Mampukah anda mengubah cara anda berfikir?

Joined
Jun 6, 2013
Messages
44
Likes
3
Points
8
Offline
#1
Salam,

Apa kabar? diharapkan anda ceria selalu walaupun di dalam kesibukan mencari rezeki.. :)

Pernah tak anda terfikir.. kenapa kehidupan anda sekarang tak banyak berbeza dengan kehidupan anda 10 tahun yang lepas yang mana ketika itu anda sangat bersemangat meluahkan idea- idea bisnes ketika sesi minum petang bersama kawan- kawan anda?

Apakah sebabnya kenapa anda tidak berjaya membuat breakthrough dalam perniagaan anda?

Ada banyak sebab.. samada anda tidak pernah memulakan sebarang perniagaan sejak 10 tahun lepas, anda tidak pernah bertindak.. atau anda telah memulakan perniagaan tetapi terhenti separuh jalan?

Atau anda berfikir bahawa anda tiada peluang langsung untuk berjaya dalam perniagaan?

Anda tak perlu risau.. setiap ahli perniagaan pernah mengalami dilema ini.. dihantui kegagalan demi kegagalan tetapi bagi mereka yang berjaya.. mereka tidak pernah mengenal erti putus asa.. mereka teruskan sehingga akhirnya mereka mengecap kejayaan..

So, pada kali ini saya ingin mengajak anda untuk mengubah cara kita berfikir..

Saya tanyakan soalan- soalan berikut:

Adakah anda seorang yang berdisiplin dan menepati waktu? Adakah anda mempunyai jadual tetap senarai tugas harian yang anda perlu siapkan (to do list)? Adakah anda pro-aktif dalam menghubungi bakal pelanggan- pelanggan anda? adakah anda menguruskan kewangan syarikat dengan cara yang berkesan? adakah anda cakap serupa bikin? Yakin tak business partners dan clients terhadap keupayaan anda? adakah anda cuma kaki gosip? adakah anda banyak membuang waktu mengumpat orang lain? pernah tak anda menyedari kelemahan anda dan terus berusaha memperbaiki diri? apa plan marketing dan advertising anda? adakah anda mempunyai strategi yang terbukti berkesan untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan? Boleh improve lagi tak produk yang anda tawarkan?

Ada banyak lagi soalan- soalan yang anda boleh ajukan pada diri sendiri. dengan cara ini, anda akan mampu mengubah cara anda berfikir.. saya tak pasti jika anda setuju dengan saya atau tidak, tetapi bila anda mengajukan banyak soalan- soalan seperti ini pada diri sendiri, mungkin anda akan stress dan tertekan tetapi itu bermakna anda sedang memerah otak anda untuk bekerja dengan lebih efficient.. dengan mengajukan soalan- soalan ini, automatik minda separa sedar anda akan menjawab setiap soalan ini tanpa anda sedar...

Serang fikiran anda dengan soalan- soalan yang lebih mencabar.. rungkaikan operasi bisnes anda dengan lebih details dan terperinci.. otak anda adalah alat yang hebat, berikan sedikit tekanan pasti anda akan mengecapi kejayaan...

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat...

Ikhlas dan demi kejayaan bersama,

Diana Ahmad

http://pakejniaga.com - Dapatakan 33 jenis kertas kerja perniagaan & bonus- bonus hebat hari ini selagi tawaran masih ada!
 
Joined
May 19, 2018
Messages
25
Likes
3
Points
3
Age
38
Offline
#2
Cara berfikir satu hal. Mendisiplinkan tabiat juga satu hal lain. Old habits die hard. Biar guna motivation macam-mana pun (Robin Sharma, Anthony Robbins, Robert Kiyosaki, Azizi Ali, dll), kalau sekali nafsu lama menyerang, kalau tak kuat iman, pak haji pun jatuh serban...:)
 
Top