[MENJEMPUT REZEKI] 25 Minit Pikat Pelanggan

Joined
May 9, 2011
Messages
1,448
Likes
0
Points
36
Offline
#1
25 MINIT PIKAT PELANGGAN




HANYA 4 LANGKAH SAHAJA :

#1. (15 minit) 'close deal'
- Beri penerangan penuh & lengkap apa yang anda tawarkan
- Pukau dengan manfaat produk / servis
- Beri tawaran "rugi lepas"
- Hilangkan tahap kerisauan/kehilangan pelanggan
- Arah mereka buat keputusan dengan rela

#2. (7 minit) Mudahkan pelanggan untuk membuat bayaran & bagi duit dengan rela
- Beri arahan bayaran yang mudah, ringkas, & tepat


#3. (1 minit) berdoa dan tawakal
- Lakukan sebaik sahaja pelanggan bersetuju untuk membeli/membayar bagi produk/servis
- Mohon dipermudahkan urusan 'bagi duit'


#4. (2 minit) terima duit
- Mohon semoga segala manfaat dapat disalurkan kepada pelanggan seperti sepatutnya
- Mohon diberkati segalanya




2 Tip Berdoa



#1. Berdoa dengan serius

Antara sebab doa kita tidak dimakbulkan adalah kerana kita berdoa dengan hati yang lalai.

Contoh,

Selesai solat, kita mengangkat tangan untuk berdoa. Zahirnya kita berdoa tetapi secara batinnya, kita entah ke mana.

Begitu juga apabila berbual dengan orang lain. Pasti, kita akan fokus pada orang yang kita berbual dan mendengar dengan teliti apa yang diucapkannya. Agar tidak terlepas info-info penting.

“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa.” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani)

Yakni, sinergikan jiwa, fikiran, dan tindakan kita apabila berdoa. Apabila berdoa,

Jiwa - yakin Allah kabulkan
Fikiran - imaginasi doa yang kita minta
Tindakan - memohon dengan nada yang lembut dan penuh pengharapan

“Apabila kita serius berdoa, Allah serius mengkabulkan doa kita.” InsyaAllah.



#2. Berdoa dengan yakin 100% dapat

"Practice makes perfect. Fake until we make it."

Andai kita kurang rasa yakin, pura-pura merasa yakin 100% Allah kabulkan.Imaginasi impian yang kita inginkan.Bayangkan kita telah dapat impian itu.Dalam perkara ini, sebenarnya kita menerapkan bersangka baik kepada Allah.

Kita yakin Allah beri apa yang kita minta. Dengan izin-Nya, impian kita direalisasikan.

Doa mempunyai makna yang luas. Apa yang kita fikir, rasa, buat adalah doa. Bagaimana dengan pemikiran positif, ia membantu kita membina kekayaan.

Hidup kita di dunia adalah untuk memaknai kehidupan.

Apabila berfikiran positif, kita akan bahagia.
Apabila kita berfikiran negatif, kita akan gelisah.

Apabila kita berfikir, ia akan mengeluarkan gelombang dan menarik apa yang kita fikirkan.

Oleh sebab itu, kebanyakan orang kaya sentiasa berfikiran positif.
Yang membuat mereka semakin kaya.




Tip berdoa 'credit to' Sistem Menjemput Rezeki
 
Last edited:
Top