homemade natural
freshman
- Joined
- Jun 9, 2015
- Messages
- 1
- Points
- 1
- Age
- 35
Saya suka mengamal kecantikan secara semula jadi, seperti sabun & shampoo, atau perwarna rambut yang dibuat sendiri.
Untuk suplement, saya pilih minyak kelapa dara, atau dikenali sebagai virgin coconut oil.
Minyak kelapa dara terdapat 2 jenis, dalam bentuk pil atau cecair. Jika anda nak makan, sila pilih jenis cecair. Bentuk jenis pil adalah telah diproses oleh kilang, mingkin terdapat unsur-unsur kimia di dalam. Pilih jenis cecair dan minum dengan sudu. (biasanya 1-3 sudu sehari, lebih minum tak apa)
Jenis pil (tidak digalakkan)
Jenis cecair minyak (semakin jernih semakin bagus kualitinya)

Minyak Kelapa Dara dikenali oleh seluruh dunia sebagai Minyak Pemakanan Organik Tersihat, tapi mungkin ramai yang belum tahu lagi kebaikan & faedah VCO ini. Oleh itu, saya telah memetik satu artikal dari website: Natural Connection Resources (website: naturalconnection4u), tajuknya: What is Virgin Coconut Oil (VCO)?, dan telah pun di-translate ke BM!
Jadi Apakah Minyak Kelapa Dara?
VCO adalah minyak kelapa yang diperas secara semula jadi melalui proses dingin daripada kelapa organik yang matang. Ia beraroma halus dan wangi dan juga boleh diminum terus dengan sudu untuk kebaikan kesihatan, serta disapu pada luar tubuh badan untuk kecantikan luaran. Ia juga bahan organik tanpa unsur-unsur pengawet.
VCO berbeza dengan minyak masak kerana ia mengandungi asid lemak berantai sederhana (MCFAs), asid caprylic, asid capric dan asid lauric dan semuanya komponen-komponen baik bagi menjana kesihatan malah juga membantu menghilangkan lemak di bahagian abdomen!
Seseorang mungkin bertanggapan bahawa pengambilan minyak yang kerap akan meningkatkan kadar kolesterol atau berperut buncit; namun ini adalah tanggapan yang salah. Disebabkan VCO terdiri daripada MCFAs yang bermolekul kecil, ia amat mudah menembusi membran sel. Semasa pencernaan, nutrisi yang terlarut dalam lemak boleh diserap dengan pantas lalu ditukar kepada tenaga. Pengambilan secara kerap telah membuktikan bahawa ia memperbaiki kadar kolesterol dalam darah, meningkatkan sistem imun dan metabolisme, serta meringankan jangkitan luaran yang meliputi bakteria, kulat dan virus.
Untuk Kesihatan Harian, Pengunaan Atau Pengambilan VCO Dapat Membantu:
Untuk Diminum - 2 Sudu Besar Sehari
1. Kurangkan Berat Badan
Kurangkan saiz bahagian abdomen kerana MCFAs mampu meningkatkan kadar metabolisme dari 4% ke 12%
2. Penghadaman Lebih Lancar
Membantu menghapuskan bakteria jahat dalam usus bagi mencegah Sindrom Usus Mudah Rengsa, Sembelit dan ketidakhadaman
3. Tiroid Yang Lebih Efisien
MCTs membantu meningkatkan hormon pelindungan tiroid, progesterone dan pregnenolone bagi menyingkirkan kolesterol dan meningkatkan proses metabolisme
4. Jantung Yang Lebih Sihat
Mengurangkan risiko kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, dan sakit jantung disebabkan asid Lauric yang berkhasiat kepada jantung
Penggunaan Harian Pada Rambut, Badan Atau Bahagian Terjangkit
1. Kulit, Rambut & Kulit Kepala Yang Lebih Sihat
Sebagai pelembap dan pelindung matahari bagi kulit
Membantu masalah kulit – jangkitan bakteria, ruam kulit, dermatitis,jerawat, kedutan, ekzema, psoriasis
Menangguhkan tanda-tanda penuaan awal, kedutan dan kekeringan kulit
Boleh digunakan sebagai minyak urut
Sapu sedikit VCO pada rambut dan kulit kepala selepas dicuci untuk rambut yang lebih bersinar, kuat dan tiada kekusutan
Membantu tumbuh semula dan membekal protein penting bagi menyuburkan rambut rosak
2. Kebaikan Lain Untuk Penggunaan Luaran
Merawat jangkitan kulat seperti jangkitan ekzema dan yis kandida
Membasmi dan menyembuhkan luka dan cedera
pembersihan kulit sensitif bagi mengganti sabun
Mengurangkan kesan regangan kulit
pembersih mekap mata
Remedi semulajadi untuk ruam lampin
Sebagai pelembap bibir untuk bibir yang rekah atau berdarah
Sebagai mengatasi masalah pernafasan yang berbau untuk berkumur dalam mulut setiap hari bagi pembersihan gigi dan pengawalan bakteria
Kebaikan VCO Untuk Haiwan
Diet yang berkhasiat digaulkan bersama makanan haiwan
Membantu dalam masalah kulit – membasmi kuman cedera, menggalakkan pemulihan luka
Menghilangkan bau badan haiwan
Menghindari kutu
Melembutkan bulu haiwan
Kegunaan Praktikal Lain-lain
Di Dalam Dapur
o Memasak – pengganti minyak biasa
o Digoncang bersama minuman protein
o Sebagai glaze untuk hidangan pencuci mulut
o Baking – sebagai alternatif kesihatan untuk lelemak sayuran
Di Sekeliling Rumah
o Menggilap Perabot – menggantikan semburan habuk yang bertosik untuk menghasilkan permukaan perabot yang berkilau
o Pengilat Kereta – untuk mengilat kulit, vinil, bahagian plastik kenderaan anda
Article dipetik dan terjemah dari website: Natural Connection Resources , boleh baca full article nya di sini, tajuknya: What is Virgin Coconut Oil (VCO)?
Website ini (naturalconnection4u) juga merupakan tempat jual minyak kelapa dara secara online.