Newbie IM 7 bulan Jana RM75k

KISS

freshman
Joined
Nov 22, 2010
Messages
617
Points
0
Memang banyak perubahan kita boleh nampak lepas take action. Saya jenis dapat tip sempoi2 yg saya rasa menarik dari sifu / otai IM, terus saya buat.

[TIPS] Take action benda kecik2 dulu tapi mesti konsisten untuk latih diri take action besar.

Contoh: Amik video 2-3 minit cerita pasal niche kita & post kat youtube. Lepas tu publish url video tu kat fb, twitter, email list dll. Dapat seminggu satu video dah banyak tu. Dengan vido kita boleh:
A - bina kredibiliti
B - bina list (letak url squeeze page kat description youtube)
C - latih cakap depan kamera... (lepas ni nak cakap depan orang pulak :) )
D - Dapat feedback audience supaya kita boleh improve pengetahuan niche

Uish... banyak boleh dapat dengan video 2-3 minit kan?
aku suka tip ni - take action benda kecik2 dulu, lepas tu baru ada momentum untuk take action benda besar2

bukan IM je sebenarnya boleh guna tip ni, tapi semua aspek kehidupan..

masalah kebanyakan orang : fikir nak take action besar sekaligus, memang konfem terus rasa lemah semangat dan akhirnya tak jadi take action
 

ikram.adi

Newbie
Joined
Feb 25, 2011
Messages
505
Points
0
bro ikram.adi macam mana boleh terjebak dengan silver ye?

sebab kalau ikutkan kebanyakan ebook atau buku yang keluar berkaitan dengan emas. rasa ebook silver bro ikram.adi adalah yang pertama di pasaran.

mengikut apa yang pernah saya baca kenaikan silver lebih tinggi dari emas adakah ianya benar?
Mula-mula terjebak dengan emas, lepas tu bila tengok keadaan kewangan sendiri terfikir
"Tak mampu aku nak beli emas tiap-tiap bulan ni"
So saya terbaca yang silver ni trend dia macam emas tapi peratusan naik & turun lagi
tinggi dari emas sebab pasaran dia kecil. Harga pulak lagi murah.
Jadi saya fikir pelaburan silver ni memang elok sangat untuk kelas menengah macam saya.
Lepas tu saya fikir mesti ramai kelas menengah lain yang mengalami rasa yang sama
tapi tutup mata je beli emas / tak nak beli emas langsung sebab tak tau alternatif lain.

Dari situ la saya dapat idea buat ebook

[TIPS] Kalau kita rasa pengetahuan kita boleh selesaikan masalah orang lain, ada
kemungkinan besar pengetahuan tu boleh dijadikan produk yang HOT.
 

ikram.adi

Newbie
Joined
Feb 25, 2011
Messages
505
Points
0
OK saya sambung....

So action pertama lepas seminar ialah mula thread Pelaburan Silver kat WC,
Tak sangka pulak banyak dapat positive feedback! :)
Memandangkan saya ni baru nak bina nama, jadi saya pastikan
untuk cuba jawab & layan semua posting dalam thread tu.

Saya siap mintak orang tolong subscribe, konon-kononnya ingat
yang kita boleh track pembaca thread setia kita dalam WC, hehe
Lepas dah buat signature, saya fikir kena lebih aktif untuk promote thread.
Saya buat poll, pergi cakap hello kat pengunjung baru WC &
participate thread-thread orang lain.

Lepas 2 minggu lebih 2000 orang baca thread saya di WC, jadi saya
fikir, thread tu dah kukuh asalkan saya terus update.

NEXT ACTION

Tapi masalahnya sekarang, saya tak tahu siapa yang baca thread saya.
Senang cerita saya tak bina list lagi. Semua IM tahu yang list email
sangat sangat sangat penting kalau kita nak menjual.

