Pelaburan Emas Rugi JIKA...

Joined
Aug 9, 2009
Messages
137
Likes
1
Points
18
Offline
#1
Salam Sejahtera semua...

18 Ogos, 2012. Esok umat Islam di Malaysia bakal menyambut hari raya. Jadi, kami sekeluarga tekun menanti pengumuman Perutusan Hari Raya di TV1 sejak jam 8.00 malam lagi. Bapa saya mengusik mak saya..."Yang, esok kita tak jadi raya kot!". Haha...masam muka mak saya bila diusik begitu.

Sedang asyik melihat Siaran Berita TV1, mata saya tiba-tiba terpaku di bahagian bawah berita TV1 tentang pelaburan emas. Terdapat nota pendek yang menarik perhatian saya. Ianya lebih kurang begini:

Bank Negara Malaysia: Berhati-hati dengan skim pengambilan duit deposit Pelaburan Emas secara haram. Ianya mungkin skim cepat kaya. Anda mungkin akan kehilangan duit anda jika anda menyertainya.

Hurm, membacanya sahaja membuatkan saya merasa geram. Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab inilah yang menyebabkan segelintir rakyat Malaysia yang telah terjebak dengan skim haram pelaburan emas inilah yang menjadikan mereka, Fobia terus dengan emas.

Emas dan perak adalah antara komoditi yang terpenting pada zaman yang ekonomi dunia sedang tidak stabil kini. Perang di sana sini, kerajaan AS yang sedang melalui krisis dollar dan sebagainya.

Emas dan Perak adalah antara 2 aset yang kalis Inflasi. Dengan menyimpan emas dan perak, anda boleh mengekalkan nilai kekayaan anda dengan selesa. Harga 2 komoditi ini akan meningkat dari tahun ke tahun seiring dengan kadar inflasi sedunia. Nilai inflasi bagi emas dan perak adalah sifar (0). Dengan 1 dinar, pada zaman Rasulullah s.a.w. dapat membeli seekor kambing. Setelah beribu tahun berlalu...pada tahun ini, tahun 2012 - 1 dinar yang sama boleh untuk membeli seekor kambing.

Aduss! Saya memang suka menulis panjang-pangjang. Harap maaf, mari saya terus berbicara ke topik thread kita pada kali ini iaitu Pelaburan Emas Rugi JIKA:

  • Jika anda terlibat dengan skim pelaburan emas yang mengambil deposit tunai tanpa memberikan anda emas fizikal yang tulen dalam bentuk barang kemas, jongkong, atau dinar.
  • Jika anda telah membeli emas pada harga RM204 se gram pada tahun 2011, dan pada tahun ini anda merasa tertekan kerana anda tidak mendapat untung berikutan harga emas pada tahun 2012 turun -14%. Maka, pelaburan emas anda akan rugi jika anda menjual stok pegangan emas anda pada tahun ini.
  • Pelaburan emas anda rugi jika anda menyimpan emas di dalam buku simpanan emas. Simpanan emas di dalam bentuk Buku Simpanan adalah terhad fungsinya. Sebagai contoh, katakanlah anda perlukan duit tunai segera. Jika anda menyimpan emas fizikal di dalam bentuk barang kemas, anda boleh dapatkan tunai segera dengan produk Ar Rahnu (pajak gadai islam). Namun begitu, jika anda menyimpan emas di dalam bentuk Buku Simpanan, anda terpaksa menjual emas anda kepada pihak Bank semula. Kemudian, apabila anda telah ada duit semula dan ingin memulakan simpanan emas, anda terpaksa membeli emas pada harga semasa yang mahal. Ini berbeza dengan barang kemas, dengan Ar Rahnu...apabila anda telah mempunyai wang tunai semula, anda boleh tebus semula barang kemas anda pada jumlah hutang sahaja.
  • Pelaburan Emas rugi jika anda tidak menyimpan emas di dalam bentuk emas fizikal. Katakanlah anda seorang pelabur emas di dalam bentuk Buku simpanan, anda akan rugi kerana anda tidak boleh mengambil keuntungan di dalam bentuk wang ringgit secara berkali-kali. Jika anda menyimpan emas di dalam buku simpanan, anda hanya akan dapat mengambil untung jika anda beli pada harga murah dan jual semula kepada bank pada harga mahal. Ini berbeza jika anda menyimpan dan melabur emas di dalam bentuk barang kemas, anda boleh memanipulasinya dengan pelbagai cara untuk anda raih keuntungan tunai secara berkali-kali.

