Pasarkan bisnes offline anda melalui facebook dengan berkesan!

Naz Akhtar

Super Senior
Joined
Jun 21, 2014
Messages
502
Likes
132
Points
43
Offline
#1

Adakah anda sekarang ini sudah pun mempunyai bisnes anda sendiri yang anda lakukan secara offline? Mungkin sahaja anda menjual keropok lekor di tepi jalan, menjual jagung rebus dan jagung bakar di taman rekreasi di kawasan perumahan anda, atau mungkin anda mempunyai kedai makan anda sendiri.

Hari ini bukan sahaja bisnes online yang mempunyai banyak persaingan, malah bisnes offline juga melalui hal yang sama. Rata-rata banyak bisnes offline itu sendiri ada waktunya susah untuk mendapat pelanggan lantaran kewujudannya tidak di ketahui ramai.

Tahukah anda bahawa melalui laman facebook, anda boleh memasarkan bisnes offline anda dengan cara mudah? Maka dengan cara ini, anda boleh melakukan penjimatan untuk memasarkan bisnes offline anda. Biasanya, bisnes offline memerlukan banner yang mungkin di letakkan di mana-mana tempat awam untuk tujuan pemberitahuan kepada orang ramai. Namun pemasaran melalui facebook, dapat mengurangkan kesemua kos banner tersebut.

Antara bisnes offline anda yang boleh anda pasarkan melalui facebook ialah :

Pertama, bisnes hartanah. Sama ada anda mempunyai tanah untuk di jual, rumah untuk dijual atau disewa, melalui laman facebook, ia sangat mudah di lakukan.

Kedua, bisnes makanan. Sama ada anda menjual nasi goreng, makanan jepun atau makanan korea, anda membuka kedai runcit yang baru, semuanya boleh di jenamakan dengan lebih cepat, juga melalui facebook.

Ketiga, bisnes pakaian. Jika anda mempunyai butik pakaian atau membuka kedai menjual baju bayi, tidak semua orang tahu kewujudan kedai tersebut. Usah risau, laman facebook akan dapat menarik mereka untuk ke kedai anda.

Keempat, bisnes yang melibatkan servis. Antara servis yang pernah penulis lihat ada di buka di facebook ialah servis memotong rumput, melipat pakaian, menjaga bayi dan juga mengemas rumah.

Sebenarnya sangat banyak bisnes offline yang anda boleh pasarkan di laman facebook. Kenapa anda harus menggunakan laman facebook untuk menjenamakan bisnes offline anda?

Tidak semua orang yang mempunyai bisnes gemar untuk berurusan dengan pelanggan melalui online, mereka mempunyai kedai fizikal sendiri, mereka suka jika jual beli di lakukan secara face to face.

Seterusnya, tidak semua servis atau produk itu boleh di hantar melalui post, ia perlu di beli secara terus daripada penjual.

Baiklah, bagaimanakah langkahnya anda boleh menarik pelanggan ke kedai offline anda dengan berkesan hanya menggunakan laman facebook?

Ikuti langkah ini :

Langkah 1 : Fokus kepada facebook group

Untuk peringkat permulaan, anda fokuskan untuk menarik pelanggan ke kedai bisnes offline anda melalui facebook group. Kenapa facebok group? Ia adalah satu medium untuk ramai komuniti membuat perbincangan, perkongsian maklumat secara terbuka antara satu sama lain.

Jika anda lihat hari ini, facebook group menjadi antara tempat yang semakin popular untuk sebarang kerja pemasaran online secara percuma. Maka, anda sangat di sarankan untuk memasarkan bisnes offline anda melalui facebook group.

Adakah tidak boleh menggunakan fanpage atau facebook ads? Ya sangat boleh. Namun fanpage adalah untuk anda yang sudah milik banyak pengikut. Jika anda membuat posting di fanpage, anda juga perlu menarik trafik ke fanpage anda agar ramai yang akan membaca posting anda. Untuk facebook ads pula, anda boleh menggunakan cara ini jika anda mempunyai bajet khusus untuk di keluarkan.

Namun, jika anda mahu mengurangkan kos dan ingin melakukan pemasaran secara percuma namun berkesan di laman facebook, maka di ruang group adalah yang terbaik.

Langkah 2 : Memilih group yang focus

Walaupun laman facebook menyenaraikan berjuta-juta jenis group yang mempunyai banyak ahlinya, namun tidak semua group tersebut perlu anda gunakan sebagai platform pemasaran.

