Mudah vs Lelong

Anda suka beli barang di Mudah atau Lelong?

  • Mudah.My

    Votes: 7 41.2%
  • Lelong.My

    Votes: 10 58.8%

  • Total voters
    17

laser

Newbie
Joined
Apr 2, 2010
Messages
2,031
Points
0
kalau beli barang, kat lelong.my lebih secure kecuali kalau kita beli COD, boleh la guna mudah.my

kalau nak jual barang, kat mudah.my lebih senang sebab memang mudah dan tak kene fee..
 

Nastrade

Newbie
Joined
Jan 5, 2008
Messages
403
Points
16
Tengok atas barang. Kalau harga 2 3 ribu ke bawah, biasanya gunakan lelong.com.my. Kalau atas dari itu biasanya guna mudah.my.

Lelong.com.my kena tengok reputasi dan feedback seller baru yakin.

Mudah.my senang nk deal face to face walaupun banyak scammer. Wallahuallam ...
 
Last edited:

webdok

freshman
Joined
Aug 12, 2009
Messages
115
Points
18
aku suke lelong.my....mudah.my byk scammer la bro
 
Last edited:

fsyukri

freshman
Joined
Jun 18, 2010
Messages
302
Points
18
pandangan pembeli:
1. dari sudut secure, lelong.com.my adalah lebih selamat kerana setiap penjual mesti berdaftar dan perlu kemukakan dokumen seperti IC atau lesen perniagaan utk mendapatkan verified member. lagipun, pihak lelong juga menyediakan perkhidmatan safe-trade di mana lelong sndiri menjadi org tengah dalam urusan jual beli.
2. mudah.my sesiapa sahaja boleh menjual barang samaada melalui peribadi atau melalui pro niaga. jadi, agak ramai jugaklah scammer dalam ni. so, beware.

pandangan penjual:
1. lelong tidak perlu menunggu sesiapa approve iklan anda. sekali anda post, terus keluar. walaubagaimanapun, setiap iklan berbayar kebiasaannya terletak pada bahagian atas. iklan free... mm... bawaaaaaaaaaaaaahhh skali.
2. mudah perlu tunggu kelulusan pihak mudah. kadang2 asyik kene rijek je iklan. byk kategori produk tidak dibenarkan dalam mudah. iklan free dan kedudukan anda di atas bergantung pada masa dan waktu anda post iklan anda. iklan terbaru duduk paling atas...
 

Booz

Newbie
Joined
Dec 31, 2009
Messages
1,317
Points
36
Saya setuju pandang Bro Fsyukri, Lelong telah dipasaran selama 10 tahun, mudah hanya famous dengan iklan yang kuat. Bagi saya, lebih suka beli/jual barang dekat lelong :)

p/s : lelong adalah lebih hebat dari Ebay dalam pasaran Malaysia
 

zall

Senior
Joined
Sep 22, 2006
Messages
1,040
Points
38
lelong - barang komputer, notebook, handphone, camera dll..
mudah - selain barangan di atas...
 

shuth

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,936
Points
48
kalau nak beli barang online... saya lebih suka guna lelong..
di mudah lebih kepada localize dan lebih kepada offline sales..
maksudnya, urusan belian/bayaran secara offline..
malah.. ia lebih banyak yang berbentuk perkhidmatan..
macam cat rumah, plumbing, kitchen kabinet dan sebagainya..

pernah juga nak try jual barang secara online di mudah..
tapi iklan asyik kena reject... rupa-rupanya memang tak boleh jual
barang secara online di mudah.. kecuali kalau buka akaun pro niaga..
 

Luqman-S

freshman
Joined
Dec 16, 2006
Messages
906
Points
18
Saya guna mudah. SEbab apa? Lokasi. Saya kurang suka nak tunggu2 barang (pos). Jadi, macam saya area KL, cari area KL, dapat iklan, terus call. Jumpe. :D

Tak dinafikan banyak jugak scammer di mudah. Saya salah seorang mangsa penipu.
Kalau barang yang saya tak jumpe kat mudah, baru saya ke lelong, kemudian ke ebay malaysia.
 

fsyukri

freshman
Joined
Jun 18, 2010
Messages
302
Points
18
kalau nak beli barang online... saya lebih suka guna lelong..
di mudah lebih kepada localize dan lebih kepada offline sales..
maksudnya, urusan belian/bayaran secara offline..
malah.. ia lebih banyak yang berbentuk perkhidmatan..
macam cat rumah, plumbing, kitchen kabinet dan sebagainya..

pernah juga nak try jual barang secara online di mudah..
tapi iklan asyik kena reject... rupa-rupanya memang tak boleh jual
barang secara online di mudah.. kecuali kalau buka akaun pro niaga..
shuth, xsmua brg nak dijual perlu buka akaun pro niaga...
mungkin apa yg shuth nak jual tu, xlepas syarat2 mudah...
 

jurina

freshman
Joined
May 21, 2009
Messages
38
Points
6
Tak pernah beli barang di Lelong, biasa beli dan jual di Mudah. Pernah juga kena tipu kat mudah....duit dah bayar...barang terus tak sampai2.....rasa nak cuba kat lelong pulak lepas nie.
 

dAzz

freshman
Joined
Oct 11, 2009
Messages
193
Points
18
aku pernah membeli di mudah.my tp tak pernah menjual di mudah.my (cuba iklan tp x lepas-lepas)

di lelong pula aku pernah membeli dan menjual.

dari aspek pembeli, kedua-duanya nampak berada di tahap yang sama. so, kalo nak membeli tu rasa-rasanya dua-dua tu ok.
 
Top