Pelaburan Unit Amanah, pulangan 12% setahun

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Selamat hari raya aidilfitri pada semua warga WC, pelabur2, agent2 dan silent reader di thread ini :)..
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Dana Islam didapati lebih berdaya tahan

PENINGKATAN kekayaan pelabur yang berminat melabur dalam produk-produk kewangan Islam dan perkembangan produk-produk Pasaran Modal Islam akan memperkukuhkan prospek pertumbuhan industri unit amanah Islam dalam jangka panjang. Di Malaysia, permintaan untuk unit amanah Islam nyata semakin meningkat. Daripada hanya dua buah dana Islam pada tahun 1993, bilangan dana-dana Islam dalam industri unit amanah swasta di Malaysia telah meningkat kepada 146 buah pada hari ini. Setakat 30 Jun 2010, sektor dana Islam mempunyai nilai aset bersih (NAB) sebanyak RM26.37 bilion, iaitu kira-kira 31 peratus daripada industri unit amanah swasta di Malaysia.

Ciri-ciri Unit Amanah Islam

Ciri utama yang membezakan pengurusan dana Islam daripada pelaburan konvensional ialah pematuhannya kepada undang-undang Syariah. Dana-dana Islam mesti mematuhi aktiviti ekonomi yang patuh Syariah dan melabur hanya dalam syarikat-syarikat yang memenuhi kehendak Syariah. Di samping itu, dana-dana Islam tidak boleh melabur dalam bank-bank konvensional yang menawarkan produk dengan kadar faedah tetap tetapi boleh melabur dalam sekuriti Islam dan institusi kewangan Islam. Dana-dana Islam juga mesti menghindari daripada membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat yang terlibat dalam produk-produk yang dilarang oleh undang-undang Islam seperti arak, tembakau, daging khinzir, perjudian dan pornografi.

Setelah menyingkirkan syarikat-syarikat dengan aktiviti perniagaan utama yang tidak mematuhi keperluan Syariah, penyaring kuantitatif, dalam bentuk nisbah kewangan, digunakan untuk memastikan syarikat patuh Syariah menjanakan pendapatannya dengan sumber kewangan yang mencukupi dan tanpa hutang yang berlebihan. Selain itu, dana Islam hanya boleh bergiat instrumen kewangan Islam dan tidak boleh mendapatkan atau menyediakan ******** konvensional mahupun melabur dalam produk-produk berfaedah konvensional, termasuk sekuriti hutang konvensional. Tunai yang dipegang oleh sesuatu dana hanya boleh dilaburkan dalam produk pelaburan jangka pendek patuh Syariah, misalnya instrumen pasaran wang.

Daya Tahan Dana Islam

Oleh yang demikian, dana Islam didapati lebih berdaya tahan daripada unit amanah konvensional kerana pulangannya lazimnya kurang meruap. Sementara itu, melabur menurut “etika” ini juga menawarkan kelebihan lain. Sebagai contohnya, dana Islam tidak begitu terjejas oleh skandal yang melanda syarikat-syarikat seperti Enron dan WorldCom beberapa tahun dahulu kerana dana-dana Islam dihindari daripada melabur dalamnya. Selain itu, penyaring kuantitatif menambahkan lagi sifat berdaya tahan dana Islam kerana jika kadar faedah naik dalam suasana inflasi yang semakin meningkat, pelaburan dalam syarikat-syarikat akan mencatatkan prestasi yang cemerlang.

Penyucian Keuntungan

Adakalanya sekuriti patuh Syariah tertentu akan diklasifikasikan semula sebagai sekuriti tidak patuh Syariah. Ini mungkin disebabkan oleh syarikat menukar atau mengembangkan operasinya yang boleh menyebabkan aktiviti yang dilarang oleh undang-undang Syariah mencapai paras yang tidak dapat diterima. Sebagai contohnya, restoran atau hotel mungkin mengambil keputusan untuk mula menghidangkan arak atau daging khinzir di premis mereka. Dalam hal ini, Penasihat Syariah akan memerlukan sekuriti itu dilupuskan sekiranya nilai pasarannya melebihi kos pelaburan asal pada hari pengumuman.

