Pelaburan Unit Amanah, pulangan 12% setahun

XploR

freshman
Joined
May 1, 2006
Messages
388
Likes
0
Points
16
Age
36
Offline
#1
Salam, warga WC.
Saya mencari di mana saya membuat pelaburan unit amanah yang memberi kadar pulangan sehingga 12% setahun.

Ciri-ciri:
1-Islamic
2-Boleh buat simpanan dgn kadar rendah (saya nk simpan rm200 jer sebulan)

boleh anda cadangkan? Lagi molek kalau anda mmg pelabur, boleh cerita pro & kontra.
 

azari2

freshman
Joined
Nov 26, 2006
Messages
56
Likes
0
Points
6
Offline
#3
ah ha! aku dan wife invest kat public mutual. pulangan lebih 15% setahun. tapi 4 tahun kebelakangan nie pulangan lebih 25%. giler lumayan. boleh check kat website dia www.publicmutual.com.my
 

XploR

freshman
Joined
May 1, 2006
Messages
388
Likes
0
Points
16
Age
36
Offline
#4
ah ha! aku dan wife invest kat public mutual. pulangan lebih 15% setahun. tapi 4 tahun kebelakangan nie pulangan lebih 25%. giler lumayan. boleh check kat website dia www.publicmutual.com.my
boleh tak en azari panjang kan sikit cerita ni? Kat publicmutual tu byk jenis, yg mana satu sesuai untuk saya pada pandangan encik. dan yg en azahari invest ni yg mana satu?
 
Joined
Apr 14, 2007
Messages
710
Likes
4
Points
18
Offline
#5
public mutual ni popular juga aku dengar. ada kat WC ni dulu promote. dengar kata dia buat pelaburan di China (salah satu cabang)

teringin juga join p mutual ni tapi ada juga was-was. harap azri2 dapat detail sikit sebab dah ada pengalaman
 
Joined
Dec 31, 2005
Messages
1,858
Likes
14
Points
38
Offline
#6
ramai org citer pasal public mutual nih.. kalo nak detail lanjut kene gi office dia la.. dptkan real info..
 
Joined
Dec 10, 2008
Messages
518
Likes
0
Points
16
Offline
#7
boleh tak en azari panjang kan sikit cerita ni? Kat publicmutual tu byk jenis, yg mana satu sesuai untuk saya pada pandangan encik. dan yg en azahari invest ni yg mana satu?

salam..

hanya ingin berkongsi.

XploR, jika berminat untuk melabur sebaiknya anda tentukan apa yang anda rasa baik untuk anda dan risiko yang anda sanggup ambil. mungkin apa yang sesuai untuk orang lain x sesuai ngan awak. Mungkin org lain melabur dalam dana yang lebih tinggi risikonya maka faedah yang didapati juga tinggi. asasnya lebih tinggi risiko, lebih tinggi keuntungan. Tidak mustahil untuk dapatkan pulangan 20-30% setahun sekiranya awak memilih dana yang bersesuaian i.e dana yang risiko yang agak tinggi. Nama pun pelaburan, pasti ada untung dan rugi. Tapi dalam unit amanah, pelaburan adalah lebih2 terjamin sebab wang yang dilaburkan awak akan dilaburkan dalam banyak bidang. mungkin 1 dari 4 bidang yang dilaburkan rugi selebihnya untung.

pada aku la, tepuk dada tanya selera. sanggup ke amik risiko yang tinggi sikit untuk dapat faedah yang lebih tinggi. klu tak sanggup, ada dana yang mempunyai risiko yang teramat rendah, tapi faedahnya juga rendah la.

untuk dana-dana boleh check web public mutual atau mana-mana bank yang lain.konsep sama je.

tapi penting skali, unit amanah ni kena jangka panjang baru dapat untung. klu masuk setahun dah nak kuar duit mungkin rugi sebab x sempat cover admin charge yang bank kenakan.

sowiiii. panjang sket tulih. hehehe.
harap dapat membantu
 

krolbiz

freshman
Joined
Sep 22, 2008
Messages
1,600
Likes
0
Points
36
Offline
#8
Ape pun, carilah mana2 sumber pelaburan yg halal, sebab sekarang nie banyak sangat sumber pelaburan yg berteraskan RIBA. termasuk jugak akaun simpanan dalam bank2 konvensional, Unit trust dll. Terutamanya yg jenis fixed ROI macam 10%/month dan seumpamanya.. Jangan kerana kelabu mata dgn $$, konsep syarak diketepikan..

