mlm halal @ haram

abg_x

freshman
Joined
Dec 14, 2006
Messages
2,030
Points
38
Just nak jawab soalan Muax:

Score A mahal?:

Ini adalah perbandingan pembelajaran menggunakan Score A. Cuba bandingan dengan tuisyen (semua subjek boleh dapat ke harga cam tu?)

Kos 1 pelajar (anak) sebulan untuk semua subjek (ada 1 anak):
RM 168 / 3 bulan / 1 orang = RM 56.00 sebulan

Kos 1 pelajar (anak) sebulan untuk semua subjek (ada 2 anak):
RM 168 / 3 bulan / 2 orang = RM 28.00 sebulan

Kos 1 pelajar (anak) sebulan untuk semua subjek (ada 3 anak):
RM 168 / 3 bulan / 3 orang = RM 18.67 sebulan

Kos 1 pelajar (anak) sebulan untuk semua subjek (ada 4 anak):
RM 168 / 3 bulan / 4 orang = RM 14.00 sebulan

Kos 1 pelajar (anak) sebulan untuk semua subjek (ada 5 anak):
RM 168 / 3 bulan / 5 orang = RM 11.20 sebulan

Mahalke? Tak mahal ler...

2. Score A bukan binary kerana kalau 1 leg sahaja bergerak still dapat income: K-reward 20%. Kalau binary, kena kiri kanan gerak.
 

robotys

freshman
Joined
Jan 23, 2006
Messages
109
Points
18
ISLAMIC ECONOMICS FORUM

presents

MULTI LEVEL MARKETING........HARAM??

Venue:

Experimental Hall , IIUM Main Campus ,Gombak

Time:

8.00 pm - 11.00 pm

Date:

21 FEBRUARY 2007 ,RABU

Speakers:

1) Ustaz Zaharuddin(Setiausaha Majlis Penasihat Asian Finance Bhd)

2) Assoc. Prof. Dr. Naemah Amin (Pakar Undang-Undang Konsumer ,Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Law , IIUM)


Dianjurkan oleh:
DNT & BESC Economics and Management Sciences

Percuma..terbuka kepada semua lapisan masyarakat

sila hubungi fahmi :0126377052 untuk maklumat lanjut



http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=15425

Insyaallah saya akan pegi.. and insyallah saya akan "laporkan" penemuan2 dan hasil perbincangan/ceramah tersebut. Kalau nasib baik, mungkin saya boleh dpt wat podcast... saper nak, angkat tangan! :)
 

Kasimo Aloi

Newbie
Joined
Feb 7, 2007
Messages
5,347
Points
38
mcm mn klu ms kita cari dline 2 kita terangkan plan pemasaran dulu n then baru terang kebaikan produk...... di sini tujuan utama bkl dline 2 nak cari pendapat smpngan shj... tp produk still guna lg ar........
 

befree&open

freshman
Joined
Mar 30, 2007
Messages
88
Points
6
mcm mn klu ms kita cari dline 2 kita terangkan plan pemasaran dulu n then baru terang kebaikan produk...... di sini tujuan utama bkl dline 2 nak cari pendapat smpngan shj... tp produk still guna lg ar........

Jgn sempitkan minda dgn mengharamkan yg halal dan menghalal yang haram...
Apa tujuan nak berniagaan ... nak buat / cari duit lebih ......
Nak cari duit lebih ... banyak yg haram dri yg halal....
Jgn lupa asas nya....

Tidak tipu, tidak menginaya org.... tidak main 4-D,(tak kiralah apa 4-D selakipun.....)...
Bukan skim cepat kaya.... Tapi perniagaan yg membolehkan seseorang itu jadi cepat kaya....
Ada pemjual dan pembeli.... harga dipersetujui... tak kira berapa hargapun...
tidak ada riba.... Ini yg payah... kalau perniagaan cara kredit...
lebih2 kena tanya yg pakar ttg hukum hakam.... Maaf saya bukan orgnya....
 

pakdi

freshman
Joined
Jan 6, 2006
Messages
127
Points
16
Apa yang saya baca tentang persoalan-persoalan hukum MLM yang ditulis setakat ini masih belum membincangkan hukum MLM yang tulen secara mendalam. Kebanyakannya masih bersifat untuk membezakan skim MLM penipuan dan perbincangan yang masih bersifat surface dan perbahasan yang masih belum cukup matang.