Maka syarikat pengurusan dana perlu menyucikan atau membersihkan keuntungan yang dibuat oleh dana-dana Islam dengan mengenal pasti keuntungan yang dijana oleh aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan serta menyalurkan jumlah berkenaan kepada badan-badan amal yang diluluskan oleh Penasihat Syariah. Pelabur boleh mengetahui bagaimana pengurus-pengurus dana menyucikan perolehan daripada dana Islam mereka dalam prospektus masing-masing.

Majlis Penasihat Syariah

Bagi melindungi kepentingan pelabur, Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah menubuhkan Majlis Penasihat Syariah (SACSC) untuk mengawal selia dana-dana Islam di Malaysia. SACSC bertanggungjawab melayani pertanyaan dan cadangan-cadangan yang berkaitan dengan bidang ini serta membuat pengumuman untuk menggalakkan inovasi dalam industri ini.

Selain itu, SC juga membenarkan pendaftaran penasihat tempatan dan asing bagi dana unit amanah dan sekuriti Islam demi memastikan pengurus-pengurus dana dapat memanfaatkan kepakaran Syariah mereka. Di samping memastikan operasi dan pelaburan dana mematuhi keperluan Syariah, penasihat Syariah juga berjumpa dengan pengurus dana sekali-sekala untuk menjawab pertanyaan dan memberikan nasihat.

n Rencana ini disumbangkan oleh Public Mutual Berhad, syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila dail Talian Perkhidmatan Pelanggan Public Mutual di 03-6207 5000 atau layari www.publicmutual.com.my.
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Petua FPAM elak kesempitan hidup di hari tua

PETALING JAYA 13 Okt. - Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) menasihatkan golongan pekerja swasta di negara ini menabung sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan bulanan mereka bagi menjamin kehidupan selepas persaraan.

Usaha untuk menabung boleh dilakukan dalam institusi perbankan atau melalui pelaburan-pelaburan lain yang mendatangkan keuntungan termasuk melalui unit amanah.

Timbalan Presidennya, Tan Beng Wah berkata, para pekerja swasta boleh menggunakan simpanan tersebut sebagai pencen persendirian (private pension) dan tidak boleh terlalu bergantung kepada wang yang dicarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jelasnya, wang caruman KWSP dijangka hanya menampung sara hidup dalam tempoh dua hingga tiga tahun selepas persaraan dan ia mengundang kesempitan hidup kepada para pesara berikutan kos sara hidup yang meningkat.

''Kajian yang dilakukan mendapati lebih 94 peratus daripada 5.8 juta pencarum aktif KWSP akan memperoleh kurang daripada RM150,000 pada waktu persaraan. KWSP hanya merupakan jaring perlindungan (safety net) pekerja.

''Jumlah caruman terkumpul itu tidak mampu menampung sara hidup untuk tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang kerana jangka hayat rakyat Malaysia semakin meningkat,'' katanya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Penasihat Kewangan CIMB.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Persidangan dan Pameran Setiap Orang Boleh Bersara Dengan Baik 2010 (ECRWCE) di sini hari ini. Turut hadir Presiden FPAM, Wong Boon Choy.

Persidangan dan pameran itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Ketika ditanya peringkat umur yang sesuai untuk mula menyimpan 10 peratus daripada pendapatan bulanan, Beng Wah berkata, ia boleh dilakukan pada bulan pertama individu mendapat pekerjaan tetap.

Malah, umur paling ideal untuk melakukan simpanan secara disiplin adalah 30 tahun.

Beliau berkata, pihaknya mendapati ramai komuniti Malaysia menyedari kepentingan simpanan untuk persaraan pada usia 40 tahun hingga 45 tahun.

Jelasnya, pada waktu itu, tempoh simpanan menjadi singkat dan ia tidak mencukupi bagi menampung kehidupan selepas persaraan.

Ketika ditanya relevan umur persaraan yang lewat iaitu pada 60 tahun dan ke atas, Boon Choy pula berkata, persaraan pada usia lewat memberi lebih peluang untuk bebas dalam faktor kewangan.

Katanya, mereka yang bersara melebihi usia 58 tahun akan menikmati 'tahun emas' dan menikmati kehidupan yang lebih sempurna.

Menurut Boon Choy lagi, taraf hidup pesara mungkin berbeza sekiranya dihabiskan di kampung atau kawasan pedalaman berbanding di kawasan bandar.

