uzairubiah
Newbie
- Joined
- Sep 21, 2006
- Messages
- 551
- Points
- 16
- Age
- 37
Ini cerita anak boss aku, baru 9 tahun, tahun 3, minggu lepas kena denda sebab adalah buat kesalahan sikit, bukan jahat tapi boleh kata nakal ajelah, budak-budak punya perangai. Yang nak minta pandangan ko orang semua ni tentang denda yang sekolah kenakan. Hari pertama kena rotan sekali dan hari kedua paginya kena berdiri kat perhimpunan dan petangnya sekolah panggil polis untuk takut-takut kan budak ni. Pada pendapat ko orang patut ke sekolah buat macam ni untuk budak 9 tahun. Aku rasa tindakan paling tepat adalah bagi kaunseling. Sapa-sapa yang ada pengalaman tentang perkara ni tolong respon, macamana perasaan masing-masing kalau kena denda macam tu! Baik atau buruk denda tersebut untuk masa depan budak ni atau kerana denda tu budak ni akan semakin nakal. 