Dalam Negara MRSM khusus untuk anak polis akan dibina

Net

Staff member
mod
Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,929
Points
38
2516azy1.transformed.jpg

AHMAD Zahid diiringi Datuk Sim Kuih Hian ketika tiba di Briged Sarawak PGA, Batu Kawa. FOTO Khairull Azry Bidin

Kuching: Kerajaan akan membina Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perak yang khusus untuk anak pegawai dan anggota polis di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembinaan MRSM itu bertujuan untuk memastikan kebajikan anak anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus terbela.

"Melalui pembinaan MRSM baru ini, keutamaan kemasukan pelajar akan diberikan kepada anak anggota PDRM.

"MRSM ini akan dibina di kawasan tanah seluas 20 hektar, tapak lokasi akan dimaklumkan kemudian. Ketika ini tender sudah diberikan kepada kontraktor dan pembinaan akan bermula Jun ini," katanya ketika Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Pasukan Gerakan Awam Briged Batu Kawa di Kem PGA Sarawak, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman. - Metro
 

kecik_007

Senior
Joined
Mar 29, 2009
Messages
4,714
Points
38
Age
41
nak buat kat Perak, bagi bagitahu kat kawasan PRN.....+Ehem+
 
Top