Melabur dalam saham tidak realistik- Dr Mahathir

Jutawan Gold

freshman
Joined
Dec 17, 2010
Messages
229
Points
0
KUALA LUMPUR 4 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata adalah tidak realistik untuk melabur dalam pasaran saham dengan berharap harganya akan meningkat.

Malah, tindakan itu tidak menyumbang kepada ekonomi negara, kata beliau.

Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut ucapan beliau mengenai pelaburan saham yang tidak realistik pada majlis pelancaran Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) 2011 di sini hari ini.

Beliau menyifatkan pelaburan dalam pasaran saham semasa sebagai tidak realistik dan umpama memperjudikan nasib.

Katanya, pelaburan dalam saham-saham yang tidak menentu untung atau rugi tidak menyumbang secara langsung kepada ekonomi negara.

Malah, katanya, pelaburan jenis itu hanya untuk mereka yang ingin wang melalui jualan singkat (short selling).

‘Saya fikir jika anda melabur dalam pasaran saham kerana saham sesebuah syarikat membuat untung dan anda menjangkakan mendapat keuntungan daripada dividen, itu adalah realistik.

”Tetapi apabila anda melabur dalam pasaran saham dengan berharap harga saham meningkat naik, ia tidak akan menyumbang terhadap ekonomi,” jelas beliau.

Beliau juga berkata, Eropah kini turut menyatakan mereka menentang penjualan singkat kerana ia bukan satu perniagaan yang menyumbang kepada ekonomi.

Ketika ditanya tentang pakatan rakyat yang mengumumkan belanjawannya sendiri hari ini, Mahathir menjawab, ia menyenangkan lagi kerja kerajaan.

”Senang… bila mereka mahu belanja duit yang kita tidak ada. kita tidak boleh kawal, kita pun senang belanja,” tambah beliau.

Sumber :Utusan Melayu

-Pada tahun lepas juga Dr M sudah pernah menyentuh tentang hal saham dan perbankan Islam

Kewangan Islam Boleh Punah

KUALA LUMPUR 26 Okt. 2010– Sektor kewangan Islam akan turut punah sebagaimana yang terjadi kepada sistem kewangan konvensional jika nilai etika, pemantauan kerajaan serta penumpuan terhadap membiayai perniagaan sebenar (real business) diabaikan.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, amalan dan produk-produk kewangan Islam juga perlu dipastikan benar-benar tulen dan tidak bercampur dengan perkara-perkara yang meragukan.

Tambah beliau, sistem kewangan Islam mula menjadi tumpuan apabila kemelesetan ekonomi global berlaku akibat kegagalan sistem kewangan konvensional.

“Sistem kewangan Islam mempunyai masa depan yang sangat cerah, tetapi kejayaannya tidak hanya bergantung kepada penghapusan riba sebaliknya lebih kepada nilai-nilai etika pengamalnya yang menolak untuk bertaruh dengan masa hadapan serta memanipulasi pasaran,” katanya.

Dr. Mahathir berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama di Forum Kewangan Islam Global di sini hari ini.

Menurut beliau, walaupun sistem perbankan Islam yang juga merupakan satu sistem bukan berasaskan riba masih belum disalahgunakan, tetapi itu bukan jaminan bahawa ia adalah kebal dan kalis krisis.

Justeru, beliau mencadangkan undang- undang dan pengawasan sewajarnya dilaksanakan oleh pihak berkuasa sesuatu negara bagi memastikan sistem tersebut tidak disalahgunakan.

“Sistem perbankan Islam terus tumbuh kerana ramai orang Islam yang kaya-raya, dan ia akan menjadi satu alternatif terbaik kepada sistem perbankan sedia ada.

“Sudah terlalu lama orang Islam menerima perbankan konvensional kerana tiada pilihan ,” jelasnya.

Beliau turut menggalakkan lebih ramai Muslim terutama yang kaya untuk melabur di dalam sistem kewangan Islam berbanding sistem kewangan berasaskan riba bagi memastikan ia terus berkembang dan menjadi pilihan termasuk orang bukan Islam.

