NEVER GIVE UP in IM!!

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38


Ketika kita sedang memulakan perniagaan internet ataupun sedang menjalankannya. Ramai antara kita yang akan mengalami cabaran dan halangan. Ketika memulakannya, kita kekurangan ilmu, kita kekurangan duit, kekurangan peralatan…Dan paling besar cabaran adalah, tiada PENGALAMAN. Pengalaman dan ilmu pengetahuan sering menjadi halangan kepada kita untuk berjaya dalam perniagaan internet. Sering saja alasan seperti berikut diberikan:

“ Saya ni buta IT, saya ni baru belajar susah la!”

“ Saya nak berjaya macam awak, tapi saya orang baru, tiada pengalaman”

“ Saya dah banyak kali gagal, pasti saya akan gagal lagi!”


Itulah..

Sebenarnya apa jua alasan tidak boleh diberikan jika kita mahukan sesuatu yang diidam-idamkan. Apa yang kita nak? Apa yang kita impikan? Kita perlu lalui cabaran/halangan untuk kita capai apa yang kita impikan. Walaupun cabaran/halangan tersebut sangat hebat! Untuk mengecapi kejayaan, seseorang itu pastilah akan menghadapi halangan. Untuk menghadapi halangan tersebut, kita perlu berusaha dan bekerja keras untuk melepasinya.



Mungkin kita akan tersungkur dalam menghadapi halangan tersebut, tapi JANGAN GIVE UP! Kita bangun, bangun lagi untuk melepasinya. Ingat! Jangan sesekali GIVE UP. Ibarat baby kecil yang cuba belajar berdiri. Setiap kali baby itu jatuh dalam cubaan berdiri, dia akan bangkit semula sehinggalah berjaya. Cubaannya bukannya sehari dua, tapi berhari-hari, sehinggalah berjaya. Adakah anda dapat bayangkan?


Saya sendiri, dalam memulakan perniagaan internet, memang banyak halangan saya hadapi. Ketika memulakannya, saya tiada duit langsung untuk membeli panduan-panduan berkenaan perniagaan internet ini. Saya memiliki hutang yang banyak! Dapat gaji, habis gaji bayar hutang! Sehinggalah saya mula belajar perniagaan internet, dari buku,e book yang mana saya sendiri tak mampu membelinya! RM200++ untuk beli buku dan ebook! Mana ada duit! Giler apa! Tapi saya tahu, saya yakin dengan perniagaan internet, saya mampu merubah hidup saya! Saya yang buta IM, buta Internet ni nak buat perniagaan internet? Memang agak mustahil! Tapi saya NEKAD, saya MESTI CUBA! Saya gunakan kad kredit (yang dah nazak) saya untuk membeli panduan belajar bisnes internet. Dan saya mula study!


Ketika pembelajaran, saya memang hadapi kesukaran yang teruk. Buat minisite? Hosting? Suatu yang sangat asing pada saya! Tapi saya paksa diri saya utuk terus mencuba..mencuba..mencuba sehinggalah saya berjaya melakukannya! Bila berjaya, saya memang percaya yang saya akan BERJAYA! Dengan tiada guru, tiada duit nak pergi kursus, saya cuba belajar sendiri dan ianya berjaya.

Itu belum lagi dengan halangan dari keluarga/rakan-rakan yang awalnya menentang apa yang saya lakukan! Mereka katakan saya ni buat kerja yang tak berfaedah dan tiada untung. Saya terpaksa terimanya. Malah rakan-rakan ada mengHINA apa yang saya lakukan. Saya tak pedulikannya!

Saya NEVER GIVE UP dengan halangan/cabaran yang saya lalui dari awal bisnes internet hinggalah kini. Ketika menjalankan bisnes, saya DITIPU 5 angka RM, saya tidak GIVE UP! Saya buat bisnes OFFLINE, rugi, saya tidak GIVE UP! Memang kadang kala hati kita lemah, tapi disebabkan oleh MOTIVASI yang tinggi dalam diri, saya NEVER GIVE UP! Saya YAKIN saya akan berjaya. Dan sepanjang perjalanan menuju kea rah kejayaan, pasti saya akan melalui 1001 halangan.


