Niche Market

Joined
Dec 13, 2005
Messages
1,253
Likes
4
Points
38
Offline
#1
http://www.1st-in-wedding.com/

Itu adalah website ‘niche‘ yang bertemakan ‘wedding‘. Semua maklumat yang terkandung di dalam website ini adalah berkaitan dengan ‘wedding‘ dan ‘marriage‘. Jika anda ingin membangunkan website seperti ini anda hendaklah sentiasa mengemaskini dengan maklumat yang terbaru. Ini adalah kerana search engines sangat suka pada website yang sentiasa mempunyai maklumat terbaru dari semasa ke semasa.

Dari mana keuntungan yang boleh anda hasilkan jika anda membangunkan website seperti ini

1. Dari Google Adsense

Anda boleh melihat di setiap page ada mempunyai Google Adsense. Pada ketika pengunjung datang ke website ini, mencari maklumat yang terdapat di dalam website ini, dan siapa tahu jika mereka tertarik pada iklan yang dipaparkan oleh Google Adsense di page itu, lalu mereka pun klik.

Apabila ada pengunjung yang klik pada iklan di Google Adsense anda, anda akan dibayar mengikut nilai keywords yang di bid oleh advertiser untuk iklan mereka.

2. Produk Affiliate

Pendapatan yang boleh anda hasilkan dari contoh website di atas adalah dengan mempromosikan produk affiliate. Tapi produk yang anda ingin promosikan mestilah bersangkut paut dengan content website anda. Untuk mencari produk affiliate yang sesuai anda boleh menggunakan www.cj.com atau www.clickbank.com. Setelah berjumpa produk yang sesuai dengan website anda, teruslah dengan mendaftarnya. Setelah itu letakkan iklan beserta affiliate link anda seperti website di atas.

Dengan harapan akan ada pengunjung yang akan tertarik untuk membeli produk tersebut melalui affiliate link di website ini, dan menghasilkan keuntungan. Jika website ini dipromosikan dengan betul kaedahnya dan traffic yang datang ke website anda sentiasa meningkat setiap bulan. Tidak mustahil website ini akan menghasilkan passive income buat anda.

3. Opt-in list dan Newsletter

Di website ini tidak mempunyai newsletter tetapi jika anda ingin membangunkan website seperti ini anda boleh menambah kaedah ini. Tapi ianya terpulang kepada anda. Jika anda ingin mengadakan newsletter untuk website anda, adalah lebih mudah anda menjual produk affiliate yang anda promosikan. Sebab apa?

Ini adalah kerana biasanya pengunjung yang datang ke website anda buat kali pertama kebarangkalian untuk mereka membeli produk yang anda promosikan adalah rendah. Tetapi jika anda hanya ingin menumpukan kepada program Google Adsense anda tidak perlu untuk mengikut kaedah 2 dan 3. Cuma apa yang penting content website anda hendaklah sentiasa dikemaskini dengan maklumat yang terbaru.

Passive Income Blog
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
1,253
Likes
4
Points
38
Offline
#3
Sama2 hasrul, :)

Contoh Niche Market yang ada :

Abdominal Exercises
Bathroom Accessories
Bridal Bouquets
Flower Guide
Homeopathic
Motorcycle Accessories
Stress Management
Truck Accessories
Horse Tack

Sebenarnya banyak lagi Niche Market. Semuanya memerlukan kita membuat research.
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,874
Likes
1
Points
48
Offline
#4
Apabila kita cakap tentang niche... ramai juga yang masih kompius dan kurang jelas dengan konsep niche market ini...

Jika kita memilih topik/bidang perkahwinan untuk website/produk kita.. adakah itu sudah bermaksud kita sudah memilih niche market?

Belum lagi...
di dalam bidang perkahwinan ada banyak lagi topik/sub-bidang lain...
Contohnya seperti...
kad perkahwinan..
andaman..
video & foto..
katering..
gubahan hantaran..
pakain...
dan macam2 lagi....

jadi terpulang pada anda memilih bidang yang mana?..
lebih "niche" (tertumpu) bidang yang anda fokuskan.. adalah lebih mudah untuk bisnes anda berkembang maju...

bak kata sufian.. niche market adalah seperti memancing di dalam kolam yang penuh ikan... tetapi.. jika anda dapat kecilkan lagi saiz kolam itu.. maka lebih senang anda pancing.. silap2 tak payah pancing pun.. celup je tangan terus dapat tangkap ikan... :wink:
 
Joined
Dec 21, 2005
Messages
8
Likes
0
Points
1
Offline
#6
wah leh tahan gak banyak gak information yang saya dapat dari forum-forum macam nie.. biasa la kan nak bermula sesuatu dengan baik kena ada knowledge..tul tak?? supaya kalau terkandas di tengah jalan pun kita masih kuat mental untuk teruskan berjalan.. tak gitu...
 
