Dalam Negara Memang lahir dah cerah, Sharifah Amani tolak RM1 juta jadi duta produk pemutih kulit

Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,265
Likes
15
Points
38
Offline
#1


SHARIFAH Amani, 32, mendedahkan pernah ditawar sebanyak RM1juta untuk menjadi duta produk pemutih kulit.

KUALA LUMPUR: Pelakon Sharifah Amani, 31, mendedahkan pernah ditawar RM1juta untuk menjadi duta produk pemutih kulit, namun terpaksa menolaknya atas dasar tanggungjawab terhadap masyarakat.

Mengakui teruja dengan ganjaran lumayan yang ditawarkan, Amani atau nama penuhnya, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya berkata, dia bersedia melepaskannya kerana tidak mahu dianggap mementingkan diri.

"Saya terfikir, sedapnya duit itu. Tetapi, mama, Fatimah Abu Bakar menegur, saya berkulit cerah kerana genetik dan bukan disebabkan krim tertentu. Katanya lagi, kulit orang Asia mana putih seperti Mat Saleh. Produk itu ada peluntur dan bahaya untuk kesihatan.

"Saya tidak akan menerima tawaran sebagai duta sesuatu produk selagi tidak mencubanya sendiri. Mama ajar, jika mahu berkongsi kepada umum mengenai kebaikan sesuatu produk, saya harus mencubanya dahulu.

"Itu tanggungjawab kita. Jika mahu meyakinkan orang untuk membeli, kita kena yakin dahulu. Saya tolak tawaran itu dan terpaksa melupakan wang RM1 juta. Tetapi, mama meyakinkan saya rezeki ada di mana-mana.

"Duit juga bukan segala-galanya. Tanggungjawab kita kepada masyarakat lebih penting, berbanding mengutamakan diri sendiri," katanya di laman, Twitter.

Pelakon Filem Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-19 itu juga bersyukur dikurniakan ibu yang sentiasa membuka minda dan menasihatinya supaya tidak mudah gelap mata menerima sesuatu tawaran, meskipun ganjaran yang menanti sangat lumayan.

Kata Amani yang mencipta populariti menerusi filem Sepet, martabat dirinya lebih penting berbanding wang dan mungkin kerana itu, dia tidak kaya.

"Integriti tidak membayar bil. Lebih baik kita mencari wang tanpa perlu menjadikan orang lain sebagai korban. Persoalannya, sanggupkah kita memperjudikan harga diri? Hormati diri. Mungkin kerana itu saya tidak akan kaya dan sentiasa 'sendu'," selorohnya.

Hantaran yang dimuat naik itu mendapat lebih 5,000 perkongsian di Twitter dan mendapat perhatian netizen yang menyifatkan Amani sebagai pelakon yang memiliki integriti dan sikap terpuji. - BHarian
 
Top