Nak belajar cara menulis artikel unik? jom baca ni

Naz Akhtar

Super Senior
Joined
Jun 21, 2014
Messages
533
Points
43


Adakah anda gemar menulis atau sememangnya mahu menjadi seorang penulis secara sambilan di internet? Jika anda lihat di mana-mana forum atau pun website freelance, job sebagai penulis antara yang banyak mendapat sambutan. Jika di fiverr juga, banyak gigs yang berkaitan dengan artikel sangat laku keras mendapat tempahan.

Untuk market Malaysia pula, artikel biasanya akan di tempah oleh mereka yang mahu memasarkan produk ke peringkat antarabangsa seperti untuk memasarkan produk dari amazon atau pun affiliate dari laamn clickbank, Jvzoo dan sebagainya.

Sekiranya anda tidak menulis untuk orang lain, adakah anda boleh buat duit dengan menulis untuk blog sendiri? Sudah tenttu boleh!

Hari ini, ramai rakyat Malaysia yang mula buat duit dengan hanya mengupdate posting mereka di blog. Apa yang perlu mereka lakukan ialah dengan rajin membuat artikel baru untuk blog mereka. Identiti seorang penulis blog online itu boleh di lihat dengan cara penyampaian mereka melalui penulisan. Pendek kata, menulis artikel di internet ini menjadi trend terkini di seluruh dunia.

Apakah kelebihan apabila anda menulis artikel sendiri?

Pertama, timbulnya keunikan. Satu-satu artikel itu mungkin akan viral dari satu ke laman ke yang laman yang lain namun di situ tidak akan ada keunikan untuk setiap copy paste yang berlaku. Melainkan jika anda mengolah topic yang sama mengikut idea dan penerangan dari hati dan akal anda sendiri, maka artikel yang terhasil akan menjadi lain dari yang lain, di situlah ada keunikan yang tersendiri yang di sampaikan di blog anda nanti.

Kedua, google menyukai keunikan. Jika dahulu, kerja copy paste sangat berleluasa di dunia di mana jutaan blog terhasil setiap hari namun kandungan yang di muatkan adalah datangnya dari hasil tiru dan tampal penulisan orang lain. Ya, itu adalah antara cara kerja ramai blogger. Mereka banyak menumpukan kepada pembinaan backlinks kerana lebih banyak backlinks yang terpaut ke blog mereka, maka ranking blog mereka bagi mendapatkan tempat di google adalah lebih tinggi.

Namun begitu, apabila pihak google mahu memberikan keutamaan kepada mereka yang menghasilkan posting yang unik dan berkualiti, mereka pun mewujudkan system baru atau di panggil panda yang di kenali oleh ramai IM. Maka bermula dari situlah, laman web yang menggunakan artikel yang unik mendapat tempat di ranking google dengan lebih mudah.

Ketiga, mengelakkan trend sampah. Ya! Tahukah anda bahawa artikel copy paste di sana sini di anggap sebagai sampah oleh ramai orang. Itu adalah benar apabila seorang pembaca yang sama yang berkunjung ke beberapa blog, namun kebanyakan kandungan artikel yang terpapar adalah sama. Jadi, tidak ada satu pun yang kelihatan menarik di mata pembaca jika kesemuanya di lihat sama.

Keempat, menjaga kredibiliti. Seorang yang pakar dalam satu-satu bidang biasanya tidak akan copy paste artikel dari website orang lain dna di muatkan ke dalam blog mereka. Mereka biasanya akan mengambil masa beberapa minit atau jam bagi menulis rangka artikel dan seterusnya mengarang artikel tersebut mengikut fikiran dan idea mereka sendiri.

Inilah yang di katakana menjaga kredibiliti. Oleh itu, jika anda menulis sendiri kandungan blog atau website anda, anda sememangnya menjaga kredibilit anda sebagai seorang penulis atau blogger. Jika blog anda sering mengambil kandungan dari website orang lain, ada kemungkinan berlakunya tuntutan atau blog di remove itu berlaku. Paling tidak pemilik kandungan atau artikel akan menghubungi anda agar kandungan yang di copy itu di remove dari laman web anda. Sedih bukan? Makanya di sini, menulis sendiri artikel adalah satu langkah yang lebih baik.

Jika anda sudah punya pengalaman dalam menulis, maka anda di galakkan untuk meneruskan penulisan anda setiap masa agar bakat penulisan itu akan menjadi lebih tajam. Menulis adalah salah satu cabang seni sama seperti anda melukis. Anda tidak akan menjadi orang yang mahir hanya dari menulis satu artikel atau menulis hanya untuk 1 minggu. Anda mungkin memerlukan latihan sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Sampai satu saat, anda sendiri akan merasa selesa untuk menulis artikel anda sendiri dan setiap idea akan mudah untuk datang apabila anda sudah selalu menulis artikel unik.

