(Newcomers IM) Bagaimana cara mengelakkan diri daripada tertipu di Internet (SCAM)

Faiz Shafie

Senior
Joined
Jun 12, 2009
Messages
4,352
Points
0
Kita selalu mendengar kes penipuan di Internet yang berlaku kepada newcomers (newbie) IM dalam keghairahan mereka mengumpul kewangan dan menambahkan pendapatan sampingan dengan melabur dalam pelbagai program. Sebagai newcomers IM yang bijak kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi wang kita. Malah saya sendiri pun akui tanpa segan silu, pernah mengalami situasi sebegini. Kecuaian menyebabkan kita lebih berwaspada. Beberapa precaution yang perlu newcomers IM ambil sebelum menyertai sesuatu program pelaburan yang sah.

1) Siasat siapakah penganjur program tersebut. (NAME)

Siasat siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan
tersebut. Perkara terang-terangan yang dilakukan bagi menipu orang ramai dengan menggunakan nama samaran seperti KakChik, Abg Man, Siti dan sebagainya dan sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka seperti ini. Penyelesaiannya, pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu program pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

2) Janji yang melampau-lampau. (OVER PROMISE)

Adakah janji program pelaburan yang diuar-uarkan melampau-lampau?. Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk dek akal manusia? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan melalui Internet bukanlah perkara yang mudah yang disangka. Tidak ada perniagaan di dunia ini secara offline mahupun online goyang kaki, duit masuk. Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dengan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE di dalam minisite mereka! When it is too good to true, then it is not true. Biasanya bunyi macam ini.

-saya gagal jana wang..
-hutang bertambah..
-kena mintak tolong saudara, orang lain.
-dah nak putus asa...
-Terdesak sangat pada masa tu..
-Duit tinggal (sekian-sekian) cukup-cukup makan..

-TAPI pada satu hari saya terjumpa satu "lubuk rahsia"
-Pendapatan lebih $20k satu bulan..sampai bank account dah penuh..(malah ada yang hype sangat sampai berjuta-juta konon)
-Saya ingin membantu ANDA (sila beli e-book saya) kalau nak tahu rahsianya......
-letak Income screen shoot( biasanya akaun bank di edit guna
PHP:
JavaScript:document.body.contentEditable='true'; document.designMode='on'; void 0
-offer Money back Guarantee (biasanya mereka tidak akan refund balik duit anda)
-Beli sekarang sebab ada limited bonus

3) Mencari, mengkaji dan menyiasat kebenaran program tersebut. (SEARCH)

Internet penuh dengan bermacam-macam maklumat-maklumat baru setiap hari dan maklumat ini tersebar dengan pantas di Internet. Oleh itu, apa kata kita gunakan kemudahan enjin carian Internet ini untuk membuat sedikit carian maklumat mengenai program tersebut. Menggunakan enjin carian terutamanya Google, masukkan nama pengendali atau nama syarikat tersebut atau apa-apa yang berkaitan dengan program itu dan buat carian.

Dengan membuat carian menggunakan Google, kita pasti akan mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas hati, penipuan program-program di Internet dan sebagainya. Mungkin perbuatan penipuan yang dilakukan oleh orang sama telah tersebar di Internet melalui forum-forum yang wujud di Malaysia ini. Cara ini amatlah berkesan, tetapi masih ramai yang terjerat dalam program SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan sedikit kajian, dengan hanya menggunakan enjin carian di Google. Google it!



4) Mengenai butir-butir maklumat syarikat. (CONTACT)

Pastikan kita mendapatkan contact details lengkap syarikat atau perniagaan tersebut dari pengendali program tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan program SCAM suka sangat menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apakata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan contact details mereka itu. Sekirannya, kita tidak dapat hubungi mereka melalui nombor telefon yang diberi, baik lupakan menyertai program tersebut. Ingat, wang kita dalam keadaan bahaya sekiranya tertipu dan kita juga yang menyesal. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak terjerat!

5) Banyakkan bertanya, malu bertanya, duit melayang.(ASK)

Tanya orang ramai sama ada kenalan-kenalan online dan tanya juga pakar-pakar industri (otai)! Di mana kita ingin mencari orang-orang sebegini? FORUM! Ya, melalui forum tanyakan tentang sesuatu program tersebut. Mungkin ada yang tahu dan pernah tertipu. Nasihat mereka amat penting demi duit kita yang kita akan laburkan. Jangan hanya percayakan dari kenalan yang hanya mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM. Lagi banyak maklumat yang kita dapat dari former-forumer lain, maka kita dapat membuat keputusan yang bijak. Pastikan kita tidak tertipu.

