Modal untuk islamic tshirt

Lamanutama

freshman
Joined
Dec 5, 2009
Messages
682
Points
16
ASSALAMMUALIKUM


Saya ingin Meminta Bantuan Abang Abang Otai Atau Seangkatan dengan nya.
Saya ingin memulakan Bisness Baju Islamic. Tetapi menghadapi kesukaran untuk mendapat
Modal. Jadi saya ber harap ada di antara abang abang dapat memberi saya ******** untuk memulakan
Perniagaan saya.

Ramai antara orang yang nak membeli berminat untuk dapatkannya. Tetapi saya tidak ada modal untuk keluarkan modal untuk baju tersebut.

Antara Design yang telah saya Buat.

View attachment 17258View attachment 17259

Harga Baju tersebut adalah RM35. Dan Berkualiti baik.

Saya Disini ingin memohon Dana dari Abang Abang Otai Sebanyak RM300. Insyallah Dalam masa sebulan Duit tersebut akan dipulangkan sebanyak RM450-RM500 Berdasarkan keuntungan saya.

Dan setiap helaian baju yang dijual Abang Abang akan mendapat RM5 untuk sehelai. :D

Saya berharap ada abang abang diluar sana dapat membantu saya. dan saya berjanji akan membantu balik abang. Insyallah :)
 

mustaqim

freshman
Joined
Dec 26, 2010
Messages
700
Points
18
Kalau modal kurang boleh cuba seperti contoh di bawah..

1- Buka tempahan sehingga 10/6/2014, bagi tahu sekali bila baju akan siap
2- Ambil bayaran pendahuluan atau deposit dari customer yang berminat
3- Selepas tempahan ditutup, guna duit tu untuk cetak dekat supplier
4- Selepas siap.. bagitahu customer dan baju akan di pos dalam masa berperingkat
5- Bagi tracking no kepada customer

* Boleh juga applikasikan kepada bisnes2 lain yang berkaitan...
 

RezekiIllahi

freshman
Joined
May 4, 2014
Messages
8
Points
0
Mustaqim. Tak boleh. Kebanyakan Custermer saya tak dapat tunggu. mereka inginkan baju terus, Tidak Mahu Pre order :)
 

shuth

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,936
Points
48
yup..buat pre-order..
kalau ada orang tempah maknanya baju tu ada permintaan.

tapi kalau takde orang tempah.. mungkin orang tak berminat dengan baju yang dihasilkan.

ini sekaligus dapat mengurangkan risiko.
bayangkan kalau dah cetak banyak2.. sekali tengok, takde sape pun yang nak beli.
kan dah rugi nanti.. :)
 

RezekiIllahi

freshman
Joined
May 4, 2014
Messages
8
Points
0
shuth. Orang ada yang berminat . Persoalan pertama yang mereka ajukan. Pre order atau Dapat terus ni?
Mereka jadi kurang yakin. Lepas saya cakap Pre-order. Mereka kata Terima kasih. Jadi. saya hilang Prospek saya.
Sebab itu saya perlukan modal untuk mencetak baju tersebut dahulu.
 

reezluv

Senior
Joined
Jun 5, 2006
Messages
4,115
Points
38
Pengalaman saya yang pertama kali jual tshirt di facebook...

untuk niche tshirt ni ada groupnya..jadi promote pre order baju di mana-mana group yang berminat dengan niche islamik ni..Pertama kali saya buat, tshirt design cuma teks sahaja...saiz A3..

Keuntungan dah tolak kos - RM10 bagi satu baju...

Saya deal dengan supplier tersebut dan dapat tahu berapa lama baju akan siap dan juga berapa deposit yang diperlukan...dalam description promo tu saya maklumkan yang baju ni saya buat 'pre order'..saya kumpulkan senarai order mengikut saiz,dan mereka setuju..dengan bayaran penuh...saya pun buat order, dan dah siap, saya update terus kepada pembeli melalui fb sahaja..

Kalau depa nak tu, boleh je cari buyer...tapi lepas tu saya tak buat dah,sebab saje je masa tu saya nak try..tak buat sebab masa takde nak gi pos..sebab saya tahu, demand memang tinggi disamping saya ni tak berapa berkenan nak deal dengan karenah orang yang tak sabar tu..:D
 

Lamanutama

freshman
Joined
Dec 5, 2009
Messages
682
Points
16
Seharian saya menanti untuk otai otai pos. alhamdulilah ada juga,

abang Reez betul kawan saya seronok meniaga sekarang ni abang. Untung boleh sampai RM5k sebulan. padahal student jea
Saya sekarang nak perlukan modal permulaan. untuk perkenalan produk saya. saya berharap sangat abang reez kita dapat membantu saya.
sedikit kewangan sebanyak rm200
 

Gagry

freshman
Joined
May 23, 2014
Messages
15
Points
0
Tunggu keputusan.
9.jpg

8.jpg

10.jpg

11.jpg
 
Last edited:
Top