Malaysia pay per click

Joined
Mar 6, 2012
Messages
7
Likes
0
Points
0
Offline
#8
adsense susah lar. saya dah place dekat blog tpi 2 tahun xde ape-2 . gila kejap -.-
Assalamualaikum..
Adsense ni kene ade skil dan pengalaman yg mantap baru boleh berjaya..
Kalau xde pengalaman yg mantap dan skil yg cukup perlulah dapatkan mentor/guru/sifu yg betol supaya xsesat jalan~
Pengalaman 5 tahun dalam ADSENSE ni cukup mematangkan sy..
Berkat kesabaran dan usaha, alhamdulillah sekarang ni ADSENSE antara sumber tetap untuk sy bayar bil2 yg dtg ke rumah :)
Jgn putus asa k~
 
Joined
Jun 30, 2008
Messages
109
Likes
0
Points
16
Offline
#18
risau nnt penat2 klik,
rupanya program ni SCAM..
Salam Sejahtera kepada semua member WC,

Nama saya musa, saya adalah pengasas Malaysian PayPerClick (http://www.payperclick.com.my)
Malaysian payperclick telah diwujudkan pada hujung tahun 2009 dan telah membuat bayaran melebihi RM5,000 kepada ahli. Bayaran hanya akan dibuat kepada mereka yang berada dalam malaysia sahaja manakala ahli selain malaysia tidak akan dibayar kerana program ini hanya menarik trafik iklan malaysia sahaja. Proses pengesanan kedudukan ahli adalah melalui IP address ahli.

Saya amat kesal ada sesetengah pihak mengatakan malaysian payperclick adalah SCAM walaupun mereka tidak pernah mengikuti program ini atas dasar sebelum ini mungkin mereka mempunyai pengalaman hitam menyertai program PTC lain yang bersifat SCAM. Saya tidak menuduh mana-mana pihak cuma diharap kepada mereka-mereka yang berkaitan lebih bertanggungjawab dalam memberikan komen.

Pada awal program malaysian payperclick diperkenalkan, ia telah mendapat sambutan, bagaimanapun selepas sistem telah di upgrade kepada versi baru, pengiklan dan ahli kurang faham tentang sistem ini kerana sistem baru kelihatan lebih complicated. Oleh itu, saya dan beberapa rakan saya telah cuba menyiapkan ebook berkaitan sistem ini sebagai panduan kepada ahli dan pengiklan dan dijangka siap pada hujung bulan April 2012.

Kepada mereka yang mengatakan program malaysian payperclick adalah SCAM, sila hubungi saya di support@payperclick.com.my kerana perkataan SCAM itu bermaksud "ADMIN TIDAK MEMBAYAR KEPADA AHLI" selepas baki akaun telah mencapai tahap minimum withdraw. Saya tidak akan merosakkan imej saya sebagai usahawan internet hanya semata-mata program Malaysian PayPerClick.

Kepada mereka yang beranggapan Malaysian PayPerClick boleh menyebabkan mereka KAYA-RAYA atau boleh menjadikan mereka jutawan segera SILA TINGGALKAN MALAYSIAN PAYPERCLICK kerana program ini tidak menyebabkan anda kaya seperti apa yang dijanjikan oleh sesetengah program lain.

~Mohon Maaf jika komen ini menguris hati mana-mana pihak~

Sekian.
Musa
Admin Malaysian PayPerClick
 

hyid

freshman
Joined
Jan 10, 2012
Messages
50
Likes
1
Points
8
Offline
#19
Terima kasih byk2 atas info yg diberikan tuan musz @ Admin Malaysian PayPerClick, cuma apa yg saya dapati forum di site tuan tidak aktif... 404 Not Found

Forum amat perlu untuk memudahkan perhubungan diantara ahli2nya dan pihak MPPC. Ahli boleh menghantar bukti pembayaran, mendapat sokongan & sentiasa memdapat maklumat2 terkini mengenai sebarang perubahan yg dibuat.

ckp dlm hati... ada forum lebih meyakinkan hatiku :-O :D
 
Last edited:

musz

Newbie
Joined
Jun 30, 2008
Messages
109
Likes
0
Points
16
Offline
#20
Terima kasih byk2 atas info yg diberikan tuan musz @ Admin Malaysian PayPerClick, cuma apa yg saya dapati forum di site tuan tidak aktif... 404 Not Found

Forum amat perlu untuk memudahkan perhubungan diantara ahli2nya dan pihak MPPC. Ahli boleh menghantar bukti pembayaran, mendapat sokongan & sentiasa memdapat maklumat2 terkini mengenai sebarang perubahan yg dibuat.

ckp dlm hati... ada forum lebih meyakinkan hatiku :-O :D
Terima kasih di atas maklum balas anda,

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini ada forum disediakan di (www.payperclick.com.my/forum) tetapi terpaksa dihapuskan atas faktor teknikal. Bagaimanapun, untuk menggantikan forum tersebut satu ruangan forum di halaman akaun ahli telah disediakan. anda boleh melihat forum tersebut disebelah kiri jika anda dalam keaadan login. Bagaimanapun, saya dan rakan2 tetap akan mewujudkan ruangan forum seperti sebelum ini kerana public boleh melihat perbincangan forum sebelum mengambil keputusan untu mendaftar berdasarkan kepada komen2 ahli lain. Forum tersebut akan berintegrasi dengan sistem malaysian payperclick di mana ahli terus boleh masuk ke forum tersebut tanpa mendaftar semula. Ini bermakna sekiranya ahli telah mendaftar di malaysian payperclick ahli tidak perlu mendaftar semula di forum tersebut. Proses integrasi forum ini telah siap hampir 95% dan memerlukan sedikit masa lagi untuk dilancarkan.

ckp dlm hati... ada forum lebih meyakinkan hatiku - Admin says: apa yang tuan fikirkan telah saya fikirkan sebelum memperkenalkan sistem ini dan sentiasa difikirkan, terima kasih kerana mengingatkan semula kepentingan ini.

Sekian.
Musa
Admin Malaysian PayPerClick
 
Last edited:
Top