Apa pendapat anda? Jom kongsikan idea anda tentang potensi kerugian di dalam Pelaburan Emas di thread ini.

Akhir kata...Selamat Menyambut Hari Raya Tahun 1433 Tahun Hijrah atau Tahun 2012..
 
Joined
Dec 17, 2010
Messages
200
Likes
0
Points
0
Offline
#2
satu lagi tt lupa nk tmbh...pelaburan emas rugi jika jadikan ar rahnu sbg salah satu tools
 
Joined
Aug 9, 2009
Messages
137
Likes
1
Points
18
Offline
#3
satu lagi tt lupa nk tmbh...pelaburan emas rugi jika jadikan ar rahnu sbg salah satu tools
TQ Jutawan emas..

Pertama sekali, mari kita kupas...apa itu "ar rahnu". Ar rahnu adalah pinjaman segera daripada penyedia Ar Rahnu seperti Bank Rakyat, Agro Bank, Bank Muamalat dan sebagainya dengan bersandarkan emas. Di dalam buku Retire Young, Retire Rich...penulis tersebut telah berkongsi idea tentang Leverage / Pengumpil / Alat untuk memudahkan suatu pekerjaan. Kemudahan pinjaman adalah salah satu bentuk leverage.

Golongan kaya menggunakan kemudahan pinjaman untuk mempercepatkan lagi proses penambahan aset dan kekayaan mereka. Mereka gemar untuk mengambil pinjaman yang baik untuk diri mereka, cth: membuat pinjaman bagi membesarkan lagi operasi perniagaan mereka untuk mencapai kos operasi yang lebih effisien, agar mereka lebih kompetitif dan seterusnya dapat mengurangkan harga produk mereka di pasaran.

Golongan pertengahan dan bawahan pula menggunakan kemudahan pinjaman untuk lebih memporak perandakan hidup mereka, cth: membeli perabot rumah yang bakal menyusut nilai dan tidak memberikan hasil jangka masa panjang.

Jadi, persoalan disini samada penggunaan kemudahan Ar Rahnu akan menyebabkan pelaburan emas rugi...ianya adalah satu persoalan yang subjektif. Ianya bakal menyebabkan pelaburan emas anda rugi jika anda tidak mempunyai ilmu untuk menggunakan leverage ini.

Namun, jika anda seorang pelabur emas yang bijak dan mempunyai ilmu bagaimana untuk memanipulasi Ar Rahnu sebagai Leverage bagi melonjakkan simpanan dan pelaburan emas anda, saya yakin bahawa Ar Rahnu akan membuatkan pelaburan emas anda untung berlipat kali ganda. Dan jika anda seorang pelabur yang berdisiplin, saya yakin bahawa simpanan dan pelaburan emas fizikal akan dapat memberikan anda keuntungan di dalam bentuk wang tunai secara berkali-kali.

Terima kasih... ;)
 
Joined
Dec 17, 2010
Messages
200
Likes
0
Points
0
Offline
#4
sy rasa soalan sy tk berjawab..stkt ni tk ada seorang pun yg sy jumpa..jual emas guna ar rahnu yg dpt buktikan beli emas guna ar rahnu menguntungkan..yg saya jumpa,rmi pembeli yg terjerat..yg mengadu agen yg jual guna ar rahnu dh tk nk angkat telefon..ada yg angkat..nk tlg katanya..tp nk beli dgn hrga yg sgt rendah..

by the way..eloklah fahami terlebih dahulu ttg peranan ar rahnu yg sbnr..
baru 2012 ke kenal pelaburan emas?bykkan mengkaji lbh dlm lagi..lagi satu..ada ilmu yg kt tk dpt trus..kena lalui pengalaman..

