Oh Ayah!

Apeh

freshman
Joined
Mar 30, 2007
Messages
1,259
Points
38
Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya…lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama…si ayah hanya tersenyum… si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..

Beberapa bulan berlalu…ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya. .telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan… satu hari…si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya…sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang… si anak tersenyum puas…di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu…

Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik…si anak terkesima… sungguh.. .bukan itu yg kuhajatkan.. . dengan hati yang berat…kotak itu
bertukar tangan…matanya terarah kepada riak wajah ayahnya…yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya… .

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu…penutup kotak dibuka…apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan…si anak memandang ayahnya…terasa dirinya dipermainkan. ..amarahnya membuak…nafsu mudanya bergelojak.. . ayah sengaja mempermainkan saya…ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu…bukannya ayah x mampu utk membelikannya. .. sudah ayah…bukan al-Quran ni yang saya nak…katanya keras…

Al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan…si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa’at utk si ayah bersuara…pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya…memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya. …

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta…punyai syarikat sendiri…dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat…cukup membahagiakan. ..namun hatinya tersentuh… Sudah 10
tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya…sedang dia berkira2 sendiri…telefonny a berdering… dari peguam ayahnya…ayahnya meninggal dunia semalam…dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak…si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta…

Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa…si anak pulang ke banglo ayahnya…memerhati kan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya…hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya… Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ…bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini…perlahan2 langkahnya menuju ke situ…mengambil al-quran itu..membelek2- nya dengan penuh keharuan…tiba- tiba…jatuh sesuatu dari Al-quran itu…segugus kunci…di muka belakang Al-quran itu…sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu…

Kunci itu segera dipungut…hatinya tertanya-tanya. ..nyata sekali…di dalam sampul surat itu…terdapat resit pembelian kereta idamannya… dibeli pada hari konvokesyennya. .. Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah…sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama
ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku. …air mata si anak menitis deras…hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang.. .

Namun semuanya sudah terlambat…

Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak “dibungkus”, didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati??

sumber:http://hjarshad.blogspot.com/
 

imosnet

Senior
Joined
Nov 18, 2008
Messages
3,410
Points
38
ni kisah anak yg kaya ilmu (sbb ada ijazah) & kaya harta (sbb bisnes hebat), tapi miskin akhlak & iman.....xda mnfaat satu habuk pun pada ayah dia....

bila kita gol (mati) hanya 3 benda yg kita tinggalkan akan beri manfaat pada kita;
- ilmu yg bermanfaat yg kita ajar masa hidup
- doa anak yg soleh
- harta yg dibelanjakan utk sedekah jariah

jadi 'doa anak yg soleh' yg beri manfaat pd roh si bapa... ttg hal ni ada kuliah terkini teman2 WC bleh dengar kat SINI
 

kaya

freshman
Joined
Nov 4, 2009
Messages
466
Points
0
sedihnya baca cerita nie .. HARGAILAH AYAH ANDA SEMUA ..cuba fikirkan ,apa yang telah dia lakukan semasa membesarkan kita semua ...

kalau ayah kita tak restu kehidupan kita ,hancur lah kehidupan kita ..(ayah mana yang xmerestui kehidupan anaknya sendiri)
 

Hafizol Hashim

freshman
Joined
Feb 28, 2010
Messages
108
Points
0
"Dahagakan Kasih Ayah"

Kisah ini ditulis untuk sesiapa yang masih ada perasaan kasih sayang....

Amin terjaga daripada tidurnya apabila menyedari tombol pintu rumah diputar.
Jelas kelihatan wajah ayahnya yang lesu dan letih kerana bekerja seharian.
Sudah hampir 3 jam dia terlena di atas sofa ruang tamu kerana menunggu
kepulangan insan yang amat dirinduinya itu. Setelah meletakkan kasut di dalam
rak, Encik Rashid menyedari dirinya diperhatikan. Dia agak terkejut kerana
mendapati Amin masih belum tidur. Dia menghampiri tubuh kecil anaknya yang
baru berusia 7 tahun itu dan melabuhkan punggungnya di sebelah Amin sambil
mengusap lembut rambut anaknya.

"Kenapa anak ayah tak tidur lagi ni? Esokkan nak sekolah."
Pertanyaan Encik Rashid memecah kesunyian malam itu. Amin menatap wajah
ayahnya. Raut sayu wajahnya sedikit menyentuh hati si ayah.