6) Pastikan 100% selamat. (MAKE SURE!)

Pastikan kita mendapat maklumat yang benar lagi sahih dari orang ramai. Jangan tinggal satu pun langkah-langkah di atas. Melalui langkah-langkah di atas kita dapat pastikan sesuatu program memang benar-benar memberikan manfaat. Selepas berpuas hati dengan maklumat yang kita dapat dan rasa selamat dengan pelaburan kita. Barulah sertai program tersebut.

Menyertai program pelaburan secara membabi buta bukan pilihan newcomers IM bijak. Katakan N-O-S-C-A-M! Sebenarnya, pengalaman saya sendiri menyertai SCAM ini disebabkan tiada kesedaran diri. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM, sebenarnya, sebelum menyertai telah ada "rasa tak sedap hati". Tetapi, sebabkan perasaan "ingin tahu" dan juga "cepat kaya" memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis SCAM.

Saya pasti mungkin sebahagian otai-otai IM juga sebegitu sebelum mengetahui cara terbaik menjana wang adalah dengan usaha sendiri. Tiada jalan pintas (short cut). Sekiranya perkara ni terjadi kepada anda, anda bukan sahaja kehilangan wang, usaha malah lebih parah keyakinan untuk memulakan perniagaan Internet yang sebenar luntur.


P/s: Semoga admin dapat sticky thread ni..:)


Sekarang Anda Berpeluang Menyebarkan Ebook Ini Dalam Blog Anda. Sebarkan Supaya Semua Pengguna Internet Malaysia Mengambil Iktibar Dari Panduan Ini. Saya Mulakan Di WC Dan Anda Mulakan Di Blog Anda.

{center]
[/center]


 
Last edited:

shaifulazhan

Senior
Joined
Dec 1, 2009
Messages
1,705
Points
38
Bro,boleh jadi e-book ni hehe.. Thanx bro,dah masuk nota panduan ni. Point2 yang sudara fcs tulis kat atas memang penting tambah2 ponint ke 2. Kt luar sana berlambak2 minisite yg reka cerita hangat. Sy pon antara yang tertipu. Siap beli e-book diorg lg. Abes bace e-book diorg,sy terus label diorg punya produk sbgai e-book sampah. Nak je sebar diorg punya produk supaya jangan yang lain beli. Ade ke thread khas utk post site mane yang patut IM ban? Huhu xde kena buke satu kot (cadangan je).
 

Faiz Shafie

Senior
Joined
Jun 12, 2009
Messages
4,352
Points
0
Bro,boleh jadi e-book ni hehe.. Thanx bro,dah masuk nota panduan ni. Point2 yang sudara fcs tulis kat atas memang penting tambah2 ponint ke 2. Kt luar sana berlambak2 minisite yg reka cerita hangat. Sy pon antara yang tertipu. Siap beli e-book diorg lg. Abes bace e-book diorg,sy terus label diorg punya produk sbgai e-book sampah. Nak je sebar diorg punya produk supaya jangan yang lain beli. Ade ke thread khas utk post site mane yang patut IM ban? Huhu xde kena buke satu kot (cadangan je).
ya, memang dipetik dari ebook saya yang bakal saya keluarkan dalam beberapa minggu lagi..

ada banyak lagi perkara newbie perlu ketahui dalam dunia IM ini..

p/s: nantikan kemunculan ebook saya:)
 

azharbiz

freshman
Joined
Dec 7, 2009
Messages
588
Points
0
ilmu yang bro nk kongsi ni memang bermanfaat sebagai panduan untuk elakkan dari join scam yang menipu macam ni...

bila nak bagi review ebook bro?? hehe
 

Faiz Shafie

Senior
Joined
Jun 12, 2009
Messages
4,352
Points
0
ilmu yang bro nk kongsi ni memang bermanfaat sebagai panduan untuk elakkan dari join scam yang menipu macam ni...

bila nak bagi review ebook bro?? hehe
InsyaAllah awal tahun hadapan.