Kalau kita main sapu jer dgn sumber income kita, takut karang masak kita kena 'belasah' kat sana nanti.. (maaf kalau ayat agak straight forward)

Yg penting dalam kita cari rezeki biarlah kita pastikan dari sumber yg bersih dan halal insyaAllah.. :)
 

krolbiz

freshman
Joined
Sep 22, 2008
Messages
1,600
Likes
0
Points
36
Offline
#9
Interest = Bunga = Faedah = Pokok = RIBA!

Riba nie berat beb.. jangan kita pandang ringan, sebab saya ada terbaca dalam Quran yg Allah akan declare perang ke atas sape2 yg layan income berkaitan Riba.. Semoga kita sama2 dilindungiNya, Ameen....
 
Last edited:

dynn

Senior
Joined
Dec 20, 2005
Messages
546
Likes
2
Points
18
Offline
#10
sebelum melabur pastikan anda mempunyai asas pengetahuan berkenaan produk pelaburan tersebut.Prestasi yg lepas bukan penjamin prestasi yg akan datang.Check juga tahap risiko pelaburan masing-masing.Lain org lain tahap risiko.Kesesuai sesuatu produk pelaburan bergantung kepada tahap risiko individu.Buat keputsan sendiri...jgn biarkan org lain membuat keputusan untuk anda.
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
198
Likes
0
Points
16
Offline
#11
Salam, warga WC.
Saya mencari di mana saya membuat pelaburan unit amanah yang memberi kadar pulangan sehingga 12% setahun.

Ciri-ciri:
1-Islamic
2-Boleh buat simpanan dgn kadar rendah (saya nk simpan rm200 jer sebulan)

boleh anda cadangkan? Lagi molek kalau anda mmg pelabur, boleh cerita pro & kontra.

Salam..saya org baru di WC..just nk share info about pelaburan unit trust since sy adalah agent unit trust..

Keuntungan dana2 islamik public mutual dari 1 feb 09 hingga 13 feb 09 :
Public Islamic Opportunities Fund (PIOF) - 1.91%
Public Ittikal (PITTIKAL) - 2.94%
Public Islamic Equity Fund (PIEF) - 2.66%
Public Islamic Dividend Fund (PIDF) - 2.35%
Public China Ittikal Fund (PCIF) - 3.70%
Public Islamic Optimal Growth Fund (PIOGF) - 2.47%

Kesemua fund2 diatas adalah berlandaskan syariah (halal)..anda bole membuat pelaburan bole dibuat secara tunai atau melalui skim potongan KWSP..;)
 
Joined
Sep 22, 2008
Messages
1,600
Likes
0
Points
36
Offline
#12
Salam..saya org baru di WC..just nk share info about pelaburan unit trust since sy adalah agent unit trust..

Keuntungan dana2 islamik public mutual dari 1 feb 09 hingga 13 feb 09 :
Public Islamic Opportunities Fund (PIOF) - 1.91%
Public Ittikal (PITTIKAL) - 2.94%
Public Islamic Equity Fund (PIEF) - 2.66%
Public Islamic Dividend Fund (PIDF) - 2.35%
Public China Ittikal Fund (PCIF) - 3.70%
Public Islamic Optimal Growth Fund (PIOGF) - 2.47%

Kesemua fund2 diatas adalah berlandaskan syariah (halal)..anda bole membuat pelaburan bole dibuat secara tunai atau melalui skim potongan KWSP..;)
Emm.. TQ Frannez! Bagus info nie. Malangnya KWSP sendiri pun kantoi juge..! Sebab dalam skim carumannya jugak terlibat dgn pelaburan2 haram...

Ianya disahkan sendiri oleh pegawai KWSP yg mengirim surat berkenaan sumber hasil pelaburannya yg bercampur dgn yg tidak halal.. :(
 
Joined
Dec 25, 2007
Messages
198
Likes
0
Points
16
Offline
#13
Emm.. TQ Frannez! Bagus info nie. Malangnya KWSP sendiri pun kantoi juge..! Sebab dalam skim carumannya jugak terlibat dgn pelaburan2 haram...

