatan Eropah terus berliku-liku dan tidak menjanjikan cara penyelesaian terbaik.

"Bagi bulan September, kami mengekalkan pembelian saham yang boleh bertahan walau pun dalam keadaan tertekan dan sesetengah kapasiti untuk meningkat semula selepas jualan baru-baru ini," katanya dalam satu nota penyelidikan.

Bagi minggu baru berakhir, Bursa Malaysia memulakan September secara positif walau pun semasa minggu dagangan yang singkat berikutan cuti perayaan, yang ditingkatkan oleh aktiviti mencari saham murah.

Pasaran ditutup bagi perayaan Hari Raya dan Hari kebangsaan dari Selasa hingga Khamis.

FBM KLCI meningkat 29.28 mata untuk ditutup kepada 1,474.09 daripada 1,444.81 mata pada Jumaat lepas.

Indeks FTSE Bursa Malaysia Emas meningkat 202.72 mata kepada 10,074.44, Indeks FTSE

Bursa Malaysia Ace menokok 97.58 mata kepada 3,803.01 dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70 melonjak 259.33 mata kepada 10,971.23.

Indeks Kewangan meningkat 264.50 mata kepada 13,849.06, Indeks Perladangan meningkat 161.38 mata kepada 7,402.29 dan Indeks Perusahaan meningkat 46.20 mata kepada 2,729.97.

Jumlah dagangan minggu ini, yang meliputi hanya satu dan satu setengah hari dagangan, mencatatkan 1.3 bilion saham bernilai RM3.03 bilion, yang turun daripada 4.512 bilion saham bernilai RM9.577 bilion pada minggu sebelum ini

Perolehan Pasaran Utama turun kepada 1.03 bilion unit bernilai RM2.99 bilion daripada 3.581 bilion unit bernilai RM9.46 bilion sebelum ini.

Perolehan waran turun kepada 100.53 juta unit bernilai RM7.76 juta daripada 309.39 juta unit bernilai RM25.367 juta yang diniagakan pada minggu lepas.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 166.42 juta unit bernilai RM24.35 juta daripada 513.678 juta unit bernilai RM77.890 juta pada minggu lepas. &#8212; BERNAMA
 

Internetmal

freshman
Joined
Sep 30, 2010
Messages
26
Points
0
Cuma nak tahu pendapat. Apa rasionalnya, melabur dlm unit trust dan target sudah tercapat, cth: 20%. Kemudian diasingkan keuntungan 20% dan dilaburkan ke money market/bond fund. Modal asal masih dibiarkan dalam fund yang asal, cth equity fund. Bila market jatuh, modal asal jatuh sebab equity fund mirror market. Kenapa tak preserve sekali modal+keuntungan? Takkah itu lagi logik?
A'kum,

Saya agen PM juga. Ada sesiapa yang dah jawab soalan En. Ipins ini?
 

cwasalam

freshman
Joined
Oct 11, 2011
Messages
20
Points
0
kepada yang tak dapat melabur dalam Public Ittikal kerana telah penuh, boleh melabur di CIMB Islamic DALI Equity Growth.Hampir sama sahaja return in the long term.boleh compare dekat website : invest.com.my/personal/funds/compare
 
Last edited:

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Public Mutual lancar dana baru : Public Dana Ittikal Sequel (PITSEQ)

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual akan melancarkan sebuah
dana Islam baru, Public Dana Ittikal Sequel (PITSEQ) pada 11 Oktober 2011.
PITSEQ merupakan sebuah dana ekuiti Islam yang bermatlamat untuk mencapai
pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong berkata, &#8220;Ekonomi
Malaysia dijangka menunjukkan pertumbuhan berdaya tahan sebanyak 4.8%1 dan
5.3%1 dalam tahun 2011 dan 2012 masing-masing, disokong oleh perbelanjaan
pengguna yang kukuh serta pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan. PITSEQ
memberi anda peluang untuk mengambil bahagian dalam potensi pertumbuhan
pasaran ekuiti melalui pelaburan ekuiti patuh Syariah dalam portfolio pelbagai
syarikat berkaitan indeks, saham mewah dan syarikat yang mempunyai prospek
pertumbuhan dan disenaraikan di Bursa Sekuriti.&#8221;

Beliau menambah, &#8220;PITSEQ dilengkapi dengan perlindungan takaful percuma
bagi Perlindungan Hayat Kumpulan dengan Hilang Upaya Sepenuhnya dan Kekal
di samping Kemalangan Diri Kumpulan bagi pemegang unit yang berumur di
antara 18 hingga 59 tahun dengan minimum NAB (nilai aset bersih) sebanyak
RM5,000 pada bila-bila masa. Tertakluk kepada syarat dan peraturan.&#8221;

Bagi mempelbagaikan pelaburan, PITSEQ boleh melabur sehingga 30% daripada
NAB dana dalam pasaran-pasaran luar negara terpilih. Pasaran-pasaran luar negara
yang boleh dilabur oleh dana ini termasuk Singapura, Taiwan, Korea Selatan,
Jepun, Hong Kong, Negara China, Negara Thai, Indonesia, Filipina, India,
Australia, Amerika Syarikat dan pasaran-pasaran lain yang diluluskan.
Pendedahan ekuiti PITSEQ adalah di antara 70% hingga 98% daripada NAB dana.
PITSEQ adalah sesuai bagi pelabur-pelabur agresif yang ingin mengambil
bahagian dalam potensi pertumbuhan jangka masa sederhana hingga panjang
terutamanya melalui pelaburan ekuiti patuh Syariah Malaysia.