Jika anda masih belum puny acara dan tidak tahu untuk menulis artikel yang unik bagi blog anda dan juga untuk menulis bagi pihak orang lain, melalui artikel ini, anda akan di berikan langkah untuk menulis artikel yang berkualiti lagi unik. Dengan adanya kemahiran ini, anda pasti dapat menulis artikel untuk blog anda dengan lebih baik dan insyaAllah anda juga akan dapat membuka servis menulis artikel untuk orang lain juga memandangkan artikel ini adalah “produk” yang selalu mempunyai demand yang sangat tinggi saban tahun.

Jom kita lihat langkah untuk menulis artikel yang unik lagi berkualiti :

Langkah 1 : Memilih niche khusus


Perkara ini tidak wajib namun percayalah bahawa apabila anda memilih niche yang khusus untuk menulis, maka focus anda akan menjadi lebih tajam baik deri segi cara anda menulis dan juga pengetahuan yang ada di fikiran anda. Biasanya seorang penulis artikel itu akan selalu berusaha untuk membanyakkan lagi bahan bacaan seperti banyak mengikut blog popular yang berkaitan dengan niche pilihan. Jika anda lihat ramai blogger yang sukses dan berjaya menghasilkan pelbagai artikel yang menarik dan unik, mereka adalah penulis yang memberikan focus yang khusus kepada niche tertentu.

Sebagai contoh, jika anda gemar dengan niche IM, anda mungkin hanya tumpukan pembacaan anda lebih banyak kepada niche ini dan antara blog yang mungkin anda selalu ikuti untuk mendapatkan lagi bahan tambahan untuk penulisan anda ialah problogger, dailitipsblog, majalahniaga dan mungkin juga dari blog wangcyber.com .

Maka lebih banyak bahan bacaan yang and abaca mengikut niche anda, makin banyak idea yang anda akan dapat kumpul untuk artikel yang anda tulis nanti.

Niche yang khusus juga dapat membantu anda untuk berlatih dengan lebih baik. Sebagai contoh, artikel tentang tisp pemasaran internet boleh anda variasikan dengan pelbagai cara. Mungkin sahaja dalam bentuk tips 1, tips 2 dan tips dan seterusnya, mungkin dalam bentuk peta minda dan huraian, mungkin juga dalam bentuk real story dari mereka yang sukses dalam bidang pemasaran internet.

Melalui satu niche kemudia sub niche pula, anda boleh kembangkan kepada pelbagai artikel. Inilah kelebihan jika anda menumpukan penulisan anda hanya kepada 1 niche dalam satu masa. Jika anda minat dengan niche hartanah maka berikan tumpuan kepada niche ini 100%. Ada banyak cabang sub kategori dalam niche ini seperti pelaburan hartanah, rumah sewa, homestay, rumah mampu milik, rumah lelong dan sebagainya.

Namun, jika anda sememangnya minat untuk menulis pelbagai jenis niche dalam satu masa, adakah ia akan memberikan masalah pada anda? Sememangnya tidak sebenarnya. Namun biasanya jika anda memilih untuk menulis pelbagai jenis niche dalam satu masa, biasanya penulis seperti ini boleh menghasilkan artikel pendek dan ringkas, bukanlah untuk jenis artikel yang lebih dalam huraiannya. Umum mengetahui selain daripada unik, google juga sangat gemarkan artikel yang panjang yang lebih dari 1,000 patah perkataan. Maka lebih banyak focus anda dalam niche itu, lebih besar idea untuk anda menghasilkan artikel yang lebih panjang.

Langkah 2 : Pelbagaikan sumber input


Sebenarnya semua orang boleh menulis, dari sejak zaman sekolah lagi semua orang sudah merasai pengalaman menulis karangan yang mana setiap hasil penulisan di beri markah tertentu oleh guru mereka. Namun begitu setiap karangan yang di hasil belum tentu mempunyai isinya. Begitu juga dengan penulis artikel, mereka mungkin boleh menulis sekitar 300 patah perkataan untuk sesebuah artikel pendek, namun untuk menambah artikel itu agar menjadi lebih panjang, ia mungkin membuatkan anda kekeringan idea.

Jadi, bagaimana idea penulisan itu boleh di lahirkan ketika anda menulis agar artikel tersebut menjadi lebih panjang serta unik? Ini kerana ada sesetengah penulis pada asalnya menulis artikel sendiri dan artikel itu menjadi sangat unik. Namun dek kerana ingin menghasilkan artikel yang panjang, mereka hanya copy paste beberapa perenggan dari artikel orang lain dan mencapur adukkan ayat copy paste itu dengan artikel unik mereka. Ini membuatkan kadar keunikan artikel itu tidaklah sampai sehingga 100%.