p/s: Saya pun nak cari orang tolong review ni
 

shaifulazhan

Senior
Joined
Dec 1, 2009
Messages
1,705
Points
38
Hehe bes ni,bg la sy review kan. Sy boleh cek kan ejaan sebab bnyak e-bok2 yg sy baca bnyak salah ejaan,perkataan dan susunan ayat yang kelam kabut. Smpai satu tahap sy jd rimas untuk membaca. TK.
 

fish

freshman
Joined
Nov 15, 2009
Messages
53
Points
0
thanks bro ats nasihat bermanfaat...:)
 

e1xtrim

freshman
Joined
Nov 9, 2009
Messages
445
Points
0
InsyaAllah awal tahun hadapan.

p/s: Saya pun nak cari orang tolong review ni
Alhamdulillah, ebook 1st bro ke.
Sy pun blh tlg reviewkn.
Apa tajuknya?

Anyway, apa yg bro fcs ckp mmg btul.
Kalau ada emel spam dtg psl ebook baru yg kita x knl author dia, baik tanya dlu kt forum WC ni.
Kadang2 diorg ni amik kesempatan sbb tengok byk sgt usahawan ebook ni untung, dia pun nak untung gak.
 

Faiz Shafie

Senior
Joined
Jun 12, 2009
Messages
4,352
Points
0
Hehe bes ni,bg la sy review kan. Sy boleh cek kan ejaan sebab bnyak e-bok2 yg sy baca bnyak salah ejaan,perkataan dan susunan ayat yang kelam kabut. Smpai satu tahap sy jd rimas untuk membaca. TK.
Ok, nanti PM saya ye..saya bagi review ebook tu..dan check ejaan dia sekali

thanx bro fcs... saya pn dulu da 3 kali kena scam.. papehal kalo jumpa program pelik2 terus jer google.. konfirm meleret2 kuar
saya pun pernah kena..macam2 program penipu dalam internet ni..kena ada ilmu untuk elakkannya dari berlaku..dulu saya pun xberilmu tentang perkara macam ini.

Alhamdulillah, ebook 1st bro ke.
Sy pun blh tlg reviewkn.
Apa tajuknya?

Anyway, apa yg bro fcs ckp mmg btul.
Kalau ada emel spam dtg psl ebook baru yg kita x knl author dia, baik tanya dlu kt forum WC ni.
Kadang2 diorg ni amik kesempatan sbb tengok byk sgt usahawan ebook ni untung, dia pun nak untung gak.
Tajuknya masih rahsia..InsyaAllah saya akan release pada awal tahun ini..kalau sempat..
 

pue2207

freshman
Joined
Dec 26, 2009
Messages
18
Points
0
aku pun pernah kena tipu dengan program forex.. nasib baik aku tak labur banyak... dah la untung pun sen2 je.. sampai sekarang belum lagi balik modal... aku nak nasihatkan kat newbie... hati2 lah dan siasat dulu kalau nak join apa2 program yang melibatkan duit...
 

Naoazx

freshman
Joined
Dec 10, 2009
Messages
21
Points
0
Reps+ maklumat yang berguna untuk newbie seperti saya

Alhamdulillah sepanjang menceburi bidang ini 1/2 tahun hampir ribuan ringgit dibelanjakan membeli ebook serta masuk program itu ini setakat ini ebook yang dibeli amat membantu walaupun ada satu-dua saja dianggap kurang berkualiti aka kurang praktikal/tergantung...

Apa2 pun jika ada keraguan boleh la saya bertanya di ruangan ini jika saya meragui sesuatu prmosi website/ebook

Thanks bro...

Edit - x boleh reps mungkin post masih kurang huhu
 
Last edited:

Faiz Shafie

Senior
Joined
Jun 12, 2009
Messages
4,352
Points
0
aku pun pernah kena tipu dengan program forex.. nasib baik aku tak labur banyak... dah la untung pun sen2 je.. sampai sekarang belum lagi balik modal... aku nak nasihatkan kat newbie... hati2 lah dan siasat dulu kalau nak join apa2 program yang melibatkan duit...
forex memang berisiko tinggi ilmu nak main kena ada..saya pun pernah ceburkan diri..tapi banyak perkara teknikal yang xtahu..lagi pun ramai plak yang cuba nak menipu..kata dapat mcm tu la mcm ni la..tapi bila beli ebook yang dikatakan..hampeh..sebab memang scam pun

Reps+ maklumat yang berguna untuk newbie seperti saya

Alhamdulillah sepanjang menceburi bidang ini 1/2 tahun hampir ribuan ringgit dibelanjakan membeli ebook serta masuk program itu ini setakat ini ebook yang dibeli amat membantu walaupun ada satu-dua saja dianggap kurang berkualiti aka kurang praktikal/tergantung...