Katanya, di kampung, para pesara tidak perlu berbelanja lebih sebaliknya berpeluang menggunakan sumber alam seperti ternakan dan tanaman sebagai bahan asas makanan harian keluarga.

''Apa-apa pun, ia bergantung pada gaya hidup seseorang dan kawasan yang didiami selepas persaraan,'' ujarnya.

sumber : Utusan Malaysia
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Indeks keyakinan pelabur Malaysia naik

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Indeks keyakinan pelabur Malaysia mempelihatkan pertumbuhan positif, meningkat kepada 144 pada suku ketiga tahun ini berbanding 141 pada suku sebelumnya, kata ING.

Pelabur Malaysia dilihat telah memperkukuh minat masing-masing dalam pelaburan pulangan dan risiko sederhana dengan peningkatan perlahan-lahan dalam strategi pelaburan yang agresif, kata ING dalam buletin terbitan suku tahunannya, Investor Dashboard Survey.

"Hasil tinjauan ini adalah selari dengan prestasi pasaran ekuiti pada suku ketiga 2010, yang lebih baik berbanding jangkaan, serta keyakinan pelabur yang meningkat," kata Ketua Pegawai Pelaburan ING Insurance Bhd., Mark Wang.

ING Insurance merupakan sebahagian daripada Kumpulan ING, sebuah institusi kewangan global.

"Kita boleh menyifatkan gambaran positif dalam pasaran ini hasil daripada suntikan pelaburan asing ke Malaysia serta kemunculan pasaran membangun global secara keseluruhannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut hasil tinjauan itu, pelabur masing-masing kini mengharapkan pasaran akan meningkat pada suku keempat 2010, dengan hampir separuh daripada mereka yakin bursa saham akan meningkat.

"Sasaran indeks dalaman ING ialah 1,600 mata berdasarkan nisbah pendapatan harga sebanyak 15, yang konsisten dengan unjuran pelabur yang ditujukkan dalam tinjauan itu," kata Wang.

"Kami mengunjurkan peningkatan lima hingga 10 peratus dalam ekuiti tempatan hasil daripada kecairan yang mencukupi dalam sistem dalaman dan luaran. Kami sentiasa mengunjurkan momentum yang kukuh dalam pasaran tempatan dan antarabangsa sepanjang tahun ini," katanya.

Tinjauan itu menunjukkan peningkatan lapan peratus pulangan pelaburan pada suku ketiga 2010 berbanding suku sebelumnya, dengan lebih ramai pelabur mengunjurkan pulangan akan terus meningkat pada suku seterusnya.

Tinjauan itu juga mendapati empat peratus daripada pelabur Malaysia telah memperbaiki kedudukan lewangan peribadi dan tiga peratus dalam kewangan isi rumah.

"Pengenalan Program Transformasi Ekonomi kerajaan dan pengumuman Bajet 2011 adalah positif untuk jangka panjang dan baik untuk meningkatkan keyakinan pelabur dari dalam dan luar negara," kata Wang.

"Pasaran akan sentiasa diawasi bagi melihat kejayaan merealisasikan pelan itu. Usaha kerajaan untuk memperbaiki insentif untuk pelabur swasta bagi menyokong ********** program itu, merupakan kunci utama," katanya. - BERNAMA
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Public Mutual umum pengagihan pendapatan

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Public Mutual mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak RM236 juta untuk sembilan dana bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Oktober 2010.

Agihan pendapatan bagi dana-dana tersebut ialah Public Dana Industry sebanyak lima sen seunit, Public Dana Equity 4.50 sen seunit dan Public Dana South-East Asia Select satu sen seunit.

Lain-lain dana termasuk Public Dana Sector Select 2.50 sen per unit, Public Dana Asia Ittikal satu sen seunit, Public Dana Islamic Asia Balanced 0.75 sen seunit dan PB Dana Australia Dynamic Balanced sebanyak tiga sen seunit.

Pelabur PB Dana Asia Real Estate Income pula menerima 0.75 sen seunit, Public Dana Islamic Bond lima sen seunit.

Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual, Yeoh Kim Hong berkata, dana-dana itu telah mencapai prestasi yang baik dan menghasilkan pulangan satu tahun yang menarik bagi tempoh berakhir 8 Oktober 2010.

