Sebelum tu, korang kena tahu, aku bukan pakar SEO. Aku cuma buat pembacaan.
Tempat letak server dan SEO
Matt Cutt adalah kakitangan Google jadi video lebih boleh dipercayai berbanding dengan artikel atau kata orang lain. Tapi ini video tahun 2009, dah banyak berubah. Aku cuma tulis berdsarkan pembacaan artikel pada tahun 2013 dan ke atas.
Macam yang razor cadangkan
Actually kedudukan server kemungkinan berkaitan dengan Speed. .....
tujuan kedudukan server dalam negara sama adalah untuk kelajuan. Sebab internet berfungsi, dengan cara request response. Kita minta data dengan suatu server, pastu server pun anta data. Kalau dekat server tu, laju lah perjalanan pergi baliknya.
Tapi, masalah server jauh ni boleh diatasi dengan penggunaan CDN.
Ini
artikel dari google untuk web yang target ke negara tertentu. Google kata
Server location ..... is not a definitive signal.
maksudnya, kedudukan server adalah faktor yang tak besar. Sebab ada web guna CDN atau guna perkhidmatan server di negara yang lebih baik kualiti (dan murah).
Kesimpulannya, walaupun faktor kecil, tapi tetap SEO kan.
Jap jap jap, jangan nak optimize sangat sampai benda kecik pun nak ambik kira. Sebab kita kena tengok keseluruhan. Cakap je keseluruhan, tapi benda kedua aku tengok lepas kualiti dan tahap kebolehpercayaan sebuah company hosting tu ialah
harga. Jadi kita masuk tajuk,
Digital Ocean (DO) vs Myhosting dari segi keberbaloian
Sayangnya tak adil untuk bandingkan kedua hosting ni sebab, aku rasa My hosting bagi managed VPS, (siap dengan LAMP dll installed) tapi Digital ocean kosong (semua kena buat sendiri, bermula dengan pilih distro lagi ubuntu, redhat dll).
Cuma nasihat aku klu korang orang teknikal, tahu linux guna DO sungguh jimat duit dan ada server dekat Singapura. Tapi pastikan korang sungguh teknikal.
DO bermuka dengan harga USD5 sebulan, klu nak try guna untuk belajar saja pun, sungguh berbaloi lah. Sbb tu, DO popular dalam kalangan developer. Ini
link affiliate aku untuk DO, kalau korang daftar guna link aku, korang dapat kredit USD10 (atau 2 bulan free) dan kalau korang kekal guna DO sampai jumlah bayaran korang ke DO mencecah USD25, aku akn dapat USD25.