Pelaburan Emas

Joined
Dec 17, 2010
Messages
200
Likes
0
Points
0
Offline
#44
semakin lama semakin mahal..

dari dulu smpi sekarang org mengatakan emas mahal..

sy beli wpun org kata mahal..kerana tahun depan lebih mahal.. :)
 
Joined
Feb 23, 2011
Messages
257
Likes
0
Points
18
Offline
#46
sebab gold harganya mahal, jadi jika modal anda tidak banyak, anda tidak dapat beli banyak.
Bila jual untuk untung, untung juga sedikit saje.
 
Joined
Dec 31, 2005
Messages
1,858
Likes
14
Points
38
Offline
#48
emas dah naik... untung lah sesapa yang ada beli dinar emas sebelum CNY lepas.. untung berganda...
 
Joined
Dec 17, 2010
Messages
200
Likes
0
Points
0
Offline
#49
M.Nasir memberi mas kawin kpd isterinya Marlia Musa berbelas tahun dahulu..13 keping dinar..waktu itu sekitar rm100-rm200 kalau tk silap..

dinar hari ini jika dibundarkan boleh cecah rm700

kalaulah beliau menyimpan dinar2 itu sekarang..mmg menguntungkan sbgai aset
 
Joined
Dec 15, 2008
Messages
80
Likes
0
Points
6
Offline
#51
Wah bagus nampaknya pelaburan emas nih boleh bag detail tak mcm mana caranya nak mula melabur, berapa modal perlu, berapa dividen setahun , dll
 

Daus_F

freshman
Joined
Oct 21, 2007
Messages
155
Likes
0
Points
16
Offline
#53
Wah bagus nampaknya pelaburan emas nih boleh bag detail tak mcm mana caranya nak mula melabur, berapa modal perlu, berapa dividen setahun , dll
saya cuba jawab soalan bro hanafi ni,

ada 2 cara untuk start pelaburan emas.

a) pelaburan emas fizikal
2) pelaburan melalui akaun pelaburan emas

saya explain pasal pelaburan emas fizikal dulu.
- pelaburan emas fizikal ni bermaksud kita pegang sendiri emas yang kita beli. sebenarnya kalau nak simpan kat safe deposit box pun boleh, tapi tak syok la. sebab bagi pelabur emas, kita mestila nak tengok emas yang kita beli tu, dan supaya senang nanti kalau kita nak buat urus niaga(yang ni untuk tokey mas) ataupun bila kita urgent perlukan wang. kita boleh pergi pajak kat Arrahnu(nanti kena tebus balik).
- emas fizikal ni, adalah dalam bentuk jongkong(goldbar) atau pun syiling emas & dinar. biasanya gold bar dan syiling emas, ketulenan dia adalah emas 999, (99.9% emas tulen). dinar pulak, ketulenan dia, emas 916.(91.6% emas tulen). kat Malaysia ni, banyak company yang jual emas fizikal ni. bro boleh search kat google. tapi setahu saya, company yang jual emas fizikal dengan kadar spread yang paling rendah adalah PublicGold.
 

Daus_F

freshman
Joined
Oct 21, 2007
Messages
155
Likes
0
Points
16
Offline
#54
sambungan..


-sebelum tu, spread tu apa? spread tu adalah perbezaan antara harga jual, dengan harga beli daripada company yang jual emas tersebut. saya ambil contoh harga 'we sell' & 'we buy' bagi 1 dinar di public gold untuk hari ni. harga we sell = RM651, harga we buy = RM612. so tolak 2 nilai tersebut, dan itulah spreadnya. bila kita nak dapat untung, company yang jual emas tu biasanya akan beli balik emas daripada kita dengan harga we buy.
-untuk modal pelaburan emas ni, sebenarnya kita sendiri yang tetapkan. kalau mampu, beli la gold bar. ada yang 1 gram, 2 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram & yang terkini, gold bar 250 gram keluaran public gold. tapi kalau tak mampu, boleh start beli dengan 1 dinar, 5 dinar, atau 10 dinar. macam yang saya cakap tadi, banyak company yang keluarkan emas fizikal, jadi boleh pilih yang mana bro rasa terbaik untuk buat pelaburan.
-pasal dividen tu, pelaburan emas ni tak bagi dividen pun. ianya lebih kepada keuntungan. bukan macam ASB. ada 2 cara nak dapatkan keuntungan melalui pelaburan emas ni, 1- beli ketika harga emas rendah, dan jual ketika harga emas tinggi. 2- melalui teknik pajak emas dan beli balik. bro kena banyak baca artikel kalau nak tahu lebih lanjut pasal macam mana nak dapatkan keuntungan ni.

2)pelaburan melalui akaun pelaburan emas
-kalau tak silap saya, modal paling rendah untuk buka akaun pelaburan emas adalah sebanyak RM2500.
-kita kena beli emas melalui akaun tersebut, tapi yang kita dapat bukannya emas fizikal, tapi buku akaun tu je. maksudnya kita takkan dapat tengok emas tersebut.
-sama macam emas fizikal, kita beli pada harga rendah, dan jual balik pada harga tinggi untuk dapatkan untung. ada sesetengah pelabur yang dah lama join bidang ni cakap, akaun pelaburan emas biasanya untuk dapatkan keuntungan dalam masa singkat. sebab kalau dibandingkan dengan emas fizikal yang kena simpan lama untuk dapatkan keuntungan, akaun pelaburan emas ni boleh dikatakan agak bagus. tapi jika ditambah dengan ilmu analisis harga emas, kita boleh memaksimumkan lagi keuntungan tersebut.
-tapi kena ingat, ada sesetengah bank yang akan mengenakan interest. tu la yang kita tak nak sebenarnya. biasanya, kalau orang yang dah biasa main emas ni, akaun pelaburan emas ni akan dijadikan back up untuk pelaburan emas fizikal mereka.
 
