Dalam Negara Pakar tangkap jin yang pertama di dunia

Net

Staff member
mod
Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,929
Points
38




JOHOR BAHRU: Jika adanya kemunculan hantu di kawasan kejiranan anda, ianya kini bukan lagi satu masalah kerana anda boleh menghubungi pakar tangkap jin, Sa'ad Jaafar.

Lelaki berusia 44 tahun itu mendakwa boleh menghentikan gangguan hantu tanpa perlu berada di tempat kejadian.

Menurut Sa'ad, khidmatnya tidak memerlukan dia berada di lokasi gangguan hantu sebaliknya dia hanya melakukan perkara itu dari pusat rawatannya sahaja.

"Saya tak perlu ada secara fizikal di sesuatu tempat untuk menangkap hantu. Sebelum ini, yang paling jauh ialah saya tangkap jin di Sabah," ujarnya.

Katanya lagi, pusat rawatan iLahana miliknya merupakan yang pertama di dunia menawarkan perkidmatan menangkap jin dan hantu dari jarak jauh.

Dibantu oleh Mohd Azim Adam, 46, Sa'ad memulakan perkhidmatan itu pada 2015 dan mendakwa sudah membersihkan hampir 300 kawasan di seluruh negara dari gangguan jin.

Menurut Sa'ad, dia dan pembantunya menyimpan jin yang ditangkap di sebuah lokasi rahsia berhampiran sebuah mansjid.

"Kita simpan hantu dan jin berhampiran masjid untuk menggalakkan mereka bertaubat," ujarnya.

Untuk sesi selama dua jam, Sa'ad mengenakan upah sebanyak RM200. Namun, pelanggan boleh membayar mengikut kemahuan mereka.

Katanya, cara biasa bagi melawan jin adalah dengan menggunakan garam dan lada hitam.

Namun, penggunaan bahan itu tidak berupaya untuk menangkap sebaliknya hanya boleh menghalau sahaja.Ujarnya lagi, kawasan hutan, air terjun, tasik dan sungai merupakan lokasi kesukaan makhluk itu. - MStar

====

Rawatan ILahana

Dulu rwtn saya ialah ke rumah-rumah org. Jd kesian juga bagi org yg duduk jauh utk dptkn rwtn dri saya. Apbla memikirkan keadaan ini...utk membantu org yg tinggal jauh...maka saya telah ubah cara saya iaitu tidak lagi ke rumah-rumah orang, tetapi rwtn dari jauh shj.

Apbla dh tgkp ksmua jin2 yg ganggu pesakit tu, dan saya sudah belasah jin2 tu dan soal siasat, barulah saya akn beri laporan mengenai jin2 yg ganggu tu...mreka dtg dari mana....brp ramai mereka.....umur brp...rupanya bagaimana...brp byk sihir/racun yg ditabur dlm bdn...kenapa ganggu...semuanya insyaaAllah akan terbongkar.

Selain tgkp jin2 tu...kami juga akan bantu kluarkn sihir/racun dri badan pesakit...rumah...harta benda psakit....tmpt kerja.

Proses rawatan/ penangkapan jin2 tu kami buat ditengah malam.....dan penangkapan dan mengeluarkan sihir/racun tu kebiasaannya mengambil masa hingga 4 jam.

InsyaaAllah...akan dtg saya akan update mengenai rwtn ini dlm blog saya ye iaitu PakarTangkapJin.blogspot.com

Utk hubungi saya...sila wasap atau sms terlebih dahulu ye. Saya lebih suka menggunakan wasap, kerana memudahkan saya utk rujuk maklumat dlm wasap tuan/puan.

No saya : 012-6903669
Sekian, terima kasih.

Security Check Required

====

Iklan dalam Sinar Harian

 
Top