Menurut Jadual Dana The Edge-Lipper bertarikh 18 Oktober 2010, Public Dana Industry, Public Dana Equity, Public Dana South-East Asia Select dan Public Dana Sector Select telah menghasilkan pulangan dua digit bagi tempoh satu tahun iaitu masing-masing sebanyak 12.67 peratus, 20.06 peratus, 21.97 peratus dan 31.34 peratus masing-masing bagi tempoh berakhir 8 Oktober 2010.

Public Dana Asia Ittikal dan Public Dana Islamic Asia Balanced pula menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 4.51 peratus dan 3.30 peratus pada tempoh yang sama.
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
FBM KLCI catat sejarah paras penutup tertinggi

Indeks berpotensi uji halangan 1,600 mata tahun ini

PASARAN saham Malaysia merekodkan paras penutup tertinggi dalam sejarah didorong aliran cergas dana asing ke pasaran tempatan berikutan jangkaan prospek pertumbuhan ekonomi yang lebih cerah, pulangan lebih tinggi berbanding pasaran negara maju serta peningkatan berterusan nilai ringgit.
Pada penutup semalam, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) meningkat 8.1 mata atau 0.54 peratus kepada 1,519.84, mengatasi paras penutup tertinggi sebelum ini iaitu pada 1,516.22 mata yang dicatat pada 11 Januari 2008.
Susulan itu juga, pasaran tempatan hari ini dijangka berpotensi menguji paras pergerakan tertinggi harian yang dicatat pada 14 Januari lalu iaitu 1,524.68 mata.

Penganalisis turut menjangkakan arah aliran positif itu akan berterusan sehingga suku pertama tahun depan sejajar dengan keyakinan pelabur terhadap program pembaharuan ekonomi yang sedang dilaksanakan kerajaan.

Mereka berkata, sentimen pasaran yang lebih positif itu turut disumbangkan daripada peningkatan harga saham perladangan di tengah-tengah kerancakan kenaikan harga minyak sawit mentah.

Harga niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh dua tahun semalam di tengah-tengah kekurangan bekalan akibat banjir dan peningkatan harga minyak soya di China.
Kontrak MSM bagi Januari 2011 naik RM83 kepada RM3,273 setan semalam, paras yang tidak pernah dicapai sejak 18 Julai 2008.

Ketua Penyelidikan di TA Securities, Kaladher Govindan, berkata aliran dana asing yang ketara itu juga akan menjadi pemangkin penting untuk FBM KLCI mengatasi paras rintangan 1,600 tahun ini.

Beliau berkata, langkah kerajaan Amerika Syarikat (AS) menyuntik dana bernilai AS$600 bilion bertujuan merangsang ekonomi negara itu dijangka mencetuskan gelombang kedua aliran dana ke pasaran ekuiti global.

“Lebihan kecairan ini memaksa dana asing itu mencari aset berkualiti di seluruh dunia untuk dilaburkan. Dalam aspek ini pasaran tempatan yang mana penyertaan pelabur asing dalam pasaran ekuiti masih rendah iaitu pada 21 peratus, tidak terkecuali,” katanya.

Katanya, jangkaan aliran berita positif dari dalam dan luar negara juga dijangka mendorong peningkatan harga saham minggu ini.

MIDF Research dalam nota penyelidikan berkata, pasaran ekuiti Asia menerima aliran dana tertingginya dalam tempoh dua bulan pada minggu lalu.

“Dianggarkan sejumlah AS$4.7 bilion dana asing membeli ekuiti di pasaran Asia minggu lalu, meningkat daripada AS$3.5 bilion minggu sebelumnya,” katanya.

Firma penyelidikan itu berkata, keadaan pasaran juga menampakkan petanda positif untuk terus mempamerkan prestasi yang baik minggu ini sejajar dengan sentimen positif pasaran ekuiti seluruh dunia.
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
FBM KLCI dijangka cecah 1,780 mata tahun depan


2010/11/15
PASARAN saham negara berpotensi menjalani aliran peningkatan ‘super’ yang bakal menyaksikan penanda arasnya, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) melonjak mencecah 1,780 mata menjelang akhir tahun depan, kata Penganalisis Pasaran, SN Lock.

