Nak berjaya??mudah je..

balqisqahira

freshman
Joined
Apr 8, 2013
Messages
4
Points
0
Peranan perakaunan adalah amat penting dalam sesebuah perniagaan tanpa mengira perniagaan berskala kecil atau berskala besar.Untuk mengira keuntungan, usahawan harus mempunyai rekod tentang aktiviti perniagaannya.Perbelanjaan modal,operasi,untung dan rugi perlu direkod. Tanpa rekod atau catatan aktiviti kewangan, usahawan hanya mampu menganggarkan sahaja jumlah keuntungan yang diperolehi.Sesetengah usahawan bukan sahaja tidak tahu dengan tepat jumlah untung rugi malah tidak tahu langsung sama ada perniagaan mereka untung atau rugi.

Sesebuah perniagaan memerlukan perancangan serta kaedah penyediaan rekod kewangan yang sistematik untuk membantu anda memantau pendapatan dan perbelanjaan perniagaan.Jelas dengan sistem perakaunan yang dilaksanakan mampu memberi ketenangan fikiran kepada usahawan kerana terbukti segala pelaburan kewangan yang dibuat dapat dinilai hasilnya dengan kewujudan penyata kewangan yang meyakinkan.

Sama ada untung atau rugi, sistem perakaunan yang sistematik telah berfungsi sebagai alat pengukuran kecekapan pengurusan perniagaan.

Masalah Rutin Usahawan Bisnes Kecil

-Tidak tahu menjejaki kos, untung, aliran tunai bisnes
-Terlalu banyak kos tersembunyi kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan
(dilakukan dari awal mula bisnes)
-Mencampur aduk wang syarikat dan wang sendiri
-Menggunakan wang syarikat/bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah
-Membeli banyak stok pada awal bisnes menyebabkan 0 keuntungan
-Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan tidak ada
wang keuntungan
-Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung' semakin mengecil dan hampir tidak ada untung
-Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat
-Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan

Jika kalian kategori usahawan di atas
-Perlu tahu wang peribadi perlu diasingkan dengan wang syarikat
-Belajar buat bajet kewangan
-Buat unjuran sasaran yang perlu dicapai
-Buat sasaran bahagian 'gaji' yang perlu diambil dari 'pendapatan syarikat' selepas layak mengambil gaji
-Perlu tahu kos yang terlibat dalam urusan operasi bisnes
-Perlu tahu mana untung mana rugi
-Perlu tahu kesihatan 'kewangan' atau 'akaun' syarikat adalah bisnes semakin untung atau semakin rugi
-Perlu tahu asas keluar masuk wang
-Perlu tahu bahawa rekod aliran wang yang tepat membantu usahawan menjejaki keuntungan yang sepatutnya lebih meningkat dari bulan ke bulan
 
Last edited:

Muhammad Fie

Senior
Joined
Jan 22, 2008
Messages
1,512
Points
38
Nak iklan program atau nak kongsi Ilmu?

Kalau nak iklan program atau jual ebook,

masuk ke tempat yang betul.
 

vyner

Newbie
Joined
Apr 17, 2012
Messages
2,646
Points
38
tunjuk la bukti skit tt :D
kew nak promote2 utk cari downline ni ?? hehe ;;)
 

sudir man

Senior
Joined
Aug 29, 2012
Messages
1,641
Points
38
rahsia mane leh beritahu..nnti dah x rahsia.. :D

klau nak beritahu..cntik jgak, :)
 
Top