Mengatasi masalah modal ciput tapi nak niaga besar

Joined
Mar 23, 2006
Messages
828
Likes
2
Points
18
Offline
#1
Assalamualaikum, salam sejahtera

Saya ingin juga mencadangkan mengapa tidak warga wangcyber mengumpul duit dari semua ahli untuk memulakan perniagaan yang besar.

wangcyber sudah mampu untuk mewujudkan satu komuniti dan mesyuarat bagi membincangkan secara face to face. Dengan menggunakan surat perjanji kita boleh menyumbangkan modal dari semua warga wangcyber yang berminat dan melaksanakan perniagaan secara bertempat.

Untung kita beri mengikut peratus modal dilaburkan. Lagi best kalau, kita sendiri menjadi pekerjanya... buatlah jadual kerja harian. Contoh buka pusat tuisyen ke... mungkin modal banyak boleh buka 2,3 kedai...
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,874
Likes
1
Points
48
Offline
#2
Hmm.. boleh cite lebih detail skit... saya tak berapa nampak idea ini praktikal.

bagaimana nak kongsi modal ramai2?... Alangkah kongsi 2 orang pun dah pening kepala.. ini kan pula nak kongsi ramai2 sehingga 200 orang. Mau pecah kepala...
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,874
Likes
1
Points
48
Offline
#3
Lagipun.. saya rasa.. ahli2 wangcyber ini lebih berminat kepada perniagaan internet.. yang mana biz internet nie boleh dijalankan dengan modal yang ciput sahaja..

Sebab itulah mereka2 ni semua masuk forum ini. Untuk mengetahui & mempelajari selok belok perniagaan internet.
 

Laptop

freshman
Joined
Feb 24, 2006
Messages
207
Likes
1
Points
18
Offline
#4
shuth said:
Lagipun.. saya rasa.. ahli2 wangcyber ini lebih berminat kepada perniagaan internet.. yang mana biz internet nie boleh dijalankan dengan modal yang ciput sahaja..

Sebab itulah mereka2 ni semua masuk forum ini. Untuk mengetahui & mempelajari selok belok perniagaan internet.
Betul tu. Sebab tu lah saya disini. :p
 
Joined
Mar 23, 2006
Messages
828
Likes
2
Points
18
Offline
#5
pada pendapat saya mungkin bukan semua la... contoh satu kumpulan ada 10-20 orang keluar modal. Mana2 forum yang saya pergi dan perhatikan, rata2 mempunyai masalah modal. Hendak buka perniagaan tetapi tidak dapat meminjam dari bank. Kalau pinjam pon interest tinggi. Sudah pinjam man power kurang, bilik niaga besar, pelanggan ramai disebabkan man power kurang dah lain. Upah orang, kos overhead tinggi.

Saya lebih prefer dalam cadangan katakan 10 orang dalam satu kumpulan. Ni off topic wangcyber ler kot... wangcyber biasa berkenaan cyber lakan....

10 labur modal untuk niaga pusat tuisyen misalnya
10 orang jadi penceramah (pilihlah partner sesuai, ada degree ke cam saya nie)
10 orang nie boleh gotong royong sikit
tapi... biasa head kena adala.... 1 jer boleh jadi bos, 10 bos karang pening. Gilir2 la.... Raja-Raja pun gilir-gilirkan. Sorang setahun ke.
Untung bahagi 10

Bila dah berkembang... boleh gaji orang bawah....

Bila dah bole buat cawangan.... katakan 2 cawangan... bahagi 2 . 5 utara 5 selatan.... gilir-gilir la, tahun ni sub a kat utara, setahun lagi sub a lak kat kelantan. sampailah cawangan buka 10. 10 bos dahkan.....

Tapi kerja kena sama-samalah.... dengan kata lain, jangan la... pemasaran 10-10 buat... sorang dua cukupla.... elakkan lebih orang buat benda yang sama.... nanti keje tak jalan sebab lebih banyak bincang,bantah dan sebagainya. biar 1 autoriti dari 2 autoriti.

tak okey ke menda tu...

katakan sorang 1,000 modal cukup ke buka car wash?
baik 10 orang.... jadilah 10,000. cukuplah..... apa salahnya 10 orang basuh keta... 100% dapat kat diri sendiri...

sikit2 lama-lama jadi bukit.... tak nampak ke....

kebanyakan yang saya jumpa... mereka lebih suka sendiri sebab nak untung semua dapat kat diri sendiri... tapi modal tak cukup.... pospon... sampaila bertahun-tahun.... ingat, kita cuma ada 2 kaki, 2 tangan jer.....
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,874
Likes
1
Points
48
Offline
#6
Melihat idea shahrul nie.. saya dapat lihat idea ini sama sahaja dengan perniagan konvensioanal biasa.

Cari 10 orang.. share modal.. share usaha.
Ideally nampak ok.. satu-satunya kelemahan yang dapat diatasi adalah dari segi modal.

