Mengapa HARUS tidak menyertai Job Di Rumah (Satu pendedahan lengkap)

Luqmanmikhail

freshman
Joined
Sep 7, 2014
Messages
47
Points
8
Difahamkan ramai yang mendaftarkan diri melalui program Job di Rumah.

Namun demikian, masih ada ura-ura mengatakan bahawa Job di Rumah ini adalah program menipu. Ini poin mereka:

Pekerjaan yang ditawarkan tidak seperti yang dijangkakan. Iklan dalam BM namun pekerjaan dalam BI.

Banyak review menyatakan kebaikan dan kebenaran produk ini mendatangkan pendapatan lumayan, namun sebaliknya, ia lebih kepada pendapatan affiliate semata-mata.

Persoalannya:
1. Wujudkan review yang menerangkan pro dan kontra produk ini?
2. Adakah berbaloi untuk mendaftarkan diri dengan Job Di Rumah ini?
3. Bagaimana dengan nasib mereka yang TERdaftr diri akibat godaan keuntungan ini?

Saya telah hasilkan satu review berkenaan isu ini dan kesimpulannya,

Job di Rumah ini adalah untuk orang yang malas.

Bagi yang belum daftarkan diri, saya amat galakkan anda boleh mendapatkan alternatif lain berbanding mendaftarkan diri dengan Job Di Rumah ini.

Namun, kerana sudah ada yang terdaftar diri, saya kongsikan beberapa tips bagi tidak merasa rugi:
1. Join affiliate Job di Rumah dan jana komisen
2. Dapatkan pekerjaan yang memerlukan penguasaan Bi secara minimal
3. Buat carian pekerjaan yang tepat untuk orang yang lebih kepada bahasa Melayu sahaja

Untuk maklumat lebih lengkap apakah alternatif yang boleh dicuba,
bagaimana untuk mencari pekerjaan tepat bagi yang lebih kepada BM sahaja,
boleh baca review Job di Rumah di link ini -------->> Review Job di Rumah

Ianya pandangan saya semata-mata, maaf andai ada kesilapan.

Majulah review yang membantu orang membuat pilihan lebih bijak.

Assalam.
 
Last edited:

korzuen

freshman
Joined
Jul 7, 2014
Messages
31
Points
1
Rasanya semua kerja2 yang diiklankan kat Jobdirumah tu diambik dari Elance.com .. Dan untuk dapat satu job tu susah sebab kena hantar resume dulu kemudian baru akan dipilih oleh majikan yang upah tu. 1 job mungkin beratus yang apply.

Yang banyak promote Jobdirumah ni pun sebab komisyen tinggi untuk setiap orang yang join bawah dia. Yang nak daftar plak kena bayar padahal kalau daftar Elance.com terus tak perlu bayar pun kecuali nak upgrade membership.
 
Saya setuju Korzuen. Gara-gara nak dapat komisen, ada yang abaikan review jujur. Mereka buat promo macam kerja-kerja JDR ni dalam BM, contoh kerja ditranslate BM jadi ramai jadi mangsa. Lagi-lagi post-post komisen masuk tiap bulan, tentu buat orang terliur nak dapat keuntungan serupa.
 
Joined
Mar 5, 2015
Messages
20
Points
3
Tawaran kerja di rumah ni konteksnya luas juga. Memang ada yang memerlukan pekerja sambilan tanpa perlu ke pejabat, tapi biasanya dapat tahu dari mulut ke mulut. Kena jumpa managementnya dahulu barulah boleh start kerja tu di rumah dgn instruction yang diberikan..

Tapi kalau langsung tak de info pengurusan, nak-nak jenis pakai newsletter aje.. macam tak genuine. Kalau nak pekerjaan dari rumah eloknya buat profile sendiri, dan marketkan diri sendiri jelaskan apa yang boleh dilakukan hanya dari rumah, hantar pula kepada syarikat2 yang memang ada potensi untuk guna khidmat anda.

Memang kerja keras sikit, tapi barulah nama kerja dari rumah kan?

Ni kalau guna 3rd Party, risiko kena tipu tu ada.. kalau tak kena tipu bulat-bulat kena tipu bersegi-segi. Tak semua lah, tapi mau tahu juga jika ada khidmat 3rd Party yang reliable, share lah testimoni (pengalaman sendiri) di sini. Jangan bimbang orang kata pecah lobang, benda baik insya Allah berkat tu ada.
 
xcel

freshman
Joined
May 27, 2014
Messages
41
Points
8
bagus ada jgk review jujur. tahniah kpd tuan kerana berani.
nak harapakan kat google tu semuanya blog2 main seo je. nak promot link affiliate.
jobdirumahpenipu la, ape2lagi la.

memang diorang ambik job kat elance tu.

kesian kpd org yg baru2 nak belajar buat duit online.
mungkin ada yg rasa tertipu terus hilang semangat nak buat duit online.
 
Joined
Mar 5, 2015
Messages
20
Points
3
Ada juga terima news berkaitan online survey - money making. Kebanyakannya tak genuine.. kena bayar dulu.. memang tak layan la..
 
ismailn

freshman
Joined
Jan 29, 2015
Messages
81
Points
0
Boleh dapat job menerusi JDR ni.

Saya ada tulis di sini: Job Di Rumah.

Cuma bukan senang lah. Especially bila baru mahu masuk market. Belum ada reputasi. Giler ker orang nak bagi kerja!
Kalau tak silap saya kena spend $$ lagi untuk kasi resume tu lebih cantik iaitu dengan mengambil test typing, english, etc.

Lepas tu kena standby lah sebelah malam sbb biasanya ompteh yang bagi job ni walaupun JDR ada bagi senarai.

Ok lah juga. Cuma tak berbaloi unless, korang rasa sikit-sikit pun jadilah untuk tambah2 pendapatan.
My 5 cents.
 
Joined
Mar 5, 2015
Messages
20
Points
3
Job buat dari rumah ni, bila kena bid, saya pernah cuba mengkaji pattern dan psikologi di sebalik ni. Pemerhatian saya, biasanya bid yang terendah majoritinya daripada freelancer dari India, dan mereka memang bermati-matian bid projek luar negara, memandangkan skill mereka ada tapi bayaran di negara mereka rendah.

Nak compete job, kena yang betul2 kita dah mahir satu perkara tu, mcm kalau design buat logo, memang fasih illustrator/photoshop dan pandai buat design menawan dalam masa sekejap aje.. kalau baru nak cuba belajar buat design, or baru bertatih dengan software, alamatnya kecewa la bid yang tak impressive.

Kena lihat apa yang kita dah sedia mahir, dan bid dalam kemahiran itu sahaja, kalau tak ada dalam listing sabar la dulu.. yang masalah ialah bid kepada projek yang kita pun tak ready.. dan akhirnya bila bid tak dapat kecewa.. haha.

ada jugak keje macam translator content, re-typing content dari pdf/scanned doc, data entry. Pendek kata kadang-kadang keje tu nampak mudah aje, tapi siapa yang sanggup bid harga menarik, dan tawar kerja siap pada masa singkat, dengan kualiti professional tu kira dia punya line la.. apa-apa pun kalau nak cuba tak de masalah. Tapi hati kena kering la..

Takde ke orang yang nak berkongsi pengalaman mendapat duit dari kerja2 camne? Share la skali kat sini pengalaman tu..
 
Betul tu. Bila bid banyak kali tak dapat mmg mencabar kesabaran betul. Namun, kerja freelancer mmg cam tu.
Normally yg betul buat keje ni adalah housewife kat US atau budak2 kat India.
Mmg depa semua bersungguh-sungguh dan selalunya ON komputer.
 
Top