Pakej Reseller VTP MAWARDEE :(

Status
Not open for further replies.

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38
terlepas pandang lak aku...mawardee dah bagi komen dah..apapun tahniah dengan komen tersebut...ianya telah merungkaikan segala isu...semoga majujaya Mawardee bisnes dan juga exam...dah habis exam tu nak keje kerajaan belila ebook saya..hahahaha
 
inspiration

Senior
Joined
Nov 20, 2007
Messages
1,200
Points
38
Pertama, pasal software genius, saya memang dah cakap awal-awal
yang saya akan refund kalau produk ni tak jadi.
Walau bagaimanapun, masalah yang ada sekarang bukan
masalah saya, tapi programmer yang masih tak dapat siap2kan lagi.
& sekarang memang saya tengah 'push' dia.
Jenis dia ni, tak boleh push sangat2. kena tanya biasa2, baru dia akan
jawab.
Saya dah cakap sebelum ni, yang software ni bukan untuk dijual.
- Mawardee
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sekadar memberi cadangan. Apa kata kalau mawardee cari programmer lain? Pada saya tak kisah apa jenis language yang programmer tu pakai sebab logic programming ini sama,jadi saya rasa tak jadi masalah untuk programmer lain take over project tu daripada programmer yang sekarang ini. Nampak macam programmer mawardee yang control situasi,which is not suppose to be a case. Mawardee yang sepatutnya control dia .(p/s Sebelum saya jadi GIS Analyst/consultant, saya pun programmer juga :) )

Check dulu apa arrangement between mawardee dengan programmer tersebut? yang paling penting apa hak mawardee ke atas source code program tu? Kalau ada hak, bayar programmer tersebut atas apa yang dia dah buat, ambik source code tu, dan cari programmer lain.

Just my 2cents

p/s if programmer A cannot do, doesn't mean the whole world cannot do :)
 
chukai

Senior
Joined
Mar 11, 2007
Messages
1,706

saya setuju dgn bro inspiration. mawardee bg programmer tu projek, sepatutnya programmer ikut apa kehendak pelanggan dia. ni terbalik. takan nak ikut suka programmer tu. rasa nak buat, buat. klu programmer ada hal, orang lain plak yang terpaksa menunggu berbulan2. persoalannya hebat sangat ke programmer ni? saya yakin sangat masih ramai programmer yang bleh take over project ni unless mawardee sudah membayar satu jumlah deposit yang besar kat programmer ni. dan takut kerugian jika tukar programmer.

lagi satu sibuk dgn exam. ni pendapat sayalah. kalau rasa tak boleh handle buat bisnes sambil belajar lebih baik tumpukan pada pelajaran dulu. mawardee tak menyusahkan orang lain dan orang lain takkan menyusahkan mawardee dengan minta bantuan support. kat sini ramai student yang buat bisnes tapi ok je support.
 
Joined
Jul 12, 2006
Messages
1,574
Points
38
Age
34
Sebagai seorang bergelar programmer juga saya rasa tekanan dan bebanan dr Client memang ada. Sebab itu adalah lumrah seorang programmer. Namun programmer juga adalah seorang manusia, mereka wajib menjadi kebal dari segala tekanan dan kata-kata yang boleh menjatuhkan reputasi mereka.

Namun batas yang dihadapi apabila hanya mengenali seseorang programmer itu dari jauh means dari dunia online. Limitation seperti tidak menjawab jika berkeras, adalah satu risiko yang sememangnya perlu diambil. Lebih-lebih lagi ia melibatkan sesuatu projek besar.

Ia sekadar pendapat saya sahaja :)
 
chukai

Senior
Joined
Mar 11, 2007
Messages
1,706
Points
38
terima kasih sbb dah released commission. baguslah mawardee dah mula menjawab tp mawardee perlu juga ambil tindakan tegas dalam hal ni supaya tak berlarutan.
 
Last edited:

highlander

Senior
Joined
Sep 25, 2008
Messages
1,670
Points
38
Act....pengajaran untuk semua termasuk juga aku. Support tu paling penting. IM yang bagus bagi aku mudah aja.....produk atau servis yang disediakan ada kualiti tersendiri dan the most important is IM tu mestilah senang r nak berkomunikasi atau nak bertanya.....bukan kalau dapat untung riban-riban semata, boleh ditabal sebagai IM. Kena seimbangla...kan. Attitude pun lagi penting sebenarnya.....ditambah dengan kejayaan seseorang itu

P/S : Rajin-rajinkanlah turun padang jenguk orang kampung kat WC nie especially.:D
 
Mawardee

Newbie
Joined
Apr 30, 2007
Messages
370
Points
18
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sekadar memberi cadangan. Apa kata kalau mawardee cari programmer lain? Pada saya tak kisah apa jenis language yang programmer tu pakai sebab logic programming ini sama,jadi saya rasa tak jadi masalah untuk programmer lain take over project tu daripada programmer yang sekarang ini. Nampak macam programmer mawardee yang control situasi,which is not suppose to be a case. Mawardee yang sepatutnya control dia .(p/s Sebelum saya jadi GIS Analyst/consultant, saya pun programmer juga :) )

Check dulu apa arrangement between mawardee dengan programmer tersebut? yang paling penting apa hak mawardee ke atas source code program tu? Kalau ada hak, bayar programmer tersebut atas apa yang dia dah buat, ambik source code tu, dan cari programmer lain.