So saya pun try la design squeeze page saya. Saya boleh coding HTML
sikit-sikit tapi design ngan grafic saya out :(
3 hari 3 malam buat satu squeeze page je! KLIK sini untuk tengok hasilnya
Tak lawa langsung kan? hehehe... apa nak buat, tak kreatif

Tak lama lepas tu saya dengar yang ada produk template pakar squeeze page.
Try klik link lepas tu scroll ke bawah template untuk squeeze page
Pelaburan Silver. Cun gila! Hanya tinggal pasang kat hosting &
pasang autoresponder je.

Posting lepas ni saya akan cerita pasal 2 tempat lain saya bina kredibiliti
sebelum saya mula pasarkan ebook Pelaburan Silver Fizikal di Malaysia

[TIPS]
FOKUS bina krediliti satu tempat dulu. Pilih untuk start di forum, Fb, tweeter, email,
blog atau guna video youtube. Lepas dah kukuh satu tempat, start bina kredibiliti
tempat lain pulak.

Tempat paling baik untuk bina kredibiliti ialah lubuk niche kita. Kalau IM, WC la tempat
terbaik. Kira saya sebenarnya start bina kredibiliti tempat yang kurang tepat.
Patutnya di CariGold sebab tempat tu lagi fokus pada pelaburan / kewangan

Apa pendapat anda?
 
Last edited:

ubai

freshman
Joined
Dec 24, 2011
Messages
74
Points
8
Terima kasih bro ikram.adi atas cerita pengalaman bro. Saya pun masih newbie lagi kat IM ni....baru seminggu intai2....masih blur lagi dgn istilah2 IM ni...huhuhu.

Tp cerita bor ikram.adi memang best ar, byk masalah dan akhirnya ada kejayaan...walaupun citer x habis lagi. Saya pun rasa tak sabar nk wat IM ni....

Tapi, saya tak tau mcmn nk start IM ni....boleh tak bro ikram.adi bagi garis panduan atau link2 sebagai guideline awal kepada newbie mcm saya ni?
 

Luqman-S

freshman
Joined
Dec 16, 2006
Messages
906
Points
18
banyak benda saya belajar dari thread ni bro.
terima kasih.

teruskan bercerita... I follow.
(action mesti mau take~)
 

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38
MANTOP BRO...teruskan perkongsian...saya mencedok ilmu dan pengalaman bro juga ni
 

ikram.adi

Newbie
Joined
Feb 25, 2011
Messages
505
Points
0
Saya dah ada produk, dah buat pra-pelancaran kat sini, ni cadangan yang saya bace lah dalam ebook.. website pun buat sendiri hasil pembelajaran ebook jugak :D. mungkin lubuk kat sini tak sesuai untuk niche saya kalau berdasarkan tips yang bro berikan
Bro buat pra pelancaran memang sesuai kat sini sebab nak cari JV partner
memang kat WC tempatnya.

Maksud saya dengan bina kredibiliti ialah kita kongsi tips-tips POWER tapi bagi FREE!
Tujuannya kita nak kumpul followers, pembaca dan peminat setia perkongsian
OK saya tak baca produk bro lagi tapi saya boleh bagi contoh bina kredibiliti dengan
produk roti.

A - Shoot youtube video bro dengan anak sedara bro yg umur 9 tahun buat roti.
Video tu tunjukkan yang budak 9 tahun pun boleh hasilkan roti menjilat jari dengan
resepi dan step-by-step yg bro berikan.

B - Buka fan page roti di facebook. Kalau tak pandai menulis, ambik gambar roti
rupa cantik & kongsi resepi simple-simple dulu.
Pastikan resepi FREE yang bro nak kongsi ni POWER. Apa makna POWER dalam
kes bro? Resepi ni senang nak buat (actionable) & sedap! (high value)

Orang akan fikir, "Kalau resepi FREE yang dia bagi senang & sedap, aku mesti
beli resepi yang dia jual. Mesti lagi senang dan sedap!"
 

mawfiz

freshman
Joined
Nov 20, 2011
Messages
224
Points
16
Bro buat pra pelancaran memang sesuai kat sini sebab nak cari JV partner
memang kat WC tempatnya.