Pastikan anda hanya focus kepada group yang dekat dengan kedai offline anda sahaja untuk permulaan. Sebagai contoh, jika anda mempunyai kedai makan yang terletak di daerah Dungun, Terengganu, maka fokuslah untuk memasarkan bisnes anda itu di Group Dungun terlebih dahulu. Ini kerana orang ramai yang tinggal sedaerah dengan kedai offline anda akan lebih mudah untuk mencari kedai tersebut, berbanding jika anda memasarkan bisnes offline anda di group Shah Alam, Muar dan sebagainya.

Anda mungkin juga boleh mengikuti group yang mempunyai ahli berkaitan dengan kelab seperti Kelab UMNO Dungun, Kelab Anak Muda Dungun dan sebagainya. Asalkan semua group yang anda sertai itu adalah satu tempat dan satu daerah dengan bisnes offline anda.

Tidak bolehkah untuk memasarkan bisnes offline di group lain? Bisnes saya di daerah Dungun, saya mahu memasarkan juga bisnes di group Marang, Kuala Terengganu dan Group Kemaman. Ya, memang boleh.

Namun impak yang lebih bagus ialah focus kepada beberapa group yang lebih dekat dengan lokasi anda terlebih dahulu. Ini kerana setiap posting anda di group pasti aka nada pertanyaan dari ahli group yang lain. Jika anda membuat posting iklan di 2-3 group dalam satu masa, maka anda boleh focus untuk menjawab setiap pertanyaan dan komen dengan lebih mudah, berbanding apabila anda meletakkan post iklan itu di kebanyakan group, mungkin sahaja anda tidak punya masa untuk membuat respond kepada mereka.

Langkah 3 : Guna profile bisnes

Untuk menjenamakan lagi bisnes offline anda, gunakan profile bisnes anda semasa melakukan posting iklan. Anda boleh menggunakan du acara sama ada melalui nama anda sendiri sebagai pemilik nama kedai anda, atau nama bisnes offline anda.

Sebagai contoh, jika akaun facebook anda menggunakan nama Kedai Gunting Rambut Zahar, maka gunakan nama Kedai Gunting Rambut Zahar ini sebagai “ejen” pengiklanan di semua group di laman facebook. Bermaksud jika pelanggan dating ke kedai anda, nama “Kedai Gunting Rambut Zahar” memang terpapar di muka depan kedai anda itu. Begitu juga jika anda menggunakan profile Restoran Ulek Mayang untuk mewakili kedai makan anda.

Cara yang lain, anda menggunakan profile nama sebenar anda yang mewakili sebagai owner bisnes ketika membuat posting iklan. Pastikan anda meletakkan nama sebenar anda dan bukan nama samara seperti Man Lepat dan sebagainya. Contoh, dengan menggunakan nama Haji Ramli di akaun facebook dan menggunakan gambar profile anda sendiri, perkenalkan diri anda kepada ahli group bahawa anda merupakan pemilik kepada Restoran Ulek Mayang. Maklumkan bahawa anda telah menawarkan istimewa dan menjemput ahli group untuk dating ke kedai makan anda.

Biasanya, apabila pemilik kedai sendiri yang membuat posting iklan tentang bisnes offline mereka, ahli group lebih rancak memberi respond dan bertanyakan pelabagai soalan. Pernah seorang doctor sendiri membuat posting iklan tentang kliniknya yang baru dibuka ke dalam sebuah. Apabila ahli group tahu bahawa penulis posting itu adalah doctor klinik itu sendiri, maka ahli group lebih mudah untuk bertanyakan soalan di posting itu kerana mereka tahu mereka akan mendapat respond terus daripada doctor, pemilik bisnes klinik.

Ini berbeza apabila anda mewakilkan seseorang untuk membuat posting bagi pihak bisnes anda. Jika ada pertanyaan, mungkin sahaja soalan itu tidak boleh di jawab. Sebaiknya kerja posting iklan ini anda sendiri yang lakukan dan anda sendiri beramah mesra dengan bakal pelanggan di laman group tersebut.

Apabila ada sesi soal jawab antara anda dan ahli group, maka posting anda itu semakin aktif dan popular di group, secara tidak langsung telah menarik ramai mata untuk tahu kewujudan bisnes offline anda.