Just my 2cents

p/s if programmer A cannot do, doesn't mean the whole world cannot do :)
Thanks atas cadangan ni.
Saya cuba berunding dengan programmer
tu. & nampaknya perlu serahkan kerja
kepada programmer lain pula.

Papepun, terima kasih atas nasihat anda semua
kat thread ni, Sgt2 hargai.
 
Mawardee

Newbie
Joined
Apr 30, 2007
Messages
370
Points
18
Kepada semua reseller VTP, saya dah
pos 33 CD tadi. Pos ekspres. Beserta
dengan Produk PERCUMA Tutorial Affiliate.
Lagi baki 22, saya akan pos esok.
1 Cd untuk setiap reseller.
 
e-fun

Senior
Joined
Dec 14, 2006
Messages
627
Points
18
hohoho... ia boleh dijadikan pengajaran buat IM lain. saya sebenarnya dari awal tak berapa berkenan dengan kaedah jual dulu baru nak siapkan produk.
Mengikut apa yang saya faham dalam Muamalat, hukum membeli produk yang tak pasti, atau belum wujud (sempurna) adalah haram kerana ianya syubhah.

Seperti berjual beli buah yang belum masak di atas pokok, anak ayam yang belum menetas, ikan yang sedang berenang di sungai (belum ditangkap) dan bermacam benda yang masih berstatus samar-samar.

Sekadar luahan pendapat.

p/s: Walaupun setiap IM ada kekurangan mereka, saya masih tetap melihat dari sudut yang baik. Mawardee antara IM yang aku anggap bijak dalam email marketing (berbanding sesetengah IM lain yang dok SEPAM hari-hari desak aku beli pasport nak melancong ke wilayah jutawan.)

Saya belajar sesuatu hari ini.
 
Joined
Nov 20, 2006
Messages
1,787

sesungguhnya yg berwarna merah itu ada benarnya....
mcm tau je siapa...hmmm......
 
XploR

freshman
Joined
May 1, 2006
Messages
400
Points
16
Age
36
Encik Ahmad Mawardi Bin Mohd Nor,

Bila anda mahu masukkan RM60 ke akaun cimb saya?
Boleh je kan interbank transfer pakai maybank... takkan cas RM2 pun nak berkira kot. Jangan menyulitkan benda yang mudah.

Kesabaran ada batasnya. Post2 anda di sini seperti nak ambil hati orang lain jer. Saya tuan tanah ni ape citer?
 
pheyz

Senior
Joined
Dec 12, 2007
Messages
964
Points
18
Mengikut apa yang saya faham dalam Muamalat, hukum membeli produk yang tak pasti, atau belum wujud (sempurna) adalah haram kerana ianya syubhah.

Seperti berjual beli buah yang belum masak di atas pokok, anak ayam yang belum menetas, ikan yang sedang berenang di sungai (belum ditangkap) dan bermacam benda yang masih berstatus samar-samar.

Sekadar luahan pendapat.

p/s: Walaupun setiap IM ada kekurangan mereka, saya masih tetap melihat dari sudut yang baik. Mawardee antara IM yang aku anggap bijak dalam email marketing (berbanding sesetengah IM lain yang dok SEPAM hari-hari desak aku beli pasport nak melancong ke wilayah jutawan.)

Saya belajar sesuatu hari ini.
saya stuju benar dgn pernyataan/pendapat bro e-fun :)

kita kena jaga jgk bab2 nih...
 
smartusaha

Active
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,878
Points
48
Mengikut apa yang saya faham dalam Muamalat, hukum membeli produk yang tak pasti, atau belum wujud (sempurna) adalah haram kerana ianya syubhah.

Seperti berjual beli buah yang belum masak di atas pokok, anak ayam yang belum menetas, ikan yang sedang berenang di sungai (belum ditangkap) dan bermacam benda yang masih berstatus samar-samar.

Sekadar luahan pendapat.

p/s: Walaupun setiap IM ada kekurangan mereka, saya masih tetap melihat dari sudut yang baik. Mawardee antara IM yang aku anggap bijak dalam email marketing (berbanding sesetengah IM lain yang dok SEPAM hari-hari desak aku beli pasport nak melancong ke wilayah jutawan.)

Saya belajar sesuatu hari ini.
Kelebihan Mawardee:

1. Kesungguhannya dalam IM

2. First IM Malaysia yg cuba buat sesuatu yg lain dari yg lain. Software tu very big project. Saya yg budak IT ni pun 'belum ada keyakinan' nak buat projek besar mcm tu. So saya salute Mawardee dalam bab ni.

