Dalam Negara Nak Kurus & Sihat Menjelang Tahun Baharu? Jurulatih Kecergasan Berikan Petua

Mata Saja

freshman
Joined
Dec 7, 2016
Messages
26
Points
1
Age
30
DENGAN berbaki lebih kurang dua minggu sahaja lagi untuk memasuki tahun 2017, pastinya setiap orang mempunyai azam tahun baharu, yang mana ada dalam kalangan kita berazam hendak kurus demi memastikan kesihatan diri lebih terjamin.

Tetapi, adakah misi untuk mencapai kesihatan yang baik itu dilakukan dengan cara yang betul, sebagai contoh senaman dan pengambilan bahan makanan yang berkualiti.

Menurut Kajian Kesihatan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2015 mendedahkan, sebanyak 33.1 peratus daripada rakyat Malaysia kurang melakukan aktiviti fizikal atau bersenam.


Jadi, bagaimana rakyat Malaysia mahu mendapatkan kesihatan yang baik jika aktiviti senaman kurang dilakukan, ditambah pula dengan pengambilan makanan termasuk penggunaan minyak masak yang berlebihan?

Bagi seorang Jurulatih Kecergasan, Asyikin Zainal ketika dihubungi Malaysian Digest, setiap individu yang mahu mengekalkan kesihatan yang baik bukan sahaja perlu melakukan senaman harian, malah mereka perlu mengambil kira mengenai pengambilan minyak masak dalam masakan.

Meskipun Asyikin lebih menggalakkan setiap individu supaya mengutamakan senaman berbanding diet, namun beliau tidak menafikan keseimbangan antara dua perkara tersebut boleh menjamin kesihatan yang lebih baik dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Jika anda sedar telah mengambil banyak minyak masak, (lakukan) senaman! Walaupun bagi saya, jika saya melihat apa yang mereka makan dan mengamalkan diet yang ketat, segala usaha tersebut akan sia-sia jika tidak diikuti dengan senaman,” katanya menegaskan bahawa pengguna perlu mengurangkan pengambilan minyak masak atas faktor kesihatan diri.

Jelas Asyikin, kebanyakan penyediaan masakan di negara ini menggunakan minyak masak yang banyak termasuk dalam hidangan Melayu dan Cina.

Namun Asyikin menegaskan pengguna perlu mengurangkan penggunaan bahan asas itu dalam masakan dengan menyarankan sekurang-kurangnya hanya dua sudu besar digunakan dalam masakan sehari.

“Saya tidak melihat ia sebagai satu kesalahan (pengurangan minyak masak) kerana tukang masak tahu bila perlu berhenti atau lebih tepat berapa banyak (minyak masak) itu diperlukan dalam sesuatu hidangan.

Baca lanjut di Malaysiandigest
 

shafiq1994

freshman
Joined
Apr 14, 2020
Messages
3
Points
1
Age
27
Betul tu..banyak lagi cara yang boleh dipraktikkan untuk diet atau kurus ni. Ada lagi tips mudah puasa kenyang lama yang boleh korang follow. Salah satunya kawal selera makanan dan lakukan senaman dengan betul.
 
Top