Melayu malas, cina rajin..

Joined
Jan 9, 2010
Messages
268
Likes
2
Points
0
Offline
#1
Mungkin ramai tertanya2 apabila melihat link title ni. maybe korang fikir ni adalah thread politik atau lebih dasyhat lagi thread perkauman. hakikatnya tidak, saya cuma ingin menceritakan pengalaman sebenar berbual dengan rakan-rakan sekerja berbangsa cina petang tadi,

Terkedu saya bila mendengar ulasan member cina satu opis ni, tapi jangan cepat melenting kerana dari gaya percakapan dia, tiada niat perkauman atau pun mmenghina bangsa lain. mungkin dia cuma meluahkan apa yg sebenarnya berlaku di sekitar kita.

Dia menghuraikan secara terus terang mentaliti antara kaum melayu, cina & India dalam pekerjaan.

Cina : Kuat bekerja keras, member khidmat yang lebih tanpa mahu balasan yang lebih. Contohnya kat tempat keje, dorang akan buat keje lebih dari orang lain tanpa nak mengharap dapat balasan yang lebih dari majikan.

India : Keje lebih sikit tapi mo demand yang bukan-bukan dari majikan.

Melayu : hanya memberi jika ada balasan yang setimpal. Contohnye, kalau si polan ni gaji cuma RM1000 sebulan, dia tak akan nak buat keje yang setimpal dengan gaji RM1.5k sebulan. Kalau ikut logik memang betul juga la, tapi mentaliti ni le yang buat melayu ketinggalan dalam apa jua bidang. Memberi hanya jika ada ganjaran yang setimpal.

So walaupun member cina luahkan secara spontan & bukan rasis.. termenung juge saya dibuatnya.. sebahagian dari saya kata tu bohong! bukan semua melayu malas! dan bukan semua cina tu rajin!!

tapi sebahagian dari dalam diri saya juga mengakui kelemahan bangsa kita yang satu ni.. Saya juga macam setuju bila member cina ni cakap sebab mentaliti melayu macam ni, susah nak cari bangsa kita yang menerajui atau sekurang-kurangnya berada dalam pengurusan tertinggi kat mana2 pun syarikat di malaysia ni (kecuali golongan melayu elit).. rupa-rupanya mentaliti bagi seringgit, nak dibalas dengan seringgit lah yang merantai bangsa kita selama ni..

Sekali lagi ni bukan thread politik! jauh sekali perkauman.. cuma sekadar renungan kita bersama, baik dibuat pedoman.. jahat dijadikan sempadan..

sekian wbt.

PS: Jangan curah minyak kat thread ni ye. tyvm :)

(member cina yang saya maksudkan adalah seorang perempuan)
 
Last edited:
Joined
Feb 10, 2009
Messages
13,727
Likes
0
Points
38
Offline
#2
yela kot... mcm imabiz.. memang imabiz nak bayaran setimpal dengan kerja imabiz... bile nak dpt payment nie..????
 
Joined
Oct 8, 2009
Messages
2,768
Likes
0
Points
36
Offline
#3
Bagus betul bro Dreams ni yea..
Thanks.. Perkongsian yg agak menarik.. (" ,)

Saya pun terfikir mcamtu..
Betul ckap bro, kita tak perlu tunding jari kat sape2..

Ia lebih penting jika kita dapat menilai diri sendiri dahulu..
 
Joined
Dec 16, 2006
Messages
890
Likes
1
Points
18
Offline
#4
Teguran/luahan ni boleh dijadikan pengajaran.

saya pun fikir mende ni agak lama..dan masih memikirkan hingga sekarang..

dan tadi juga (semasa makan) member saya yang berdarah pakistan berkata, ..takkan maju kalau asyik dengki mendengki.
 
Joined
Mar 21, 2007
Messages
21
Likes
0
Points
1
Offline
#5
Shin pernah berbincang dengan suami tentang peniaga Cina yang selalu berurusan dengan beliau. Kata beliau, orang Cina ada juga yang bangun siang hari, melepak tanpa hala tuju, main dadah dan malas kerja. Itu luahan tokey Cina sendiri kepada suami Shin tentang salesman2 Cina yang kerja dengan beliau.