3. Seperti kata efun, teknik emel marketing mawardee memang power. Sampai satu tahap saya tak nak buka emel promosi dia takut saya tergiur dengan tawaran2 dia. :D

Masalah yang berlaku:

1. Saya tak nak kata Mawardee 'bermasalah'. Mungkin situasi yang menyebabkan dia jadi tak terurus. Apa pun, dalam bisnes, what ever alasan yang diberikan, bak kata naem, deal or not to deal? Sebagai usahawan kita perlu beri keputusan atau tindakan yg sewajarnya. Client sama sekali tak ada masa untuk menunggu.

2. Mawardee banyak bagi janji (over promise?) dan tidak cuba selesaikan dulu janji tersebut sebelum mula new project. Saya rasa dalam bab over promise ni, ramai IM yg buat... terutama kat salesletter. Hehe..

Kesimpulan: Mawardee, saya atau semua IM lah, perlu ada satu sistem kerja yang lebih teratur, mudah dan tersusun (terutama bahagian support). Berkata-kata pasal pengurusan bisnes ni memang mudah, tapi kalau bisnes dah mula berkembang, baru kita tahu susah atau senang.

Moral of story:

1. Semoga mawardee teruskan usaha dan jangan putus asa.

2. Ambil pelajaran apa yg telah terjadi. Saya pun banyak belajar juga dari masalah ni.

3. Berikan peluang kepada mawardee sekali lagi. Tapi bisnes tetap bisnes. Kalau seseorang tu kawan kita, dalam bisnes mereka adalah pelanggan, 'bukan' kawan.

Saya dengan penuh rendah hati juga mengaku saya masih banyak kekurangan. Sama2 lah kita semua ambil pelajaran dan cuba sikit demi sikit ubah / improve apa yg patut. Sesungguhnya kita semua manusia biasa yang tak akan ada titik noktah untuk terus belajar dan berusaha.

Satu lagi saya nak ingatkan, jangan sebab salah seseorang, habis IM lain (terutama otai?) dikaitkan sekali. Bukan apa, saya terhidu kata2 sindiran kat sini yg nak kaitkan semua IM terutama yg senior. It's not fair dan saya tak setuju. Seolah-olah macam ada dengki dan tak puas hati. Ada apa2 yg tak kena ke? Kalau tak puas hati, hubungi terus IM senior tu. Tak perlu sindir2.

Semoga masalah ni akan selesai.

Wassalam.
 
Mawardee

Newbie
Joined
Apr 30, 2007
Messages
370
Points
18
Encik Ahmad Mawardi Bin Mohd Nor,

Bila anda mahu masukkan RM60 ke akaun cimb saya?
Boleh je kan interbank transfer pakai maybank... takkan cas RM2 pun nak berkira kot. Jangan menyulitkan benda yang mudah.

Kesabaran ada batasnya. Post2 anda di sini seperti nak ambil hati orang lain jer. Saya tuan tanah ni ape citer?
saya dah masukkan RM60 melalui
bank transfer sejak 2 hari lepas.
Tak sempat nak maklumkan.
Nanti saya tunjuk bukti resit tu.
ada dalam simpanan saya.
 
Mawardee

Newbie
Joined
Apr 30, 2007
Messages
370
Points
18
saya cadangkan agar mawardee dapatkan talian internet back up. jangan bergantung kepada internet campus. tak mahal pun untuk beli modem & daftar celcom 3g.
saya dah ada celcom broadband.
Pakai yang pakej RM98 lagi.
Tapi line kat uia tak stabil sangat.
Terutamanya kat bilik.

Apapun, terima kasih atas nasihat.
 
XploR

freshman
Joined
May 1, 2006
Messages
400
Points
16
Age
36
RM60 sudah di terima. Terima kasih Mawardee.

Sebagai menutup kes ini, saya ingin meminta maaf sekiranya ada tingkah
laku dan bicara saya yang kurang menyenangkan Mawardee. Saya kurang pandai untuk ayat berlapis2, biasa cakap terus terang jer.

Dikesempatan ini saya juga ingin memberi sedikit nasihat kepada Mawardee:
1-Tepati janji & jangan berlebihan
2-Cuba sedaya upaya memberi maklum balas (jgn berdiam diri) dan
menjawab soalan pelanggan dengan baik dan lengkap.
3-Hargai pelanggan
4-Bijak urus masa

Nasihat di atas adalah berdasar kepada urusan bisnes ini dan dalam ruang lingkup ini sahaja, saya tidak mahu menyentuh yang tidak berkaitan. Saya juga banyak belajar dari kes ini.

Semoga apa yang terjadi dijadikan panduan untuk terus maju.
Semoga lebih ramai rakyat Malaysia berjaya seperti saudara.

p.s: Kalau boleh nak juga bersua muka, minum semeja, bersembang2, berkenal-kenalan.

Sekian

Yang Ikhlas,

XploR
~Ganu Kite~
 
Status
Not open for further replies.
Top