Tapi paham2 shajala.... bila dah share 10 orang.. mula-mula tu memang ok.. semua sepakat nak lantik 1 ketua kononnya. Masing2 datang menyumbang tenaga untuk mengajar. Tapi lama-kelaman akan timbul konflik.. akan ada yang saling bantah membantah.. maklumlah masing2 ada keluar modal. Lepas tu.. akan timbul pula persoalan kerja lebih dan kerja sedikit... si A mendakawa dirinya kerja lebih.. so dia kena dapat untung lebih.. si B pula dakwa si A kerja tak bagus.. tak berkualiti.. tak patut dapat lebih.. patut dapat kurang...

jadi, pada saya... saya tak nampak idea ini akan berjaya. Saya dah lihat dengan mata kepala saya sendiri.. 10 orang share kongsi perniagaan.. akhirnya.. lingkup.. masing2 tanggung hutang 20 ribu lebih.

Yang dulunya kawan skang dah jadi lawan... sedangkan share adik beradik pun boleh gado.. inikan pula dengan orang yang tidak dikenali.

Dan satu lagi, saya tidak jumpa lagi perniagaan yang berjaya hasil daripada perkongsian orang seramai itu.

Tapi kalau shahrul nak cuba juga.. terpulanglah.. boleh je..
tapi bagi saya... saya lebih suka mengambil iktibar & belajar daripada kesilapan orang lain.
 
Joined
Mar 23, 2006
Messages
828
Likes
2
Points
18
Offline
#7
tak semestinya apa saya cakap diatas tidak berbentuk internet.... katakan buat perniagaan tuisyen... boleh guna sistem affiliate... sebar melalui internet...... internet cuma sebagai sebr maklumat sahaja.......
 
Joined
Mar 23, 2006
Messages
828
Likes
2
Points
18
Offline
#8
itu terpulanglah.... pilih lah yang anda yakin...
pada saya bersatu itu teguh bercerai itu roboh.....

dalam hal ini saya fokus kepada mendapatkan modal... jadi bos, kuli, segalanya tu sekadar tambahan untuk dapat lebih untung.

tak tahulah jika hendakkan cara biasa 10 keluar modal... bila dah ada modal timbul masalah, tapi saya berilah cadangan cara selesaikan kot.

1. soal kerja sikit, kerja lebih.... nampaknya kena gaji orang lain kot.... pekerja makan gaji pon demand juga.... anak bini pon sama..... mana ada orang tak demand....

2. soal bagus tak bagus..... kalau niaga sorang... orang bawah pon boleh kata orang atas tak bagus. kalau dia lari , kerja tak jalan... production terhenti, rugi masa=duit.

meniaga internet pon ada rugi apa..... kalau labur seorang.... labur kat mana? internet? affiliate.... kalau downline anda kata anda tak bagus... tak nak buat sale... anda tak dapat apa-apa.

no pain no gain..... tahu benda ni kan... tak kenal kenal-kenal la....

tak selamat? apa guna lawyer... dan surat hitam putih, MOU sebagainya..... tak tahulah... labur dan janji mulut jer kot... itu saya pon tak nak... :lol:
 
Joined
Dec 15, 2005
Messages
715
Likes
3
Points
18
Offline
#9
Secara praktikalnya tak boleh ler shahrul. Banyak perkara kita kena fikir kalau nak jalankan bisnes konvensional ni. kena buat research lagi.

Katalah nak buka pusat tuisyen. Saya sendiri ada pusat tuisyen. nampak senang. tapi nak dapatkan guru yang berkualiti bukan senang. Itu pun fasal adik saya sendiri yang mengajar. Jadi takde masalah ler. Pasal dia yang uruskan semuanya. Kalau takde guru pun, dia yang handle semuanya. Kalau guru kita setakat ala kadar sahaja mengajar. Tahun ni mungkin ramai, tapi tahun depan.. gerenti bungkus. Pasal orang dah tak percaya lagi. Lagi satu, kena bersaing dengan pihak sekolah sendiri yang memberikan tuisyen percuma.

Nak buka cyber cafe. Saya pun ada cyber cafe jugak. Modal bukan sikit. Lebih mahal software daripada hardware. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ni yang memerlukan software yang original. Ekonomi pun tak berapa bagus sekarang. Sewa kedai, elektrik dsb kena bayar tiap² bulan. memang payah. Saya bertahan dalam bisnes nie pasal dah lama dalam industri dan macam² VAS yang saya buat. Selain daripada tu construction pun saya ada buat jugak.

Lawyer. Setakat hutang RM1000.00 lawyer pun tak boleh buat apa. Bukak fail kat pejabat lawyer pun dan lebih kurang RM800.00. Paling tidak cuma bukak fail kat mahkamah. Hakim pun tak boleh buat apa. Hakim suruh balik, settlekan sendiri.

Kongsi. Saya dengan isteri saya sendiri pun buat JV jer. Tapi tak kongsi. Masalah akan timbul seperti yang shuth cakap tu.

Pendek kata, banyak perkara yang kita kena fikirkan kalau nak bisnes dan kongsi. Kalau tanya saya, saya akan jawab "tak berani".