Selepas merekod paras tertinggi dalam sejarah pada minggu lalu, FBM KLCI dan pasaran utama global khususnya Eropah kembali susut pada Jumaat susulan kebimbangan langkah menaikkan kadar faedah oleh bank pusat serta masalah hutang Ireland.
Lock, bagaimanapun berkata, penyusutan selepas kenaikan tinggi pasaran adalah sesuatu yang diperlukan oleh FBM KLCI untuk membolehkan ia meneruskan aliran peningkatannya setelah merekodkan paras tertinggi 1,528.01 mata.
“Sasaran utama bagi tahun depan adalah antara 1,691 hingga 1,780 mata, dengan paras sokongan kritikal pada 1,440 hingga 1,550 mata,” katanya pada Forum Pelaburan Kewangan Persendirian TheEdge di Kuala Lumpur, kelmarin.

Dari segi prospek lebih baik, Lock berkata jika sasaran 1,780 itu dilepasi, FBM KLCI juga mampu meningkat mencecah 1,869 hingga 1,958 mata pada 2011.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Maybank Investment Bank (Maybank-IB), Wong Chew Hann, berkata wujud potensi peningkatan aliran masuk dana asing ke pasaran ekuiti Malatsia.

“Kami menjangka kadar dasar semalaman kekal stabil atau sekurang-kurangnya sehingga separuh kedua 2011. Ekuiti adalah kelas aset paling menarik untuk dilabur dalam situasi regim kadar faedah yang rendah,” katanya.
Beliau bagaimanapun, menyasar FBM KLCI mampu melonjak mencecah 1,660 mata menjelang akhir 2011. – BERNAMA
 

ipins

Senior
Joined
Dec 13, 2009
Messages
2,272
Points
38
... The popularity of different modern forms of media gives the companies which own the media a great amount of potential influence over the thoughts and opinions of the viewing public. Advertisers spend sizable sums on research to verify the psychological impact of ads in the media. Concerned public welfare groups and universities have been investigating the influence of television, film, and even video games on violent behavioral tendencies and teenage smoking habits. Media influences society. Does whoever owns the media have power over society? ...

Read more at Suite101: The Media Monopoly Problem — Who Really Owns the Media? http://www.suite101.com/content/the...o-really-owns-the-media-a254560#ixzz15NJ40lGM
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Public Mutual declares distributions for 6 funds



Public Bank’s wholly-owned subsidiary, Public Mutual, declares distributions for six of its funds. The total gross distributions declared for the financial year ended 30 November 2010 are as follows:
Fund Gross Distribution / Unit
Public Select Alpha-30 Fund 2.50 sen per unit
Public Natural Resources Equity Fund 1.50 sen per unit
Public Far-East Dividend Fund 0.50 sen per unit
Public Islamic Balanced Fund 1.00 sen per unit
Public Islamic Sector Select Fund 1.00 sen per unit
Public Islamic Asia Leaders Equity Fund 0.75 sen per unit

According to The Edge-Lipper Fund Table dated 22 November 2010, Public Select Alpha-30 Fund and Public Natural Resources Equity Fund have generated one-year returns of 15.81% and 12.10% respectively for the period ended 12 November 2010. At the same time, Public Far-East Dividend Fund recorded a one-year return of 6.97%.

Meanwhile, both Public Islamic Balanced Fund and Public Islamic Sector Select Fund, which are open for EPF Members Investment Scheme, also recorded double digit one-year returns of 11.08% and 32.73% respectively for the period ended 12 November 2010. Public Islamic Asia Leaders Equity Fund, which was launched in January this year, generated a six-month return of 9.67% for the period ended 12 November 2010.

All of the above funds are distributed by Public Mutual unit trust consultants.

Public Mutual is Malaysia’s largest private unit trust company with 82 funds under management. It has over 2,320,000 accountholders and as at 29 October 2010, the total net asset value of the funds managed by the company was RM40.2 billion.
 

ariza79

freshman
Joined
May 16, 2009
Messages
188
Points
0
salam...saya ada melabur dlm pcif dan piogf..keuntungan keduanya dah 40%-45% sejak bulan dis 2008...kalu nak jual ada apa2 caj x?dan mcmane nak jual tu?perlu contact agen x?
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Utk penjualan unit (repurchase) tiada caj dikenakan.
Cara2 utk repurchase:
1.Sila hubungi agent anda.Ada form yg u kene sign.
2.Jika tidak dapat hubungi agent, bole walk in ke mana2 cawangan public mutual seluruh malaysia.

