Panduan Buat Duit Dengan Google AdSense

ismailn

freshman
Joined
Jan 29, 2015
Messages
81
Likes
0
Points
0
Offline
#1


Minggu lalu, blogger-blogger Malaysia dimaklumkan berita gembira yang Google AdSense kini menyokong laman web bahasa Melayu. Ini pastinya memberi peluang kepada ramai blogger untuk menjana pendapatan menerusi AdSense.

Namun, saya harap anda semua beri perhatian kepada beberapa perkara sebelum memulakan kerja keras membuat duit dengan AdSense. Ingat, trashold buat AdSense ialah $100. Jika pergerakan pendapatan Adsense anda adalah lembab, $100 (RM 363) ini amat berharga buat anda. Jangan nanti dikala hendak buat withdrawal, akaun anda di tutup oleh Google pula.

Ini sering berlaku!

Ingat Google Adsense amat tegas!

Mereka juga punyai sistem yang agak canggih untuk mengesan penipuan.
'Fraud click' amat dibenci oleh Google. Jika anda disyaki (baru syak ya, bukan pasti), akaun Adsense anda akan ditutup dan nama anda akan disenaraihitam oleh Google.

Oleh itu elakkan aktiviti/taktik seperti:
  • klik sendiri
  • suruh kawan klik
  • auto-surf

sebagaimana yang anda gunakan dalam menjana pendapatan dengan Nuffnang.

jangan juga tunjukkan screenshot pendapatan anda/akaun AdSense.

Baca TOC baik-baik.

Bagaimana hendak buat duit dengan AdSense?

Untuk buat duit dengan AdSense, dua perkara di bawah hendaklah anda berikan perhatian:
  1. CPC (Cost Per Click)
  2. CTR (Click Through Rate)

CPC ialah nilai bagi setiap satu klik. Kebanyakkan klik yang bernilai tinggi adalah dari keyword seperti finance, insurance dan health. Bukan senang hendak tulis artikel begitu kan?

Oleh itu, buat keyword research sebelum buat artikel. Gunakan tools seperti Google AdWord atau Wordstream bagi mencari keyword yang sesuai.

Jika average CPC anda di bawah 0.10 sen, aduh tak berbaloi lah buat AdSense. Biarpun trafik tinggi, silap-silap satu klik cuma 0.01 sen sahaja. Itupun jika ada orang klik!

Selalu log-in dalam akaun anda untuk lihat average CPC anda dan cari tip-tip yang sesuai untuk meningkatkan CPC.

CTR pula adalah ratio kekerapan orang lain klik iklan AdSense di blog anda. Jika ratio adalah rendah, maka perlu buat perubahan pada tema blog/template blog anda.

Gunakan tool seperti CrazyEgg untuk lihat 'heatmap' di blog anda. Ubah iklan ke bahagian yang orang paling kerap klik.

Bahasa
Amnya blog Bahasa Inggeris lebih beruntung kerana kemungkinan mendapat audien dari luar negara. Pengiklan dari luar negara seperti Australia, UK dan US adalah lebih ramai dan CPCnya lebih tinggi.

Tak percaya?

Buat carian di Google.Com.My dan Google.Com.Au dengan kata kunci yang sama (misalnya: skincare)

Lihat hasil carian.

Anda akan lihat lebih banyak iklan (pada CPC yang lebih tinggi) di tonjolkan di Google.Com.Au dari Google.Com.My.

Oleh itu, jika mampu cuba buat artikel dalam BI dan target audien dari negara-negara ini.

Itu sahaja untuk cerita hari ini. Buat yang berminat, anda boleh juga muat turun e-book: AdSense Secrets 5 (Terbaik). Untuk panduan dalam BM yang tidak kurang hebatnya, muat turun: Buat Duit Dengan Google Adsense
 
Joined
Apr 25, 2008
Messages
75
Likes
11
Points
8
Offline
#9
Boleh. Saya sudah gunakan AdSense di blog. Pautan blog saya ada pada signature di bawah.
Ya betul, google sudah support Bahasa Melayu. Baru tahun ni rasanya. Letak iklan Adsense di Blog BM tiada masalah.
Tapi ada tak yang apply Adsense guna blog BM.
Saya tengah buat eksperimen ni apply guna blog BM, dan update di blog. Sebab ramai yang merungut sekarang susah nak apply Google Adsense. Itu yang saya cuba dan update di blog.
 
Joined
Sep 7, 2015
Messages
188
Likes
37
Points
28
Age
32
Offline
#11
Ya betul, google sudah support Bahasa Melayu. Baru tahun ni rasanya. Letak iklan Adsense di Blog BM tiada masalah.
Tapi ada tak yang apply Adsense guna blog BM.
Saya tengah buat eksperimen ni apply guna blog BM, dan update di blog. Sebab ramai yang merungut sekarang susah nak apply Google Adsense. Itu yang saya cuba dan update di blog.
Saya dah apply Dan dah berjaya..Alhamdullillah [emoji7] [emoji7] [emoji7]

Sent from my HM NOTE 1LTE using Tapatalk
 
Joined
Sep 7, 2015
Messages
188
Likes
37
Points
28
Age
32
Offline
#13
eh jap..bos apply adsense full tu gune artikel BM ke EN..lupa nk tanyer
Gune full BM [emoji16] sejak dgr Google Adsense boleh terima bahasa melayu terus dgn pantasnye cube..kalau bahasa EN berpinau mate nak wat tu hehe

Sent from my HM NOTE 1LTE using Tapatalk
 

Naz Akhtar

Super Senior
Joined
Jun 21, 2014
Messages
502
Likes
132
Points
43
Offline
#14
Gune full BM [emoji16] sejak dgr Google Adsense boleh terima bahasa melayu terus dgn pantasnye cube..kalau bahasa EN berpinau mate nak wat tu hehe

Sent from my HM NOTE 1LTE using Tapatalk
OMG!!!
x pernah tau pun nak mtk akun full le gune artikel BM.
wowwww...

hmm panjang artikel bape words.

le try.tpi bile dh dpt full nak keen ade web dot com sndiri.

lain kalau kaye cm tokey cm2 programming die le wat kat blog die haha
 
Joined
Sep 7, 2015
Messages
188
Likes
37
Points
28
Age
32
Offline
#17
OMG!!!
x pernah tau pun nak mtk akun full le gune artikel BM.
wowwww...

hmm panjang artikel bape words.

le try.tpi bile dh dpt full nak keen ade web dot com sndiri.

lain kalau kaye cm tokey cm2 programming die le wat kat blog die haha
haha..sejak April 2015 dah boleh apply gune artikel BM..
kalau tgk kat blog saya, rata-rata artikel dalam tu 400-500 patah perkataan aje (mungkin ada yang lebih pendek dan lebih panjang)
lagi satu saya nak wat experimen sendiri sebenarnya..
kalau tengok artikel international, diorang akan suggest untuk tulis panjangggg up to 1000 or more..
tapi bagi saya pulak..artikel panjanggggg ni orang Malaysia kurang suka membace..huhu..paling baik pun die scroll ke bawah pastu blah..sebab tu saya target artikel tak panjang sangat..

memang dari awal sy dah guna custom domain..modal setahun baru RM50 lebih kurang..hosting blogspot kan percuma haha..akan datang kalau ok baru fikir lebih detail..sekarang ni cukup la tu dulu..+Hmm+
 
Joined
Aug 16, 2015
Messages
194
Likes
21
Points
18
Age
32
Offline
#20
adui...nak sediakan article bi......buat article bm pun serabut kepala...huhuhu....macam ni x de lah harapan untuk merasa pendapatan dari google adsense
 
Top