Mukhriz dipercayai MENANG, kira semula undi

alan

Senior
Joined
Aug 20, 2008
Messages
7,630
Points
38
Khairy Ketua Pemuda Umno

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno dengan memperoleh 304 undi.

Sementara jawatan Naib Ketua, dimenangi oleh ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim, 417 undi.

Keputusan itu sekaligus Khairy meneruskan tradisi seorang Naib Ketua mengambil alih jawatan Ketua Pemuda Umno.

Dua lagi pencabar beliau,bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo memperoleh 254 undi manakala ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapat 232 undi.

Ketika Khairy menyampaikan ucapan penggulungan petang tadi wujud suasana tegang di antara penyokong-penyokong Khairy dan Mukhriz di aras 1 bangunan PWTC.

Mukhriz dipercayai menang, kira semula undi

Keputusan tidak rasmi menunjukkan, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menang jawatan Ketua Pemuda Umno.

Bagaimanapun, proses pengiraan semula undi sedang dijalankan.

Sejak petang tadi, pelbagai spekulasi kedengaran meramalkan kemenangan dua lagi calon jawatan nombor satu pergerakan itu.

Ada yang mengatakan Khir Toyo yang juga bekas Menteri Besar Selangor dan Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda turut berpeluang memenangi persaingan tiga penjuru tersebut.

Sementara itu, penyokong ketiga-tiga calon dilihat cuba meraih undi daripada perwakilan dengan pelbagai cara disaat-saat akhir.

Sementara itu, ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim dipercayai menang jawatan Naib Ketua Pemuda.http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/3/25/mstar_berita/20090325220632&sec=mstar_berita


------------------------------------------------------------
Mukhriz dipercayai menang, kira semula undi

KUALA LUMPUR: Keputusan tidak rasmi menunjukkan, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menang jawatan Ketua Pemuda Umno.

Bagaimanapun, proses pengiraan semula undi sedang dijalankan.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/3/25/mstar_berita/20090325220632&sec=mstar_berita
 
Last edited:

kaiba910

Newbie
Joined
Oct 29, 2006
Messages
3,558
Points
36
Huhu....ni kire banyak kali ni mesti sebab dah terlalu dekat....mesti sengit la ni...
 

alan

Senior
Joined
Aug 20, 2008
Messages
7,630
Points
38
Alamak! Betol2 pertandingan yg sgt sengit!

mana yg betul ni?

---------------------------------
Khairy wins Youth post

By Adib Zalkapli and Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, March 25 - Khairy Jamaluddin today won the contest for the Umno Youth chief post.

The former Umno Youth deputy chief obtained 304 votes while his rivals Datuk Mukhriz Mahathir obtained 232 votes and Datuk Seri Mohd Khir Toyo 254 votes.

The contest has been widely seen as the proxy battle between former premier Tun Dr Mahathir Mohamad and Datuk Seri Abdullah Badawi.

Khairy's victory is the clearest sign yet that Mahathir's effort to influence the outcome of party elections has failed.
http://m.themalaysianinsider.com/articles.php?id=21306
 

alan

Senior
Joined
Aug 20, 2008
Messages
7,630
Points
38
Muktamad! KJ Menang

Rasanya kuasa desakan Mahathir selama ini dah tak berapa berkesan.....

Apa2 pun pewakilan telah pun membuat keputusan mereka.

Majority win..

-------------------
Khairy Jamaluddin is new Youth chief

Khairy Jamaluddin has snatched victory from the jaws of defeat by winning the much-coveted Umno Youth chief tonight. http://www.malaysiakini.com/news/100947
 

kodin

Senior
Joined
Jul 6, 2006
Messages
968
Points
18
hmm.. kalau tgok calon2 nye, antara kj dgn mukhriz, yg bersih sememangnye mukhriz..

ada something wrong dgn perwakilan sbb pilih kj.. hmm..

harap kat najib jela.. harap2 tak bg die jd menteri
 

zaki77

freshman
Joined
Sep 4, 2007
Messages
231
Points
16
betul ke mukriz menang? Takkan khairi tak memberi cabaran. Khir Toyo? Biar betul ni
 

joko

freshman
Joined
Mar 7, 2009
Messages
102
Points
18
nmpknyer impian kj nak jd pm termuda makin luas...
skali lagi wang mengatasi segalanya...
 

kaiba910

Newbie
Joined
Oct 29, 2006
Messages
3,558
Points
36
nmpknyer impian kj nak jd pm termuda makin luas...
skali lagi wang mengatasi segalanya...
Ade involve wang ke? Kalau gune duit....x rasa peluang mukhriz lagi cerah ke?

Zaki77, KJ la mng
 
Top