“Melabur di dalam bank sama seperti memberi ******** kewangan, apabila wang telah diserahkan, seseorang itu tidak lagi mempunyai kawalan ke atas wangnya.

“Kita tidak tahu apa yang dilakukan oleh bank terhadap wang dan faedah yang dikenakan, ia mungkin digunakan untuk membiayai peperangan atau memusnahkan negara-negara Islam, ” ujar beliau lagi.

Walaupun tidak mengenakan sebarang kadar faedah, tidak semestinya sistem kewangan Islam adalah satu sistem yang tidak menguntungkan.

Jelas bekas perdana menteri yang juga bekas menteri kewangan, keuntungan yang dijana oleh sistem kewangan Islam haruslah dipastikan sumbernya dan tidak ‘mencekik darah’ sebagaimana yang dilakukan oleh bank-bank konvensional.

Ia juga seharusnya hanya membiayai perniagaan yang halal dan tidak mempunyai unsur-unsur pertaruhan terhadap kemungkinan masa depan.

“Kita tahu pelaburan di pasaran saham boleh menjadi salah satu landasan untuk perjudian, ” katanya. – Oleh NORLAILI ABDUL RAHMAN , [email protected].
 
Last edited:

KISS

freshman
Joined
Nov 22, 2010
Messages
617
Points
0
maaf, aku tak setuju bila cakap melabur saham tak realistik dan tak membantu negara....

kenapa ?

sebab melabur dalam saham = inject kapital dalam syarikat

bila inject kapital dalam syarikat yang berpotensi, syarikat boleh expand atau tanggung kos business operation ... bila bisnes rancak, ekonomi pun turut up jugak

setiap jenis pelaburan ada pro and kon, dan tak boleh cakap sesuatu pelaburan tu "tarak guna" terus ....

yang penting, pandai agih duit dalam pelaburan-pelaburan yang sedia ada.

aku rasa artikel ni kena perbetulkan ... aku rasa Dr. M merujuk pada "stock trading"

stock trading and stock investment dua benda berbeza walaupun nampak sama ....

stock investor ni macam Warren Buffet tu

trader ni macam George Soros tu (dia trade bukan stock tapi currency) ... dalam erti kata lain, speculator

adakah aku bersetuju ngan speculating ? yes, aku bersetuju kalau pandai technical analysis dan pandai buat risk management .... i.e. bukan main hentam :)
 
Last edited:

M-123

freshman
Joined
May 13, 2009
Messages
442
Points
0
klu aku, main saham bskl ni waktu mula2 tu je company dapat modal dari IPO....tu yang banyak nak wat IPO, company nak duit dan orang2 tertentu, he he ....lepas tu bertukar2 tangan la, kat open market ikut prestasi syarikat tapi lebih utama ikut pasaran dunia dan keadaan persekitaran negara. tapi yang biasa main tentu tahu berapa untung dan rugi...aku tak nafikan ade banyak yang rugi...tapi klu leh main saham dan untung sekitar 10-15% sebulan itu dah dikira ok sangat. Tahu masuk dan exit keluar. tak kenal maka tak cinta.
 

zamreda

freshman
Joined
May 29, 2008
Messages
71
Points
6
apmenda kata belanjawan pR tu kata senang bagi dia?..camana tu..:D
 

Jutawan Gold

freshman
Joined
Dec 17, 2010
Messages
229
Points
0
Petikan berita harian

Analisis Saham: Harga saham susut mendadak


2011/11/11
Kejatuhan pasaran serantau sejajar kebimbangan krisis hutang Eropah

HARGA saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dengan susut mendadak semalam apabila pasaran berpatah arah selepas meningkat dalam tiga hari, sejajar dengan kejatuhan dalam pasaran serantau ekoran krisis hutang yang semakin meruncing di Eropah.

