Pakej Reseller VTP MAWARDEE :(

Status
Not open for further replies.

highlander

Senior
Joined
Sep 25, 2008
Messages
1,670
Points
38
hurm, mungkin dengan pendedahan ni je kita dapat lahirkan
para IM yang betul2 jujur, berkaliber and bukan niat nak kaut
untung semata2. Harap para newbie termasuk aku juge, celik mata skit.
hehe. aku pun mementingkan support. Kalau support die org mantap,
even aku tak beli produk die org pn, aku akan promote.
Aku tlg aspek viral marketing die org. Sebab aku respek skit orang yang
bagi support pantas ni. Menunjukkan die org take care kat pelanggan n
ikhlas membantu pelanggan as aku juga mempunyai pelanggan. So, take care ke tidak seseorang pembekal produk terhadap pelanggan, bergantung kepada support die org.
just my 50 sen :D


Pasni kalau ada per2 yang aku cari kola ye....fatin. oops!!!:)
 

nasa_nyer

Senior
Joined
Aug 2, 2008
Messages
721
Points
18
Seperti biasa, janji hanya tinggal janji... sudah lebih dari 24 jam namun tiada apa2..
Sengaja saya menunggu, bukan menunggu link download tapi menunggu saudara mawardee respond di sini...dan sudah tentu menunggu RM60 dimasukkan ke akaun saya.

Saya sebenarnya faham keadaan anda yang masih lagi belajar, lebih2 lagi dalam musim peperiksaan. Saya pernah merasa semua itu. Jadi saya amat faham. Tapi saya kurang faham bila anda ada pula masa untuk promosi laman2 affiliate. Sebagai peniaga jgnlah hanya fikir poket sendiri, fikir juga masalah pelanggan2 anda. Itulah resepi mendapat pelanggan yang setia atau yang membuat pembelian berulang.

Memandangkan saya bukan jenis berdiam diri, kaki kipas, penakut, terlalu bergantung dan lain2 yang berkaitan maka saya dengan tegas sekali lagi ingin menyatakan pulangkan RM60 saya. Itu sahaja.

Apalah sangat RM60 pada anda yang dah buat ratusan ribu.
Apalah sangat masa 5 minit, buat transaksi pemindahan wang online, berbanding menulis artikel2 promosi setengah jam.
Apalah sangat saya seorang, berbanding pelanggan2 'setia' anda. (jagalah mereka sebelum mereka lari)

Yang benar,
XploR

*saya dah pm anda sekali lagi no akaun bank saya
saya faham perasaan bro..saya pernah mengalami perkara yang bro lalui. 3 produk saya mintak refund, 3 tak dapat dengan bermacam-macam alasan. Antaranya:

1. Bila mintak refund, baru terhegeh-hegeh nak buat. Tapi dalam masa yang sama sempat bagi janji manis (menipu), server down la, outstation la, kakitangan cuti la.

2. pakej tu tak money back gurantee (tu mungkin salah saya, tapi tak salah kalau mintak)

3. ada jugak saya kena marah, depa kata saya celupar, kurang ajar. Bukan duit dia pun, mintak duit kita balik, hak kita. Tu salah ke?

Walau sejauh manapun dipuja melangit sesetengah IM-IM kita ni, ada juga kekurangannya. And saya benci ada sesetangah forumers kita ni, duk bodek IM-IM kita ni sampai IM-IM kita ni naik lemak & boleh buat sesuka hati kepada new comers macam kita.

Bangang punya manusia....
 

pheyz

Senior
Joined
Dec 12, 2007
Messages
964
Points
18
susah la bila IM glamer pun dh start buat hal mcm ni...:( *mungkin ada penjelasan disebalik semua ni
 

ijamidayu

Newbie
Joined
Oct 11, 2007
Messages
3,075
Points
38
Age
37
Hmm..

Nie yg buat new product ada masalah... Apa pun, harap perkara nie diselesaikan segera..

