Pelaburan Emas Secara Fizikal

Joined
Apr 30, 2010
Messages
98
Likes
0
Points
0
Offline
#1
Pelaburan emas secara fizikal dikatakan boleh memberi keuntungan lumayan.
Betul ke? Atau ini semua propaganda tokeh/ejen emas sebab nk jual emas saja? Bayangkan kita beli emas fizikal dgn harapan harganya akan naik di masa depan tapi harganya tk naik2 lagi sudah tentu kita rugi kerana pelaburan emas tak bayar apa2 dividen pun spt saham atau ASB.
Tapi buat masa sekarang harga emas terus menerus jatuh!
http://jutawanemas.com/v1/harga-emas-di-malaysia
 
Last edited:
Joined
Jun 8, 2010
Messages
670
Likes
0
Points
18
Offline
#2
Harga emas memang turun naik tapi pelaburan emas adalah pelaburan jangka panjang bukan pelaburan jangka pendek.... dalam tempoh yang lama harga emas sebenarnya naik... cuba tengok harga emas 5 - 10 tahun lepas.... sebabnya emas tidak mengalami inflasi.... sebab tu ramai jutawan menyimpan 1/3 dari harta mereka dlm bentuk emas
 
Joined
Aug 14, 2010
Messages
11
Likes
0
Points
0
Offline
#6
salam..2nd msg dari saya..hehe..

saya ada beli emas public gold 999.9 15g 10 bulan lepas.
masa tu harga dia tengah turun dalam rm5900 . sekarang saya kira kalau jual dapat lebih kurang rm6500. dalam 10 bulan dapat untung rm600.
entah macam mana saya boleh terfikir nak beli masa tu. huhu..
 
Last edited:
Joined
Apr 30, 2010
Messages
98
Likes
0
Points
0
Offline
#7
PG tak sesuai wat perlaburan emas sebab spreadnya tinggi...
Hanya gold coin 1 oz UOB yg sesuai wat perlaburan emas sebab spreadnya rendah...
 
Joined
Aug 14, 2010
Messages
11
Likes
0
Points
0
Offline
#8
PG tak sesuai wat perlaburan emas sebab spreadnya tinggi...
Hanya gold coin 1 oz UOB yg sesuai wat perlaburan emas sebab spreadnya rendah...
ermm...bleh terangkan maksud spread tu tak tuan? saya ingatkan semua bentuk emas fizikal 999.9 sama je.
 
Joined
Aug 16, 2010
Messages
2
Likes
0
Points
0
Offline
#11
Emas elok digunakan sebagai matawang. Aku sokong usaha kerajaan negeri Kelantan.
Emas sebagai pelaburan, aku kurang yakin sikit sebab ROI yer lambat.
Utk simpanan ok.
 
Joined
Jan 29, 2009
Messages
1,031
Likes
3
Points
38
Offline
#14
"Lebih menyedihkan, di ketika laungan dan desakan untuk mengembalikan emas dan perak sebagai matawang dipukul canang oleh sebahagian umat Islam, individu yang sama juga kelihatan sibuk memperdagangkan emas dan menjadikannya sebagai sebagai bahan pelaburan. Mereka sibuk membeli emas dalam bentuk jongkong yang dijual oleh Public Bank, Maybank melalui akaun pelaburan emasnya, atau melalui syarikat-syarikat lain untuk disimpan dan kemudian dijual bagi memperolehi untung atas perbezaaan hari ini dan masa hadapan. Kemudian mereka menggembar-gemburkan kononnya melabur dalam emas adalah Islamik dan menepati Islam.

Hakikatnya itu adalah dakwaan terseleweng mereka, ia tersasar dari falsafah matawang yang digariskan oleh Imam Al-Ghazzali, dan majority ilmuan Islam."

Dipetik daripada: Punca Gawat & Matawang Emas Akan Gagal Jika..
http://www.zaharuddin.net/content/view/908/72/
 
Joined
Feb 23, 2009
Messages
20
Likes
0
Points
1
Offline
#16
Pelaburan Emas pernah saya ulas di blog saya pada 28 Feb 2009. Di bawah saya petik semula ulasan tersebut.

Benarkah emas satu pelaburan bijak pada masa kini?
Assalamualaikum,

Pada masa ini ramai orang mencadangkan agar melabur dalam bentuk emas atau pelaburan bersandarkan komoditi emas. Ini kerana kebanyakkan orang berpendapat emas lagi stabil dari wang tunai.

Kebanyakkan bank ada menyediakan akaun bank bersandarkan turun naik harga emas harian, sebagai contoh maybank. Persoalannya adakah pelaburan emas satu tindakan bijak?

Saya merujuk kepada goldprice.org, diruangan Franklin Sanders harga berada disekitar USD 900-USD 1000 perounce. Kalau ditukarkan ke gram USD 29 atau RM104 (USD1 =RM3.60). Pada tahun 1999 harga berada disekitar USD 300 perounce dan pada tahun 2009 harga telah mencecah USD 1000 perounce peningkatan sebanyak USD 700 perounce. Jika kita ada 10 ounce emas pada tahun 1999 dengan kos USD300@RM3.60 x 10= 10800. Saya ingat kalau masa sekarang pelaburan emas tadi telah menjadi USD 1000@RM3.60 x 10= RM36000. Ini menunjukkan 30% untung setiap tahun. Satu pelaburan yang bijak utuk jangkamasa panjang jika dibandingkan dengan pelaburan simpanan tetap ( 10% paling tinggi jika ada)

Saya pernah terbaca buku Hot Commodities dikarang oleh Jim Rogers ( pakar Komoditi), didalam buku beliau menceritakan dia tidak berapa berminat untuk buat pelaburan komoditi emas dan hanya 3% komoditi emas didalam Rogers International Commodity Index. Beliau juga berpendapat pelabur emas selalu mengabaikan permintaan dan penawaran dan sejarah menunjukkan emas bukanlah satu pelaburan yang bagus.

Jika kita melabur sekarang macamana 10 tahun lagi adakah harga akan menjadi USD3000perounce. Kalau kita lihat sejarah 30 tahun dulu harga paling tinggi hanya ditahun 1980an tidak melebihi USD 700perounce dan tahun-tahun berikut disekitar USD500perounce sehingga tahun 2007 ada peningkatan ke arah USD700perounce keatas.

Macamana nak melabur emas tak???????

Wasalam.
 
Joined
Mar 6, 2011
Messages
51
Likes
0
Points
0
Offline
#19
apa-apa yang kita lakukan harus lah mempunyai ilmu yang cukup.. sekiranya kita faham.. kita akan nampak dimana cabang untungnya menyimpan emas.. ini bukan berkenaan pelaburan, ini berkenaan kefahaman diatas peluang yang ada.. ada ilmu ditambah dengan skill membeli dan menyimpan emas, terlalu banyak perkara yang kita tidak sangka emas dapat membantu kita dalam banyak hal.. saya tidak lokek sekiranya ditanya.. saya tak kejar untung dan menjual sebarangan, saya cuma beritahu APA ADA dengan emas, jangan dilihat pada untungnya sahaja tetapi apa yg boleh kita pergunakan dgn simpanan emas.
 
Top