Sama ada ia perlu dibincangkan secara mendalam atau tidak, saya kurang pasti keutamaanya. Tetapi sekiranya ada diantara ilmuwan kita yang mahu mengkaji mengenai MLM yang tulen dan hukumnya disisi Islam, saya pasti satu buku tebal dapat diterbitkan, dan bukan hanya satu artikel yang ringkas.

Dipetik dari Demam... Hukum MLM
 

admiralz

Senior
Joined
Jun 20, 2006
Messages
264
Points
18
Age
47
Wahhh bertegang urat nampaknya... tahniah kerana ingin berkongsi maklumat tentang hukum hakam... apabila semua orang berbicara tentang hukum bermakna masih ada lagi orang kita yang mengambil berat tentang hukum... itulah cantiknya Islam... setiap perkara ada hukum hakam nya...

Bagi saya, dalam urusan jual beli kita tidak diharuskan untuk mengusul jika si penjual beragama islam yang mukallaf..iaitu orang islam yang mengamalkan islam sebenar...benarnya. Bukanlah org islam yang tahu halal haram.. tapi tidak mengamalkannya.

Persoalan halal haram memang amat relatif... kecuali yang memang termaktub dalam Al-Quran.

Mungkin ramai tidak sedar... sesuatu pembelian/jualan [email protected] halal boleh menjadi haram. Contohnya kita membeli ayam di pasar.. sekiranya kita was-was tentang sembelihan ayam tersebut... maka kemungkinan hukum halal ayam tersebut akan berubah. Begitu juga membeli atau menjual tanpa akad... maka belian/jualan tersebut akan menjai tidak sah... bila tidak sah...maka haram la...

Begitu jugalah dengan Niat... jika memang berniat untuk menganiaya orang... lebih-lebih lagi sesama islam... maka hasil jualan tersebut menjadi haram.... ingatlah.. kita orang islam mempunyai tanggungjawab terhadap saudara sesama islam... menganiaya orang islam, seumpama memakan daging saudara kamu sendiri.

Islam mempunyai kaedah tersendiri dalam perkara Muamalat... sekiranya hukum fekah pun masih ramai yang masih keliru...lebih lagi la jika disentuh perkara tasauf/perkara lain yang lebih mendalam.....

MLM halal ke haram?...eemmmm
 

befree&open

freshman
Joined
Mar 30, 2007
Messages
88
Points
6
Yang Jelasnya yang Haram tetap haram...
Yang halal tulah halal.... tetapi jika yang halal jadi tak pasti (was-was) jatuh haram...
Sama macam MLM Yang haram dari segi hukum banyak.. dan haram dari segi perundangan sama banyaknya....

Yang halal kita yakin halal maka halallah ia.. jgn jadikan ia was-was ia akan jatuh pd haram... Kalau yakin halal mesti disokong dgn perbuatan yang tidak menyebabkan ia diragui ...

Jadi... teruskan lah kerja yg baik dan tinggalkan yg memudaratkan.......
 

zinedine

Senior
Joined
May 3, 2006
Messages
1,002
Points
18
Sabar, sabar..Mufti Perlis tengah buat kajian mengenai MLM pulak skrg ni, sumber dari BERNAMA. Tunggu je jabatan mufti perlis akan keluarkan fatwa mengenai jenis2 MLM yg haram dan jenis yg halal. Kajian terperinci & rujukan sedang dibuat. Hasil kajian akan dibincangkan dan dibentangkan ke Majlis Fatwa Kebangsaan utk dibuat penilaian dan diwartakan. Selepas pewartaan dan fatwa dikeluarkan, terpulanglah kepada kita semua nak ikut sapa.

Pemain HYIP & pelaburan internet masih tak mau terima pengharaman benda tu walaupun Majlis Fatwa dah keluarkan fatwa. Dulu bila mufti perlis dah kelaurkan fatwa, diorang pertikai. Lepas tu mufri johor & terengganu pulak keluar fatwa, pun tak puas hati, nak tunggu majlis fatwa kebangsaan jugak. Bila majlis fatwa kebangsaan dah keluarkan fatwa, pun masih lagi cari jalan utk menolak fatwa tu, masih lagi cari jalan utk menghalalkan benda tu.

Utk MLM ni nanti, kita tunggu dah lihatlah macamana. Adakah sama keadaan pemainnya macam pemain hyip atau macamana. Tengok saja nanti.
 
Top