Salamzz..
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,874
Likes
1
Points
48
Offline
#10
Yerla.. gerenti bungkus punya kalau kongsi sampai 10 orang. Kalau tak caya.. boleh cuba. No problem.... shahrul boleh cuba.. tapi forme.. saya takkan cuba..

Mcm orang hisap dadah la.. kalau nak tahu dadah tu rasanya mcm mana.. boleh cuba.. no problem.. tapi akibatnya tanggung sendiri la..

Member saya yang share bisnes 10 orang tu shahrul ingat diorang takde sign surat agreement ke? Surat agreement takkan menjamin bisnes anda takkan gagal.. malahan., bila gagal.. ia akan lebih memeritkan.
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,874
Likes
1
Points
48
Offline
#12
kalau bagi saya... kalau kita nak berniaga biarlah mulakan dengan kecil-kecilan. Lebih-lebih lagi jika perniagaan tersebut adalah perniagaan pertama kita. Seelok-eloknya perniagaan tersebut tidak melebihi modal RM5k.

Jangan jadi seperti 92% perniagaan baru yang gagal. Mereka ini selalunya berfikir.. kalau nak berniaga.. mesti kena modal puluh2 ribu. Mesti kena buat pinjaman bank. Mesti kena ada kedai dan pejabat. Baru boleh buat bisnes.. kalau takde semua tu maka tak boleh berniaga.

Saya rasa.. gaya pemikiran sebegini sudah agak ketinggalan.

Antara prinsip saya.. jika saya ingin memulakan perniagaan.
1) Saya akan mulakan ia dengan modal yang sekecil mungkin (Tidak lebih dari RM5k).
2) Modal adalah dari duit sendiri yang dikumpul. Saya tidak akan sekali2 membuat pinjaman dari mana2 pihak tidak kiralah dari bank atau dari adik beradik untuk tujuan memulakan perniagan. Jika untuk mengembangkan perniagaan saya akan kata YES, tapi kalau untuk start..i will say NO
 
Joined
Mar 23, 2006
Messages
828
Likes
2
Points
18
Offline
#13
KENAPA start pakai duit sendiri tapi masa mengembangkan boleh pula pakai duit keluarga sendiri?
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,874
Likes
1
Points
48
Offline
#14
Sebab, mengikut kajian,untuk starting... risiko kegagalan adalah lebih tinggi daripiada risiko mengembangkan perniagaan. Mengapa? Sebab, untuk start bisnes.. anda biasanya tidak ada ilmu lagi.. just tahu dari segi teori sahaja... belum lagi ada praktikal. tapi berlainan apabila anda ingin mengembangkan bisnes.. biasanya anda sudah ada teori dan praktikal dan sudah agakm ahir dengan perjalanan perniagaan anda.

Jadi, sebab itulah saya lebih suka guna duit sendiri kalau nak mulakan bisnes..kalau gagal pun.. takdelah menyusahkan orang lain. Berbeza kalau anda guna duit orang lain untuk start bisnes. kalau anda gagal, dahla duit semua lesap... lepas tu tambah lagi dengan hutang (sebab pinjam duit orang)... lagi teruk.. adik beradik pun tak bertegur sapa.

Lain lah kalau pihak yang memberi pinjam tu memang bagi duit modal tu secara free... bukan secara pinjaman.
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,874
Likes
1
Points
48
Offline
#16
Shahrul said:
1. soal kerja sikit, kerja lebih.... nampaknya kena gaji orang lain kot.... pekerja makan gaji pon demand juga.... anak bini pon sama..... mana ada orang tak demand....

2. soal bagus tak bagus..... kalau niaga sorang... orang bawah pon boleh kata orang atas tak bagus. kalau dia lari , kerja tak jalan... production terhenti, rugi masa=duit.
perkerja dengan rakan kongsi lain..
pekerja kalau tak bagus... kalau banyak songeh atau dia lari.. kita just boleh pecat , buang dan ambil yang baru...

tapi rakan kongsi? tak boleh nak buang suka2 hati.. soal modal? soal share? soal keuntungan? mcm mana nak handle?... memang boleh bungkus punya..
 
Joined
Mar 23, 2006
Messages
828
Likes
2
Points
18
Offline
#17
mungkin juga.... tetapi memang saya ada cita-cita membuat perniagaan dengan bantuan 5 modal dan bertugas sama2. setakat nie 4 dan masih bertahan lama.... saya sedang tingkatkan lagi bilangannya.... :D . Mungkin kerana yang saya pilih memang ngam kot....
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,874
Likes
1
Points
48
Offline
#18
alhamdulilah lah kalau macam tu.. so far.. dah berapa lama perniagaan tu?
 

AN2009

freshman
Joined
Mar 15, 2009
Messages
496
Likes
1
Points
0
Offline
#19
teringin pulak saya nak tau perniagaan encik shahrul ni...

tp thread mati dekat sini jer...tah betol ke tidak
 
Top