Ianya disahkan sendiri oleh pegawai KWSP yg mengirim surat berkenaan sumber hasil pelaburannya yg bercampur dgn yg tidak halal.. :(
welkam krolbiz..ada alternatif lain utk kita bersihkan simpanan kwsp kita..unit trust adalah salah satu caranya..kwsp membenarkan pencarum mengeluarkan sebahagian caruman mereka untuk melabur dalam unit trust..dividen kwsp utk tahun 2008 adalah 4.5% berbanding keuntungan unit trust antara 8-12% setahun...;-)
 
Joined
Dec 25, 2007
Messages
198
Likes
0
Points
16
Offline
#14
Ekonomi dijangka mula pulih dalam enam bulan
Oleh Kamarulzaidi Kamis
kamarulzaidi@bharian.com.my

EKONOMI Malaysia dijangka mula menunjukkan tanda pemulihan dalam tempoh lima atau enam bulan akan datang disokong pelaksanaan dua pakej rangsangan ekonomi kerajaan serta persekitaran kadar faedah yang rendah, kata agensi penarafan RAM Holdings Bhd.

Ketua Ahli Ekonominya, Dr Yeah Kim Leng menegaskan, strategi rangsangan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan adalah tepat kerana ia adalah menyeluruh.

Beliau berkata, pakej pertama bernilai RM7 bilion yang diumumkan November tahun lalu lebih bertumpu kepada pelaksanaan projek, manakala pakej kedua di bawah Bajet Mini bernilai RM60 bilion yang dibentangkan di Parlimen kira-kira dua minggu lalu pula kepada usaha merangsang peningkatan industri serta menangani isu pengangguran.

“Strategi sedemikian mampu secara berkesan merangsang permintaan domestik yang begitu penting dalam menjana kegiatan ekonomi kerana ia menyumbang sehingga 75 peratus kepada nilai KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar).

“Pakej rangsangan itu juga memiliki kesan penggandaan besar dengan setiap RM1 yang dibelanjakan kerajaan akan menjana permintaan tambahan sebanyak RM1.50.

“Keadaan ekonomi di tiga negara maju (Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun) yang mula stabil juga turut membantu meningkat permintaan, sekali gus mencadangkan pemulihan ekonomi Malaysia mungkin dapat disaksikan pada separuh kedua tahun ini,” katanya pada sidang media Tinjauan Penarafan 2009 di Kuala Lumpur, semalam.

Yeah menjelaskan, krisis ekonomi semasa adalah berbeza kerana ia dicetus oleh kejutan penurunan permintaan eksport, sekali gus menjejaskan keyakinan pengguna dan pelabur.

“Disokong pula dengan persekitaran kadar faedah yang rendah, permintaan domestik akan bertindak menampung kesan penurunan drastik dalam permintaan eksport,” katanya.

Sementara itu Yeah menolak kemungkinan Malaysia akan terjebak ke dalam masalah deflasi.

“Deflasi bukan satu ancaman kerana harga komoditi dijangka meningkat semula tahun depan apabila ekonomi global pulih,” katanya.

Beliau menegaskan, Indeks Harga Pengguna (IHP), iaitu pengukur inflasi dijangka susut ke bawah satu peratus pada separuh kedua tahun ini dan antara 1.5 dan dua peratus tahun depan.

Deflasi adalah keadaan yang mana berlaku penurunan ketara harga barangan yang akan menyebabkan syarikat enggan menghasilkan produk dan menutup operasi, sekali gus meningkatkan kadar pengangguran dan menjejaskan keyakinan dan permintaan.
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
198
Likes
0
Points
16
Offline
#15
Public Mutual umum agihan dana

KUALA LUMPUR 31 Mac - Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen untuk Public Dana Aggressive Growth (PDAG) dan 3.50 sen bagi Public Dana Regular Savings (PDRS) bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2009.

Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow dalam kenyataannya di sini berkata, beliau gembira kerana syarikat itu mampu membuat pengagihan itu di sebalik keadaan pasaran yang mencabar.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta terbesar Malaysia itu mengurus sebanyak 67 dana.-Utusan Malaysia-
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
198
Likes
0
Points
16
Offline
#16
Saham global pengaruhi pasaran
Oleh Govindan Kaladher

HARGA saham di Bursa Malaysia meneruskan keuntungan buat tiga minggu berturut-turut minggu lalu, dibantu kenaikan kukuh pasaran saham global berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik daripada jangkaan, komitmen baru negara G20 untuk merangsang ekonomi global dengan menyediakan dana berjumlah AS$1.1 trilion kepada IMF dan kelonggaran peraturan perakaunan berkaitan pemasaran.

Tanpa disangka, kesan limpahan itu ke atas pasaran tempatan adalah sangat kuat sehingga pengurus dana yang mempunyai banyak tunai mengambil peluang memasuki pasaran, manakala sesetengah dana asing mula membeli saham yang bernilai secara sedikit demi sedikit.

Pasaran lemah yang sedang mengumpul kekuatan untuk meningkat semula digerakkan harapan bahawa situasi buruk sudah berakhir dan terdapat mudah tunai yang banyak dalam sistem.

Penanda aras, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) meningkat 21.58 mata, atau 2.4 peratus minggu lalu untuk ditutup pada 907.01 mata, dengan purata dagangan harian dan nilai dagangan masing-masing bertambah kepada 579.4 juta saham bernilai RM840 juta, berbanding 543.8 juta saham dan purata dagangan RM841.5 juta dalam minggu sebelumnya.

Harapan bagi pasaran yang lemah untuk meningkat semula dan menguji paras tinggi tahun ini pada 936 mata adalah cerah, tetapi ia tidak disokong asas ekonomi, selain kita hanya mempunyai data industri utama luar negara yang positif bagi tempoh satu bulan.

Apa yang kita saksikan sekarang adalah pelabur cuba memasuki pasaran ekuiti atas jangkaan bahawa ekonomi global akan melonjak semula pada suku keempat 2009 dan sehubungan itu, pasaran sepatutnya akan bergerak naik enam bulan lebih awal daripada itu, diandaikan sekarang.

Dunia mengiktiraf data ekonomi daripada negara ekonomi terbesar dunia adalah satu petunjuk yang baik bahawa proses pemulihan sedang berlaku dan bertindak secara positif kepada beberapa petunjuk utama itu akan memberikan keputusan yang positif.

Bagaimanapun, perubahan secara serta-merta itu tidak memberikan apa-apa bukti untuk membuat kesimpulan bahawa kelemahan pasaran sudah berakhir.

Justeru, pasaran lemah yang sedang mengumpul kekuatannya untuk meningkat semula itu mungkin tidak bertahan dan ia bergantung kepada keadaan turun-naik yang akan berlaku dalam tempoh enam bulan akan datang dan apabila data ekonomi menjadi lebih buruk daripada jangkaan, manakala keputusan kewangan pula menunjukkan kejatuhan mendadak.

Pada peringkat tempatan, kemenangan Barisan Nasional dalam tiga pilihan kecil pada 7 April ini boleh menaikkan profil parti itu di kalangan rakyat Malaysia, membantu mengurangkan ketidaktentuan politik dan merancakkan pasaran ekuiti.

Kekalahan semuanya pula akan menjadi satu bencana dan pasaran tidak akan memandang ringan perkara itu kerana ia akan membawa kepada lebih banyak perdebatan dan memberikan kredibiliti kepada parti lawan untuk meneruskan agenda politik mereka.

Bagaimanapun, faktor yang menyeimbangkan keadaan itu adalah pelantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri baru untuk menjadikan keadaan lebih terkawal.

Dari segi tinjauan pasaran pula, pasaran saham AS yang kukuh dan bertambah meningkat pada Jumaat lalu di sebalik kadar pengangguran yang tinggi sehingga kepada paras tertingginya dalam tempoh 26 tahun iaitu pada kadar 8.5 peratus, menunjukkan keuntungan berterusan pasaran saham luar negara itu boleh meningkatkan lagi pasaran saham tempatan minggu ini.

Bagi KLCI, pergerakan kepada paras tertinggi 936 mata tahun ini disaksikan pada 7 Januari bukan sesuatu yang mustahil sebelum kegiatan mengambil untung berlaku.