Maksud saya dengan bina kredibiliti ialah kita kongsi tips-tips POWER tapi bagi FREE!
Tujuannya kita nak kumpul followers, pembaca dan peminat setia perkongsian
OK saya tak baca produk bro lagi tapi saya boleh bagi contoh bina kredibiliti dengan
produk roti.

A - Shoot youtube video bro dengan anak sedara bro yg umur 9 tahun buat roti.
Video tu tunjukkan yang budak 9 tahun pun boleh hasilkan roti menjilat jari dengan
resepi dan step-by-step yg bro berikan.

B - Buka fan page roti di facebook. Kalau tak pandai menulis, ambik gambar roti
rupa cantik & kongsi resepi simple-simple dulu.
Pastikan resepi FREE yang bro nak kongsi ni POWER. Apa makna POWER dalam
kes bro? Resepi ni senang nak buat (actionable) & sedap! (high value)

Orang akan fikir, "Kalau resepi FREE yang dia bagi senang & sedap, aku mesti
beli resepi yang dia jual. Mesti lagi senang dan sedap!"
wah..penerangan yang panjang lebar.. terbaik lah bro ;)
action A memang dalam perancangan, tapi tak terpikir la pulak nak shoot bersama budak 9 tahun..hee..cadangan yang menarik! .

action B saya dah buat, sekarang tengah kumpul like kat page..nak cedok sedikit cadangan yang bro berikan
 

ikram.adi

Newbie
Joined
Feb 25, 2011
Messages
505
Points
0
OK jom kita sambung cerita...

Salah sorang daripada peserta seminar Email Killer anjuran
Shaiful Azhan ialah Tuan Bri dan dia sangat berminat untuk
tahu lebih lanjut tentang pelaburan silver.

Tuan Bri ialah seorang pelabur hartanah rumah sewa yang
ternama di Malaysia dengan Seminar Hartawan Hartanah.
Kalau anda berminat nak tau macamana nak tau sistem
>>BELI RUMAH TANPA CENGKERAM<<, boleh dengar talknya di sini

Saya pun dah join seminar dia dan dah dapat sebijik rumah :D

OK, Tuan Bri contact saya dan dia ajak saya untuk mengadakan
perkongsian tentang Pelaburan Silver dengan dengan ahli
Kelab Hartawan Hartanah.

Untuk persediaan talk tersebut, saya sediakan slide power point
dan upah camera man iaitu saudara Zainal Rashid untuk ambil
video talk tersebut.

Saudara Zainal rekomen supaya saya jadikan video talk ni sebagai
product OTO untuk ebook saya nanti. Mula-mula saya ingat nak
jadikan video ini hanyalah sebagai rekod personal untuk diri saya.

Iya la, baru first time bagi talk, takkan nak guna sebagai jualan pulak.

Masa talk tu memang haru-biru!
Saya dah la nervous gila, elok pulak masa tu laptop yang saya bawak
tu bateri kong! Banyak jugak delay dan kena stop sebab komputer
saya buat hal. Tapi saya dapat jawab semua soalan dan saya nampak
hampir 90% yang datang berpuas hati dengan talk tersebut.

Daripada pergi seminar, kena bagi seminar pulak. Yang penting hari tu
saya buat ramai lagi kawan-kawan baru. Kawan-kawan ni yang telah
menolong saya dalam mempromosikan ebook saya.

Buat pengetahuan anda semua, saya tidak dibayar untuk bagi talk
tersebut. Dan semasa talk, saya tak cuba pun nak jual ebook saya
(sebab tak siap lagi). Malah kalau saya kira-kira balik, capital
yang saya habiskan untuk talk tersebut mencecah RM1000!

Tetapi pengalaman, kawan-kawan dan video yang saya shoot
itu sendiri dah bagi pulangan sekurang-kurangnya 40x GANDA
dari capital yang saya keluarkan.