Menariknya, orang Cina sendiri mengakui senang nak handle salesman Melayu berbanding dengan bangsa sendiri. Entah lah. Kita semua kan manusia. Bukan bangsa yang membezakan siapa malas, siapa rajin tapi didikan awal. Just my two cents. :)
 
Joined
Dec 8, 2008
Messages
1,273
Likes
0
Points
36
Offline
#6
bukan semua melayu @ cina @ india cam tue

diorang cakap cam tue ko cuma angguk kan kepala je ke ?

so anggukkan kepala tue penyakit bangsa melayu atau penyakit ko je ? :D

jangan sempit sgt kepala otak tue :)
 
Joined
Jan 5, 2008
Messages
396
Likes
0
Points
16
Offline
#7
Saya bersetuju dengan TT berdasarkan pengalaman kerja dengan sebuah syarikat komputer (100% warga WC akan kenal nama syarikat ini) pada tahun 1998 dimana semua tenaga kerja dari peringkat bawahan (termasuk driver lori) hingga ke peringkat atasan semuanya kaum cina hanya saya seorang sahaja melayu. Cara kerja diorang memang 100% berbeza dengan kaum melayu. Walaupun hanya bekerja sebagai pemandu lori atau bahagian bawahan, mereka akan bekerja bersungguh-sungguh dan tanpa rasa malu.
 
Joined
Dec 1, 2009
Messages
1,685
Likes
3
Points
38
Offline
#9
Zaman sekolah dulu sampai zaman sebelum masuk U. Saya kerja di mini market & tokeynya adalah seorang bangsa cina.

Pada masa tu,ramai yang anggap mini market tu tak akan tahan lama sebab betul-betul sebelah mini market tu ada mini market mamak & belakangnya pula mini market melayu.

Tetapi,bukan mini market tu yang jatuh,tapi mini market melayu belakang dia yang jatuh terus tutup. Mini market mamak tu? Masih lagi bertahan sampai sekarang.

Tapi,terpaksa bekerja kuat untuk memberi saingan hebat kepada mini market cina tersebut.

Sekarang,mini market cina tu dah ada DUA blok kedai sederat dengan mini market yang lama. Bukan diorang tutup,tapi terus maju & maju.

Saya kerja dengan tokey cina tu hampir EMPAT tahun lamanya. Habis PMR kerja dengan dia, habis SPM kerja dengan dia, habis matriks kerja dengan dia lagi sampai la masuk U.

Saya tetap pilih kerja dengan dia walau macam mana pun. Saya pernah kena sogok dengan kedai melayu untuk kerja dengan diorang (dengan gaji yang lebih tinggi) tapi saya tolak.

Sebab apa saya tolak,sebab tokey cina saya tu menjaga saya macam dia jaga anak dia sendiri. Pada mula kerja dengan dia,gaji memang rendah,tapi lepas dia dah naikkan,gaji saya tak pernah pun turun. Bila cuti umum,gaji triple macam kerja kat fast food wooo..

Saya bukan nak banggakan bangsa cina dan merendahkan bangsa melayu (kenapa saya nak rendahkan? saya sendiri melayu dan sebab itulah jugalah saya ceburi bidang IM ini),tapi itulah realiti yang saya hadapi pada waktu ketika dulu.

p/s: Hanya satu perkongsian cerita yang tidak seberapa dari saya.
 
Joined
Oct 2, 2007
Messages
6,951
Likes
0
Points
38
Offline
#10
Pada pendapat aku.... hanya kerana buat keje seringgit disebabkan upah seringgit.... tu namanya bukan malas.

Ibaratnya seorang cikgu suruh anak muridnya buat 10 soalan.... dan murid pun buat 10 soalan.

Wajarkan kita kata murid itu malas ?

Yang malas adalah yang buat kurang daripada 10.

Tapi kalau yang buat lebih tu... ya... mmg namanya rajin.