Kepada pelabur jangka sederhana, cubalah menjual semasa kenaikan sekarang apabila pasaran boleh bertahan pada paras 920 dan 940 mata untuk mencari peluang memasuki semula pasaran dengan membeli pula saham berharga lebih murah.
 

frannez

freshman
Joined
Dec 25, 2007
Messages
198
Likes
0
Points
16
Offline
#17
Pasaran saham tempatan terus beri reaksi positif

KUALA LUMPUR 6 April - Pasaran saham tempatan dijangka terus memberi reaksi positif sehingga Mei ini berikutan peningkatan keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) hari ini ditutup pada 923.77 mata, meningkat sebanyak 16.76 mata atau 1.90 peratus.

Para penganalisis percaya pasaran saham tempatan positif sepanjang minggu ini berikutan keyakinan pelabur mengenai barisan Kabinet yang baru tidak lama lagi.

Malah, mereka membayangkan sekiranya keputusan pilihan raya esok menyebelahi Barisan Nasional (BN), pasaran akan memberi reaksi berpanjangan.

Pengarah Eksekutif Jupiter Securities Sdn. Bhd., Nazzary Rosli berkata, IKKL mampu meningkat antara 10 hingga 20 mata lagi pada minggu ini sekiranya ketiga-tiga keputusan pilihan raya memihak kepada BN.

''Prestasi positif pasaran memang dijangkakan kerana pelabur yakin akan kemampuan Najib untuk menerajui negara dalam krisis ekonomi global,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Penganalisis MIMB Research, Nazri Khan pula berkata, IKKL dijangka melonjak pada kedudukan tertinggi pada tahun ini kepada 936 mata.

Bagaimanapun, prestasi itu dijangka tidak berlarutan sebelum berada pada paras sokongan menjelang Mei nanti berikutan pengambilan untung.
 
Joined
Dec 25, 2007
Messages
198
Likes
0
Points
16
Offline
#18
Ekonomi China mula tunjuk tanda pemulihan

kuala lumpur 9 April - Ekonomi China telah mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan hasil pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi pada awal November tahun lalu.

HSBC Global Research dalam nota penyelidikannya berkata, pertumbuhan pembiayaan bank melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun kepada 24 peratus tahun ke tahun pada Februari.

Pelaburan infrastruktur bertambah antara 70 hingga 120 peratus tahun ke tahun dengan pelaburan dalam pengangkutan kereta api mencatatkan pertumbuhan menakjubkan pada kadar 210 peratus tahun ke tahun dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Sementara itu, pelaburan dalam arang batu, bukan keluli dan bukan ferus turut mencatatkan prestasi positif.

Malah, sektor industri turut menyaksikan kestabilan dengan pertumbuhan 43 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), secara purata meningkat 5.2 peratus tahun ke tahun dalam bulan Januari hingga Februari.

Indeks Pengurusan Pembelian mencatatkan lonjakan kepada 52.4 pada bulan lalu berbanding 49 pada bulan sebelumnya.

Menurut nota penyelidikan itu, pembiayaan baru termasuk kontrak kewangan juga berkembang pantas dan pengeluaran industri juga semakin stabil meskipun eksport jatuh sebanyak 20 peratus dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

''Prestasi yang dicatatkan ini telah menunjukkan permintaan sebenar negara China,'' katanya


p/s Public China Ittikal Fund (PCIF) telah generate keuntungan 5.03% dalam masa 4 bulan (01 januari 09 hingga 9 april 09)
http://www.publicmutual.com.my/application/fund/performance.aspx
 
Joined
Dec 25, 2007
Messages
198
Likes
0
Points
16
Offline
#19
Artikel menarik mengenai simpanan KWSP

Miskin selepas pencen -- Dengan purata caruman RM114,000 pesara belanja RM475 sebulan

oleh: Nizam Yatim

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai caruman terkumpul berjumlah RM224 bilion sehingga Disember 2006 namun secara purata simpanan seorang pencarumnya yang mencapai usia 55 tahun cuma RM114,000.

Dengan simpanan sebanyak itu, seseorang pencarum KWSP yang bersara hanya mampu membelanjakan RM475 setiap bulan bagi membolehkannya menampung hidup sehingga usia 75 tahun.

Perbelanjaan RM475 sebulan akan meletakkan pesara berkenaan dalam kategori golongan berpendapatan di bawah paras kemiskinan.

