Mengapai Impian Sebagai Seorang Penulis Ebook Oleh Amir Azros

Cikgu Cinta

Newbie
Joined
Aug 17, 2011
Messages
455
Points
0
kursus+3M+Oleh+Amir+Azros.jpg

Penulis : Amir Azros Pengasas Blog Founder Inspirasi




Tajuk Mantap, Penulisan Tampak Lebih Mantap!

Terpulang kepada individu itu sendiri. Sebaik sahaja terlintas niat untuk menulis sebuah ebook, sebenarnya telah ada satu jawapan kepada sesuatu persoalan. Saya ingin mengambil contoh ‘A’ sangat meminati bidang nyanyian.

Dan beliau mempunyai teknik dan rahsia bagaimana untuk menjadi penyanyi bagai Siti Nurhaliza. Secara tidak langsung, timbul tajuk ebook iaitu ‘Rahsia Nyanyian Siti Nurhaliza Kini Terdedah!’ Oleh itu, pilih tajuk yang ingin dikupas mengikut isu-isu yang sesuai.

‘Tiada Idea Bukan Lagi Alasan’

Setiap penulis ebook mempunyai latarbelakang yang berbeza-beza. Untuk menjadi penulis ebook yang unik, cari perbezaan di antara penulis-penulis ebook yang sedia ada. Pembaca dapat mengenalpasti secara spontan sekiranya penulis ebook mempunyai identitinya yang tersendiri.

Pemilihan tajuk tidak semestinya memerlukan penulis ebook itu menjadi pakar. Ibarat penulis menjawab persoalan daripada wartawan. Sekiranya penulis mempunyai jawapan yang bagus, maka ebook tersebut mempunyai isi kandungan yang berkualiti.

Oleh itu, isu penulis perlu menjadi pakar dalam bidang tulisannya adalah tidak benar sama sekali. Namun ianya akan menjadi bonus sekiranya penulis ebook itu seorang pakar dalam bidang yang diceburinya.

3 Jurus Wajib Penulis Ebook Kuasai!

Jurus #1: Draf Kasar

Pada peringkat pertama, draf kasar sangat penting agar penulis ebook dapat mencatat segala maklumat. Maklumat ini termasuklah melalui pembacaan, pemerhatian, pengalaman dan sebagainya. Penulis yang professional akan mengambil segala peluang untuk mencatat.

Jurus #2: Draf Sederhana

Dalam peringkat kedua, draf ini dinamakan draf sederhana. Ini adalah kerana peringkat ini lebih halus berbanding peringkat pertama. Penulis mula mencatat hanya perkara-perkara yang penting sahaja. Perkara yang kurang penting perlulah ditukar atau dibuang terus daripada penulisan.

Jurus #3: Draf Halus

Dan akhir, peringkat draf halus ini memerlukan penulis ebook menghalusi penulisannya. Ini dapat memberikan semakan yang lebih teliti. Penulis juga boleh menambah isi kandungan supaya tampak lebih mantap.

‘Teknik Super Reviewer’

Untuk menjadikan ebook lebih sempurna bukan hanya di mata penulisnya, namun kepada masyarakat. Khususnya kepada bakal pembaca ebook itu sendiri. Penulis ebook perlu mengambil langkah drastik. Teknik ini dinamakan ‘Teknik Super Reviewer’.

Teknik Super Reviewer adalah teknik di mana penulis ebook memilih 5-10 orang pembaca. Penulis ebook perlu memberikan draf lengkap ebook yang ditulis. Perkara ini adalah untuk menerima sebarang komen, idea, cadangan, kritikan dan sebagainya.

Teknik Super Reviewer ini penting kerana penulis ebook dapat mengenalpasti kelemahan dan kesilapan daripada sudut yang berbeza. Oleh itu, penulis ebook dapat menjadikan kelemahan dan kesilapan tersebut menjadi kelebihan dan kekuatan pada ebook yang ditulis.

Laungan Si Penulis Ebook

Apabila segala proses telah dilalui, tibalah saat di mana ebook telah tercipta. Bagi penulis ebook, peringkat ini adalah peringkat yang melegakan. Umpama sesuatu bebanan di kepala dapat dilepaskan. Hanya tinggal peringkat untuk mencari bakal pembeli.

Terdapat pelbagai cara untuk memasarkan ebook. Antara cara-cara yang biasa dilakukan oleh pakar-pakar penulis ebook adalah:

  • Melalui Pemasaran Email
  • Melalui Pemasaran Facebook
  • Melalui Pemasaran Joint Venture
  • Melalui Pemasaran Affiliate
  • Melalui Pemasaran Blog
  • Melalui Pemasaran Iklan Berbayar / Iklan Percuma
  • Dan Sebagainya.

Akhir kata, penulisan ebook ini tidak memerlukan modal yang besar. Hanya memerlukan idea dan komitmen si penulis ebook. Dan sebelum menulis ebook, ingat pesanan ini ‘Tulislah Ebook Seikhlas Hati Untuk Membantu, Nescaya Ia Adalah Sedekah Walau Sesudah Meninggal’

Ikhlas,

Amir Azros
Pendidik | Usahawan Internet | Penulis
Founder Master Inspirasi
 
Last edited:

DoomGuard

freshman
Joined
Nov 24, 2012
Messages
15
Points
0
kalau mahu berjaya kita hendaklah berusaha.. terima kasih kerana sharing begini
 
Top