[TIPS]
Bina kredibiliti secara face-to-face lebih besar impaknya.
Yang datang talk silver pertama saya hanya 20 orang tetapi
saya yakin 'word of mouth' dari mereka membuatkan pemasaran
saya lebih mudah kerana dilihat sebagai orang yang boleh
dirujuk dalam Pelaburan Silver ini.

Video adalah amat-amat penting. Kos vs pulangan yang sangat
rendah membuatkan media ini harus diberi penekanan dalam
aspek membuat produk, membina kredibiliti dan untuk diri
sendiri jika hendak memperbaiki cara penyampaian.

Di peringkat awal perjalanan IM, jika anda dijemput untuk beri talk,
jangan harapkan bayaran. Anda mungkin boleh gunakan peluang
untuk kumpul list dengan meminta yang hadir mendaftar squeeze page
Atau start jual produk anda 50% diskaun untuk tampung belanja :)

Saya akan sambung platform kredibiliti terakhir sebelum saya mula
pasarkan produk saya di post akan datang.

Bersambung...
 
Last edited:

ikram.adi

Newbie
Joined
Feb 25, 2011
Messages
505
Points
0
Platform terakhir saya guna untuk bina kredibiliti ialah
di Facebook. Mula-mula saya agak aktif di group Team Overdraf
buat perkongsian pasal pelaburan silver. Bila dah agak
ramai sikit follower, saya bukak >>Page Dekad Silver<<.

Kat Page Dekad Silver saya memang fokus bina kredibiliti
dengan 'overshare' info pasal pelaburan silver. Saya cuba jawab semua
soalan & create perbincangan yang buat orang seronok stay kat situ.

Cara nak ramaikan fans? Spam. Saya spam kat semua group emas kat
facebook tapi saya nampak spam ni kurang efektif. Jadi saya fokus
promote page saya di group Team Overdraf dengan Silver Lot Shop

Silver Lot Shop ni group fb terbesar jual beli silver di Malaysia.
Since saya Admin, jadi besar sikit authority utk promote fan page saya.

Apa yang saya paling suka tentang Facebook Fan Page ialah 2 ciri:
1 - Boleh kumpul email
2 - Boleh create perbincangan dengan fans kita yang akan meninggikan
kredibiliti.

[TIPS]
Apa yang saya nampak kalau bandingkan kumpul email melalui minisite,
squeeze page dan fan page, optin rate di fan page lebih tinggi.
Daripada pengalaman saya, S/UD untuk fan page saya 70.8% berbanding
dengan 7.7% je kalau daripada minisite. Saya guna autoresponder
>>Aweber<<, saya tak tau kalau autoresponder
lain guna term apa.

Nanti saya sambung cerita pasal isu-isu pembinaan kredibiliti.
Kalau ada nak kongsi pasal topik kredibiliti, jom kita bincang.

Saya sangat sangat sangat mementingkan pembinaan kredibiliti sebab
prospek kebanyakannya bukan beli produk sebabproduk kita bagus,
sebaliknya beli kredibiliti sebab dia dah percaya sangat-sangat kat kita.
 
Last edited:

ikram.adi

Newbie
Joined
Feb 25, 2011
Messages
505
Points
0
[TIPS]

Kalau guna autoresponder >>Aweber<<, cuba guna form type light box
di minisite atau squeeze page. S/UD % light box lagi tinggi dari inline. Maknanya
lagi ramai orang akan opt-in ke list anda kalau guna light box.

Masalah letak opt-in kat minisite ni tak ramai orang nak masuk list.
Prospek akan scroll ke bawah baca headline & baca part menarik je.
Mula-mula saya letak in line kat minisite, daripada 37k klik, 14% je yang opt-in.

