Munif Hijjaz Trading Berinsentif (MHTB)

Joined
Jan 13, 2008
Messages
155
Likes
0
Points
16
Offline
#1
Munif Hijjaz Trading Berinsentif
15 Mac 2016 - 15 November 2016

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana program MHTB kini telah berusia 7 bulan... masih mentah dan muda lagi tetapi telah berkembang dengan lajunya sejak ia dilancarkan.

Sistem MHTB ini telah mengubah landskap perniagaan Munif Hijjaz Sdn. Bhd. dari trading biasa yang dijalankan semenjak 6 tahun lalu ke Trading Berinsentif (MHTB). Penukaran konsep ini telah membawa pelbagai kelebihan kepada syarikat, Trader, agen dan juga pengguna (ahli). Semua dapat menikmati kelebihannya.

--- Post updated ---


Arabic Gum merupakan sejenis getah yang keluar dari pokok Acacia Senegal dan Acacia Sayel berbentuk kristal yang banyak terdapat di Negara Sudan. Acasia Senegal adalah jenis Arabic Gum yang terbaik dan biasanya digunakan untuk makanan tambahan kesihatan dan dalam industri-industri pemakanan dan perubatan. Manakala Acacia Seyal pula biasanya digunakan untuk industri-industri lain.

Ada juga pendapat yang mengatakan terdapat tafsir Al Quran mengaitkan Al Manna yang disebut dalam surah Al Baqarah ayat 57 merupakan Arabic Gum.

Di dalam tafsir Ibnu Kathir dicatakan pandangan Ibnu Abbas Radiallahuanhu, menurut satu pandangan Ibnu AbbasRadiallahuanhu al-Manna adalah getah yang keluar dari pokok, dan menurut Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran yang berguru dengan Saidina Ali Radiallahuanhu dan kemudiannya dengan Ibnu AbbasRadiallahuanhu, mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah "as-Samghu".

As-Samghu adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud getah yang keluar dari pokok. Al-Manna jadi makanan yang berkhasiat bagi kaum Bani Israil, ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur dalam minuman untuk menjadikan air minuman tersebut segar dan berkhasiat.

Sebahagian pengkaji meyakini bahawa getah yang keluar dari pokok tersebut adalah Gum Arabic atau getah Arab ini. Tafsiran ini bukanlah satu-satunya pengertian yang dikemukakan, tetapi apabila melihat kepada manfaat dan kebaikannya, tafsiran ini dirasakan mungkin menepati pengertian bahawa As-Samghu atau Gum Arabic ini adalah salah satu daripada al-Manna diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya.

Dalam satu hadis Rasulullah SAW, Baginda bersabda "Kam'ah itu sebahagian daripada al-Manna dan airnya ubat bagi mata.Ajwa (kurma) dari syurga dan ia penawar bagi racun" (Hadis Sahih riwayat Ibnu Majah.Daripada hadis tersebut dapat difahami bahawa al-Manna yang diturunkan kepada kaum Nabi Musa AS bukan satu sahaja, tetapi adalah beberapa jenis makanan. Kita di Malaysia kenali sebagai gam Arab, dalam bahasa Inggeris ialah dikenali sebagai Gum Arabic dan Arabic Gum.
 
Top