Dalam Negara MEE SEGERA MALAYSIA PALING POPULAR DI DUNIA

Galaksi Viral

freshman
Joined
Feb 8, 2017
Messages
32
Points
6
Age
37
GALAKSI VIRAL - Mee segera di Malaysia sudah menjadi salah satu makanan paling penting di kalangan penduduk tempatan. Antara jenama mee segera yang cukup popular di Malaysia ialah Maggi, Mamee, Cintan, Adabi dan banyak lagi.



SEJARAH MEE SEGERA

Mee segera mula diperkenalkan di Jepun oleh Momofuku Ando melalui syarikat miliknya iaitu Nissin Food Product Co.. Beliau mula mendapat idea mencipta mee segera selepas melihat ramai orang beratur hendak membeli mi ramen segar dari sebuah gerai pasaran gelap akibat kekurangan makanan selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Antara produk awal yang dikeluarkan ialah Chicken Ramen pada tahun 1958 dan Cup Noodle pada tahun 1971. Pada tahun 2005, Ando telah mempromosikan Cup Noodle yang boleh dinikmati oleh angkasawan dalam kapal angkasa Discovery. Walau bagaimanapun, beliau telah meninggal dunia pada 7 Januari 2017 dan meninggalkan legasinya kepada ahli keluarganya yang lain untuk meneruskan warisan mee segera beliau yang cukup popular di seluruh dunia itu.

MEE SEGERA MALAYSIA TERBAIK DI DUNIA

Jika anda selalu baca review makanan mee segera seluruh dunia, pastinya anda akan mengenali seorang pengkritik makanan mee segera yang sangat popular iaitu Hans Lienesh. Nama lain bagi beliau ialah The Godfather of Ramen kerana ilmu pengetahuan beliau cukup meluas mengenai industri makanan mee segera ini di peringkat dunia. Beliau berasal daripada Amerika Syarikat dan sudah mula makan mee segera sejak kecil lagi. Boleh dikatakan sudah merasai hampir semua mee segera di seluruh dunia ini. Beliau juga akan memberikan ulasan setiap ramen atau mee segera beliau makan samada sedap atau sebaliknya. Yang bagusnya mee segera Malaysia antara makanan yang kerap dipuji oleh beliau dan telah menamakan empat mee segera Malaysia berada di dalam senarai mee segera paling terbaik sepanjang masa. Oleh itu, mari kita lihat mee apakah yang berada di dalam Carta 10 Mee Segera Terbaik Sepanjang Masa Edisi Tahun 2017 seperti yang telah disenaraikan oleh beliau di bawah.

MEE SEGERA
PALING SEDAP
DI DUNIA EDISI 2017


Kalau hendak baca dengan lebih lanjut, boleh baca di link ini >>http://galaksiviral.blogspot.my/2018/01/mee-segera-malaysia-adalah-mee-segera.html
 
Top