Sekarang ni lagi teruk, hanya 4% je opt-in kalau guna in line
 

ikram.adi

Newbie
Joined
Feb 25, 2011
Messages
505
Points
0
[SEMINAR PELABUR UNDERGROUND]

Selepas talk silver saya bagi kepada ahli >>Kelab Hartawan Hartanah<<,
saya dijemput oleh Tuan Bri untuk jadi salah seorang speaker Pelabur Underground.
Barisan speaker terdiri daripada Tuan Bri, Zaidi Ismail, Mior Nurzaidin, Pak Di dan
Otai WC yang tak asing lagi iaitu bro Razif Yusof.

Anda tak tahu betapa bertuahnya saya rasa bila dapat jumpa bro Razif.
Bayangkan, saya ni baru start IM 2 bulan masa tu, produk pun takde lagi,
lepas tu rezeki Allah bagi jumpa otai yang kita boleh cedok ilmu daripada dia.

Lepas bro Razif punya talk, saya selamba je try cedok ilmu dia.
Saya ingat lagi sampai sekarang perbualan tu.

1. Saya patut tawarkan ebook harga 50% masa talk dan bukan setakat
perkenalkan fan Page Dekad Silver kepada peserta.

(Baru saya sedar sekarang kalau orang beli harga 70% diskaun pun, yang
penting saya dah ada BUYER'S LIST. Bukan hanya list prospek sahaja)

2. Bila saya tanya berapa harga saya patut caj untuk produk ebook
Panduan Pelaburan Silver, rilek je dia cakap "RM 80". Saya dah
survey market dan saya tengok rata-rata ebook hanya RM50 sahaja.
Dia kata sebab niche saya baru dan ada potensi besar, so saya patut
letak harga tinggi sebab value tinggi.

3. Beli domain "pelaburansilver.com". Sebelum ni saya beli domain tukarganda.com
"Orang takkan faham dengan doamain tukarganda. Domain pelaburansilver.com
lebih catchy. Otai macam Razif Yusof lagi faham tentang branding daripada
saya jadi saya ikut je :D

4. Tukar tajuk squeeze page daripada "Kesalahan #1 Pelabur Silver di Malaysia"
kepada "Siapa Lagi Nak Tahu Kenapa Silver Lagi Hebat Dari Emas" .
Kalau tukar diharapkan yang pelabur-pelabur emas pun akan turut
opt in ke dalam list saya.

5. Pergi seminar bro Jamal. Semua sini tahu yang bro Jamal adalah >>OTAI EBOOK<<
Bro Jamal ni dah jana beratus ribu ringgit pasarkan ebook dan dah ajar ramai
orang lain untuk jana pendapatan dengan tulis ebook. Dalam kepala otak
saya ada satu je, "Aku kena cedok banyak ilmu bro Jamal nih"

Sebelum habis borak, saya dengan muka tak malu minta tolong bro Razif
promote ebook saya. Dah ada peluang, kena la ambik, kan???
...Nasib baik la bro Razif setuju... hehehe

[TIPS]
Kalau kita tak tanya (mintak tolong), jawapannya akan sentiasa "TIDAK"

Nampak tak sekarang bergunanya pergi seminar?

[Jumpa otai & sifu]
Saya tak pernah mimpi boleh jumpa bro Razif Yusof dan dapat mintak tolong
dan cedok ilmu dia. Berapa ribu RM value ilmu yang dia bagi saya dalam
perbualan setengah jam tu saya pun tak boleh letak nilai.

[Bina kredibiliti]
Saya dapat jumpa lagi face-to-face dengan peserta dan berkongsi pengalaman
dengan diaorang.

[Kongsi ilmu]
Banyak gila ilmu pelaburan hartanah, ilmu bawak kereta baru tiap2 tahun, refinance
rumah, IM dan stock market saya dapat dalam 2 hari Seminar Pelabur Underground.

[Kawan Baru]
Geng speaker pelabur underground antara kawan-kawan yang paling senang
saya click, dapat pulak kawan-kawan baru di kalangan peserta yang
kebanyakannya menjadi pembeli ebook saya.

Ada lagi 1 seminar penting yang saya pergi sebelum ebook saya dilancarkan.
Saya akan cerita dalam post akan datang. Bersambung...
 
Last edited:
Top