KONSEP

SISTEM cagaran untuk mendapatkan wang telah berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w. apabila Baginda pernah membeli makanan daripada orang Yahudi dengan menggadaikan baju besinya, menurut satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Allah s.w.t. berfirman bermaksud: Jika kamu dalam perjalanan (dan bermuamalah tidak secara tunai) sedangkan kamu tidak memperoleh seorang penulis, maka hendaklah ada barang jaminan yang dipegang (oleh yang berpiutang). Akan tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. Dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah: 283)

Dalam Islam telah termaktub sistem yang sempurna dan praktikal untuk dilaksanakan oleh umatnya bagi mengelakkan berlakunya riba dan unsur-unsur gharar (penipuan). Bagaimanapun, sejak zaman pemerintahan British di negara ini, perniagaan pajak gadai banyak diusahakan masyarakat Cina. Ini telah menyebabkan berlakunya transaksi perniagaan yang bertentangan dengan hukum syarak.

Ketua Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof. Dr. Abdullah @ Alwi Hassan berkata, orang Melayu-Islam di negara ini memerlukan perkhidmatan mudah tunai dengan menggadai barang-barang tertentu untuk dijadikan modal pusingan dari semasa ke semasa.Kebiasaannya mereka menggunakan wang untuk membeli barang keperluan seperti beras dan bahan makanan.

“Apabila kesuntukan wang, mereka akan menggunakan barang kemas untuk membeli barang-barang lain atau ditebus balik. Tetapi persoalan yang timbul di sini ialah kadar bunga atau faedah yang dikenakan kepada penggadai. Malah, ada ketikanya barang tersebut akan lupus jika mereka gagal menebusnya kembali. Ini menunjukkan berlaku pengambilan terus secara tidak adil,” jelas beliau mengenai operasi pajak gadai konvensional. Pada 1990, bekas Gabenor Bank Negara, Allahyarham Tan Sri Jaafar Hussin berucap dalam sebuah forum di Pulau Pinang tentang betapa perlunya sebuah institusi kewangan Islam menerusi sistem perbankan memberi kemudahan kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk memperoleh wang melalui cagaran.

Sebagai menyahut seruan itu, kerajaan Terengganu buat pertama kalinya telah melaksanakan Muassasah Gadaian Islam Terengganu pada 23 Januari 1992. Pajak gadai itu ditubuhkan di bawah Pejabat Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Terengganu. Penubuhan pajakan dan operasi itu termaktub di bawah peruntukan Seksyen 12 dan 14 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (Bil.2) 1986. Dari segi perundangan, operasi Muassasah Gadaian Islam Terengganu tertakluk di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Peraturannya berkuatkuasa pada 1 Jun 1992. Pelaksanaan Muassasah Gadaian Islam Terengganu yang memenuhi kehendak syariah Islam telah menarik minat Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan. Melalui anak syarikatnya, Permodalan Kelantan Berhad, ia telah mewujudkan Kedai Ar-Rahn yang memulakan operasi pada Mac 1992 dengan modal awal RM2 juta. Ia merupakan syarikat atau institusi gadaian Islam terawal di Malaysia.

KERAJAAN

Kerajaan pusat telah menyarankan dilaksanakan sistem pajak gadai Islam Ar-Rahnu di seluruh negara menjelang 1993.
Kalangan ahli fuqaha dan sarjana undang-undang Islam mentakrifkan gadaian sebagai barang yang disahkan sebagai cagaran hutang atau dengan kata lain menjadikan sesuatu harta yang mempunyai harga sebagai jaminan hutang. Ia akan dijadikan pembayaran hutang sekiranya hutang tidak mampu dijelaskan.

Semua barang yang boleh diperdagangkan boleh digadaikan dalam tanggungan orang berhutang. Ar-Rahnu dari sudut bahasa membawa maksud tetap (al-Dawam) dan penahanan (al-Habs). Dari segi pelaksanaan yang lebih meluas, Bank Kerjasama Rakyat dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) telah memperkenalkan skim pajak gadai Islam kepada masyarakat umum. Pelaksanaannya mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertindak sebagai badan kawal selia kerajaan.

“Sebagaimana institusi kewangan Islam yang lain seperti takaful dan Bank Islam, skim Ar-Rahnu bertujuan untuk mengelakkan umat Islam daripada terlibat dengan amalan riba dan ketidakadilan dalam sistem pajak gadai konvensional. Dari segi ekonomi, skim ini menjadi platform untuk mendapatkan modal segera dalam perniagaan barang-barang runcit,” ujar Abdullah mengenai objektif pelaksanaan skim Ar-Rahnu.