Pelbagai cara anda lakukan utk peroleh pendapatan...

Jenguk bila ada nak promosi barangan sahj..

Nie 1 customer jer complaint.. Yg lain ramai gak yg bersungut..

Jadi,.. Fikir demi masa depan sendiri supaya lebih alert..

Jgn dok kusyuk wat duit jerk.. Customer bro abaikan..
 

nasa_nyer

Senior
Joined
Aug 2, 2008
Messages
721
Points
18
yang lain mungkin ada yang bersungut, tapi tak berani nak bersuara sebab takut yang 'tukang kipas bangang' duk beking macam IM-IM ni Dewa Kekayaan...nasib baik ada yang berani..kalau tak sampai bilapun depa ni ingat depa perfect..
 

naem86

Senior
Joined
Mar 14, 2007
Messages
836
Points
18
Age
33
ini situasi yang sukar bagi mawardee...

Apapun saya tetap harapkan dia dapat selesaikan masalah ni semua dengan baik..

Cadangan saya kepada mawardee :

1) penuhi apa yang customer minta buat masa ni. COntohnya completekan mana2 produk yang dijanjikan tapi belum siap.

2) kalau tak mampu, refund separuh atau semua jika mampu.

3) setelkan segala masalah software genius tu. Rata-rata orang mengamuk sebab software tu yang tertangguh begitu lama dan janji2 serta tindak tanduk bro mawardee yang acuh tak acuh aje. Lebih senang, kembalikan semua duit diorang terlebih dahulu. Nanti bila produk dah siap, nak letak harga berapa pun orang dah tak kisah. Kalau benar software tu genius, orang akan cuba beli jugak

Itu aje yang termampu saya bantu. Bukan nak rumitkan keadaan ,tapi keadaan meruncing sekarang. Sekali orang hilang kepercayaan, selama2nya orang takkan beri kepercayaan dah.

Di sini, duit tak penting sangat. Yang penting hubungan dengan pelanggan. Ini pandangan saya.

Harap membantu.

ps: jangan lupa refund RM50 saya utk software genius bro tu ye, hohoho...ingat nak guna untuk perkara lain,maybe boleh beli domino pizza untuk adik2...hehe
 

rajaads

Senior
Joined
May 15, 2006
Messages
1,279
Points
38
hohoho... ia boleh dijadikan pengajaran buat IM lain. saya sebenarnya dari awal tak berapa berkenan dengan kaedah jual dulu baru nak siapkan produk.

Ya.. nampak hebat tapi jika bermasalah,boleh kehilangan pelanggan buat selama lamanya.

yang saya perasan, bonus untuk panduan clickbank dia pun dah senyap takde khabar berita..tengok release produk baru plak.:p

contohnya software, ia bergantung kepada programmer.Bagi saya,selagi tak siap jangan jual. sebab tu ada versi beta untuk testing.Pastinya akan ada banyak "bug" yang perlu diperbaiki. Persoalannya, programmer nak buat ke?

Lain la cerita kalo develop sendiri.Tahu semua command cacing kerawit dalam sistem yang dibangunkan.

Nampaknya kena syaratkan IM WC ni letakkan no.tel kat website diorang kot agar senang dihubungi. Sakit ke..demam ke.. meninggal ke...jadi boleh la ada orang yang tolong sebarkan.

tapi saya still sangka baik, tengah exam kot,nak fokus... (tapi alasan je tu sebab ada masa nak promote produk lain.:p).

Rasanya ramai yang inginkan kepastian.Harap mawardee, jawap sepatah dua. Saya tengok YM dia on je..jadi dah bagitau dia suruh dia reply pertanyaan customer dia.

Dia cakap susah nak online.harap dia muncul la untuk menjawap persoalan anda semua. jadi tunggu la ye (saya tak tau lama mana ke tunggu).
 

nasa_nyer

Senior
Joined
Aug 2, 2008
Messages
721
Points
18
ini situasi yang sukar bagi mawardee...