Kebimbangan baru berhubung masalah hutang yang tidak kunjung selesai di Itali, yang memberi tekanan kepada negara itu untuk mendapatkan usaha menyelamat, menyemarakkan kebimbangan mengenai kesannya ke atas ekonomi zon Euro dan ekonomi global.
Jualan besar-besaran di kaunter berwajaran tinggi mendesak FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 16.99 mata kepada 1,472.65.
Indeks Kewangan turun 98.70 mata kepada 13,183.47, Indeks Perladangan susut 99.12 mata kepada 7,486.92 manakala Indeks Perusahaan jatuh 30.19 mata kepada 2,696.05.

Indeks FBM Emas turun 110.19 mata kepada 10,043.42, Indeks FBM Mid 70 merosot 107.63 mata kepada 10,803.40 dan Indeks FBM ACE jatuh 16.42 mata kepada 4,260.47.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 568 berbanding 227 manakala 212 kaunter tidak berubah, 468 kaunter tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung urus niaga.

Jumlah dagangan mengecil kepada 2.644 bilion saham bernilai RM1.462 bilion daripada 2.677 bilion saham bernilai RM1.818 bilion kelmarin.
Bagi saham cergas, Patimas Computers baik dua sen kepada 7.5 sen, ES Ceramics Technology kekal pada 12.5 sen, Sumatec Resources mengukuh 5.5 sen kepada 19.5 sen dan SAAG Consolidated menokok setengah sen kepada lapan sen.

Antara saham berwajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM8.24, CIMB turun 10 sen kepada RM7.26, Sime Darby jatuh enam sen kepada RM8.86 dan Petronas Chemicals susut sebanyak sembilan sen kepada RM6.39.

Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama merosot kepada 1.977 bilion saham bernilai RM1.378 bilion daripada 2.008 bilion saham bernilai RM1.731 bilion.

Pasaran ACE mencatatkan peningkatan jumlah saham kepada 583.086 juta unit bernilai RM75.397 juta daripada 545.409 juta unit bernilai RM75.479 juta sebelumnya.

Waran mengecil jumlahnya kepada 78.253 juta saham bernilai RM6.507 juta daripada 116.867 juta saham bernilai RM9.543 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang 199.8 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 354 juta, pembinaan 34.9 juta, perdagangan dan perkhidmatan 718 juta, teknologi 222.4 juta, prasarana 21.8 juta, kewangan 73.8 juta, hotel 1.4 juta, harta 244 juta, perladangan 66 juta, REIT 4.3 juta dan dana tertutup 54,700. – BERNAMA
 

Stokis RajaBio

freshman
Joined
Dec 15, 2011
Messages
18
Points
0
Put aside political differences, one will come to a conclusion that this statesman is always sharp in his obervations. Spot on, Tun. :D
 

aiman27

freshman
Joined
May 14, 2010
Messages
35
Points
0
- apa yg aku faham tun bukan xbagi main saham tp xsuka short selling.
- intipati lain ucapannya yg lain perbankan islam jgn mencekik darah spt bank konvesional.
 

DiamondRich

freshman
Joined
Sep 12, 2012
Messages
38
Points
0
Saya bersetuju dengan pandangan.. Setiap orang ada expertise & knowledge ttg platform pelaburan masing2..what ever investment yang boleh buat duit kita ambil je as a opportunity..Pelaburan Emas ada bagusnya, Stock Market Investment pun ada bagusnya sbb kedua2 nya memberi manfaat penting kepada pelabur dan negara. cth EPF guna Stock Market utk jana keuntungan utk bayar dividen kepada pencarum & sama juga dengan pelaburan Unit Trust, masuk stock market juga. Emas pula mempunyai kekuatan kerana harganya yg stabil, lg byk negara yg pegang emas, maka dikatakan matawang juga akan turut kukuh. dan akhirnnya cycle ekonomi ini akan balik juga kepada kerajaan... so for me, as investor just diversify..& tarik semua duit2 yg ada dari lubuk ini..
 
Top