YPEIM menjadi pelabur utama dan penyelaras dana pelaburan dan Bank Rakyat bertindak sebagai pengurus pelaksanaan operasi skim tersebut. Projek itu dijalankan berdasarkan kepada konsep Mudarabah Khas (Muqayyadah). Skim yang bermula pada 21 Oktober 1993 itu melibatkan pelaburan berjumlah RM5 juta daripada YPEIM dengan pembahagian keuntungan 70:30. Melihat kepada sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat, YPEIM kemudian menjalin kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Bank Pertanian Malaysia. Pelaksanaan skim itu di semua institusi kewangan adalah selaras dengan hukum syariah.

Beberapa badan pergerakan koperasi dan kerajaan negeri turut menceburkan diri dalam bidang itu. Contohnya, kerajaan Perlis telah menubuhkan sistem pajak gadai Islam pada Januari 1997. Antara badan pergerakan koperasi yang terawal dalam pelaksanaan skim ini ialah Koperasi Pengguna Pahang Berhad, Koperasi Gabungan Pekebun Kecil Perak Berhad dan Koperasi Kakitangan Kerajaan dan Badan-badan Berkanun Terengganu.

Jelas Abdullah, konsep Ar-Rahnu menggalakkan pinjaman tanpa faedah kepada mereka yang memerlukan dan membantu masyarakat tanpa mengira batas agama dan keturunan. Selain itu, ia dapat mengelakkan penglibatan umat Islam dengan transaksi perdagangan yang berunsur negatif. Islam menghalalkan gadaian kerana ia berupaya meningkatkan taraf sosial dan keadilan dalam masyarakat.

Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dijalankan, beliau mendapati pajak gadai konvensional mempunyai beberapa aspek yang bercanggah dengan hukum Islam terutama dari segi pelaksanaan dan operasi. Katanya, penyelewengan berlaku dari segi nilai gadaian yang semakin menyusut walaupun barang kemas didapati lebih berat. Malah undang-undang pajak gadai tidak mewajibkan peniaga pajak gadai mencatatkan saiz dan berat barang kemas pada resit gadaian. Mereka juga dikenal pasti menetapkan kadar faedah yang berlebihan berbanding yang telah termaktub dalam Seksyen 46, Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.

Tambah Abdullah, sistem konvensional memberi nilai gadaian rendah walaupun banyak barang yang hendak digadai kerana akta tidak menetapkan kriteria untuk meletakkan harga pada barang gadaian. Peniaga pajak gadai turut mengenakan bayaran ke atas resit gadaian. Berdasarkan kepada akta itu, pemegang gadaian boleh mendapatkan semula resit secara percuma apabila memohon penangguhan tetapi ada yang mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran 50 sen untuk setiap salinan resit gadaian yang seterusnya. Mereka berani mengambil kesempatan kerana akta tidak mewajibkan pemberian resit bagi barang yang telah digadai kecuali pemegang yang perlu menyerahkan surat pajak gadai sahaja.

“Pada masa yang sama, peniaga pajak gadai tidak memulangkan wang lebihan selepas lelongan dan ditolak jumlah hutang. Tindakan ini ternyata menindas pengguna yang amat memerlukan wang tersebut,” katanya.
Apabila peniaga pajak gadai didapati sewenang-wenangnya menindas pengguna yang kurang arif mengenai operasi pajak gadai, secara tidak langsung ia membuktikan kelemahan Seksyen 46, Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.
Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah akta itu tidak mewajibkan peniaga menunjukkan kadar faedah yang ditetapkan di tempat terbuka dengan jelas atau menerangkan kepada penggadai yang buta huruf kerana perniagaan pajak gadai tidak dipantau dengan ketat.
Akta tersebut juga tidak menetapkan kawalan atau peraturan terhadap acara melelong barang gadaian yang tidak ditebus. Malah tidak dinyatakan waktu dan tempat lelongan diadakan. Barang gadaian yang hendak dilelong juga tidak dipamerkan.

PROSEDUR

“Walaupun akta ada menyatakan pemegang lesen bertanggungjawab terhadap barang cagaran tetapi jika berlaku kerosakan, pampasan yang dibayar kepada penggadai adalah tidak adil kerana ia menerima nilai yang lebih rendah dan kurang daripada nilai gadaian sebenar,” ujar Abdullah.

