Mawardee nak refund (update 2019)

Joined
Apr 30, 2007
Messages
364
Likes
1
Points
18
Offline
#1
Salam. Saya Mawardee dengan rasa rendah diri memohon atas atas kesilapan saya sejak menghilangkan diri sejak 2011/2012.

Sejak 2011/2012, walaupun ada agak banyak urusan refund belum diselesaikan, ada ramai juga klien yang telah mendapatkan wang mereka semula.

Saya telah belajar dari kesilapan dan kelemahan saya dalam pengurusan bisnes menjadi iktibar bersama.

Oleh itu, saya hadir ke forum ini untuk refund wang klien sejak 2007 (jika ada) yang melibatkan projek-projek saya yang gagal sebagaimana berikut:

1. Projek Web Auto.
2. Revolusi Affiliate (cadangkan 70% refund) atau boleh bincang semula.
3. Apa-apa Projek atau servis yang saya gagal hantar langsung.
4. Jika ada produk belum dihantar, saya cuba berikan link downloadnya.

Dalam keadaan saya sekarang, saya belumlah mencapai standard kebebasan kewangan atau status kaya. Namun saya akan ikhtiarkan sesuatu dan sedikit sebanyak ada dalam perancangan saya.

Saya masih memerlukan masa untuk langsaikan baki hutang. Hak anda untuk claim semula wang anda. Saya doakan anda semua dan ucapan maaf sekali lagi.

Tidak lupa juga doa saya kepada mereka yang halalkan wang mereka yang saya tidak tunaikan haknya. Allah sahaja dapat membalas jasa baik tuan-tuan / puan-puan.

Apa2 boleh post di sini dengan bahasa yang baik dan jelas. Khasnya tentang jumlah dan dari projek/produk apa.

Boleh juga hubungi saya melalui:

Whatsapp: 011-56232369
Email : mawar860223@gmail.com
 
Joined
Aug 30, 2009
Messages
526
Likes
1
Points
18
Offline
#2
Apa khabar Tuan Mawardee ?

Pakej Applikasi SGO versi 2.0
ada tak update?
 
Last edited:
Top