Apapun saya tetap harapkan dia dapat selesaikan masalah ni semua dengan baik..

Cadangan saya kepada mawardee :

1) penuhi apa yang customer minta buat masa ni. COntohnya completekan mana2 produk yang dijanjikan tapi belum siap.

2) kalau tak mampu, refund separuh atau semua jika mampu.

3) setelkan segala masalah software genius tu. Rata-rata orang mengamuk sebab software tu yang tertangguh begitu lama dan janji2 serta tindak tanduk bro mawardee yang acuh tak acuh aje. Lebih senang, kembalikan semua duit diorang terlebih dahulu. Nanti bila produk dah siap, nak letak harga berapa pun orang dah tak kisah. Kalau benar software tu genius, orang akan cuba beli jugak

Itu aje yang termampu saya bantu. Bukan nak rumitkan keadaan ,tapi keadaan meruncing sekarang. Sekali orang hilang kepercayaan, selama2nya orang takkan beri kepercayaan dah.

Di sini, duit tak penting sangat. Yang penting hubungan dengan pelanggan. Ini pandangan saya.

Harap membantu.

ps: jangan lupa refund RM50 saya utk software genius bro tu ye, hohoho...ingat nak guna untuk perkara lain,maybe boleh beli domino pizza untuk adik2...hehe
aik..bro nak refund jugak ke?
 

naem86

Senior
Joined
Mar 14, 2007
Messages
836
Points
18
Age
33
aik..bro nak refund jugak ke?
Yup...refund utk software genius tu..Malas nak letak duit tu diam2 kat situ...So baik refund aje le..
 

nasa_nyer

Senior
Joined
Aug 2, 2008
Messages
721
Points
18
biasanya bab-bab refund ni mungkin payah sikit kot...tapi Labanon ajar saya, kalau ada orang mintak refund, bagi je refund. Mungkin tu bukan rezeki..Macam ebay jugak, tak nak dapat negatif feedback, moto 'customers is always right' tu kena pegang. kalau tak, kena suspend account. hehehe
 

Mawardee

Newbie
Joined
Apr 30, 2007
Messages
370
Points
18
Terima kasih pada anda semua kerana concern dan
ikhlas meluahkan perasaan.

Sebelum tu, nak mintak maaf dulu pada semua
jika ada yang terasa hati, tersinggung, marah2 dan
sebagainya.

Pertama, pasal software genius, saya memang dah cakap awal-awal
yang saya akan refund kalau produk ni tak jadi.
Walau bagaimanapun, masalah yang ada sekarang bukan
masalah saya, tapi programmer yang masih tak dapat siap2kan lagi.
& sekarang memang saya tengah 'push' dia.
Jenis dia ni, tak boleh push sangat2. kena tanya biasa2, baru dia akan
jawab.
Saya dah cakap sebelum ni, yang software ni bukan untuk dijual.
Tapi untuk beta-testing.
& memang saya nak buat satu demi satu. Peringkat
demi peringkat. Yang siap, mintak dia install dulu.
tapi programmer saya ni tetap berdegil.
walaubagaimanapun, respon tetap masih ada.

Kedua, material 'reseller video tulisan pro', saya dah hantar tadi.
sila cek & periksa email masing-masing. Maaf sebab lewat.

Ketiga, pasal update bonus untuk "Panduan ClickBank", saya akui
memang kesilapan saya dan ketidakcekapan saya dalam
mengurus menyebabkan ianya masih ada berbaki
produk bonus yang masih tak sampai ke
tangan semua pembeli "Panduan Clickbank".
Buat masa ni, yang saya masih berhutang adalah 3 video
bulanan dalam setahun.
Apa yang saya boleh cakap, saya akan mula gandakan
6 - 10 Video Sebulan.