Enam bulan adalah tempoh pajakan yang singkat jika jumlah pinjaman yang dibuat adalah besar dan penggadai terdiri daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah. Pada masa yang sama, penggadai turut dibebankan dengan kadar faedah yang tinggi kerana perniagaan pajak gadai memerlukan modal yang besar. Selain itu, akta itu hanya mengehadkan peniaga pajak gadai memberi pinjaman sebanyak RM5,000 dan jika lebih ia perlu mendapatkan lesen peminjam wang. Keadaan ini sangat merugikan penggadai kerana keadaan inflasi akan menaikkan nilai barangan.
Dari segi menamatkan kontrak gadaian, Abdullah menjelaskan, barang gadaian akan diserahkan apabila penggadai telah melunaskan hutang kepada pemegang gadai. Sekiranya penggadai tidak mampu membayar hutang yang diambil, apabila tamat kontrak, dengan kebenaran hakim pemegang gadai boleh melelong barang tersebut dan ia hanya boleh meletakkan harga barang tersebut sebanyak hutang yang dikenakan

Selain itu, kontrak juga boleh berakhir dengan pelupusan hutang (ibra’) iaitu pemegang gadai bersetuju menghapuskan hutang dengan memulangkan semua barang tersebut tanpa membayar hutang. Mengenai status penggadai yang meninggal dunia, Abdullah menyatakan, kontrak gadaian tidak akan berakhir atau terbatal sekiranya berlaku kematian. Jika penggadai atau pemegang gadai meninggal dunia, waris-waris akan menggantikan tempat mereka. Sekiranya waris masih kecil atau berada di luar negara, maka waris boleh menjual harta gadaian dengan persetujuan pemegang gadaian dan ia hanya boleh digunakan untuk menjelaskan hutang si mati.

“Dalam kes gadaian yang menggunakan harta yang dipinjam pula, sekiranya berlaku kematian, pemegang gadai tidak boleh menjual barang tersebut melainkan dengan keizinan pemberi pinjaman. Tetapi jika pemberi pinjaman ingin menjualnya tanpa keizinan pemegang gadai, syaratnya harga jualan perlu dapat menampung jumlah hutang,” jelas Abdullah. Sistem pajak gadai Islam ternyata memberi kelebihan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan keturunan kerana ia berlandaskan kepada hukum Islam. Pajak gadai Islam dinilai oleh penasihat syariah yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang undang-undang Islam.
Ar-Rahnu yang dijalankan di Malaysia merupakan sistem pajak gadai yang pertama di dunia dan hingga kini masih belum ada sistem yang seumpamanya di dunia.

Definisi dari sudut syarak:
Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
Definisi dari sudut bahasa:
Ar-Rahnu dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna tahanan, seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya………….”
(Surah al-Muddaththir 74:38)


PENGERTIAN , HUKUM DAN RUKUN AR-RAHNU


PENGERTIAN


Ahmad Azhar Basyir – mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai “menjadikan suatu benda yang bernilai menurut pandangan syara” sebagai tanggungan hutang dengan adanya benda yang menjadi tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima”
H.M Arsjad Thalib Lubis – mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai “menjadi suatu barang yang berupa harta dan ada harganya jadi jaminan hutang dan ia akan dijadikan pembayarannya jika hutang itu tidak dapat dibayar”
Abdul Rahman Al-Jaziri – menerangkan bahawa Ar-Rahnu menurut syara’ bererti ” menjadikan barang yang ada harganya menurut pandangan syara’ sebagai jaminan kepercayaan hutang piutang. Dalam erti seluruh hutang atau sebahagiannya dapat diambil, sebab sudah ada barang jaminan tersebut.
Kesimpulannya – Ar-Rahnu boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana penghutang atau penerima pinjaman menyandarkan barangan kepunyaan sebagai jaminan kepada hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjaman


HUKUM


Firman Allah SWT – “Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu berhutang) dan tiada memperolehi penulis, maka boleh diserahkan sahaja jaminan yang dapat dipegang
(Al-Baqarah : ayat 283)