Proses repurchase akn amik masa 7-10 hari..
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Salam..lama x update kat sini..:)

Update terkini, keuntungan semasa fund2 islamik public mutual utk tahun 2011(dari tarikh 1 jan 2011 hingga 13 april 2011):

Public Islamic Select Enterprises Fund (PISEF) = +4.73%
Public Ittikal (PITTIKAL) = +3.77%
Public Islamic Dividend Fund (PIDF) = +3.34%
Public Islamic Alpha40 Growth Fund (PIA40GF) = +3.30%
Public Islamic Sector Select Fund (PISSF) = +2.56%
Public Islamic Opportunities Fund (PIOF) = +2.41%
Public Islamic Equity Fund (PIEF) = +2.38%
Public Islamic Select Treasures Fund (PISTF) = +1.60%
Public Islamic Optimal Growth Fund (PIOGF) = +1.55%

sumber : http://www.publicmutual.com.my/application/fund/performancenw.aspx

Jika berminat untuk melabur atau ingin menjadi agent unit trust secara part time/full time bole hubungi saya di nombor di bawah..:D;)
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Bisnes Dunia: Berita baik dari Greece lonjak saham Asia


2011/06/23
Pelabur yakin pelan pemulihan bakal dilaksana Athen


PASARAN saham Asia melonjak semalam selepas Perdana Menteri Greece memenangi sokongan membolehkannya melaksanakan langkah pemulihan.

Pasaran Tokyo mengembang 1.79 peratus atau 169.77 mata kepada 9,629.43 dan Seoul ditutup 0.77 peratus atau 15.73 mata lebih tinggi kepada 2,063.90 mata.
Sydney menamatkan sesi dagangan lebih tinggi 0.54 peratus atau 24.4 mata pada 4,532.6 sementara Hong Kong meningkat 0.69 peratus. Shanghai mengembang 0.11 peratus dengan pertumbuhan dihadkan berikutan kebimbangan terhadap jangkaan meningkatkan kadar faedah.

Sejam sebelum pasaran Asia dibuka, Perdana Menteri Greece, George Papandreou berjaya mendapatkan majoriti kecil walaupun berdepan kemarahan 4,000 penunjuk perasaan di luar Parlimen.

Dengan kemenangan itu, katanya, ia membuka jalan bagi memotong keperluan untuk mengelakkan negara itu muflis dan mengekalkan Greece dalam pakatan euro.

Athen mempunyai tempoh dua minggu untuk meyakinkan negara Eropah lain bahawa negara itu akan melaksanakan pembaharuan dalam struktur jangka lambat dan penswastaan sebagai jaminan untuk mendapatkan bantuan kewangan sebelum kehabisan dana menjelang Julai ini.
Isnin lalu, zon euro memberi kata dua kepada Greece apabila menerima sejumlah 110 bilion euro (AS$160 bilion) daripada pakej ******** penyelamat yang dipersetujui tahun lalu.

Berita dari Eropah itu memberi dorongan untuk membeli euro pada tengah hari di Pasaran Asia selepas ia dijual bagi mendapatkan keuntungan daripada pertumbuhan semalam.

Euro meningkat kepada AS$1.4411 di Tokyo pada tengah hari daripada AS$1.4408 di New York Selasa lalu. Mata wang tunggal Eropah itu juga meningkat kepada 115.59 yen daripada 115.53 yen.

Dolar meningkat kepada 80.30 yen berbanding 80.22 yen.

Ruang diberikan menerusi undian di Greece, perhatian dialihkan kepada ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran terbuka Persekutuan (FOMC) sewaktu Rizab Persekutuan menetapkan kadar faedah.

FOMC memulakan persidangan dua hari bermula Selasa dan semalam, ia dijangka akan mengumumkan kebenaran terhadap program pembelian aset berjumlah AS$600 bilion yang tamat seperti mana dijadualkan pada akhir Jun.

Minyak mentah ditutup bercampur-campur sementara kontrak utama New York, West Texas Intermediate (WTI) bagi minyak mentah sweet crude untuk penghantaran Ogos jatuh 58 sen kepada AS$93.59 setong pada tengah hari.

Minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran Ogos mengembang tujuh sen kepada AS$111.02.

Di Pasaran Hong Kong, harga emas di buka pada AS$1,546.50 hingga AS$1,547.50 satu aun, meningkat sedikit berbanding Selasa untuk ditutup pada AS$1,544.00 hingga AS$1,545.00.

Di pasaran lain, Taipei ditutup 0.27 peratus atau 23.42 mata lebih tinggi pada 8,621.04.

Pengeluar telefon pintar terkemuka, HTC meningkat 5.39 peratus kepada Tw$1,075 sementara Taiwan Semiconductor Manufacturing Co ditutup 1.19 peratus lebih rendah kepada Tw$75.0.

Manila menambah 0.79 peratus atau 33.47 mata kepada 4,245.28.

Atlas Consolidated Mining meningkat 4.4 peratus pada 18.98 peso, San Miguel menambah 0.6 peratus kepada 114.70 peso dan Philippine Long Distance Telephone 1.2 peratus lebih tinggi pada 2,350 peratus.

Wellington tidak banyak berubah, jatuh 2.10 mata kepada 3,457.46.

Air New Zealand mengembang 1.8 peratus kepada NZ$1.14 dan Pumpkin Patch susut 2.9 peratus kepada NZ$1.02 manakala Fletcher Building meningkat 0.8 peratus NZ$8.57 sementara Telecom jatuh 0.2 peratus kepada NZ$2.41. – AFP
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Cara untuk melabur dalam Unit Trust public mutual

Terdapat 2 cara membuat pelaburan di Public Mutual.Pelabur bole memilih salah satu atau kedua2 cara sekali.

1-Melalui kaedah tunai (cash investment)

- Pelaburan bole dibuat dengan minima RM1000 dan boleh menambah pelaburan selepas itu dengan minima RM100.
- Pembayaran hendaklah dibuat melalui cek/bank draft/bankers cek atas nama PUBLIC MUTUAL BERHAD

2- Melalui Pengeluaran akaun 1 KWSP (epf investment)


- Pengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihi RM 5000 dari simpanan asas di dalam akaun 1 melaburkan sebahagian daripada jumlah simpanan tersebut ke dalam Public Mutual
- Jumlah simpanan yang boleh dilabur mestilah tidak kurang daripada RM 1000 dan tidak melebihi 20% dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah simpanan asas di akaun 1.

Rujuk jadual di bawah utk syarat2 kelayakan pelaburan:

[URL=http://imageshack.us/photo/my-images/204/epfsimpananasas.png/] Uploaded with ImageShack.us[/URL]

Info lanjut hubungi saya 012 6720978..:)
 

nsdder

freshman
Joined
Jun 23, 2011
Messages
156
Points
0
Pada kebiasaannya..keuntungan/pulangan yang tinggi, risikonya juga tinggi. Itu perlu diingat. Contoh.ASB/ASN, untungnya rendah tetapi risikonya juga rendah. Walau bagaimanapun, buatla kajian sebelum melabur. Takut2 nanti duit lebur...
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
high risk high return..cuma perlu di ingat, unit trust adalah pelaburan berisiko rendah..tidak seperti forex, futures, derivatives yg lebih high risk..risiko kerugian boleh dikurangkan dengan asset allocation yang betul plus strategi pelaburan yang terbaik utk pelabur oleh consultant yang menguruskan akaun pelabur,..
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
264
Points
16
Update terkini, keuntungan fund2 islamik public mutual utk 7 bulan pertama tahun 2011 (dari tarikh 1 jan 2011 hingga 13 July 2011)

Public Islamic Sector Select Fund (PISEF) = +9.6%
Public Islamic Alpha40 Growth Fund (PIA40GF) = +6.8%
Public Islamic Dividend Fund (PIDF) = +6.8%
Public Ittikal (PITTIKAL) = +6.1%
Public Islamic Select Sector Fund (PISSF) = +5.8%
Public Islamic Equity Fund (PIEF) = +5.4%
Public Islamic Optimal Growth Fund (PIOGF) = +4.1%
Public Islamic Select Treasures Fund (PISTF) = +3.5%
 
Top