Miskin BUKAN ALASAN untuk Menyerah Kalah! (TAKE ACTION!=RESULT!)

zahid isa

freshman
Joined
Oct 22, 2010
Messages
103
Points
0
Rakan-rakan wc semua, mari kita ikuti kisah kejayaan adik kita yg hebat ini... saya amat KAGUM dengan SEMANGAT & USAHA beliau... SEKALUNG TAHNIAH! buat Nurul Akmal Bt. Ngah.

ANAK PENJAJA IKAN HARGAI PENGORBANAN BAPA.

Kuala Terengganu, 24 Mac - Hampir saban hari seorang bapa, Ngah Othman, 56, tidak pernah jemu menjaja ikan dengan motosikalnya dari kampung ke kampung selama 17 tahun demi menyara keluarganya.

Menyedari keperitan Ngah yang tinggal di Kampung Tok Dir di sini dalam diam, seorang daripada anaknya, Nur Akmal, 17, menyimpan niat dan tekad untuk belajar bersungguh-sungguh bagi membalas jasa bapanya itu.

Berkat doa dan kesungguhan, Nur Akmal, anak ketiga daripada enam beradik akhirnya berjaya 'menghadiahkan' bapanya serta ibu, Rakiah Sulaiman, 45, keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 9A dalam semua subjek.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Mansor dekat sini itu mendapat A+ dalam Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik selain A dalam Kimia, Biologi dan Sejarah manakala A- untuk Bahasa Inggeris.

"Saya sedih apabila mengenangkan bapa bersusah payah mencari rezeki untuk kami sekeluarga dengan menjaja ikan dari satu tempat ke satu tempat selama kira-kira 17 tahun.

"Begitu juga pengorbanan besar ibu yang tak pernah jemu-jemu membesar dan menyekolahkan kami adik beradik.

''Kini saya amat bersyukur kepada Allah atas kejayaan ini dan saya berjanji akan bantu keluarga," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini semalam. Hadir sama, ibunya Rakiah.

Nur Akmal yang bercita-cita menjadi seorang doktor seterusnya berkata, kejayaannya itu adalah hasil kesungguhannya menelaah dan mengulang kaji pelajaran tiga jam setiap hari.

Malah jelasnya, dia sentiasa memberi lebih tumpuan kepada mana-mana subjek lemah menerusi kaedah latih tubi selain tumpuan sepenuhnya ketika di dalam kelas turut mendorong kejayaannya.

"Saya tetap berterima kasih kepada guru-guru yang banyak membimbing saya selama ini dan begitu juga dorongan ibu, bapa, keluarga serta rakan-rakan," katanya yang sebelum ini turut cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah dengan mendapat 8A 1B dan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Buat masa ini, Nur Akmal bercadang untuk menyambung pengajiannya dalam bidang perubatan di Institut Teknologi Mara (UiTM) di samping turut memohon kemasukan ke universiti tempatan lain.

Dalam pada itu, Pengetua SMK Sultan Mansor, Zakaria Abd. Rahman berkata, pencapaian cemerlang Nur Akmal telah mengharumkan nama sekolah setelah mendapat 9A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Tambahnya, daripada kesemua 298 calon SPM tahun lalu, seorang pelajar mendapat 9A (Nur Akmal), 8A (seorang), 7A (seorang), 6A (lima orang) dan 5A (11 orang).
 

zulduitinternet

freshman
Joined
Nov 6, 2009
Messages
264
Points
0
selepas solat muhasabah diri,
 

SchulzCube

freshman
Joined
Dec 29, 2010
Messages
141
Points
16
Disebalik kesusahan pasti ada hikmahnya. Yang penting terus berusaha untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik...
 
Top