Baiklah, anda harus sedar bahawa output hanya akan ada apabila wujudnya input. Ini bermaksud jika anda mahu idea keluar dari minda ada sejajar dengan topic yang anda tulis, maka perbanyakkanlah inputnya ke dalam minda anda juga.

Sebagai contoh, setiap minggu ikutlah mana-mana blog gergasi yang banyak mengupdate tentang niche pilihan anda. Di laman facebook pula, follow mereka yang banyak mengupdate status tentang free tips mengikut niche masing-masing. Jika mereka adan fanpage maka like fanpage mereka.

Dengan ini ada sudah pun menambah input baru ke dalam minda anda dan input yang ada itu mungkin berguna dalam penulisan anda nanti. Satu hal lagi yang kita perlu pegang bahawa, anda hanya boleh bercakap atas apa yang anda tahu maka anda juga boleh menulis hanya tentang perkara yang anda tahu.

Jika anda tidak tahu, maka caranya ialah dengan banyakkan membaca. Selain daripada input dalam bentuk teks, input dalam bentuk video juga sangat membantu. Katakanlah anda gemar dengan niche BMW, anda sering membaca info terkini tentang jenama ini di forum, blog dan facebook page, di laman youtube juga anda boleh melihat rakamn video terbaru dari mereka.

Untuk niche gajet juga sama. Jika anda lihat youtube banyak memaparkan rakamn video yang menyalurkan banyak info berguna buat anda. Melalui 1 video review contohnya, anda boleh menghasilkan satu artikel unik untuk blog gajet anda.

Maka input anda akan datang dari pelbagi sumber iaitu blog, forum, facebook page, atau pun laman youtube.

Langkah 3 : Senaraikan tajuk


Untuk peringkat awal, senaraikan tajuk artikel yang mahu anda pilih. Apa sahaja tajuk yang terlintas, terus catatkan ia di kertas kosong. Kelak, anda akan mendapat pecahan idea untuk setiap tajuk yang ada.

Anda mungkin boleh senaraikan seperti 7 Tips Menajga Bayi, 5 Senaman Mudah Untuk Ibu Mengandung, 6 Tips Menyusu Untuk Para Ibu… Kesemua tajuk ini adalah untuk blog parenting.

Langkah 4 : Membuat rangka


Setelah anda mempunyai tajuk pilihan, anda boleh masukkan idea untuk setiap tajuk itu. Jika anda sudah mempunyai idea, teru senaraikan idea itu di bawah tajuk yang sudah tertera. Jika masih mahu emnambah, search sahaja di internet.

Cara ini juga di gunakan apabila anda memberikan servis penulisan artikel untuk orang lain juga.

Langkah 5 : Mula menulis


Setelah anda mempunyai tajuk artikel, idea dan lain-lain, mulakanlah dengan menulis dan jangan bertangguh sehingga tiada mood langsung untuk take action. Hal ini sering berlaku kepada ramai penulis. Oleh itu, cuba untuk take action secepat yang mungkin setalh rangka artikel sudah siap.Mulakan dengan pendahuluan, isi demi isi kemudia penutup.

Langkah 6 : Pelbagaikan jenis artikel


Walaupun anda mungkin memberi tumpuan pada niche yang sama, namun pelbagaikan setiap artikel dari niche tersebut. Mungkin artikel berkaitan dengan tips, langkah-langkah real story, dan juga artikel review.

Penutup :


Menulis adalah satu aktiviti yang seronok kerana anda dapat berkongsi dengan pembaca ilmu dan pendapat anda tentang satu-satu topic dan isu. Oleh itu, jadikanlah penulisan satu aktiviti yang seronok, bukan sahaja untuk mendapatkan wang dari online, malah menambah input untuk orang lain juga
 

MrDisc

Veteran
Joined
May 3, 2008
Messages
2,875
Points
48
Dulu masa sekolah kalo subjek BM - penulisan mesti susah sangat nak dapat level2 A+ @ A-

Saya tanya cikgu: Kenapa sipolan tue dapat A+ saya cuma dapat B- heh cikgu?

Cikgu jawab : Sebab sipolan menulis untuk orang lain baca...Awak tulis untuk diri awak yang baca...

Sampai skrg masih blum dapat hadam ayat cikgu noraini nie... :D

p/s: Sampai sekarang takdelah pandai sangat menulis tapi enjin carian dapat crawl jadi lahhh...kalo hantar kat cikgu noraini tak crawl rasanya... :p
 

min9043

freshman
Joined
May 9, 2015
Messages
4
Points
1
Terbaik artikel ni TT. Memang dalam perancangan untuk develop niche blog. Sekarang tengah explore niche mana yang sesuai untuk ditulis. Nak tulis pasal IM macam stuck je. Huhu
 
Top