Pendapatan orang yang dikategorikan miskin di Semenanjung kini ditetapkan RM530 sebulan, Sarawak (RM585) dan Sabah (RM685).

Pengurus Kanan Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar memberitahu, pada masa ini purata caruman terkumpul kira-kira 47,500 pencarum KWSP yang akan genap umur 55 tahun pada tahun ini ialah RM114,000.

“Jumlah simpanan ini tidak mencukupi berdasarkan anggaran mereka akan menggunakan wang itu selama 20 tahun berikutan jangka hayat yang semakin panjang serta kos sara hidup yang terus meningkat,” katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu temu bual di pejabatnya di sini.
KWSP mempunyai kira-kira 11 juta pencarum dengan 47,500 orang akan mencapai umur bersara pada tahun ini.

Menurut Nik Affendi, bagi memastikan pencarum KWSP dapat bersara dengan selesa, setiap ahli dana pencen itu perlu mengubah sikap mereka yang berharap sepenuhnya kepada caruman KWSP untuk menampung hidup selepas bersara.

“Caruman KWSP setiap bulan hanya melibatkan 11 peratus daripada gaji mereka, jadi masih terdapat 89 peratus pendapatan pencarum yang boleh digunakan untuk membuat pelaburan yang akan menghasilkan pulangan tetap pada usia tua,” ujarnya.

Nik Affendi menasihatkan para pencarum supaya berhemah ketika membuat pengeluaran awal sebelum persaraan mem****tkan pelbagai skim yang telah disediakan oleh KWSP termasuk pengeluaran rumah, pendidikan dan kesihatan.

“Jika mereka mempunyai sumber lain, simpanan KWSP harus dijadikan sebagai pilihan terakhir,” tegasnya.

Ditanya mengenai langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan simpanan persaraan setiap ahli bertambah, katanya, struktur akaun ahli KWSP telah disusun semula daripada tiga akaun kepada dua mulai 2 Januari lalu.

Sebelum ini, sebanyak 60 peratus daripada caruman bulanan ahli dikreditkan ke dalam Akaun I manakala 30 peratus ke dalam Akaun II dan 10 peratus ke dalam Akaun III.

Penstrukturan itu menyebabkan Akaun I – yang khusus untuk tujuan persaraan dan hanya boleh dikeluarkan setelah pencarum mencapai usia 55 tahun – ditingkatkan sebanyak 10 peratus kepada 70 peratus.

Selaras dengan perubahan itu, ujar Nik Affendi, pengeluaran kesihatan yang sebelum ini hanya boleh dibuat daripada Akaun III kini boleh dikeluarkan daripada Akaun II.

Wang dalam Akaun II yang melibatkan 30 peratus caruman ahli juga boleh dikeluarkan untuk pembiayaan perumahan, kesihatan, pendidikan dan apabila cukup umur 50 tahun.

p/s salah satu pilihan untuk pencarum KWSP untuk mengandakan simpanan KWSP mereka adalah dengan melabur dalam unit trust.KWSP membenarkan pencarum untuk mengeluarkan simpanan KWSP mereka utk dilaburkan dalam unit trust.Dividen KWSP pada tahun 2008 adalah 4.5% berbanding keuntungan unit trust antara 10-15% setahun.
 
Joined
Nov 19, 2008
Messages
53
Likes
0
Points
6
Offline
#20
Salam..saya org baru di WC..just nk share info about pelaburan unit trust since sy adalah agent unit trust..

Keuntungan dana2 islamik public mutual dari 1 feb 09 hingga 13 feb 09 :
Public Islamic Opportunities Fund (PIOF) - 1.91%
Public Ittikal (PITTIKAL) - 2.94%
Public Islamic Equity Fund (PIEF) - 2.66%
Public Islamic Dividend Fund (PIDF) - 2.35%
Public China Ittikal Fund (PCIF) - 3.70%
Public Islamic Optimal Growth Fund (PIOGF) - 2.47%

Kesemua fund2 diatas adalah berlandaskan syariah (halal)..anda bole membuat pelaburan bole dibuat secara tunai atau melalui skim potongan KWSP..;)


berapa kita perlu mencarum dlm unit trust ni?
ape beza unit trust dgn amnah sham?
 
Top