"Kenapa anak ayah ni? Ada masalah ke?"
Amin hanya diam membatu dan hanya mencebik.

"Dah la. Pergi masuk tidur. Esok nak bangun awal."
Amin bangun dan berjalan perlahan menuju ke arah biliknya. Walaupun Encik Rashid
menyedari anaknya seperti mempunyai masalah, dia tidak terus bertanya kerana
dia sendiri pun letih. Langkah Amin terhenti tiba-tiba dan dia terus menoleh ke arah
ayahnya.

"Ayah,Amin tanya sikit boleh?"
Encik Rashid tersenyum dengan tingkah anaknya.

"Ada apa sayang ayah?" tanya Encik Rashid dengan lembut.

"Berapa pendapatan ayah sejam?"


Tiba-tiba dahi Encik Rashid berkerut. Dia agak terkejut dengan pertanyaan anaknya itu.

"Kenapa nak tahu? Dah, pergi masuk tidur."
Suara si ayah sedikit menengking.

"Ala ayah, bagitahu la Amin berapa gaji ayah sejam bekerja di pejabat."
Amin masih merayu ingin mendapatkan jawapan.

"RM 20 sejam, kenapa nak tahu?"
Amin hanya terdiam memandang lantai. Dia kembali menatap wajah ayahnya dan bertanya.

"Ayah, boleh Amin pinjam RM 10?"
Pertanyaan Amin membuatkan Encik Rashid mengeluh.

"Oh, itu yang sebenarnya nak dari ayah. Nak buat apa dengan RM 10? Nak beli barang mainan lagi?
Jangan membazir. Ayah cari duit penat-penat. Bukan nak membazir sebarangan. Dah, sekarang pergi tidur."
Kanak-kanak berusia 7 tahun itu terdiam dan perlahan melangkah menuju ke bilik tidurnya semula. Si ayah
pula memikirkan mengapa si anak sekecil itu meminta wang sebanyak itu daripadanya. Dengan perasaan
serba salah, Encik Rashid melangkah menuju ke bilik anaknya. Pintu bilik dibuka dan dia mendapati yang
anaknya masih belum tidur. Dia menghampiri anaknya yang sedang menarik selimut menutup badan.

"Kalau kamu betul-betul memerlukan wang, nah ambil ni!"
Encik Rashid menyerahkan wang RM 10 kepada Amin. Amin tersenyum dan mengucapkan terima kasih.
Sebelum sempat Encik Rashid melangkah keluar, Amin memanggilnya kembali. Dia menoleh dan memandang
wajah anaknya dengan perasaan sedikit geram.

"Nak apa lagi?" tengking Encik Rashid.
Amin terkejut dengan suara ayahnya. Kemudian si anak tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan
mengeluarkan sekeping not RM 10 yang sudah renyuk. Si ayah kembali berang dengan sikap anaknya.

"Dah ada kenapa minta lagi? Dan dari mana kamu dapat duit tu?"
lenting Encik Amir kepada anaknya yang sedang menuju ke arahnya.


Amir memandang ayahnya.

"Duit ni Amir kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi setiap hari. Amir minta lagi sebab duit ni masih tak cukup."
Si anak menerangkan kepada ayahnya. Encik Rashid masih tidak berpuas hati.

"Tak cukup nak beli apa? Amir jangan beli benda yang bukan-bukan."
Suara Encik Rashid lebih tinggi kali ini. Amir hanya tunduk kerana tidak berani memandang wajah ayahnya.

"Sekarang Amir ada RM 20. Ayah ambillah duit ni. Amir nak beli sejam daripada masa ayah. Amir nak ayah balik
awal esok. Amir rindu nak makan malam dengan ayah."

Menitis air mata Encik Rashid menahan sebak di hati...


p/s: Sebagai ibu bapa, tnggungjwb kita mendidik dan mengasuh
anak dengan baik.. Jangan tidak menghiraukan anak-anak kerana
mereka la harta kita yang tidak ternilai harganya...

Sumber : mafnas
editor : IskethaykaL
 

dinotino

freshman
Joined
Mar 3, 2010
Messages
138
Points
0
tis is really touching ..... thx 4 sharing .... its better to love them when they are alive rather moarning and thinkin of what they have done when they are no more with us.
 

tukunkayu

freshman
Joined
Jul 19, 2008
Messages
517
Points
16
Age
45
Top