Joined
Dec 17, 2010
Messages
200
Likes
0
Points
0
Offline
#56
Wah bagus nampaknya pelaburan emas nih boleh bag detail tak mcm mana caranya nak mula melabur, berapa modal perlu, berapa dividen setahun , dll
fifa dah bagi penjelasan detail tu..sy bg yg ringkas je..:)

pilihan terbaik adalah emas fizikal..emas maya ni hukumnya haram..kalau nk pilih..blh pilih KFH..syariah compliance

sebaiknya blh tmbh info ttg emas dan perkaitan dgn wang kertas supaya lbh nmpak..ada info ttg ni di web saya..

modal bergantung kpd kemampuan masing2..dari 1gram (bar 999 dan 995),4.25 gram (dinar emas 916 dan 999) hinggalah sebesar-besar 1kg pun ada..

emas sesuai dijadikan simpanan jangka masa panjang..tiada dividen..keuntungan atas emas yg dismpan..

jika hendak dijadikan pelaburan ...guna prinsip ni..

buy low,sell high
 
Joined
Sep 11, 2010
Messages
46
Likes
0
Points
6
Offline
#57
Dinar emas, dirham Perak dilancar esok

IPOH 26 Feb. - Perak akan melancarkan dinar emas serta dirham perak sebagai instrumen pelaburan dan simpanan pada Isnin ini.

Projek hasil kerjasama strategik GoldNet International Sdn. Bhd. dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) itu akan disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan GoldNet, pembuatan dinar dan dirham berkualiti tinggi itu melibatkan sebuah syarikat tempatan berpangkalan di Kuala Kangsar iaitu Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd.

"Dinar dan dirham Perak direka secara unik. Jata negeri Perak ditempa di bahagian muka hadapan wang syiling tersebut sementara reka bentuk klasik dinar Islam yang pertama kali digunakan semasa zaman Khalifah Abdul Malik Marwan pula dicetak di bahagian belakang.

"Dinar Perak merupakan wang syiling seberat 4.25 gram 24K emas sementara dirham pula adalah seberat 3 gram 99.9 syiling perak," kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu juga, GoldNet telah melantik pengedar tempatan iaitu Nubex Sdn. Bhd. yang akan membeli dan menjual dinar serta dirham Perak ke seluruh Malaysia termasuk luar negara.

Menurutnya lagi, Nubex juga sedang dalam perbincangan dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) untuk mengedarkan syiling tersebut kepada pelbagai rangkaian cawangan yayasan tersebut.

p/s: satu lagi peluang untuk penggemar emas...:D:D:D
 

Daus_F

freshman
Joined
Oct 21, 2007
Messages
155
Likes
0
Points
16
Offline
#58
terbaik...sekarang malaysia dah mula menapak dalam dunia emas..ni la yang kita nak. 1 lagi peluang oleh kerajaan malaysia utuk membuka mata rakyat.

dan mungkin untuk sedikit pengetahuan anda semua, drpd dr.armadillo, dia salah seorang panel kat seminar hari tu, dia ada syarikat emas macam PG kat negara beliau, dia cakap rakyat malaysia yang paling banyak menyimpan emas dengan company dia adalah Tun Mahathir & Tun Abdullah...

maksudnya apa? pemimpin malaysia sebenarnya sudah lama bersiap sedia jika berlaku apa-apa kat negara kita, so, kita sebagai rakyat apa lagi?? tak dapat kumpul banyak macam diorang pun, dapat kumpul sikit pun dah ok.

melabur ikut kemampuan diri! ;-)
 
Joined
Sep 11, 2010
Messages
46
Likes
0
Points
6
Offline
#59
terbaik...sekarang malaysia dah mula menapak dalam dunia emas..ni la yang kita nak. 1 lagi peluang oleh kerajaan malaysia utuk membuka mata rakyat.

dan mungkin untuk sedikit pengetahuan anda semua, drpd dr.armadillo, dia salah seorang panel kat seminar hari tu, dia ada syarikat emas macam PG kat negara beliau, dia cakap rakyat malaysia yang paling banyak menyimpan emas dengan company dia adalah Tun Mahathir & Tun Abdullah...

maksudnya apa? pemimpin malaysia sebenarnya sudah lama bersiap sedia jika berlaku apa-apa kat negara kita, so, kita sebagai rakyat apa lagi?? tak dapat kumpul banyak macam diorang pun, dapat kumpul sikit pun dah ok.

melabur ikut kemampuan diri! ;-)
Tun Mahathir: "dah lama dah..."
heheh

p/s: dgr kata Tun M salah seorang penaung atau mereka yg berada disebalik tabir penubuhan PG. Betul ke?
 
Top