Apapun.... kerajinan mmg baik.... tapi biarlah rajin yang bijak dan berstrategi...

Cthnya sanggup keje melebihi upah semata2 nak dapat ilmu dan pengalaman tambahan........

Tapi kalau keje rajin, keje kuat tetapi upah kecik, tak dapat ilmu lebih, tak dapat lebih pengalaman (melainkan pengalaman ngeri)... baik tak payah

p/s sebenarnya masalah melayu bukan itu (buat keje hanya setimpal dengan upah)
 
Last edited:
Joined
Apr 10, 2010
Messages
1,249
Likes
0
Points
0
Offline
#11
kalau tanya aku la kan...terus terang aku kata... kalau lihat dengan mata kasar..cina memang rajin. tgk aje kalau dorg bukak kedai makan. hari yang dorg tutup, cuma masa raya cina. tapi hari lain, jgn harap. dorg pon rajin bukak extra 1 hour or 2 hour. hanya untuk dapat extra RM100 - RM200 (ni kalau bab kedai makan nye biz la)

Kalau melayu lak, bila kita raya, fuhhhhh cuti panjang beb.. balik kampong kadang2 sampai malas nak masuk opis.

india aku tk tahu lah, pasal memang dorg minority... slalu kedai makan mamak bukak pon 24hrs gak... so dorg pon kira rajin ah.
 
Joined
Apr 10, 2010
Messages
1,249
Likes
0
Points
0
Offline
#12
Shin pernah berbincang dengan suami tentang peniaga Cina yang selalu berurusan dengan beliau. Kata beliau, orang Cina ada juga yang bangun siang hari, melepak tanpa hala tuju, main dadah dan malas kerja. Itu luahan tokey Cina sendiri kepada suami Shin tentang salesman2 Cina yang kerja dengan beliau.

Menariknya, orang Cina sendiri mengakui senang nak handle salesman Melayu berbanding dengan bangsa sendiri. Entah lah. Kita semua kan manusia. Bukan bangsa yang membezakan siapa malas, siapa rajin tapi didikan awal. Just my two cents. :)
betul. perkara ni kalau nak didebatkan ...sampai bila-bila pon x habis..pasal ada aje yg melayu rajinnnn sangat dan berjaya.. dan ada gak cina yang malassss sgt juga... pucuk pangkal, niat. :D
 
Joined
Jul 6, 2006
Messages
948
Likes
4
Points
18
Offline
#13
bende nih tak penah habis bincang dari dulu lagi.. aku pun tak paham nape.

ia aku tahu, sebagai pengajaran, panduan, bla..blaa...

tapi kalau asik fikir pasal masalah, sampai bila nak selesai.

sambil korang cite masalah org tu camtu, org ni camni, sila bagi penyelesaian nye sekali.

kita kene pikir solution plak, supaya bende ni takkan jadi lagi.

start dgn TT, dr problem TT yg share tu, apa yang boleh kita cadangkan supaya perkara tak berulang?
 
Joined
Jul 31, 2009
Messages
2,425
Likes
2
Points
0
Offline
#14
ada kebenaranya dengan apa yg TT
kongsikan tapi hanya segelintir sahaja
yang macam tu.

yang lebih besar bezanya antara bangsa
melayu,cina dan india...org cina lebih
berani dalam apa jua keputusan yang
diambil.Berani untuk berjaya.

Orang cina tiada alasan untuk berjaya,
segala apa yg dilakukan oleh mereka
berdasarkan keyakinan mereka sendiri.

Bukan bagi alasan dalam sesuatu perkara.

buat dulu baru bg alasan,bukan bagi alasan
dulu baru buat.So think positif become positif.
 
Joined
Jan 9, 2010
Messages
268
Likes
2
Points
0
Offline
#15
ya, kena start dalam diri sendiri.
macam sekarang ni, semua orang dah balik.. baik yang cina atau pun melayu, tinggal aku sorang2 je kat opis nak menyaipkan keje yang tak habis2..

nak bagi tengaok kat bangsa lain yg bangsa kite pun boleh berjaya.. Insya Allah..