Langkah 4 : Membuat posting paling awal

Posting perngiklanan pertama anda perlulah mempunyai pengenalan diri. Nyatakan nama anda, dan apakah nama bisnes yang anda sedang jalankan. Pengguna facebook terutamanya mereka yang menjadi ahli di group facebook bukan sahaja gemar membaca teks malah mereka juga gemar untuk melihat gambar-gambar.

Oleh itu, semasa anda melakukan posting iklan itu, pastikan anda juga mengupload gambar kedai anda. Antara gambar yang boleh anda upload bersama dengan posting iklan itu ialah gambar kedai anda iaitu sisi hadapan beserta dengan papan nama kedai, ruang kedai anda,produk yang anda tawarkan dan mungkin gambar pekerja anda.

Sebagai contoh, jika anda baru sahaja merasmikan sebuah restoran makanan Jepun, letakkan gambar restoran itu, ruang makan dan juga menu-menu yang ada. Tidak perlu terlalu banyak, jika anda upload sekitar 5-6 keping juga sudah OK.

Sangat penting untuk anda menggunakan gambar yang berkualiti tinggi dan bukan menggunakan gambar yang tidak terang, kabur dan rosak. Ambil masa untuk mengambil gambar kedai offline anda dan pilih hanya gambar terbaik sahaja untuk di letakkan ke dalam group nanti.

Jika boleh, setiap gambar yang berkaitan dengan produk anda, letakkan juga sedikit maklumat agar ia lebih menarik untuk di baca oleh ahli group.

Langkah 5 : Masukkan elemen maklumat

Ini adalah bahagian yang sagat penting. Ketika anda melakukan posting iklan, jangan lupa untuk memasukkan maklumat bisnes offline anda itu seperti waktu bisnes anda beroperasi dari jam berapa hingga jam berapa, di manakah lokasi kedai anda dan bagaimanakah untuk menghubungi anda jika ada sebarang pertanyaan.

Jemput juga ahli group untuk like fanpage bisnes offline anda supaya setiap update dapat di ketahui oleh mereka.

Sebolehnya, sediakan juga peta lokasi kedai anda itu agar ia dapat membantu ahli group untuk mencari dan datang kepada anda.

Langkah 6 : Membuat posting offer

Posting pengiklan tidak seharusnya di lakukan sekali sahaja. Ia perlula sering di usahakan setiap masa, sebolehnya sekali seminggu. Jika anda selalu membuat posting setiap hari, di khuaitiri anda terlihat sedang melakukan spam. Maka, sebaiknya untuk peringkat awal anda buatlah posting iklan 4 hari sekali atau seminggu sekali.

Jika anda mempunyai offer untuk mereka, lakukan posting itu di group mungkin paling kurang 2 minggu sebelum offer itu berlangsung supaya mereka boleh set untuk datang ke kedai anda mengikut tarikh yang di tetapkan.

Langkah 7 : Posting apa yang berlaku

Apa yang berlaku di kedai anda, kongsikan kepada ahli grpup. Sebagai contoh, jika hari ini anda menerima ramai pelanggan, anda boleh mengambil gambar ketika mereka melakukan aktiviti jual beli di kedai dan letakkan gambar itu di dalam group. Antara ayat yang boleh di share ialah nyatakan ucapan terima kasih anda kepada mereka yang datang ke kedai anda.

Pada waktu yang sama, ajak orang lain yang masih belum datang agar mereka juga tidak melepaskan peluang untuk bersua muka di kedai anda.

Lebih banyak anda kongsikan tentang bisnes anda, lebih ramai yang akan tahu tentang kewujudannya dan lebih ramai juga pelanggan yang bakal anda terima.

Penutup :

Ada sesetengah kedai offline di kawasan anda biasanya di ketahui melalui facebook. Ini kerana tidak semua orang akan meneliti kewujudan sesebuah bisnes di kawasan mereka satu per satu ketika mereka keluar mungkin untuk bersia-siar atau bersosial.

Oleh sebab itulah anda perlu menggunakan internet untuk memasarkan bisnes offline anda. Caranya adalah melalui facebook group, percuma dan berkesan.

Semoga dengan penerangan dan langkah yang di berikan di atas, akan dapat membantu anda untuk memasarkan bisnes offline anda dengan lebih berkesan. Aamiin
 
Joined
Dec 4, 2015
Messages
35
Likes
0
Points
6
Offline
#2

Top