Dalam sebuah Hadis – “Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam sebuah Hadis – “Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang dihutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya”
(Riwayat Al-Bukhari)


Dalam sebuah Hadis – “Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju besinya masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan makanan yang dibelinya untuk nafkah keluarganya”
(Riwayat Tirmidzi)


RUKUN
Hukum Ar-Rahnu mengandungi 5 perkara:
1. Penggadai atau orang yang menggadai; iaitu orang yang berhutang
2. Penerima gadaian atau pemegang gadai; iaitu pihak yang memberi pinjaman
3. barang gadaian; iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima pinjaman
4. Tanggungan gadaian; iaitu jumlah yang berhutang
5. Sighah atau perjanjian; iaitu perjanjian berkaitan pinjaman/ hutang dan gadaian


SENARIO SEMASA
Antara Senario masa kini yang wujud di dalam penawaran perkhidmatan kewangan (pinjaman mikro kredit) di negara ini:


• Terdapat banyak perkhidmatan yang tidak selaras dengan undang-undang dan bercanggah dengan akhlak Islam sedang memenuhi jurang penawaran perkhidmatan kewangan kepada masyarakat dalam kelompok berpendapatan rendah.

• Terdapat bilangan yang agak substantial mendapatkan perkhidmatan yang illegal bagi tujuan yang dianggap produktif terutamanya bagi keperluan perniagaan. Keadaan ini wujud di sebabkan oleh masih terdapat jurang yang agak ketara di antara penawaran perkhidmatan kewangan (khususnya secara Islam).

• Pada umumnya skim-skim pinjaman yang illegal ini mengenakan caj yang terlalu tinggi, berlaku manipulasi dalam urusan emas dan terdapat kes immoral.

link :http://www.jutawangold.com/fahami-peranan-ar-rahnu-yang-sebenaria-bukan-perniagaan/
 
Joined
Oct 3, 2009
Messages
705
Likes
0
Points
0
Offline
#5
syok baca thread ni

tapi saya tegok bagi lelaki lebih banyak membeli coin dan gold bar...

Pelaburan Emas rugi jika anda tidak menyimpan emas di dalam bentuk emas fizikal. Katakanlah anda seorang pelabur emas di dalam bentuk Buku simpanan, anda akan rugi kerana anda tidak boleh mengambil keuntungan di dalam bentuk wang ringgit secara berkali-kali. Jika anda menyimpan emas di dalam buku simpanan, anda hanya akan dapat mengambil untung jika anda beli pada harga murah dan jual semula kepada bank pada harga mahal. Ini berbeza jika anda menyimpan dan melabur emas di dalam bentuk barang kemas, anda boleh memanipulasinya dengan pelbagai cara untuk anda raih keuntungan tunai secara berkali-kali.
saya tak nampak bagaimana keuntungan di jana melalui barang kemas boleh jelaskan...
 
Joined
Aug 9, 2009
Messages
137
Likes
1
Points
18
Offline
#6
Terpulang kepada pendapat masing-masing...:)

Saya "no comment"...sbb mereka ada ajarkan teknik gunakan ar rahnu dengan betul. Gunakan kemudahan ar rahnu dari bank tempatan sahaja. Bukannya pajak gadai yang tidak di iktiraf.

Oleh kerana saya dah berjumpa dengan orang yang betul-betul dah berjaya raih keuntungan dari simpanan dan pelaburan emas...maka saya percaya dengan beliau. Orang yang ajarkan saya pun, bukannya orang muda. Yang paling otai...umurunya dah pun mencecah 50 tahun..dia bermula sejak tahun 2001 lagi dengan dipandu oleh kaum C..a.

Konsep ni, bukan nya pelaburan semata-mata. Simpanan dan pelaburan. Dua2 pun ada...

Harap maaf yer sebab kita tak sehaluan dalam konsep ar rahnu. Tapi, kita berdua percaya pada konsep emas adalah penyimpan nilai yang terbaik.. ;)
 
Joined
Aug 9, 2009
Messages
137
Likes
1
Points
18
Offline
#7
syok baca thread ni

tapi saya tegok bagi lelaki lebih banyak membeli coin dan gold bar...

saya tak nampak bagaimana keuntungan di jana melalui barang kemas boleh jelaskan...
Barang kemas tentulah favorite orang perempuan. Tapi otai yang ada 2 kg emas yang saya jumpa di Batu Pahat tersebut...adalah orang lelaki.