Apa2 pun jika ada keraguan boleh la saya bertanya di ruangan ini jika saya meragui sesuatu prmosi website/ebook

Thanks bro...

Edit - x boleh reps mungkin post masih kurang huhu
sama2 semoga dapat manfaatkan artikel ini..saya pun baru je berjinak2 dengan IM..dan perkara ini perlu setiap newcomers IM tahu..malah pembeli secara online ni..amat merbahaya nak buat urusan sesuatu urus niaga yang melibatkan wang yang banyak..
 

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38
letak dalam blog boleh ke bro?

bagus ni untuk buka minda orang..

tolong izinkan ye...

blog bro apa ye? boleh di mentionkan bersama nama bro fcs
 

Faiz Shafie

Senior
Joined
Jun 12, 2009
Messages
4,352
Points
0
letak dalam blog boleh ke bro?

bagus ni untuk buka minda orang..

tolong izinkan ye...

blog bro apa ye? boleh di mentionkan bersama nama bro fcs
boleh je..xpayah link kan URL ke blog saya..sebab saya xde laman web..kreditkan kepada Faiz Shafie..nama saya ni..fcs hanya singkatan pendek je..

sebenarnya lagi molek kalau bro jamal buat ebook..copy dan paste je artikel tu..

lebih molek juga kalau buat cara -cara pencegahan yang perlu dilakukan apabila mengetahui sesuatu program tu SCAM..jangan la bila kita dah tahu sesuatu program itu SCAM x uar2kan kepada orang ramai..(ni penting diri sendiri ni)

banyak cara kita uar2kan..

1) membuat post mengenai program ini di mana2 forum yang popular sama ada di WC, Carigold atau mana2 forum yang mempunyai keahlian yang ramai..
nyatakan sekali nama samaran, program yang di anjurkan, URL link laman web tersebut..dan kepala tajuk mestilah menarik perhatian orang ramai untuk membaca post yang kita buat..contoh Program Untung Tanpa Menjual SCAM..

Lebih penting, spider bot dari enjin carian dapat mengindek poast tersebut.. dan apabila ada newbie yang ingin menggunakan langkah N-O-S-C-A-M ini mendapat tahu bahawa program tersebut adalah tipu..jadi dapat elakkan daripada lebih banyak penipuan berlaku terhadap orang ramai..

side effect dia juga..mungkin ramai yang berpandangan serong terhadap dunia IM

pendidikan sebegini kepada pembeli online mahupun newcomers IM akan memberikan impak yang positif kepada dunia IM Malaysia..

produk2 digital yang berada dalam internet (di pasarkan sekarang) oleh IM tempatan juga akan meningkat..mereka dapat mengetahui sama ada sesuatu produk itu tipu atau tidak..ini yang penting

xde lagi keranguan terhadap pembeli online..dan tentu akan merancakkan lagi urusan jual beli online..

semoga para IM semua murah rezeki

p/s: Sila ambil perhatian tentang perkara ini
 
Last edited:

Labanon

Senior
Joined
Jul 14, 2006
Messages
1,802
Points
38
Ingat dalam kepala bahawa tiada benda yang senang untuk buat duit dalam dunia ni. Semua perlukan usaha. :)
 

Faiz Shafie

Senior
Joined
Jun 12, 2009
Messages
4,352
Points
0
Ingat dalam kepala bahawa tiada benda yang senang untuk buat duit dalam dunia ni. Semua perlukan usaha. :)
yup, betul tu xde usaha xde la hasilnya..

kalau xde usaha tapi ada hasilnya..memang penipu besar la..

tapi kalau dah usaha xde hasilnya..memang ada..mungkin perlu lebih usaha dan sebagainya..

Ingatlah, setiap usaha yang kita lakukan mesti ada ganjarannya..
 
Top