Keempat, memang kalau kat tempat saya, nak surf internet
kena datang ke bilik operasi persatuan, barulah saya dapat akses
internet. kat bilik saya memang cukup teruk internet.
Agak susahlah bila setiap kali nak buat kerja je, kena datang
bilik operasi. namun saya paksa diri saya untuk datang juga.
Walaupun saya selalu online YM, tapi saya selalu tak ada kat
bilik. Selalu je keluar dengan beberapa urusan.
Jenis saya memang suka tinggal laptop.
& sampai tahap, saya sendiri tak tahu nak
jawap apa, sebab orang akan ingat saya
ni asyik beralasan. Maaf ...

Kelima, tempoh 2 minggu - 3 minggu ni memang agak sibuk
dengan exam mid term. Jenis saya, bila ada midterm dan exam,
memang saya takkan buat kerja lain selain akademik.
maaf sekali lagi ...

Keenam, pasal refund, saya memang tak ada masalah.
Saya akan refund.

Ketujuh, saya pun tak tahu kalau dalam sesetengah perkara
saya ni memang beralasan.
Tapi, saya dengan menyusun 10 jari, saya mintak maaf
pada semua, atas kesilapan saya dan kelemahan yang saya
telah buat selama ni.

Ikhlas cakap, saya tak rasa saya ni hebat.
Saya akui saya banyak kelemahan.

Nak banding dengan Labanon, Sham, Zamri, Gobala,
Naem, BlalangHijo, Sifulan, Noorizam, Smartzul,
atau sape2 je yang ada kat WC ni (maaf kalau
tak sebut nama, jangan terasa hati), saya ni tak ada ape sangat.

So, saya harap anda semua janganlah mengatakan
saya ni big IM. Saya masih dalam proses belajar.
Tapi kelemahan saya, tetap saya akui.
& akan diperbaiki.

InsyaAllah, akan dipermudahkan semua urusan
saya untuk anda semua.

Sekali lagi, saya mintak maaf.
& saya akan tebus balik apa
yang masih berkurang.


Yang Ikhlas,

- Mawardee
 

rajaads

Senior
Joined
May 15, 2006
Messages
1,279
Points
38
rasanya dah selesai kot bagi sesetengah perkara. jadikan ia sebagai iktibar agar ia tidak menjadi duri dalam daging industri perniagaan internet yang baru nak bertatih kat malaysia ini.

kalo ada blog rahsia customer,rasanya elok guna saluran tersebut untuk memberitahu.pelanggan biasanya boleh menerimanya dengan terbuka jika sentiasa memberitahu tentang perkembangan produk.

inilah risiko apabila terlalu bergantung kepada programmer. dia buat hal, kita yang kena. jadi jika ada yang ingin outsource bagi membangunkan software ke pape. pastikan untuk buat kajian tentang prestasi programmer berkenaan samada bermasalah atau tidak.

kepada mawardee,jangan berkecil hati dengan teguran yang dibuat oleh orang lain. ia adalah perkara biasa aje....

BE BRAVE...hohoho

p/s:...tak takut dikritik..
 

ilhamputra

Newbie
Joined
Nov 29, 2007
Messages
1,764
Points
36
bro Mawardee dah jelaskan situasi dia.biasalah banyak cabaran kena tempuhi.sy pon study lg kat u.so kena bahagi masa.even skrg ni dah nak dekat tahun akhir dan projek sarjana muda.so kena buat jadual betul2.
 

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38
Itu aje yang termampu saya bantu. Bukan nak rumitkan keadaan ,tapi keadaan meruncing sekarang. Sekali orang hilang kepercayaan, selama2nya orang takkan beri kepercayaan dah.

Di sini, duit tak penting sangat. Yang penting hubungan dengan pelanggan. Ini pandangan saya.

Harap membantu.
ya betul yuh...tetapin beliau masih menyepikan diri...aku ni takdo kono mengono...just peka apa yang berlaku...supaya aku tidak membuat kesalahan yang serupa
 
Status
Not open for further replies.
Top