Myguide07 Kembali - Belajar & Trading Forex Bersama Saya

lipan

freshman
Joined
Jun 13, 2007
Messages
7
Points
1
bagi aku,kalau nak lagik relaks(cara aku,la)...pagi2 amek 10pips,mlm amek lagik 10pips <<< pastu tdo :) <<< da 20pips tuh satu hari
p/S:tp kat crown kna 7pip keatas <<< 7pip tu include spread ker :confused:


kalau termasuk spread pun baru 8 pips bro ... :D
 

bujal38

freshman
Joined
Feb 25, 2007
Messages
26
Points
1
Seperkara lagi kepada yg dah belajar, harap masih terus menghubungi saya terutama di e-mail. Tinggal beberapa bulan saja lagi untuk saya mengajar. Lepas tu saya nak monitor setiap individu yg dah berlajar secara berkumpulan. Lagipun tahun depan strateginya berbeza. Kelemahan utama kita adalah ekuiti. Mungkin tahun depan kita akan trading secara berkumpulan dgn berberapa akaun yg besar. Teknik yg hampir sama tapi mode akan berubah. Mode akan hampir sama dengan Profesional trader. Mungkin lepas ni profitnya sederhana tapi pressure & risikonya jauh lebih rendah. Tidak perlu terkejar-kejar & ketika itulah anda semua akan sedar bahawa dpt beratus-ratus pips setiap hari itu adalah angan-angan semata-mata. Bahawa kebanyakkan e-book yg anda baca itu indah khabar dari rupa. Sebenarnya Pro Trader hanya memerlukan beberapa puluh pips saja. Sama seperti yg dah saya ajarkan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxx
 

mdzam99

freshman
Joined
Jul 17, 2007
Messages
5
Points
1
Assalamualaikum bro myguide dan semua.

Apa yang dapat saya katakan disini bahawa, sesuatu yang amat berharga telah diberikan oleh myguide pada saya. 10 - 20 pips adalah lebih baik dan kurang risiko daripada 100 - 200 pips. Terus-terang, sekarang ni memang saya dapat trade dengan tenang dan yakin.

Terima kasih sekali lagi.

Zamri
 

cikapot

freshman
Joined
Jul 26, 2007
Messages
7
Points
1
Age
41
terima kasih...boleh tambah lagi dalam aku punya panduan ni...pasal waktu-waktu tu...lama dah tinggalkan masuk pasaran ketika waktu rancak.Sebab terpengaruh dengan analisis yang sentiasa membuatkan aku meneka-neka seperti main tikam-tikam.patut la loss je memanjang.


nak tanya la,kalau join crown forex tu kita patut ambil yang regular atau mini kalau ada modal rm5000 tu?-->ditujukan kepada myguide07.
 

HerbaRimba

Newbie
Joined
Oct 21, 2006
Messages
174
Points
16
nak tanya la,kalau join crown forex tu kita patut ambil yang regular atau mini kalau ada modal rm5000 tu?-->ditujukan kepada myguide07.

Ditujukan kepada myguide07 je ke?? Kalau anak murid dia nak jawab camna?? :) Abis tu lepas ni kalau myguide07 dah takde, camna nak jawab??

P.S: Baik gi kursus secara depan2 ngan dia je. Segala persoalan akan terjawab. Ambik je peluang ni sebelum dia menghilang diri....
 

myguide07

freshman
Joined
Feb 14, 2007
Messages
20
Points
1
Assalamualaikum & salam Sejahtera,

Masanya telah tiba & saya dengan ini mengambil keputusan untuk mengundur dari thread & forum ini. Yg bermula tetapkan berakhir. Lagipun matlamat saya sudah tercapai.

6 bulan dalam forum ini, berbagai ragam saya temui. Cukuplah sampai di sini perjuangan ini. Saya tak mahu mengajar lagi. Anak murid yg sedia ada pun dah ramai. Rasa macam terabai pulak. Memang rasa banyak yg nak ditulis lagi tapi bila fikir balik betapa ramai yg sanggup belajar keluar duit sendiri, terpaksa saya batalkan saja niat sebelum ini. Terasa seperti tidak menghargai mereka.

Untuk itu saya terpaksa mengakhiri thread ini dalam forum WC. Terima kasih kepada tuan rumah kerana diberikan ruang & kesempatan menulis bicara di sini. Mohon jutaan ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa atau menyakitkan hati pihak-pihak tertentu. Sebagai manusia, kita takkan lari dari kesilapan.