Begitu juga buat anda. Jangan sesekali GIVE UP. Kuatkan semangat untuk mencapai kejayaan. Kejayaan tidak akan datang bergolek. Kita perlu mengejar kejayaan itu. Dan sudah pasti ada rintangan dan halangannya. Sekali kita GIVE UP, kita akan tewas.

Yakin kita akan berjaya! Jangan jadikan apa jua alasan untuk menidakkan kejayaan kita.

Dan untuk membuatkan anda lebih bermotivasi, saya sediakan video ini buat anda.

[video=youtube;kZlXWp6vFdE]http://www.youtube.com/watch?v=kZlXWp6vFdE&feature=related[/video]

Ulasan Video ini: Derek Redmond telah berlatih bersungguh-sungguh untuk menghadapi sukan olimpik di Barcelona 1992. Beliau bekerja keras untuk mencapai apa yang diimpikannya dalam sukan olimpik tersebut. Dia menghabiskan masa 4 tahun untuk berlatih dan mencuba terbaik bersaing dengan ramai pelari lain untuk mewakili negaranya dalam sukan olimpik. Sudah masa perngorbanan masa, usaha, tenaga dan juga wang ringgit yang besar untuk memastikannya beliau berjaya mewakili negaranya. Apabila sampai hari sukan olimpik, beliau mula berlari dengan penuh semangat dan keyakinan bersaing dengan pelari-pelari hebat lain dalam temasya sukan terhebat itu. Ketika beliau sedang berlari laju, beliau terjatuh!

Beliau mengalami kecederaan. Beliau kecewa akan keadaaan itu. Tapi beliau TEkad bahawa beliau mesti habiskan larian itu, walaupun beliau mengalami kecederaan. Dia YAKIN akan menamatkan apa yang beliau impikan. Beliau ingin menamatkan perlumbaan hingga ke garisan terakhir kerana sebelum datang ke Barcelona, itulah yang diidam-idamkannya. Dan dalam keadaan cedera itu beliau meneruskan lariannya. Di masa terhencut-hencut itulah ada bapanya datang menyokong. Dan akhirnya beliau berjaya tamat sehingga garisan penamat. Dan seramai 65,000 penonton di stadium berdiri terharu dengan usaha gigih Derek Redmond. Walaupun dengan kepayahan sebegitu, beliau meneruskan lariannya hingga ke penamatnya. Memang sungguh terharu..
Semoga perkongsian ini menyuntik semangat buat anda, especially buat mereka yang baru nak bermula.

==========================================
Ada sambungan lagi, nak? LAYARI BLOG SAYA DI SINI
==========================================
 

GoMonsta

freshman
Joined
Nov 6, 2009
Messages
1,859
Points
0
Don't give up... tu la yg saya lakukan selama 3 tahun ni...

Thanks bro jamal.

"Motivation gets you through the day, but inspiration lasts a lifetime.""
 
Last edited:

ZairiFaiezil

freshman
Joined
Nov 23, 2010
Messages
110
Points
0
First tengok video yang per1 tue, jiwa saya terharu kerana melihat ketabahan seorang yg tidak sempurna utk meneruskan kehidupan.

Inikan pula kita yang cukup sifat dan sentiasa mengalah @ give up dengan sesuatu perkara.

Thanks Tuan Jamal sebabkan kongsikan 1 tip motivasi yg menarik..
 

SchulzCube

freshman
Joined
Dec 29, 2010
Messages
141
Points
16
Gagal bukan selamanya asalkan kita tahu cara mengatasinya melalui kegagalan yang kita alami tersebut... Kegagalan adalah punca kejayaan... :)
 
Top