Joined
Dec 21, 2005
Messages
8
Likes
0
Points
1
Offline
#7
wah leh tahan gak banyak gak information yang saya dapat dari forum-forum macam nie.. biasa la kan nak bermula sesuatu dengan baik kena ada knowledge..tul tak?? supaya kalau terkandas di tengah jalan pun kita masih kuat mental untuk teruskan berjalan.. tak gitu...
 
Joined
Jan 8, 2006
Messages
379
Likes
4
Points
18
Age
42
Offline
#8
Niche market sgt penting.

Dulu saya ada buat satu site mengenai alternative medicine. Tapi silap sebab benda ni bukan niche - dia subjek yg sgt besar. Sbb tak larat nak update. Ingat nak abandon aje tapi last2 pikir baik jual pd sapa2 nak. Aku pi jual kat http://forums.digitalpoint.com/showthread.php?t=24293&highlight=oohoi+for+sale

Akhirnya jual pada editor About.com di India - US 550. Dapatla sikit hasilnya. Ingat nak buat duit ngan adsense. Kurang berjaya. Ingat niche sgt penting bersama ngan supply dan demand. Akhirnya dia ni letak adsense gila2 punya banyak sampai aku pun naik muntah, dan berjaya gak promote site ni .. aku tabik. Site ni http://www.oohoi.com .

Kalau ada demand tapi dah terlalu byk supply - tak guna gak sebab punya la susah nak compete.

Sekarang ni ada 2 site yg tengah dlm proses nak jadikan aku kaya hehe.
..
BTW - Utk berjaya dlm bisnes internet, sama gak macam bisnes biasa, kena byk fail dulu
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
1,253
Likes
4
Points
38
Offline
#9
Betul tu iskandar, semoga berjaya. Kalau boleh share, ceritakan lah sikit tentang projek yang tenagh dok buat tu.
 
Joined
Jan 8, 2006
Messages
379
Likes
4
Points
18
Age
42
Offline
#10
projek kecik sahaja .. nanti bila dah berjaya saya ceritakan. Sekarang masih bertatih laie
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
1,253
Likes
4
Points
38
Offline
#11
Tak per iskandar, baik mulakan yang kecil dan menjadi, dari buat yang besar, tapi separuh jalan
 
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,780
Likes
42
Points
48
Offline
#12
wahh, good iskandar.. Bila dah berjaya, jangan lupa nak share ilmu dengan kami.. :D
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
1,253
Likes
4
Points
38
Offline
#13
betul tu iskandar, nanti kalau dah berjaya bolehlah berkongsi pengalaman dan tip ye, :) 8)
 
Joined
Jan 22, 2006
Messages
1,053
Likes
8
Points
38
Offline
#14
Niche :

Pilih bidang atau kemahiran yang kita dah master, atau bidang kerjaya di mana kita boleh dapat :

1. ramai contact list
2. konwledge power
3. skills

dan dari situ niche kita boleh berkembang :

Contohnya :

Shuth- buat web hosting...memang kepakaran dia buat web hosting, so ibarat aliran sungai wang yang tak henti2 baginya... Market steady

Buku mas kawin - tajuk catchy, audience tengok pun senang faham, tak belit2, dan target people memang spesifik
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
1,253
Likes
4
Points
38
Offline
#17
faing (orang ganu ckp english) :lol: :lol:

apa cerita sekarang. lepas balik dari holiday senyap je :)
 

myname

freshman
Joined
Jan 24, 2006
Messages
255
Likes
1
Points
18
Offline
#18
Yang ini pun ok gak tapi bukan website... ini blog bagi sape yang nak tahu pasal online or offline dating..ada tips yg menarik...juga ada online free dating service, jual buku dating from amazon...semua yg berkaitan..

http://hotdatingcenter.blogspot.com
:D
 
Top