:)
 

kabuu

freshman
Joined
Apr 19, 2010
Messages
83
Likes
0
Points
0
Offline
#16
sallamzz...
sekadar shae pengalaman saye saje...

pernah bertugas di bwah supervisor bebangsa ca ya nun..
ikut je mana dia pegi..tapi ta klah ikut gi jamban..
tugas saye cume angkat tool box dia..angkat tangga saje..tak dia benarkan sentuh ape ape pun..
saye nengok je ape yg dia buat ape yg dia troubleshoot...kekadang tu waktu dia buat trouble shooting..dia suruh saye gi amik tools kat dlm van..tau tau je..dia dah settle problem tuu..tak bagi kite nengok..
tapi setelah agak bertahun tahun bersama dia bekerja...dia yg suruh saye buat troubleshooting..kalau saye salah dia marah saye tapi masih tetap tunjuk ajar juge..dan semua ilmu yg dia ade..dia turun kan..
pd satu ketika dia berhenti keje atas alasan nak meniaga sendiri...
maka saye buat keje solo...alhamdullillah...ok..boss pun ok..so ape ape hal saje saje yg disuruh utk buat trouble shooting..dan repairing org lain yg buat..

pengalaman keje dgn malay cai...

ya org kite mmg berbahasa..jaga hati dan sebagainye...good...
tapi dlm tunjuk ajar...ciput je..cth dlm 10 di tunjukkan 6-7 je...yg lain tu simpan sebab tak mau kite ni lawan tokey..lebih kureng mcm tu la...
kalau diajar pun..ajar ikut jln susah...cth...suap nasi masuk terus mulut..tapi ini ..diajarnye suap nasi tangan ikut belakang kepala ..
mende ni ade..mmg ade..sebab jadi kat diri sendiri..bukan dgn seorg melayu..tapi terjadi dgn bebrp melayu lagi..

entah la..ghase nye ilmu yg dia ade tu mahal dan susah dia nak dpt..itu yg tak nak bagi tuu..atau pun..ishkk tak yah la sambung lagi...kang byk pulak terurai...
bukan org lain..bangsa aku gak....
 
Joined
Apr 23, 2010
Messages
1
Likes
0
Points
0
Offline
#17
A'kum dan Salam Sejahtera kepada semua.

Hamba rasa kerajinan dan kesungguhan seseorang itu bergantung pada individu itu sendiri iaitu sejauh mana akal fikiran yang waras dan bersih dapat memacu tubuh badan dan jiwa yang sihat ke arah hidup yang lebih baik.

Bukannya bangsa jadi persoalan . Tapi kenapa ada di kalangan kita yang membuat andaian kaum melayu seperti itu . Tidakkah mereka sedar kaum-kaum lain pun lebih kurang sama sahaja sifat malas dan rajinnya. Cuma mungkin kita terlepas pandang tentang peluang-peluang yang diberikan.
 

inunuo

freshman
Joined
Nov 20, 2009
Messages
198
Likes
1
Points
18
Offline
#19
cina punya kepala otak mcm ni.........kerja saja tidak pandai berhenti!....bangun pagi2 x paya mandi hanya berus gigi...he3
 
Joined
Jan 7, 2007
Messages
7,344
Likes
4
Points
38
Offline
#20
haritu ada sorang apek.. dia nk jual tanah dkt tenet(dia ni bukak biz jual barang2 mcm ais cream)..
dia x reti guna tenet.. dia mintak aku tolog..
lepas dah setel dha tanya aku berapa upah? ..

aku ckp ikut je... dia kuar RM50.00 hahah :)) ..
walhal aku buat x sampai 30saat pun

..

kalau bab biz ni melayu kebanyakan kureng skit..
aku ada ramai member melayu.. bila sembang pasal biz tenet je.. semua claime tipu..
sorang member aku cina.. sangup dtg rmah aku pukul 2pagi semata2 nk belajar biz tenet dgn aku :)
 
Top