Teknologi Opera Menguji Integrasi Dompet Kriptowang Pada Pelayar Web Mudah-Alih Android

Joined
Jun 6, 2015
Messages
18,279
Likes
27
Points
48
Offline
#1
Opera boleh dikatakan sering bereksperimen dan hadir dengan sejumlah ciri-ciri menarik pada pelayar web mereka. Terkini, hari ini Opera menguji integrasi dompet kriptowang terus pada pelayar web mudah-alih Opera untuk Android.



Diuji pada peringkat beta, melalui dompet kriptowang ini, ia membolehkan pengguna menyimpan pelbagai mata wang kripto seperti Bitcoin, ETH dan sebagainya – selain menghantar dan menerima kriptowang dengan mudah.

Langkah ini juga sekaligus membawa kepada kebolehan memudahkan pembayaran kriptowang di web dengan pantas berbanding kebiasaan.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat beta, dan langkah ini mungkin secara tidak langsung menarik para peminat kriptowang untuk menggunakan pelayar web Opera di Android.


Layari : Opera Crypto

Sumber: Amanz
 
Top