Bila saya protes kepada beliau sebab beliau tidak mengajarkan ilmu tersebut kepada orang ramai. Dia cakap, malas nak bercerita dengan orang sebangsanya. Sebab bila dia bercerita, mesti banyak mulut yang mengutuknya. Sudahnya, dia pulun keuntungan game main emas ar rahnu sorang2 sampai lah berjumpa dengan team Triplenine Johor Bahru. Bukan main suka lagi sebab sekarang dia dah ada kawan sepermainan.

Barang kemas boleh masuk ar rahnu sebab ianya perhiasan. Jadi, ia boleh berfungsi sebagai simpanan emas dan pelaburan emas. Gunakan barang kemas sebagai alat untuk melabur bagi dapatkan keuntungan tunai dari ar rahnu bila harga naik.

Ilmu dan formula ar rahnu ni.., milik syarikat triplenine. Adalah tidak wajar untuk saya bercerita disini. Jika Enecik Maizul berminat untuk belajar dengan lebih detail, sila hubungi Triplenine cawangan Perak untuk ketahui tarikh seminar mereka.
 
Joined
Dec 17, 2010
Messages
200
Likes
0
Points
0
Offline
#8
sy tkut nk terlibat dgn benda yg disahkan ghararoleh rmi ustaz yg sy rujuk...klu tt tk ada rasa apa2...its up to u ..sy just sharing..yg pntg..sy dh tunaikan tgjwb sy utk menyampaikan..all the best
 
Joined
Aug 9, 2009
Messages
137
Likes
1
Points
18
Offline
#9
sy tkut nk terlibat dgn benda yg disahkan ghararoleh rmi ustaz yg sy rujuk...klu tt tk ada rasa apa2...its up to u ..sy just sharing..yg pntg..sy dh tunaikan tgjwb sy utk menyampaikan..all the best
Terima kasih Jutawan gold sebab sharing... insya allah, kita sama-sama lah mengajak rakyat Malaysia menyimpan emas. Cuma mungkin caranya berbeza. Misi nya sama.. Hopefully, nanti kita boleh duduk semeja tuk discuss tentang pelaburan emas ..:)
 
Joined
Dec 17, 2010
Messages
200
Likes
0
Points
0
Offline
#10
blh..tk ada msalah..sebelum puasa sy ada buat kelas utk org awam di bbrapa lokasi..bulan 10 ni akan diadakan training agen khas utk pengedar GCP..sy byk berkongsi dgn umum ttg emas secara online di fb,fb group,fanpage,blog dan forum..
 
Joined
Aug 9, 2009
Messages
137
Likes
1
Points
18
Offline
#12
blh..tk ada msalah..sebelum puasa sy ada buat kelas utk org awam di bbrapa lokasi..bulan 10 ni akan diadakan training agen khas utk pengedar GCP..sy byk berkongsi dgn umum ttg emas secara online di fb,fb group,fanpage,blog dan forum..
Membaca tentang pelaburan emas di FB atau blobg...tak berapa best. Tak boleh nak bersoal jawab on-the-spot. Nanti boleh arr share tarikh seminar gcp di jb di thread ini. Thanks ya!
 
Joined
Nov 23, 2009
Messages
468
Likes
0
Points
16
Offline
#14
saya ada sikit pelaburan emas. barang kemas & jongkong kecik2 tu.

gold ni long term. short term memang rugi.
example, beli harga katala RM170/gram. esoknya
nak jual balik dia ambik RM150 jek @ lagi rendah dari tu.
Kalau nak trade-in dia amik tinggi sikit.
Mungkin nak breakeven pun makan masa sebab beza harga beli
& jual besar tu...

Yang pasal Ar-Rahnu tu, konsepnya macam ASB-OD kan?
Ar-Rahnu akan caj dalam 2% sebulan. setahun dah 24%.
Kalau kenaikan emas kurang dari 24%, rugi lah.
that's why sapa2 buat Ar-Rahnu ni, dia akan gunakan kemudahan
yang diberi utk jana lebih banyak wang/harta supaya tak rasa rugi
bayar 2% sebulan. kan?
 
Top