Harga terbitan permulaan PITSEQ ialah sebanyak RM0.2500 seunit di sepanjang
tempoh tawaran permulaan selama 21 hari dari 11 Oktober hingga 31 Oktober
2011. Pelaburan permulaan minimum bagi dana ini ialah RM1,000 dan pelaburan
tambahan minimum ialah RM100. Di sepanjang tempoh tawaran tersebut,
bayaran perkhidmatan promosi istimewa serendah 5% daripada harga
terbitan permulaan seunit ditawarkan ke atas pembelian unit PITSEQ oleh para
pelabur. Para pelabur yang memilih untuk melabur dalam PITSEQ dengan
menggunakan Arahan Debit Terus semasa tempoh tawaran juga akan menikmati
bayaran perkhidmatan promosi sebanyak 5.25% NAB seunit selagi Debit Terus itu
masih aktif. Tertakluk kepada syarat dan peraturan.

PITSEQ diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual.
Pelabur-pelabur yang berminat boleh menghubungi mana-mana perunding unit
amanah Public Mutual atau dail Talian Perkhidmatan Pelanggan 03-6207 5000
untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dana tersebut.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia,
menguruskan sebanyak 90 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2.5
juta pemegang akaun dan pada 29 August 2011, jumlah nilai aset bersih dana yang
diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM42.4 bilion.

p/s Jika berminat untuk melabur dalam dana baru ini bole hubungi saya di nombor di bawah..:)
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Reaksi positif pelabur tingkat saham Asia


2011/10/18
PASARAN Asia meningkat semalam apabila pelabur memberi reaksi positif kepada perangkaan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan berita Eropah berjanji kepada negara G20 pada hujung minggu untuk mengambil tindakan pantas menangani krisis hutang.

Tokyo ditutup 1.50 peratus, Sydney naik 1.70 peratus dan Seoul meningkat 1.62 peratus, manakala Hong Kong ditutup 2.01 peratus lebih tinggi dan Shanghai berakhir dengan peningkatan 0.37 peratus.
Pasaran mengambil petunjuk dari Wall Street dan bursa Eropah yang melonjak Jumaat lalu di tengah-tengah harapan mesyuarat G20 akan menghasilkan pelan menangani masalah fiskal Eropah dan mengelak ekonomi dunia daripada terjerumus ke dalam kemelesetan.
Bercakap selepas mesyuarat menteri kewangan dan bank pusat G20 di Paris, Menteri Kewangan Perancis, Francois Baroin, berkata zon euro akan mengemukakan jawapan pada hujung minggu depan, pada sidang kemuncak pemimpin EU di Brussels.

Sementara itu, ketua kewangan G20 mengalu-alukan usaha Eropah tetapi usaha lebih jelas perlu dilakukan.

&#8220;Kami akan bekerja lebih keras memaksimumkan kesan (dana penyelamatan Eropah) untuk mengelakkan penularan,&#8221; kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Tim Geithner, berkata mereka mendengar perkara yang menggalakkan daripada rakan Eropah di Paris mengenai rancangan baru yang komprehensif bagi menangani krisis di benua itu.
Bagaimanapun, Geithner memberi amaran pelan itu mesti termasuk langkah memastikan Eropah boleh meminjam pada kadar faedah yang mapan, satu pemodalan semula bank-bank yang luas dan sokongan lanjut untuk beban hutang Greece. &#8211; AFP
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Berita baik..Public Ittikal telah dibuka kembali untuk pelaburan melalui skim EPF...

Re-Opening of Public Ittikal Fund for Employees Provident Fund (EPF) Investments

We wish to inform that Public Ittikal Fund (P ITTIKAL) will be re-opened for EPF investments with effect from 20 October 2011.
P ITTIKAL will however remain closed for cash sales.

Investors who wish to make cash investments may consider investing in our new fund, Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) which was launched on 11 October 2011. The offer period for PITSEQ ends on 31 October 2011. PITSEQ has similar features to P ITTIKAL and aims to achieve capital growth over the medium to long term period by investing in a portfolio of Shariah-compliant equities and sukuk. PITSEQ comes with free Takaful coverage on Group Term Life with Total and Permanent Disability plus Group Personal Accident, subject to terms and conditions.
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Tq bro..Mempromosi sambil mendidik org ramai membuat pelaburan di tempat yg betul dan menguntungkan...:D
 
Top