Terima kasih untuk semua yang sering mengikuti thread ini. Terima kasih juga dengan ulasan yg adakalanya umpama penawar mahupun racun. Mungkin dengan pengunduran ini akan memuaskan hati pihak-pihak tertentu. Sebab itulah segala penulisan saya sebelum ini turut pergi bersama saya. Sesungguhnya saya tak mahu ianya dinilai sebagai penulisan tetapi sesuatu yg boleh tersemat dlm ingatan.

Saya tidak akan mengajar lagi. Cukuplah......... Macam-macam masalah, skandal, penipuan & krisis yg saya temui. Satu pengalaman yg cukup menarik . Semoga perjalanan seterusnya lebih baik.

Kepada mereka yg pernah bersama saya mengharungi pahit maung Forex ini, harap terus hubungi saya. Begitu juga kepada mereka yg pernah belajar. Sekarang bagi saya bukan waktu belajar lagi, tapi waktu mengharungi lautan gelora trading ini. Kembali dengan sepenuh hati. Tidak ada penjelasan lagi tapi hanya tindakan & kepantasan fikiran untuk menempuhnya.

Untuk semua yg pernah belajar bersama, MASA SUDAH TAMAT UNTUK E-BOOK. Ini masa praktikal. Hubungi saya terus sebab selepas ini kita perlu bergabung tenaga mengharunginya. Banyak perubahan akan berlaku. Bersedialah untuk bangun kesekian kalinya, teruskan berusaha, sekuat & segagah mungkin.........

Kejayaan itu ada.........Cuma kita belum memperolehinya. Percayalah...... Sesungguhnya.... Dlm kemiskinan itu ada kesabaran, ada kekuatan.... Sesungguhnya.... Hanya mati yg menentukan kita sudah berjaya atau gagal.
Kuatkan semangat & tawakal.... Selagi kita tidak berhenti berusaha dan selagi kita menurut segala arahanNYA nescaya diberikanNYA sesuatu agar kita terus tunduk & akur kepada kehendakNYA............

SELAMAT MAJU JAYA.

MYGUIDE07.

.....................................THE END...................................................
 

mdzam99

freshman
Joined
Jul 17, 2007
Messages
5
Points
1
Berita yang menyedihkan untuk bagi mereka yang belum belajar ngan myguide, anda telah melepas peluang keemasan dalam forex.

Sebagai sedikit bukti, silalah lihat attachment.

Terima kasih.

Kalau sapa-2 yang berkenan nak dapatkan hasil kerja saya dengan ilmu myguide, buzz saya kat ym, mdzam99.
 

abgtze

freshman
Joined
May 20, 2007
Messages
2
Points
1
salam semua,

sejak aku belalajar ngan myguide, ni baru aku masuk semula thread ni, sayang...dia telah pergi.....
 

Amirsejati28

freshman
Joined
Mar 25, 2007
Messages
7
Points
1
Saya pun nak ucap terima kasih kat tuan punya forum kerana diberi peluang mengisi ruangan di sini. Lepas ni pun saya tarik diri dari forum ni sebab cikgu pun dah beransur.

Mintak maaf jugak kalau apa2 yg saya cakap menyinggung sapa-sapa. Untuk anak-anak murid tu kena selalu keep in touch selalu dengan dia. Saya tahu lepas ni dia akan buat sesuatu yg berbeza. Jadi jangan lepaskan peluang sebab saya pernah melaluinya dulu. Jgn hilang kepercayaan dan keyakinan diri. Saya pun jatuh berpuluh kali tapi dia tetap mcm tu. Buat derk je. Masih boleh senyum & ketawa walau tengah rugi sebab dia selalu buat recovery begitu cepat tanpa ada orang perasan.

Ikut je arahan dia selepas ini. Memang betul sebenarnya dlm trading ni tak boleh bagi muka kesian. Kita kena disiplin tinggi. Takde istilah oppss, alamak atau sori. Saya dulu pun byk pertikaiannya tapi dia trading secara tegas. Kalau dia kata masuk trading, ikut je. kalau dia kata keluar pun ikut je. Budaya kerja dia lain dari apa yg kita amalkan.

saya tahu byk benda yg bersarang dlm kepala yang dia nak buat. Jgn terkejut la lepas ni kalau dia mintak anak2 murid dia senaraikan belanja, hutang & tanggungan semasa setiap bulan. Dia akan control tu semua. Jgn mimpi la nak tukar kereta ke atau apa-apa je sebab memang misi no 1 ialah membebaskan diri dari dibelenggu hutang yg berpanjangan. Nak buat apa pun kena mintak permission dia sebab memang dia akan "trade" kan akaun gabungan tu sendirian.

saya pun tahu kita takde kekuatan ekuiti sebab itulah kita bergabung tumpang akaun orang yg besar. Maknanya peluang kejayaan lebih tinggi. Dia nak besarkan ekuiti semasa kita dan dlm masa yg sama kita kena sentiasa bersedia. Layan je demo akaun tu betul-betul sebab jgn terkejut bila tiba-tiba je dia suruh kita sendiri sambung trading.

