Panduan buat blog atau website sendiri guna domain sendiri

Joined
Apr 28, 2016
Messages
1
Likes
0
Points
1
Age
32
Offline
#1
Kenapa anda buat blog atau website? Terdapat 3 sebab besar:
  1. Hobi
  2. Bisnes
  3. Kerja
Jika anda berblog dengan sebab no 1 dan kemudiannya digabungkan dengan no 2..anda akan pergi jauh. Jika anda ber blog sebab no 3, sebab kerja dan bergaji..anda akan dapat gaji bulan anda sahaja..tanpa kepuasan..

Kita terus ke point utama: Panduan Buat Blog atau Website. Berikut merupakan point-point yang anda patut bersedia:-

Jika anda ingin membaca artikel asal berkenaan dengan cara membuat blog atas domain sendiri anda boleh merujuk di sini.

1. +Xtahu+Budget Untuk Blog anda
Jika anda anda buat blog menggunakan service blogspot ataupun wordpress, part ini anda boleh skip. Tapi ingat jika anda menggunakan khidmat free seperti itu..blog itu TIDAK milik anda 100%...anda tertakluk pada terma dan syarat mereka..suatu hari nanti mereka mngkin akan bercadang untuk tidak lagi memberi secara 'free'..atau pun masalah server..semua isi blog anda hilang...

Setakat ini untuk memulakan blog anda perlu RM40 (sewa domain setahun) + RM36 (sewa host server 6 bulan, ini bersamaan dengan RM6 sebulan. Dimana? di shiftserver..company Malaysia.

So total budget anda? RM76..

Tips: anda boleh menurunkan budget anda ke RM55 sahaja dengan tips ini di shiftserver. Beli domain rm40 dengan servis basic RM15/sebulan. Selepas blog anda aktif downgrade service anda ke starter..
+Haha+


2. +Stress+ Tajuk blog Anda

Sediakan tajuk besar blog anda

Anda ingin membina website yang berkisarkan tentang apa? apa tujuan website anda? Berapa banyaknya website yang setajuk dengan anda berada di internet sekarang?

Apa pun tajuk anda, nasihat saya buatlah tajuk yang benar-benar anda minati atau dalam bidang kepakaran anda. Jangan paksa. Jangan pilih tajuk k-pop sebab banyak orang sibuk pasal k-pop.

Jika anda minat..anda suka...dan memang hobi anda..anda akan pergi jauh. Pembaca juga akan enjoy dengan blog anda.

3. +Belajar+ Sediakan "nama" Domain blog anda.

contoh domain indahterasa.com, pahitjuga.my dan sebagainya.

Terdapat banyak website & blog malaysia yang menggunakan nama sebagai domain mereka..termasuklah hongkiat.com. Anda boleh menggunakan stratergi yang sama tetapi downside nya adalah anda rugi dalam ranking atau search engine. Kecuali anda membuat pengiklanan yang hebat menggunakan nama tersebut.

Saya mengesyorkan untuk memilih domain yang pendek, umum dan berkaitan dengan tajuk blog anda. sebagai contoh. Blog anda berkaitan dengan koleksi setem lama di Malaysia, anda boleh pilih domain seperti setem.com, muziumsetem.com, dan yang sehaluan dengannya.

4. +Hero+ Server untuk hosting blog anda

Buat kajian, bandingkan harga, kelajuan, komen pengguna sebelumnya dan uptime. Saya cadangkan shiftserver. Murah dan okay!

5. +Ehem+ Platfrom untuk blog anda

Melainkan anda memang pakar dalam coding website, anda perlu platform. Platform membuatkan kerja blog anda menjadi senang..hanya taip dan muat turun.

Terdapat pelbagai platfrom percuma di tawarkan. Seperti wordpress, blogspot, wix..saya cadangkan wordpress..senang untuk anda jika anda bercadang untuk memohon google adsense nanti.

Jika anda sudah bersedia dengan list-list di atas..maknanya anda tidak ada apa-apa halangan lagi..GO..Open up your blog and start your fun there..
+Bijak+

Jika anda ingin bacaan yang lebih lanjut anda boleh rujuk post saya berkenaan dengan Panduan Lengkap Cara Membuat Blog Atas Domain Sendiri.


 
Joined
Feb 10, 2009
Messages
13,719
Likes
0
Points
38
Offline
#2
terima kasih TT... tips dan panduan yang berguna kepada yang baru nak berjinak2 nak buat blog...
 
Joined
Sep 7, 2015
Messages
188
Likes
37
Points
28
Age
32
Offline
#3
Panduan permulaan untuk memulakan blog yang baik. Pada aku, buat blog ni sebenarnya memerlukan minat jugak. Kalau tak minat mesti akan rasa terbeban setiap kali nak update blog. Lain sikit dengan website. Website ni memang bersifat statik. Biasanya orang akan buat website untuk bisnes. Tapi tak salah pun blog buat untuk bisnes, sebab itu akan lebih menyakinkan pelanggan :)
 
Top