Bersedialah berjuang sebaiknya. Dia nak komitmen penuh dari sapa-sapa yg nak terus trading bersamanya & jgn terkejut bila tekniknya jauh berbeza dari apa yg kita belajar. Seperkara lagi jgn kusutkan dia dengan pertanyaan itu & ini time tengah sibuk trading. Tengok je result dlm account nanti.

Saya faham kenapa dia tiba-tiba berhenti mengajar, sebab dah cukup tempoh, dah capai sasaran berapa ramai yg nak belajar dan dia nak tengok siapa yg boleh survive bertahan & tak banyak songeh. Saya pun faham ada orang tu belajar baru beberapa hari, tau-tau je rugi terus tulis macam2 kat dia. Tu mulut tak mau jaga la tu. Memang dia tak balas. Dia diam je tapi jangan harap la dia nak tolong bila recovery nanti. Yang betul-betul berdisiplin je yg akan terus bersama dia.

Sebab tu untuk anak-anak buah dia. Ikut perkembangan semasa selalu. Macam-macam yg dia buat nanti. Ingat ke kisah si "VIOS RM8,000" tu dulu. Perasaan saya cukup kuat mengatakan dia akan buat lagi tapi dekati dia selalu. Orang terpilih je dia layan. Sebab tu dia tak mau mengajar lagi, nak tumpukan pada mereka yg pernah belajar saja. Lepas ni nanti ramai akan faham kenapa saya memecilkan diri, tak mau cerita itu ini. Sebabnya dia nak kita bersyukur. Dah dapat dok diam-diam. Nanti ramai yg datang nak ambil kesempatan je.

what ever happen pun kena bertahan. Tuhan takkan menyeksa kita selalu untuk buat kita setia kepadaNYA, adakala dia berikanNYA ganjaran mengikut masa & pengorbanan. Sebab tu kena berdoa selalu & jgn kecewa bila gagal. Kena terus dan teruskan lagi.

Itu je dari orang macam saya. Semoga kita berjaya memperbaiki diri. Buangkan sifat irihati, negatif & lemah semangat. Buat apapun cuba buat seperti hari kita dapat gaji. Semangat je.

jumpa lagi. Bye.
 

watakutama

freshman
Joined
Mar 5, 2007
Messages
230
Points
16
amir...sayu baca ko punya tulisan...patutlah cikgu ada call aku....tanya something.betul cakap ko...displin kena kuat...ikut cara awal yg diajar mmg takkan rugi...cuma lambat sikit je...aku mengambil tempoh 4 minggu untuk balik modal tanpa rugi apa...alhamdulillah..
 

adi

freshman
Joined
Mar 20, 2007
Messages
13
Points
1
aku ni rasa sedih jugak sebab ilmu forex ni aku dapat kat sini dgn bro myguide termasuk la korang semua... siapa lagi kat sini yg sanggup dan sedia nak ajar pasal forex ni kat aku cam dia...?? payah dah nak cari... well takpa... bro myguide pun ada plan terbaru... aku akan follow je... tapi di suasana baru laaa...

harap kita semua masih dapat keep in touch... ada banyak perkara lagi boleh kita kongsikan bersama di sini...

tq wangcyber...!!
 

blalang

Newbie
Joined
Jan 13, 2007
Messages
352
Points
16
Nampaknya muguide mengundur diri bersama anak muridnya. Tapi aku salah seorang anak muridnya masih stay kat sini pasal forex dan IM dua-dua aku layan..

Forum ni mmg bagus sbb ramai sifu kat sini.
 

mtkyii

freshman
Joined
Jun 15, 2007
Messages
9
Points
1
Berita yang menyedihkan untuk bagi mereka yang belum belajar ngan myguide, anda telah melepas peluang keemasan dalam forex.

Tapi yang terkilannya, kenapa dia deletekan semua post? Jika tidak, sekurang-kurangnya dapat dijadikan rujukan oleh orang yang "lemah jiwa" cam saya..... bahasanya seolah-olah mempunyai kekuatan yang tersembunyi....

Lagipun, supaya suatu masa, orang akan mengatakan "rupanya benar apa yang myguade tulis tu...."
 
Top